Monday, October 29, 2007

Hapus jejak mu


Sudah beberapa hari Yuna banyak memikirkan dan membuat pertimbangan. Dah banyak tanda-tanda seseorang itu ingin melangkah haluan sendiri, ke dunia baru nya. Dia tak perlu kata-kata apa pun kerana Yuna lebih memahaminya. Cuma hati berbelah bagi antara rakan seperjuangan dan rakan sepermainan...rakan kanan ku. Mungkin dia tak mengerti dan tak akan memahami, dia hanya mahu apa yang dia mahu.

Tiada keraguan di dalam hati dan jiwa ku. Roda ku tetap berpusing..rezeki ku ada dimana-mana dan di dalam bentuk apa jua pun, Yuna bersyukur. Dah beberapa kali Yuna kata "Ku tak mahukan apa-apa hanya senyum tawa. Terima kasih!"


Kini ku lepas kan segalanya; http://youtube.com/watch?v=NagDi5gAblg

Thursday, October 25, 2007

Di sanubari ku


Jatuh bangun ku....siapa peduli? Bukan hal kamu kan?
Tetapi pernah berdiri dan meniti di tepian bangunan tinggi, berangan macam merak kayangan ingin terbang seperti burung pipit. Hahahahaha...aiseyyy...burung pipit? Apa da...!! Hahahaha...tu la..korang tak tau gah disebalik burung pipit ni.
Dia bebas, orang keliling tak ambil peduli pun dan tak mengendah pun.
Dia bebas, berkawan atau bersendirian.
Dia bebas, terbang mane-mane pun
Dia bebas, bersarang di mane-mane pun
Tetapi di sebalik semua ini, ia tak menjanjikan apa-apa. Sememangnya ku tak mengharap sebarang perjanjian. Janji cinta, janji sayang, janji berjaya, janji sembuh, janji happy, janji whatever...no janji-janji! Nanti termakan janji susah! Janji...tu..aku berjanji dengan diri ku, di sanubari ku..korang tak payah tahu.
Pegangan ku, allah saja yang maha mengetahui. Dalam genggaman ini, telapak ku kosong tetapi genggaman ku kuat. Dari situ naluri ku sealiran terus ke hati ku, jiwa ku, kalbu ku dan kubu ku.
Mata ku merenung se jenak, minda ku bermain panggung wayang sejarah silam atau mase dekad ke hadapan. Redup, kuyu dan layu bagai anak sungai mencari jalan sendiri ke muara. Mulut ku terkatup rapat tetapi mudah mengukir senyuman. Hati ku menangis sejak ku lahir lagi. Ketawa ku permainan harian ku cari sendiri...
Di sanubari ku....ada dia di mata ku, di mulut ku, di telinga ku, di hati ku, di tangan ku, di hati ku, di jiwa ku dan mimpi ku. Itu yang ku idamkan...tiada sepi..tiada menangis lagi...tiada apa-apa yang ku nak lagi...dia janji ku....
Eh, korang tak payah kopak kepala memikir hal ni la...tu..dunia Final Fantasy ku la...hahahaha...

Saturday, October 20, 2007

Guitar Hero 2 ngan Tribalwars!

Kemaruk ngan gitar Hero 2! Hari-hari dok praktis main gitar hero 2...tangkap cintan dah. Bila ada masa teruang, Yuna akan mulakan ...yeah! gitar hero 2. Kontroller dah nak rosak lak..Adeii! Dah tak sabar-sabar nak pi beli kontroller gitar lak. Dari satu kedai ke satu kedai kita dah pi 'scouting'. Mungkin minggu ni kalau tak ada aral melintang, nak pi Ampang Point dan beli gitar baru...huhuhuhu (kelakar sungguh cakap lagu tu).

Jumaat lepas, Tenko ajak Yuna main Tribalwars. Ingatkan online game macam Half-Life, sebab dah berjanji ngan Tenko yang kitorang nanti dok lawan sama. Rupa-rupaya buat satu perkampungan dulu, nanti leh fight sama-sama. Mula-mula janggal gak, pastu ok lak. "Tenko, nama dayak apa ha..Yuna nak guna?" Yuna berseloroh. Malam tu Yuna dok berjaga sampai pukul 3 pagi layan si Tribalwars nih..hahahaha...Hari-hari ngan Tribalwars...Oh ya, baru hari ni Yuna terperasan, nama 'Tribe' Si Tenko tu...hahahaha..Whatever k!

Wednesday, October 17, 2007

Layan je...


Banyak lak jemputan rumah terbuka sempena bulan syawal ni. Cuma larat ke atau tak larat je nak pergi. Yuna dah demam sejak hari Isnin tapi masih layan whatever je la...tetapi banyak rehatkan diri dan tidur je memanjang. Semalam ade tokei kedai datang bertanyakan buah kurma segar...adeii dah tak larat nak layan buah-buahan. Tengoklah minggu depan kalau ade rezeki dan insya'allah buat projek lain lak. Tapi rasa-rasanya 2 November baru lah Yuna betul-betul free!!! Free dari kerja-kerja gila kat ofis la...tapi terasa nak ambil break dan pergi bercuti di Port Dickson jap. Ada beberapa perkara Yuna nak pertimbangkan dan mengatur langkah seterusnya untuk tahun 2008. Wa..dah tentu korang terperanjat ya...nak tahu? My think-tank is like this but I'm no perfectionist k! Selalu pandang ke hadapan. Tapi ade gak pandang ke belakang bila teringat kesah-kesah silam sebagai panduan dan beringat-ingat.

Tahun ni Yuna banyak belajar benda-benda baru dan juga berkenalan ngan beberapa sahabat handai yang baik budiman. Yuna tahun 2006 lain dari Yuna tahun 2007. So tahun 2008 lak? ha..tu la..Yuna sedang fikir habis-habis...nak belajar setakat mana dan nak melangkah sejauh mana. Ini semua perancangan je. Tapi masih ade dua perkara ni...masih lagi bergolak dalam pemikiran nih...Ada satu ibu segala semua ni, dah banyak petanda-petanda Yuna terima. Cuma Yuna tak reti nak mentafsirkannya...

Whatever...layan je...sampai tiba masanya..whatever je lah...sebab tak lama lagi..sampai akhir penghujung...layan je..sebab http://www.youtube.com/watch?v=VdLFYau9PI0

Monday, October 15, 2007

Raya SMS


Malam Raya Tenko dah SMS, pastu Naqi, pastu GG, pastu Salihin, pastu Fendi, pastu Dotty, pastu kawan-kawan ngan sepupu pastu dia ni pastu dia tu pastu whatever la..sampai penuh inbox. "Yuna, tipon ko tu tak reti nak tido ke?" mak dok bising-bising sebab asyik tit-tit tit-tit sahaja. Yuna vrs ayah nyer tipon..tit-tit tit-tit. Mak nyer tipon .....(?) tu la pasal..tak der bunyik tit-tit tit-tit. Jelez la..kot.

Raya pertama lah yang paling penat. Pukul 11 pagi dah rewang-rewang satu kampong! KL tu kampong kitorang la..balik kol 10 mlm..penat seh! teruz tidur selepas SMS..tak banyak cakap. Esok Raya kedua pun begitu tetapi kali ni pi umah saudara-mara di luar KL laks...Bandar Rincing, Kajang, Selayang dan Gombak. Raya Ketiga..pi yang paling dekat..jiran-jiran! hahahahaha...dah masuk raya ketiga baru nak pi rumah yang paling terdekat..adeii! bukan apa..Yuna dah tak larat wei..badan dah sakit-sakit nih.."Yuna, jom pi makan nasi arab..I belanja" kata Syed Iylia. "OK!" ok je..bila tang makan nasi arab ni..sebab nanti boleh 'ta-pau' utk mak dan ayah sekali. Tetapi kedai tutup. Pi kat Restauran Moroccan..pun tutup. "Kita gi Tarbush lah kat Ampang Point" Wa..nasib baik bukak..ramai tol orang. Sementara buat booking dan menunggu, kitorang pi cari kedai game..ade sebuah tercorot dibelakang kat tingkat 3. Yuna dan Iylia pi beli DVD game (beli lagi..huhuhu..raya apa ka nih!) pastu tengok action figure Kamen Rider dan Darth Vader. Iylia dok tolong pilih-pilih. Apek kedai tu baik orang nya, lepas satu-satu dok layan kitorang. Beli Darth Vader selepas tawar menawar..harga dia huhuhu..tak leh nak dapat..teruz beli dan dapat satu light saber free lak tu..Kitorang pilih laks gitar game untuk gitar hero2...ade 3 jenis. Adei!! mahal gak tu...nanti nak bawak si Syed Izman laks..dia tu pandai tawar menawar.."Mari lah nanti, boleh bagi kurang" tokei tu berpesan.(Huhuhu..I will, tokei ooi!)

Balik rumah ngan Iylia bawa balik makanan Lebanon. Kenyang dan sihat seh! Pastu SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS... nak tido pun tit-tit tit-tit esok pagi pun SMS SMS dan tit-tit tit-tit huhuhuhu...

p.s. Tenko-san, I got this DV just like in this link http://www.youtube.com/watch?v=5blbv4WFriM hehehehe

Wednesday, October 10, 2007

Penat seh!


Aidil Fitri semakin dekat. Tak sabar tol nak menyambut hari yang mulia ini. Penat seh! Tu memang dah tentu!

Yuna ambil cuti pada hari Jumaat ni. Tolong mak dan nenek memasak di dapur. Sis Yuna dari Melaka dan Gemas akan balik hari tu juga. Adeii ramai la..rumah yang dah di hias indah minggu lepas dan tentu hiruk-piruk ngan anak-anak buah. Selalunya mereka akan segera ke bilik Yuna...ha apa lagi PS2 la..gamaknya. Adeii! berebut la..diorang ngan Yuna nanti sebab sekarang Yuna sedang kemaruk main Guitar Hero 2. Nanti nak gi kedai game nak tengok controller gitar tu berapa harganya. Kalau ok, beli.

Korang dah tentu kata raya kat KL tak best tapi kat kampung lagi best. Best pe...Yuna orang KL..ade gak kanpung macam Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, Kampung Pandan, Kampung Cheras Baru. Saudara-mara Yuna ramai kat KL. Sebulan pun tak habis pi beraya tu...

Raya pertama dah tentu diorang mai kat rumah. Dari situ kitorang plan pulak macam raya kedua rumah siapa nak buat rumah terbuka dan seterusnya. Hasilnya..badan naik! Adeii!hahahaha.. ya la..kalo hari hari ade hidangan yang best-best! Dah tentu doktor Yuna bising-bising nanti huhuhuhu. Ade date dengan dia bulan November ni...kena pial lak telinga ni nanti weii.

Oh ya..kalo Yuna sempat, Yuna akan update blog ni. Kalo tak minta maaf saja la ye?

Sempena menjelang Aidil Fitri, Yuna ingin mengucap Selamt Hari Raya dan maaf zahir dan batin jika ade terkasar bahasa dan salah silap. Ampun maaf di pinta. Sekian. Wasalam!

Thursday, October 4, 2007

Out of stock

Menjelang Aidilfitri dah makin dekat. Minggu depan je....
Rasa-rasanya tentu korang dah tak sabar-sabar nak menyambut perayaan tersebut. Dah plan nak balik kampong la..

Yuna? Yuna orang KL..ramai saudara-mara dok di KL. Cuma adik beradik Yuna je yang tak dok KL sesudah berumahtangga. Seperti biasa Yuna dan sepupu Yuna akan merancang dan berkonvoi pi rumah ke rumah di hari raya kedua dan ketiga. Raya sakan...penat weii...!! Duit habis kat minyak kereta je...adeii! Tu baru round-round kat rumah sedara, belum lagi masuk kira pi rumah kawan laks.

Sejak minggu lepas dok pi shopping baju dan kasut. Hahahahaha..Yuna teringat lak kat si Naqi ni! Dia ade tunjuk baju raya dia tahun ni...tergelak Yuna! rupa-rupanya baju kostum kamen rider kuboto..hahahaha..gelinya hati..so comical tol! Pastu teringat laks, baju raya Yuna yang berwarna unggu lembut yang Yuna dok order di tanah yahabibi nih. Adeiii! out of stock la...camner ni? "I nak gak pattern tu dan warna tu!" Yuna berkeras sebab dah cuba baju yang sama tapi bukan saiz Yuna, Cantik sungguh! ngan design abstrak perak...alahai..Nampak gaya ni, Yuna kena pi shop kat Ampang Point atau The Mall laks, jadikan back-up baju raya yang out of stock nih.

Oh lagi satu, buah-buah kurma segar yang Yuna dok canang dan jual pun out of stock! Huhuhu..
Hari tu Yuna ikut Syed Iylia dan ayah dia pi Bukit Mahkota..jual buah-buahan. Wa..sambutan best tol! Dalam 2 jam je habis semua di jual..tapi tu la..sekali kitorang belajar menjual. Lecturer-lecturer di KUIZ dok tegur sapa si Iylia nih. Diorang kata si Iylia ni memang pelajar popular di KUIS. Adeii..semua lecturer-lecturer Iylia bagi extra buah-buahan laks. Tu belum lagi kawan-kawan dia yang datang dok beli. Hmmmmm...nasib..nasib... Walaubagaimanapun rezeki murah tol! Syukur alhamdullilah...semua dah langsai dan dah bayar whatever berhutang ngan abang angkat Yuna ..tokei buah-buahan nih.

Tenko dan Naqi..sori la..kurma segar masih out of stock..selepas raya nanti..insya'allah k!

Tuesday, October 2, 2007

Peringatan je


Selalunya kita berdua...sekarang tak lagi....
Kengkadang malas tol nak fikir-fikir soal ni. Masa merubah segalanya.....tu la..Yuna tak mengharap apa-apa pun sejak dulu lagi sebab..yuna lebih mendalami seluk-belok persahabatan.
Walau cam mane pun best ke..rapat ke..sayang ke..manja ke..semua ni akan berakhir. Hanya rindu saat gelak tawa dahulu kala...
Peristiwa hari ni, kenangan ku!
Thank You Riz, you sebenarnya banyak mengajar Yuna tabah dalam keadaan sebegini. Yuna rasa, ini lah hikmah di sebalik persahabatan kita sebenarnya. You berjaya melindungi 'Dunia Yuna'...insan yang paling you sayangi hakikatnya. Yuna dah memahami dan macam mana aaaa? nak berterima kasih dengan you, Riz?
Yuna akan diam kalau terdengar ungkapan 'I tak akan tinggalkan you' tetapi senyum saja, Tu..you dok lafazkan dulu...adeii berulang-ulang dan terngiang-ngiang di telinga lagi...masih panas lagi bisikan ni rasa nya...tetapi ia akan hanyut jugak akhirnya seperti you juga. So, the moral of the story.....jangan mengharap bintang di langit malam hari, bintang dinihari tak siapa yang puja.
Sorry, I didn't mean to hurt you. Thanks for the memories!