Monday, August 27, 2007

Just-Talk.Sokmo.Net

Ma'af ya..dah beberapa hari Yuna tak 'update' Bisikan Yuna. Bukan kat sini je..tapi kat Yuna Sphere pun tergendala.

Yuna sebuk di forum antarabangsa Just-Talk. Selepas berbincang ngan GG dan Tenko, pertambahan topik-topik di muatkan. Hmmm...tu pun rasa-rasa ade yang perlu diubahsuaikan...tapi nanti dulu lah.

Sesiapa yang berminat menjadi ahli Just-Talk, daftar lah di http://just-talk.sokmo.net.
Pendaftaran percuma, cuma sila ..berdialog dalam bahasa inggeris la...kalau tak camner la...member-member lain dok nak faham weii....

Dotty: Just-Talk? Apa la..you dok suka sebuk kat situ tu?
Yuna: Fun!
Dotty: Ngan I tak fun ke?
Yuna: Adoii! Fun time makan je..hahahahaha...yang lain tak sama wavelength
Dotty: Ha?? (cam tercekik tulang ikan lak..)
Yuna: Never mind...Just-Eat lah...! (hahahaha..huhuhuhu...)

Just-Do, Just-Sebuk, Just-Dreaming, Just-Tido, Just-Laughing, Just Smiling, Just-Geram, Just-Chatting, Just-Happy, Just-Nangis, Just-View, Just-Playing, Just-Posting, Just-Online la....Just-Whatever la...

Thursday, August 23, 2007

The Strokes vrs My Chemical Romance


Hei...tengok rating The Stroke kat Just-Talk! Wow...lebih handal dari Muse la.....Kata Yuna kat dia.

Yuppie! Yuna sekarang ni tergila-gila ngan The Strokes. Terutama lagu-lagi You only lived once, Reptilia, Heart of a cage, 12:51 dan Ize of the world. http://www.thestrokes.com/ Oooh ya...almost lupa lak..huhuhu..hari ni birthday Julian Casablanca (penyanyi utama)..."Happy Birthday Julian!" smoochie! smoochie!....hehehehe...

Yuna suka tengok muka Julian Casablanca tu menyanyi dok bersahaja je dan juga cam tangkap lentok je..hahahaha... (teringat kat 'Sleepy Heads' GG & Tenko). Hei...teringat Tenko-san ade 'Call' dan gorengkan guitar letrik dia ngan lagu-lagu whatever dan juga dari The Strokes...private performance dan audience tu...! Terangkat beb!huhuhu...

"Tu la..you nih! Asyik MCR jer...(My Chemical Romance)!!" dia bersuara

Tapi syok jugak tengok Gerard Way (penyanyi utama MCR) dok nyanyi ngan penuh perasaan dan bertenaga http://www.mychemicalromance.com/ dan juga terkenang GG dok menyanyikan lagu 'I don't love you' hahahaha..siapa kat tenet ade dengar suara GG melalak? huhuhu...Adeiiii!!!! Whatever betul la....hahahaha tak leh tahan gelak sakan nih.....

Tuesday, August 21, 2007

Best ke?


Tak ramai mengenal Yuna secara lebih dekat, hanya sebilangan sahaja.

"Yuna, you are the best!" kata sahabat baik Yuna di internet. Terpaku seketika bila membaca ayat nih. 'Iya ke?' bisik Yuna. Entah apa yang 'The best', cuma Yuna tahu..Yuna sanggup menolong dan memberi kata nasihat kepada kawan-kawan setakat mana yang mampu dan selain dari itu berborak whatever la..pastu selit ngan kata-kata yang menggelikan hati. 'Anything for Laughter!' Kalau berborak-borak hal yang 'serious' dah tentu tak akan bertahan lama, mesti nak bersulam cerita-cerita yang kelakar..huhuhu

"Yuna, you are my best friend!" kata seorang lagi sahabat minggu lepas. 'Ha?' tersentak juga hati ini. Apa yang best ngan persahabatan kitorang nih? Masih tertanya-tanya. Yuna rasa lah...cara-cara Yuna melayan diorang nih tiada berbelah bagi. "Girl you tak marah ke.. you berkawan ngan Yuna?" Yuna tertanya. "Tak" Jawab dia ngan ringkas. "Dia tahu tak you berkawan ngan Yuna?" Takut-takut nanti girl dia salah anggap lak. "Tahu dan dia sporting je...tapi kalau sama umur atau muda dari I dah tentu dia marah kot?" hahahaha...kitorang tergelak sakan. Ade saja dia nak mengenakan Yuna nih.

Hakikatnya bukan senang nak berkawan rapat nih. Kalau tak betul caranya, diorang mati-kutu atau Yuna malas nak layan. Selalunya ikut rasa hati kalau seseorang tu insan yang baik atau sebaliknya. Selalunya tekaan Yuna terhadap seseorang tu tepat sekali.

"Yuna! Yuna! I nak alamat email dan YM you!" sapa kebanyakkan interns kat ofis ni bila habis tempoh praktikal mereka.
'Ha? Kenapa lak?' Yuna kehairanan sebab mereka boleh kontek Yuna bila-bila masa la..."You are the best! Best tol kerja ngan you nih dan berkawan ngan you..." mereka gelak sakan. Hei...budak-budak Uni nih..happy sokmo je...

OK la..tu! hehehehe.....(Whatever for happiness ya!)

Monday, August 20, 2007

Berserah


Hmmm....Yuna dah serik!
Tak kesah apa doktor nak kata...
Semalam, "Yuna keputusan mengenai ujian tempoh hari bla..bla..bla..bla..untuk kesejahteraan seseorang bla..bla..bla..bla..more test nanti bla..bla..bla..."
Di mana Yuna masa tu? Walaupun duduk di depan mata doktor...fikiran Yuna melayang dan sekejap memerhatikan mulut puan doktor terkumat-kamit...tetapi sebenarnya "I don't care!" Whatever keputusan baik atau buruk...tiada rasa gentar atau gementar ...tiada rasa apa-apa lagi..tiada makna lagi...who cares! yuna hanya berlebih diam dan menanyakan serba sedikit sahaja dan bersahaja....
Yuna memikirkan 'kemana lagi diri ni?'. Mahunya menarik diri dalam apa segi jua pun. Mahukan menghilang diri begitu sahaja. Mahukan melari jauh..mahukan 'sepi'...demi waktu! Hanya seketika waktu...berlari ke arah tersayang..hanya dalam dakapan tersayang, baru hati ini hilang bergelora...sejuk sejenak.
"Yuna, penuhi lah hidup mu dengan whatever lah you gembira...tak usah fikir apa-apa lagi" bisikan hati. "Ya! Whatever lah" tambah lagi.

Friday, August 17, 2007

Berlari ke ribut


Yuna riiinnndduuu......kat si dia!

Pertemuan terakhir yang paling memilukan. Bila teringat kembali ...mengalir airmata nih. Sambutan si dia dengan penuh harapan punah dan cahaya yang bersinar di matanya hilang, dia mengalih pandangan dari bertemu mata yang sudah terlerai airmata kasih. Tak sanggup dia melihat wajah kesayangannya selama ini bertukar arah yang sanggup berlari ke arah keributan, dia sendiri tak tahu mengapa. Dia keliru, dia kehilangan, dia buntu tapi dia mahu dan sanggup. Tiada kemarahan yang selama ni berendam di dadanya...mungkin sudah sebati di situ dan mungkin tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

"Yuna! I love you always" bisikan terakhir...halus...menusuk kalbu sehingga kini.

Pengorbanan yang sebenar, ia berselindung disebalik berjauhan, perpisahan.....tiada siapa akan memahami kecuali Yuna dan dia.
Quotes: I am who I am....This is my story!

Wednesday, August 15, 2007

Merajuk


" Yuna..blaa...blaa...blaa..."pepagi buta mak Yuna dah bising. Nak pergi kerja pun tak de mood hari ni. Ayah Yuna lak..."Hei! cepat pergi kerja..nanti mami kau tu bising!" Biasa la..tu mak Yuna tu perfectionist! Semuanya ikut masa dan jadual. Kalau tak, dunia dia terbalik! Kalau dunia dia terbalik...dunia kitorang pun kelam kabut dan tak senang duduk.
Nenek Yuna perhati saja Yuna naik turun naik turun tangga...ada la..tertinggal ini dan itu. ..biasa la tu..hehehehe..tetapi sebelum beredar Yuna mesti bagi ikan kesayangan Yuna makan. Fish Cake, ikan laga siam berwarna merah dan Fish Ball, ikan laga Amerika berwarna biru. "Bye, Mak! " Yuna sapa nenek Yuna yang dok berehat sambil minum teh.
Di ofis Yuna tak banyak cakap. Kepala Yuna bengang sebab mak dok bising-bising. GG YM lak bertanyakan kenapa Yuna talipon dia semalam padahal Yuna terpicit 'Call' dalam banyak-banyak 'offline message'. Yuna ingatkan dia yang buat panggilan bila terdengar bunyi berdering-dering. Adess! Pastu Tenko lak YM, sebab malam tadi cerita kitorang tergantung sebab masalah www terkandas di kawasan penempatan Yuna. "Yuna, besuk Cik Mamak (perwakilan dari Iran) datang. Dia nak jumpa dengan you. Kita boleh buat perbin
cangan seterusnya mengenai visa , lain-lain report dan juga database nih" Lady boss Yuna, Mary, tetiba bersuara. "Besuk? bukan kah minggu depan? pertengahan bulan?" Yuna keliru. Mary hanya lemparkan seyuman manis dia pada Yuna. Adess...dah pertengahan bulan pun...hari ni pun dah 15 haribulan Ogos. Juga Hari Kemerdekaan Negara India. Kawan Yuna, Adnan, dari Bangalore ade beritahu Yuna minggu lepas. Cepat betul masa berlalu ye?
Hmmm....mood masih tak de...MERAJUK! Rasa malas nak balik pun ade...cam nak balik rumah Kinrara je. Tapi Yuna malas nak berkira dan merajuk berpanjangan dengan mak. Mak Yuna memang begitu. Bising je lebih pastu ok. Anyway...siapa-siapa lagi nak tikam hati ni? sedih!sedih!sedih!
Dah la...tak nak cakap..layan hati yang pilu kejap ngan lagu-lagu whatever!

Monday, August 13, 2007

Fashion icon


Sejak beberapa hari ni, lepas sorang..sorang ..dok tanya.."Yuna, where did you get your clothes!"
Sebelum ni tak siapa pun dok tanya tetapi sejak-sejak akhir ni ...kerana tak lama lagi mereka kena pergi Tehran. Jadi minah-minah yang kena pergi menggagau dan pening mengenai pakaian-pakaian yang menutup aurat untuk di bawa.
Kebanyakkan pakaian Yuna bercorak jubah labuh....macam Mr Neo pakai seperti gambar di atas. Ada yang hitam, bercorak, berbunga dan berkaler sejuk. Tu 'my taste'. Pastu di selit ngan 'shawl' atau selendang labuh untuk penampilan selanjutnya. Ada yang berlabuchi hahaha mengerlip-ngerlip sesuai hanya untuk 'Evening attire' atau majlis-majlis keramaian. Tu beli dari Jeddah atau Jordan sebab ada saudara-mara bawa...sesiapa nak beli la...jangan mare..hehehehe...corak tu lain dari yang lain...tak sesuai ke ofis.
"Yuna, let me have a look...where can I buy such dress?" Francyne, Eksekutif dari Amerika dok tanya.
"Yuna, wait..! turn around please, your floral black and white dress..you think it is ok if I were to wear like that in Tehran?" Jane dok tanya. Adeiii...kena bergaya lak depan dia.
Pas tu Mary, Lay Nar, Alice dan Kim dok heboh-heboh nak tanya dan tahu...pasal pakaian wanita islam di Tehran. Mana lah Yuna tahu....weiii! Yuna bukan pewakilan dari Tehran la...weiii!
Dalam hati tergelak sokmo sebab dah jadi fashion icon kat ofis huhuhu....

Saturday, August 11, 2007

I kan ade?

Kitorang selalu online. Borak cam nak 'Rak'! ade je cerita-ceriti-tahi-mata-dua-kati dan kalau tak de apa-apa halangan, memang kitorang akan chat sampai besok pagi. Wei..bukan sampai pukul 1 pagi tapi 5 pagi dan boleh lanjut ke subuh kalau tak sedar diri wei.. hahahaha...tak lah..just kidding. Malam tadi kalau tak di tegur oleh ayah, memang kitorang dok borak lagu tu...huhuhu...

"You tau tak, kat CG tu hanya Drexar je satu kepala ngan I..peminat FF" beritahu Yuna. "Susah tol nak cari gamer sama minat cam I nih sebab Drexar dah lama menyepi" Yuna mengadu. "Me? (gamer)" Dia balas.
"Oh yes, you too" kitorang terus bla..bla..bla....
"Yuna pernah dengar O2Jam?" dan dia bagi link ni http://en.wikipedia.org/wiki/O2jam sambil menceritakan cara-cara permainan tu sebab Yuna tak pernah dengar dan tahu.
" I ni tak de kawan macam ni la(kawan gamer).. and I ni sorang je " jawab Yuna. "Hey, you got me la..and ramai lagi" dia beringatkan.
Macam kena tampar je muka ni bila dia cakap begitu sebab ...Memang pun! Kitorang dok main game bersama, borak pasal whatever game-game..Adeii! macamana I boleh lupa. Dah dua kali dia tegur "I kan ade!" bila kecek lagu nih. Sorry le...
Pastu kitorang sambung borak lagi bla..bla..bla..pasal game-game sampai ayah masuk tegur " Eh! dah pukul berapa ni? Bila nak tidur? Awak tu bukan sihat!" Adeii!

Tuesday, August 7, 2007

Shut me up!

Yuna! kenapa senyap?

Yuna terus membisu...malas nak membalas kata-kata selanjutnya yang mungkin akan menimbulkan perbalahan yang tidak di undang. Mulut terkatup rapat. Sedih? Ya..sedih menyelubungi jiwa. Kecewa ngan Dotty macam memainkan keikhlasan dan munkin perasaan.

" Eeeee malas tol nak whatever! " bisik hati Yuna. Bila Yuna dah begini..terasa jiwa kosong..otak kosong..macam segala-galanya kosong! Kalau kat rumah, Yuna akan mengelamun panjang, dengar lagu-lagu 'crazy', tengok video movie yang tiada maknenya, main game yang tiada whatever-nya..segala-galanya macam zombie. Akhirnya tidur ngan mimpi yang kosong! Mana 'Wake-up' song you? pujuk hati kecil nih. Forget it! Forget it! Forget it! Jiwa memberontak.

Terima SMS: Y i m sori i m sori i m sori i m sori i m sori x1000

I cried! Kepala dipenuhi ngan lagu The Strokes, You only live once!
http://youtube.com/watch?v=1sVJIqYj8lM

Some people think they're always right
Others are quiet and uptight
Others they seem so very nice nice nice nice nice nice(oh-ho)
Inside they might feel sad and wrong (oh no)
Twenty-nine different attributes
Only seven that you like
Twenty ways to see the world (oh-ho)
Twenty ways to start a fight (oh-ho)

Oh don't don't don't get up
I can't see the sunshine
I'll be waiting for you, baby....Cause I'm through
Sit me down..Shut me up...
I'll calm down
And I'll get along with you

Oh men don't notice what they got
Women they think of that a lot...
a thousand ways to please your man (oh-ho)
and not even one requires a plan (I know)
Countless odd religions, too
It doesn't matter which you choose (oh no)
One stubborn way to turn your back (oh-ho)
This I've tried and now refuse (oh-ho)

Oh don't don't don't get up
I can't see the sunshine
I'll be waiting for you, baby...Cause I'm through
Sit me down...Shut me up...I'll calm down
And I'll get along with you...Alright
Shut me up...Shut me up...And I'll get along with you

(Yeah...SHUT ME UP!...System shut down k! Whatever mode!)

Monday, August 6, 2007

Call me la...


Yuna teringat kembali kata-kata Riz "Call me if you needed me" dan GG " Kalau ada apa-apa hal, talipon lah saya"

Sesuatu yang mudah di ucapkan tetapi tak semudah untuk dilakukan. Kekadang Yuna banyak memikir serta membuat banyak pertimbangan...dua sinario berbeza tetapi serupa. Jauh di sudut hati dapat meramalkan hal-hal yang sebenar. Jadi tidak mahu melangkah putaran roda tersebut. Kali ni, 'Dotty' ungkap ngan kata-kata "Yuna, just call me whenever you feel like to". Serba salah Yuna rasa dan kengkadang takut menyambut tema "Call me" nih. Sebab selalunya akan berakhir ngan 'Call me goodbye'. Jadi, Yuna tak akan buat sebarang panggilan kecuali terpaksa.

D: Hello..Yuna! you ok ke? Senyap aje
Y: Hello...I'm fine, hope you pun ok
D: Alhamdulillah..bla..bla..bla..bla..Eh, just call me la...

I wonder la...mana lah tahu, kali ni lain putaran cam lagu ni...
Then, I'd be happy to calling you sampai you naik muak!

Sunday, August 5, 2007

5 Ogos, Hari Persahabatan!


T:Yuna! You pernah dengar tak Friendship Day?
Y:Tak, Kenapa?
T: 5 Ogos, Friendship Day! I wish you a Happy Friendship Day!
Tapi dalam banyak-banyak FF tu, persahabatan Balthier dan Fran lah yang paling unik sekali. Sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kawan karib disamping tolong menolong orang lain. Kasih sayang, hormat menghormati, saling percayai dan keikhlasan terbayang di wajah dan tingkah laku mereka.
Kemudian Yuna imbas kembali kenalan-kenalan Yuna di internet, GG, Tenko, Naqi, Nur, Salihin, Fendi, Wan Syophian, Aidir Yatim, dan...sori mori lah..kalau tak tertulis di sini..nak kata ramai..tak lak..
Kawan-kawan biasa lak, Lay Nar, Shan, Syed, Natalie, Pei San, Ayob, Alice, Izzatul, ...yang lain..dah kahwin..jarang berjumpa lak. Kawan..tak ramai sebab Yuna kurang bergaul.
Walaubagaimanapun, Yuna mengucapkan terima kasih bebanyak kerana sudi berkawan dengan Yuna dan Selamat menyambut Hari Persahabatan.

Friday, August 3, 2007

Janda Berhias FF


Hari tu entah camner kitorang bercerita pasal hero dan heroin dalam game-game Final Fantasy. Kebanyakkan jalan cerita FF berunsur kesah cinta dan suka duka pasangan kekasih. Pas tu kami cerita lak pasal dalam Final Fantasy ni ade 2 janda berhias, Yuna dan Ashe. Kedua-dua suami mati selepas perasmian perkahwinan.

Dalam kes FF10, Yuna dipaksa berkahwin dengan Maester Seymour Guardo untuk menyelamat geng-geng iringan dia yang terperangkap. Seymour terkorban apabila Yuna dan geng-geng terpaksa berlawan untuk melepaskan diri dari genggaman Seymour yang berniat jahat.
Kesah FF12 lak Puteri Ashe dari Rabanastre berkahwin dengan Putera Rasler dari Nabradia atas dasar cinta lak. Akan tetapi pada hari perkahwinan, bandaraya Dalmasca, Rabanastre di cerobohi oleh Empayar Archadia. Maka peperangan berlaku di mana Putera Rasler terkorban.
Best tol kesah cinta dari game-game FF. Boleh tangkap leleh tu...Feeling habis siap ngan iringan lagu-lagu best tu..wuhoo.

Thursday, August 2, 2007

Rahsia Zanarkand


Ada rahsia di sebalik Zanarkand.

Malam tadi kawan Yuna tanya 'Apa tu Zanarkand, Yuna?' ....
Y: Oooo.. You pernah dengar lagu Zanarkand tak?" balas Yuna.
N:Tak..!
Y: Nanti jap, Yuna nak bagi link ni kat you. Link tu ada terdapat di setiap blog-blog Yuna tu..
Muzik tu best tapi sedih, boleh tangkap leleh tu...http://youtube.com/watch?v=rLnZ5jcsRpc

Pas tu kitorang borak-borak cerita-ceriti whatever! "Dah habis ke main FF12?" Kawan Yuna tanya lagi. "Tak la..ade the last Big Boss, Vayne, tu...dia nak bergabung ngan Bahamut tapi Yuna nak ambik break jap..pi jadi Bounty Hunter kejap." Cerita serba ringkas kerja-kerja yang perlu di buat sebagai Bounty Hunter. Pas tu kitorang cerita pasal lagu-lagu lak.

Sebenarnya lagu Zanarkand tu, adalah perjalanan Yuna sebenarnya. Di dalam game Final Fantasy 10, pengembaraan Yuna ke destinasi terakhir, itu Zanarkand. Kalau Yuna dengan geng-geng dia tak betul dalam perlawanan tu..Yuna akan mati. "Oooo padanlah sedih lagu Zanarkand tu.." sampok kawan Yuna. Pas tu Yuna cerita rahsia di sebalik Zanarkand sebenarnya...
" I sedih la..." sambong kawan Yuna. Rasa-rasanya kali ini dia mendengar lagu Zanarkand lebih mendalami dan memahami sejak itu. Sori lah..kalau Yuna tak ceritakan rahsia di sebalik Zanarkand ni...sebab Rahsia! Sori - mori bebanyak...

Yang ini lagi satu lagu yang juga Yuna minat, macam Zanarkand. Selamat menghayatinya ya...
http://youtube.com/watch?v=6wpPk8qk3uQ

Goreng please!


Yeah! Yuna dah berjaya tackle si Hashmurim, Gabranth dan Doctor Cid bersamaan Famfrit (FF12). Wuhoo! If there's a will, there's a way! Lega rasanya..! Semasa berlawan ngan Dr Cid dan kadamnya, Famfrit, Dr Cid tetiba keluarkan machine-gun besar sekali..pow!pow!pow!pow! dia menembak..rasa nak runtuh satu bangunan di buatnya. Hebat betul Dr. Cid nih. Tetapi masa tu Yuna tergelak besar! terbahak-bahak walaupun masa tu sedang berperang dengan 2 boss-boss yang kuat. Nak tahu kenapa? Yuna terperanjat tengok machine-gun tu ...besar tol! Ouch! Bagaimana lak Dr Cid tu leh sorok dalam baju dia..hahahaha...tu la..sambil bagi killer hit kat dia sambil gelak..gelak..gelak..

Yuna nak dengar Zanarkand? Dia tanya lagi...
Why not? I love Zanarkand! I have it in all my blogs
Ring!ring!ring! Huh? ade panggilan?? Oooooo terus 'Accept' panggilan tu.
Hahahaha...bunyi guitar lagu Zanarkhand! pas tu lagu-lagu...lain...
VERY ENTERTAINING!!!! Live and Ori!! yeah!
http://youtube.com/watch?v=rLnZ5jcsRpc
http://youtube.com/watch?v=Jd-DVYymjk8
http://youtube.com/watch?v=3TNQH98OEqY
http://youtube.com/watch?v=886S9_rZgkY
http://youtube.com/watch?v=7vKoIw_THvQ

Mane leh ngatuk...goreng please...!
Ooops! Excuse me! Aren't we supposed to sing together as well? The song 'Plug in baby'?

Wednesday, August 1, 2007

Geram ngan FF12!

"Yuna! tak tido lagi ke? Asyik main FF12 jer..pi tido la.." Kawan dok YM

Yuna baru habis main FF12 malam tadi...Geram! geram! geram! sebab bila dah dapat sampai ke level 90, kena lawan ngan another Summon Beast/Esper fight, Hashmurim. Punya la..susah tol. Asyik terkena 'Disease' je.. Adei! sebab kalau terkena 'Disease' ni nyawa akan turun ke 1... Adei!adei!adei! Yuna cuma ade 2 je bekalan 'Vaccine'...alahai..ape lagi ..mampus semua geng-geng Yuna ...eeeee whatever tol! Jadi bersambung malam ni lak.

"You tau tak? Pepagi I bangung dok terfikir tentang FF12..cam mane strategi selanjutnya malam ni" tergelak kawan Yuna hari ni bila Yuna beritahu dia pasal nih. Hahahaha..tak habis-habis ngan Final Fantasy...ya..tu lah my passion! Bila dah mula main..semua hal dah tolak ketepi. Tu la..tak sabar-sabar nak habiskan FF12. Pas tu lak ade lagi satu Final Fantasy yang jugak separuh jalan main, Dirge of Cerberus. Tu citer pasal Vincent Valentine. Kesah sambungan tiga tahun selepas cerita dalam movie The Advent Children, FF7. Hmmm...tengok la..mungkin Yuna 'need a break' selepas FF12 nih.
So malam tadi nak relak sikit kitorang main game lain lak, Checkers...dia kata 'Barbaric' game! Whatever...! I'm no good at strategy games...any strategy games! huhuhu...pas tu kitorang main 'secret code..F' hahahaha...whatever betul la..kitorang ni!