Sunday, July 26, 2009

Kawan lama



Sejak kebelakangan nih, kawan-kawan lama bertanya kan khabar. Di mana kah Yuna atau Yunie menghilang..huhuhu..
…How are you?
…Rindu nya
…Awak sihat?
...Dah kahwin?
…Mengapa tutup akaun Tagged? Friendster?
…Buka lah akaun baru
…Stay in touch!
…Boleh kita chat malam nih?

Adeii..macam-macam soalan di tanya bila sekali sekala online.
Akan tetapi ‘chatting’ tak seperti ketika solo dulu-dulu..bukan tak suka tetapi tak ada idea apa nak bercakap atau dibangkitkan…Kalau tak ada hal, tak akan Yuna online. Kalau online tuh, ada saja nak mintak nasihat dari seorang kawan yang sedia memberi khidmat kaunseling dia yang tak bertauliah…hahahaha…tetapi melalui logika dia
Cinta ini kadang-kadang tak ada logika!” huhuhu… teringat nyanyian Agnes Monica lak..hehehe

Malam tadi, Yuna terfikir-fikir mengenai hal-hal yang lama telah ku tinggalkan
Jadi pergi surf-surf forum-forum dan komuniti-komuniti...adeii tengok lah apa yang di komenkan..

Yunie- does not have any recent activity. What a slacker! Maybe you should send -Yunie- a private message and ask, "Where are you hiding?" ...

Hmmm..ok lah..nanti Yuna pi tengok-tengokkan aktiviti-aktiviti yang lama-lama, tetapi tak janji la..sebab nanti si manja bertanya “Yunie, you buat apa tuh? Chat ya?”
Loceng dah berbunyi, itu petanda ‘Jom beradu’

Nite-nite luv!

p.s. A site i found masa zaman nakal-nakal dulu huhuhu
http://wikimapia.org/655067/Bintulu-Town

Monday, July 13, 2009

Yang sebenbarnya, Yuna...


Yang sebenarnya ku kebingungan
Bila terfikir dan bermenung sejenak

Di sanubari tak pernah berubah, yang berubah cuma pendirian ku
Di rumah cuma kemurkaan ibunda yang tiada nampak reda
Di hati cuma kerinduan yang tak berbelah bagi
Di minda cuma memikir masa berubah hanya kerana kesibukan
Di mata sudah menjadi kali yang mengalir setiap hari
Merajuk mencari hari yang silam yang entah ke mana pergi nya
Merana kerana jiwa ini kekacauan, berlawan bertentangan arus
Merenung zaman silam dan zaman sekarang

Tapak tangan ku yang hangat kini kesejukan
Kaki ku meniti talian yang makin kendur
Lidah ku tawar berbicara seindah bunga
Telinga ku kurang kedengaran azan kasih sayang
Hanya angin membelai rambut ku
Tidur ke lena di buai malam yang gelap

Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson



Pagi Jumaat 26 June, semasa sedang sebuk bersiap untuk bekerja, terdengar berita di TV bahawa MJ meninggal dunia tetapi tak confirm lagi. Terperanjat seketika macam tak percaya ja…jam dah menunjuk lagi 10 minit ke 8:30 pagi…huhuhu lewat tol..selalu nya Dearie akan hantar sms ‘wakey2’ pukul 7. Dia memang suka manjakan Yuna…Best pe!

Dalam perjalanan ke pejabat Yuna sms Dearie mengenai kematian Michael Jackson dan Farah Fawcett. Di Pejabat semua orang bercerita mengenai kematian MJ huhuhu… ada yang bukak Astro mengikuti perkembangan terbaru melalui saluran CNN la..ada yang melayari internet la…dan ada yang membaca surat khabar lak… Me? Kalau dah dengar berita tu..sudah je lah…sedekah al fatihah ja…melayari Tribalwars ja..huhuhu

“Yuna, saya ambil ‘emergency leave’ hari ini” rakan sekerja, Laynar, meninggalkan pesanan. Kami satu pejabat tergelak sakan kerana baru hari itu kami dapat tahu dia ada kena mengena (bersaudara) dengan keluarga MJ. Mula-mula Yuna tak faham dan anggap macam ‘Iye ke?’ lepas tuh saya pun kena digelakkan kerana macam lurus bendul..Adeih! rupa-rupa nya joke lah! Lambat tol pick-up! Huhuhu

Sejak hari tuh kebanyankkan nya berita terkini mengenai MJ sehingga lah sekarang…Kesian dan sedih jugak tengok hal-hal MJ nih, di dunia dan di alam barzah tak habis-habis orang bercerita tentang dia, harta, kewangan dan anak-anak dia..mayat dia belum di semadikan tuh…
“Lov, tengok nih! Ada 50 gambar MJ” Dearie menghantar link mengenai MJ..Yuna pun tak ketinggalan menatap wajah-wajah ‘ The King of Pop’ pula

Kepada para peminat MJ, nih Site rasmi MJ http://www.michaeljackson.com/
Mengenai perubahan wajah MJ http://www.anomalies-unlimited.com/Jackson.html
Banyak lah kalau nak melayari internet nih…

Akhir kata, Yuna mengucapkan takziah kepada keluarga MJ. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah