Wednesday, April 25, 2007

Yummy!!


Gambar si GG di lamun belenggu! (Eh, gambar contoh jer la...)

Ade kelainan ngan si GG ni? Tak pernah dia meyendiri gitu lama (?) So hari tu Yuna hantar message kat dia. "You marah Yuna ke?" La...rupa-rupanya ade masalah peribadi.
"Tak lah! I serabut ni!" balas GG. La..ape nak jadi ngan si kawan ni...dok layan diri "Layan Peace!" dia kata (whatever!)..Nak mencari si kelip-kelip kat KL...mane ade kan? Kupu-kupu adelah! Yuna dah masak ngan perangai si GG ni....nanti lah, Yuna nak gosok sikit kepala dia supaya tak serabut...maybe some "knocks" cam kat Cakapgold tu...hahahahah!

Besuk holiday! Yeah! Dapat cuti free!~Yuna bekerja ngan Syarikat Swasta (Antarabangsa). Tak sangka lak Big Boss mengistiharkan cuti umum pada 26 hb April ni atas pertabalan Agong. Ring! ring! ring! la...gamaknya ofis besuk. Best tol! Besuk dah plan nak jalan-jalan kat Midvalley. Dah lama gak tak pergi situ. Ade kenalan dari forum Kedaikopi kejer kat situ. Dia dah beberapa kali ajak Yuna dok bersemuka ngan dia. Eeeeee tak nak lah! Segan tol! Entah..entah pernah selisih ngan dia atau mungkin makan semeja kat Food Court! Sebab tahun dulu kirakan setiap hari pi Midvalley 'lunch' kat situ. My favourite Kedai Eddy, Kedai Claypot dan Kedai entah aper lah nama tapi ade jual Pan Mee... Love the soup and sambal belacan. Kalau tak sampai berair mata kepedasan, tak sah. Sebulan sekali, Yuna, lady boss Yuna ngan pegawai pi makan kat Teppenyakki!! Kirakan kebanyakkan kedai makan kat MV tu dah kitorang sapu...Hei dah tentu kedai yang makanan halal la...For special occasion, kitorang rewang kat Chilli Grill...makanan Mexican...my MOST favourite. Kadang-kadang gi melantak kat La Manila. MV ni bukan 'Shopping Mecca' Yuna tapi 'Food Mecca' Yuna!! Tell me...apa makanan yang tak de kat situ....Best tol Midvalley ni!

What about KLCC? Yuna jarang pergi situ walaupun dekat ngan rumah. Too posh sangat. Kalau pergi pun sebab mak dan ayah ajak. Doirang tak suka MV sebab ramai orang. Pening kepala diorang kata. Food court KLCC, Yuna suka makan kat Tarbush! Yeah..Lebanese food..sampaikan pekerja-pekerja tu pun dah cam muka kitorang. Aiyoo! Pas tu pekena teh tarik kat kedai mamak sebelah Tarbush. Best dan kow betul!

Woi! aper lak hari ni citer pasal makan..yer? Agaknya kepala dan hati Yuna rasa ringan sikit selepas Yuna melepaskan kekusutan Yuna kat GG semalam. Pagi tadi pi makan nasi lemak kat IBC (International Broadcasting Centre) ...sebab hari ni selera Yuna terbuka..bestnyer..pedas dan sedap! Dah lama tak breakfast nasi lemak..asyik pisang, pisang, pisang! So nanti nak pi dengar citer dari GG lak..ape la..kekusutan si Mat Kelante ni...! 'Hey, GG what are best friends for kan? Kalau tak tolong menolong!"

No comments: