Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson



Pagi Jumaat 26 June, semasa sedang sebuk bersiap untuk bekerja, terdengar berita di TV bahawa MJ meninggal dunia tetapi tak confirm lagi. Terperanjat seketika macam tak percaya ja…jam dah menunjuk lagi 10 minit ke 8:30 pagi…huhuhu lewat tol..selalu nya Dearie akan hantar sms ‘wakey2’ pukul 7. Dia memang suka manjakan Yuna…Best pe!

Dalam perjalanan ke pejabat Yuna sms Dearie mengenai kematian Michael Jackson dan Farah Fawcett. Di Pejabat semua orang bercerita mengenai kematian MJ huhuhu… ada yang bukak Astro mengikuti perkembangan terbaru melalui saluran CNN la..ada yang melayari internet la…dan ada yang membaca surat khabar lak… Me? Kalau dah dengar berita tu..sudah je lah…sedekah al fatihah ja…melayari Tribalwars ja..huhuhu

“Yuna, saya ambil ‘emergency leave’ hari ini” rakan sekerja, Laynar, meninggalkan pesanan. Kami satu pejabat tergelak sakan kerana baru hari itu kami dapat tahu dia ada kena mengena (bersaudara) dengan keluarga MJ. Mula-mula Yuna tak faham dan anggap macam ‘Iye ke?’ lepas tuh saya pun kena digelakkan kerana macam lurus bendul..Adeih! rupa-rupa nya joke lah! Lambat tol pick-up! Huhuhu

Sejak hari tuh kebanyankkan nya berita terkini mengenai MJ sehingga lah sekarang…Kesian dan sedih jugak tengok hal-hal MJ nih, di dunia dan di alam barzah tak habis-habis orang bercerita tentang dia, harta, kewangan dan anak-anak dia..mayat dia belum di semadikan tuh…
“Lov, tengok nih! Ada 50 gambar MJ” Dearie menghantar link mengenai MJ..Yuna pun tak ketinggalan menatap wajah-wajah ‘ The King of Pop’ pula

Kepada para peminat MJ, nih Site rasmi MJ http://www.michaeljackson.com/
Mengenai perubahan wajah MJ http://www.anomalies-unlimited.com/Jackson.html
Banyak lah kalau nak melayari internet nih…

Akhir kata, Yuna mengucapkan takziah kepada keluarga MJ. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

No comments: