Monday, November 26, 2007

Sekian lama menyepi


Sekian lama menyepi; "Yuna! You lah orang pertama yang I nak tunjuk hasil kerja I selama ni!". Airmata ni mengalir tak henti entah kenapa selalu ngan dia saja. Perasaan hiba selalu menyelubungi diri ini. Ceria ku entah kemana. Yuna hanya tumpang bangga dengan whatever je. Hanya dia tahu dan memahami perangai Yuna sebenarnya...(So many things to say and tell but yet I can't). Mungkin kitorang ni rapat sangat cam...hhmmm..I'm his sister and he's my brother! Hahaha..Yuna tak de abang dalam keluarga (all girls) dan dia lak yang tunggal. Susah tol nak pupuk persahabatan macam ni kat mana-mana pun. Tu hakikatnya. Dan kalau terluka...luka yang paling mendalam sekali...tak reti nak cerita. Ngan dia saja Yuna tak reti nak selindung perasaan. Gembira, marah, keciwa, sakit, whatever la..semua belasah je kat dia nih.

Semalam, Yuna luahkan apa yang terjadi sejak kebelakangan ni. "I've change my mind set and am preparing whatever". Dia sedih dan mungkin terperanjat. Sayang? Sememang Yuna Sayang...walaupun ada kehadiran dengan beberapa orang dalam buku Yuna sekarang nih yang Yuna sayang juga. Kalau dah sayang....sayang selalu (hahahaha..eeeee..that's me! can never change) Yuna tak pernah ubah pendirian pun sejak awali. Janji tetap janji but life has to go on.

Kasih sayang Yuna seperti Ocean size love http://www.youtube.com/watch?v=w6k-DqdDNnA

Sangkyu...sou yuu dake desu!

Sunday, November 25, 2007

Selamat Hari Jadi Wakka!

Ruang ni khas untuk kawan baik, Salihin Saripuldin.
Hari ni Birthday dia yang ke 28 tahun. Semoga Allah murahkan rezeki dia dan sehat selalu. Oh Ya.. dan bertemu jodoh ngan si 'Intan' dia! Wuhoo....!

Maaf tak de gambar dia la..dia tak mau bagi sebab too hensem sangat dan malu..! hahahaha..tapi dulu Yuna kata perwatakan dia macam Wakka yang dalam game Final Fantasy 10 (gambar di sebelah kiri ni). Seorang yang baik hati, prihatin, disiplin dan teguh pendirian. Cuma dia bukan Kapten Blitzball..hahahaha...(lupa nak tanya dia kalau dia pandai berenang cam Wakka lak..huhuhuhu)
Mengenai Blitzball : http://youtube.com/watch?v=A2TtB95u-cE
http://youtube.com/watch?v=dz7Vu1DyezQ
http://youtube.com/watch?v=jSoyh4fDN6I

Minuman kegemaran dia, Milo. "Yuna, jap..nak buat air milo jap" Dari dulu sampai lah sekarang... Milo! Milo! Milo! Patut Nestle ajak dia masuk iklan Milo...dah tentu dia suka tol! Oh Yeah? Smile please!

Yuna harap Salihin menyambut birthday hari ni ngan penuh keriangan. Lain kali bagitahu la..awal2...I may have something in store!
http://youtube.com/watch?v=yLKlG8Fnyv4 , http://youtube.com/watch?v=Dl7uG7KT9ac

Friday, November 23, 2007

Semakin jauh


Banyak berdiam diri. Banyak hanya memerhati. Banyak lak berfikir.
Sayu je hati ni. Redup mata ni. Sejuk rasa diri ni. Jauh rasanya........

"Yuna, you ok?" Dia tahu sejak dari pagi tadi Yuna tak ok. Thanks!
"Rileks la.." pujuk dia. Hmm... macam mana nak belajar rileks dan cool seperti dia ya..

Kalau dia depressed, dia minum coca-cola dan pastu tidur. Esok dia bersahaja je...macam tak ade apa-apa yang berlaku. Eh, camner aa kalau nak buat style macam dia tu. Tak yah kesah sangat dan cool je? Yuna ni memang oramg yang tak berkesah...tapi kalau hati terluka...eeee pedih tol terasa...tangkap leleh je...tu dah pasti. Nanti nak minun 100 plus (tu je yang ada di rumah) pastu tidor. Sebelum tu layan lagu nih.

Semakin jauh, semakin terasa
Jiwa memberontak, hentikan semua
Yuna tak mahu menangis lagi........................

Friday, November 16, 2007

Mr Kamen Rider

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Selamat Hari Jadi Si Bobok

16 November 2007 12:30am

Masa tu Yuna sedang memantau permainan Tribalwars di komputer...tetiba keluar;
N: Yuna! I baru masuk 21 tahun huhuhu...
Y: Ya! Happy Birthday Bobok! Amacam? Camner rase 21?
N: Tak de pa pe pon..still rasa cam 18 tahun lagi hahahaha...

Kawan baik Yuna ni, Naqi...memang suka berseloroh! Tak kering gusi bila dia online.
Anyway..ruang ni khas untuk Ahmad Naqiyuddin Mahdzir.

Hari ni Birthday dia yang ke 21 tahun. Semoga Allah murahkan rezeki dia dan sehat selalu.

Tu gambar dia. Cute tak dia? Tu korang belum lagi tengok dia Henshin (transform in japanese) jadi Kamen Rider Kabuto! Cute giler! hahahahaha..ramai pompuan Jepun tergila-gila kan si Kabuto ni hahahahaha....tetapi sori ya, sebab dia dah ada yang punya, Mrs
Kamen Rider gak...huhuhuhuhu..Tomey tu!
Khas untuk Naqi, Henshin! Enjoy ya...
p.s. Jangan lupa bobok si kuching dompok!

Wednesday, November 14, 2007

Gago ngan Action Figure ja


"Ini takleh jadi nih...mana-mana pi kedai-kedai toys, game station...semua ada action figure kamen rider! Hanya kedai tertentu ja ada jual action figure Final Fantasy" bisik hati Yuna.
Hari tu Yuna dan Naqi melayari kedai-kedai online action figure yang ini http://www.angolz.com/ . Kitorang menjamu mata dan selera...adess! Itu la kerja kitorang berdua, balik-balik Kamen Rider dan Final Fantasy. Selain daripada tu, ngan Tribalwars.

T: Hai Yuna, kerja ye? sedang buat tu? (Tiba-tiba Tenko YM).
Y: Sedang bermain dan chat
T: Main? Chat ngan siapa?
Y: Tribalwars dan chat ngan Naqi

Kitorang bertiga pun dok melayari kedai-kedai online action figures. http://japanimation.com/jstore/

"Yuna tengok nih...Yuna tengok tu...Wa, yang ni lagi best...yang itu tomey la...I minat yang ini la...UUuuuu...AAaaaa...AArrrggghh!...." kitorang bertiga dok ber-chat seronokan dan syok sendiri kot (?) hahahahaha...Tetapi memang begini lah kitorang nih. Ada je benda nak diceritakan atau dijadikan cerita. Si Naqi ngan Karmen Rider dia, Yuna lak ngan Final Fantasy nya hal dan Tenko...dia nih entah mane satu yang dia minat tetapi suka sangat Star Wars, Halo, Half-Life, Hitman, Predator dan whatever game-game yang berunsur perang. Whatever..,Yuna klasifikasikan Tenko sebiji perangai macam Cloud dalam Final Fantasy 7 dan juga kuching dompok yang kuat tido..hahahaha.."Jangan marah ya Sleeping Beauty!" Saja plente...kan gitu seh? Kitak pateh tido dan polah gago ja..

Semalam Yuna dah nekad..."Naqi, Yuna dah bukak akaun dan dah order satu action figure!" huhuhuh...Whatever la...K!

Hey, tengok kat sini...cute ya!

Monday, November 12, 2007

Balamb Garden

Gambar sebelah: Balamb Garden dalam Final Fantasy 8

Mula-mula Tenko ajak Yuna main Tribalwars, Yuna tak tahu permainan apa tu. Tak pernah main jenis MMORPG kecuali RPG game kat PS2.

Di dalam game Final Fantasy 8, Garden, adalah sebuah Akademi Tentera anak-anak muda yang mempunyai kuasa-kuasa luar biasa. Di situ mereka di latih, di disiplinkan untuk menjadi ahli-ahli SeeD atau Garden's elite mercenary force for aid. FF8 adalah game Final Fantasy yang paling Yuna minati. Di Balamb Garden lah hero Squall mula-mula dikenalkan dan juga pertemuan awali antara Squall dan Rinoa. Jadi memang memadai lah Yuna menamakan perkampungan dalam permainan Tribalwars, Balamb Garden.

Untuk pengetahuan anda, Balamb Garden Yuna sudah di serang hendap sebanyak dua kali oleh kumpulan Tribe yang kuat-kuat. Masih dapat bertahan. Hari ini Balamb Garden akan di serang lagi dalam mase 5 minit lagi. Sunyi rasanya...tiada teman. Yuna hanya melihat statistik dalam diam sambil mendengar muzik http://www.youtube.com/watch?v=SE4FuK4MHJs dimainkan. Sayu..sunyi..sepi..sedih..perasaan bercampur baur. Dapatkah Balamb Garden bertahan dari serangan Tribe MONTKP bertubi tubi nih?

Paladin Tenko: Balamb Garden, Prepare for the battle! It is a good day to die! shinea! shinea! shinea!

Saturday, November 10, 2007

Tennoo


"NO!" Ibu Yuna melarang Yuna untuk pelihara si Tennoo, kuching bengal. "Aiseyy..camner ni?" Yuna dah fikir bebanyak kali bagaimana nak bawa pulang si Tennoo.

Dulu Yuna memang bela kuching....kuching parsi putih, kuching siam dan juga kuching biasa. Yang paling banyak sekali jenis kuching parsi. Sekarang tak lagi. Yuna bela dua ekor ikan laga. Ikan laga siam merah, Fishcake nama dia dan ikan laga amerika berwarna biru, Fishball. "Balang si Fish cake dan Fishball pun jarang nak basuh, ini kan nak bela kuching" tegah mak Yuna.

"Min, camner si Tennoo? Dia ok ke?" semalam Yuna talipon kawan yang dok di Bukit Mahkota. Bapa Amin ade sebuah kedai Pet shop di situ. Bukan saja Bengal Cat, Wild Cat pun ade..tapi kalau nak kuching hutan, kena ade permit untuk memilikinya...huhuhuhu. "Tennoo sakit, kena quarantine!" Nak tahu berapa harga si Tennoo nih? RM1,800!! "Fuyoo! mahal la..." kata Yuna bila Amin beritahu pada satu hari.Masa tu Yuna berceritakan pasal Bengal Cat di kedai Pet shop, Mid Valley. "Eh, Yuna memang lah mahal.RM2,000 ke atas pun ade. You nak ke?"

Masa tu saja-saja ja bercerita. "Kalau you nak, I bagi sekor..kitorang ade 4 ekor kitty cat tu!" Wow..tu rezeki tu...siapa la..nak bagi FREE kuching bengal. Sejak tu la..teria-ia nak sangat. Masalah nya, camner ya...

Monday, November 5, 2007

Rinoa dan Squall...FF8

5.11.2007, BEBAS!

Bebas dari kesibukan kerja-kerja ofis. Baru lega rasanya....
Hari ini Yuna tak buat kerja apa-apa di ofis kerana semua sudah beres. Hanya menunggu bos-bos Yuna yang akan balik dari Tehran tak lama lagi selepas dua minggu diorang berada di sana. Aargh! tak nak fikir hal-hal kerja ni lagi.
Yuna mengimbau kembali detik-detik masa tahun lalu...Yuna selalu melayari internet bila masa terluang nih..entah apa yang di carik...Yuna sendiri pun tak tahu. Tetapi yang dah tentu, masuk ke web yang berunsur game yang ade berkaitan dengan game-game Final Fantasy. Itu, my life. Dunia Yuna..dah bertahun-tahun begitu. Paling nostagia ialah Rinoa dan Squall dari FF8 dengan lagu 'Eyes on me' nyanyian Faye Wong. http://www.youtube.com/watch?v=HNefNLOHVYk Rindu.....! Bila mendengar kembali lagu tu sekali sekala, rindu..tol...Yuna rase hanya ketika itu lah..Yuna BEBAS! Bebas dari belenggu fikirkan Rizman..bebas dari sebarang kacau bilau dan kekusutan. Di minda Yuna, hanya lah FF8, Rinoa, Squall, geng-geng diorang dan akademi tersebut.
Tetapi pelik tol, hari ini skrin PC Yuna di banjiri dengan rakan-rakan rapat dan rakan-rakan biasa yang singgah sebentar atau lama. Jenuh satu hari melayan tetamu di skrin komputer nih hahahaha...Hello people..thanks for everything ya!

Anyway, malam ni...Yuna nak ke FF8. Jadi Rinoa sebentar, ingin bertemu Squall. Nostalgia....

no la...hanya mengimbau kembali zaman bebas..tu je...k

Saturday, November 3, 2007

Guitar Hero 2 ...layan seh!


Setiap hari, Yuna akan meluangkan masa bermain game Guitar Hero II. Layan seh! Jari jemari kiri Yuna..adeii..penat weii. Penat memicit butang-butang gitar yang berkaler-kaler.

Lagu kegemaran buat praktis setiap hari ialah Surrender, Strutter, Shout at the Devil dan Sweet Child of mine. Aiseyy..baru perasan, semua lagu-lagu tu bermula ngan huruf 'S'.

Hari ini ade Cikgu Ibrahim ajar Yuna laks. Dia bagi lagu-lagu untuk praktis yang susah-susah tol. Terkial-kial Yuna memetik macam jantan laks. Tapi wuhoo...perasan tak terkata dah ni. Syokkkk! Yuna ni bukan la..awek rockers tetapi apabila main game Guitar Hero wuhoo...lagu-lagu rock best tol...Salut!

Friday, November 2, 2007

Boo!

Malam 31 October, Naqi dan Yuna....

Ishk! Kitorang bukan berdating la...tetapi selalunya la..sebelum masuk tido, Yuna akan YM Naqi...'just to say goodnight' penutupan hari itu. Malam tu Naqi mengadu girl dia kena kacau ngan surat layang email berhantu. Puas la..si Naqi tenteramkan girl dia, Aini. Sempena malam Halloween, kitorang bercerita kesah - kesah seram dan kejadian yang pelik pernah berlaku pada diri kitorang huhuhuhu..best nya stori-mori! Lepas satu ...satu...dok bercerita, tak sedar dah nak masuk kol 3 pagi. "Yuna, takut gasenya nak tido la.." kata Naqi setelah mengimbas kembali kejadian yang pernah menimpa pada dirinya dahulu. "Ha..pi tido kat Tenko tu.." Yuna berseloroh. Akan tetapi, kitorang masih gak sambung bercerita kesah-kesah seram.

Dulu rakan baik dia,Tenko, pernah gak bercerita pasal kesah-kesah begini....best gak mendengar pengalaman masing-masing.

Anda bagaimana?