Tuesday, February 24, 2009

Aloo....


Dah lama tak singgah di sini…..
Sejak masuk ke alam baru bersama tersayang, Yuna lebih banyak meluangkan masa bersama dia. Tak muak-muak berceloteh dan juga mencurah kasih sayang yang sepenuh kepada nya.

Dia tak pernah menghalang segala gerak geri dan penceburan Yuna di dunia internet. Dia lebih memahami perjalanan Yuna dan sanggup memimpin diri ini yang serba kekurangan di dunia dan akhirat. Ada juga kawan-kawan nya yang kurang memahami keadaan kami sebenar dan menabur cuka ke liang luka-luka di dalam diri nya dan juga hati ini. Kalau boleh, tak sanggup Yuna menerima sindiran-sindiran sebegitu kerana rasanya, hanya Yuna memahaminya…seorang yang pendiam dan pandai menjaga hati orang lain tanpa kira siapa orang itu. Dia sanggup memikul beban sedemikian dan menerima permainan rakan – rakan nya yang memperendahkan dirinya, kebolehan, keimanan dan ketulusan hati nya. Ya, kalau boleh, memang Yuna tak sanggup dengan apa yang dia hadapi…sedih k..Yuna sedih…

Walaubagaimana pun, kebahagian dan kasih sayang kami hanya kami berdua sahaja yang lebih mengetahui. Perancangan seterusnya walaupun menyeksakan akan tetapi membina. Ku pastikan ia tetap teguh terbina untuk masa depan, begitu juga dia

Dunia kami terbelah dua…yang terpisah dan yang bersatu…dari dulu pun sebegitu tetapi kali ini kelainan dari segi pendampingan dan kasih sayang serta perancangan. Mampu kah anda meniti apa yang kami lalui? Hahahaha….rasanya anda tak kan mampu…sekiranya anda tahu….adeii!

(luv u so muchy, dearie!!)