Monday, April 30, 2007

Kijo GG Kijo!


Hi! Sorry! Dah 2 hari tak ade mase nak update blog nih secara terperinci. Short story-mory jer. GG ngan Yuna sebuk ngan projek baru Si GG nih. Dah 2 malam kitorang dok cek-cek dan buat aper-aper yang patut. Malam tadi patut siap tapi hmmmm...Yuna tak tahu ape la..nak cakap ngan Si dia nih. Aysik ZZzzzzz memanjang di tengah-tengah kerja. Ni lah..bahana kalau buat kerja melalui Instant Messenger...tak tahu ape dok berlaku di sebelah sana. Wei...kalau betul-betul lah buat group discussion/kertas kerja nih secara bersemuka memang dah kena lutu dia ni.
Anyway, dia dah citer awal-awal lagi yang hari ini dia banyak pi sana sini, tu yang letih tu...so bila tang malam..mengantuk le jadiknya. Macam-macam hal...
Tengoklah, hari ini dia tentu busy giler ngan projek dia hari ini..sebab hari ni adelah tarikh penentuan. Yuna dok bagi support dan tolong setakat mana yang boleh.
GG kalau you baca blog ni, Yuna dari tengahari sampai petang gi rumah saudara...ade kenduri doa selamat! Malam kang sambung...tapi jangan lambat ngat. "Tok leh dok tidur sajo, kijo GG..kijo!" ....Eh, betul ke caraYuna kecek kelate nih? hehehehehe...bantai lah! Jangan mare.....senyum selalu yek!

Sunday, April 29, 2007

Happy Birthday !!!


Selamat Hari Jadi Syed Ahmed Jaffar!
Baru berumur setahun jagung....wa...cepat betul dia membesar ya...dia setahun kita pun setahun! hahahahaha...tambah setahun le...aper da...! perasan!
Letih betul hari ni. Semalam kerja sampai pagi. Tidur kat pukul tiga setengah pagi. Mentang-mentang lah esok hari Ahad...but actually memang Yuna ade kerja. Penting tu...
Pukul 3 petang Yuna bergegas ke rumah sepupu Yuna kat Kampung Baru. "Woi! Tak de orang?" hahahaha ni lah orang kata 'Janji Melayu'...wei sampai bila gak nye orang melayu kita ni nak tepati masa la.....
Yuna orang yang pertama sampai ke rumah birthday boy. Semua juadah dah siap-miap! Tunggu saudara-mara lak...diorang ni selalu cam ni. Kalau nak cepat..cepat sungguh. Kalau lambat..lambat sungguh! Part tunggu-menunggu ni yang Yuna benggang sikit. Sebab Yuna tak reti nak borak-borak....kalau dah ramai tu..boleh le buat cam David Copperfield...menghilangkan diri dalam keramaian. hahahaha..I'm good at that! Borak ngan cousin yang rapat tu kira ok lagi la...ngan pakcik makcik...eh, ape topik-mopik nak borak ni....alahai!
Ha..nasib baik diorang sampai tak lama kemudian. Phew! What a day!

Thursday, April 26, 2007

Salah Siapa ye?


Ring! Ring! Ring! nyer hal....Malam tadi Yuna masuk tidur pukul 3 pagi. Adakah ayat yang betul berbunyi macam ni? Pagi tadi Yuna tidur pukul 3 pagi (?). Entah la...lantak lah.

Semalam Yuna dah rancang nak pergi Midvalley...by hook or by crook...kiranya MESTI pergi. Yuna kena renew kad ahli Metrojaya dan...ambil baucer RM100...yeah!! Boleh shopping kasut! Mak Yuna ajak gi Tesco Ampang lak. Bila mendengar Yuna nak pi MV, terus dia batalkan niat dia...nak ikut sama tetapi selepas Zohor. ZZzzzz tertidur sampai pukul 3 lak...Eh, mak Yuna tak de...badan terasa lemah tol...no energy....rasa malas pun ade. Online jap nak tengok Cakapgold. GG pun ade..borak ngan dia jap sambil menunggu mak sampai. GG ceria hari ni...mintak Yuna tengok blog dia...kelakar tol GG ni.

Dah dekat pukul lima baru Mak kata tak jadi pergi MV sebab malam ni malam Jumaat..nak pi surau...lagi tak de orang nak tengokkan ayah kalau kita berdua keluar jalan-jalan. Hmmm tau pun...ingatkan tak tahu...bisik Yuna. Hei..Mak Yuna ni kalau pasal shopping...langkah dia memang panjang...suami dia pun dah tak ingat hahahaha...Poor dad! Sebelum menyusur..mak Yuna berpesan "Jangan pi lama-lama..walid tu tak der orang nak jaga bila mami pi surau nanti. Balik jangan lah pukul 7..that time I'm going to surau!" ...Alamak! aper la..ni? Jam dah tunjuk pukul 5:10 ptg..."Mum, tengok lah masa..I don't think I can make it by 7..journey lagi..cari parking lagi...tengok lah" Yuna mencelah "I hope Ibrahim can cover jap until I'm back" balas Yuna... "Oi! dia pi tuisyen! balik cepat!" herdik si mami ni. Dengan tak melengah lagi terus Zoom...sebelum pok pek pok pek buang masa lagi....

Yuna tak makan malam sebab petang tu dah soru Burger King. Hmmm I love Burger King compare to McD...sebab burger panggang!. Syok habis sehingga menjilat jari...Ia ke? hahahaha...Hei...selera mungkin dah ok kut. Sambil tu pos lagu "When you believe" kat Cakapgold. Semasa Yuna balik dari MV, asyik menyanyi lagu ni ...feeling habis. Semasa mandi pun lagu ni..nak solat pun ...eee...tak kusyuk tol..minda ni teruk tol la...so harap-harap bila dah pos lagu ni baru reda kot...but bestnyer ngan video klip dari Final Fantasy 10 pasal Yuna dan Tidus...Hmm..layan habis tu...! Ring!ring!ring! talipon Yuna berdering...nombor tu tak tertera nama siapa. Eh, siapa lak ni? bisik Yuna. Lama gak berdering..."Hello?" Yuna beranikan diri....salah nombor kot...Eeeee dunia Yuna bagai nak runtuh bila mendengar panggilan tu. Luka lama berdarah kembali...Suara boyfriend lama...dah lama tol tak dengar suara yang dahulunya pengubat rindu...kali ini terguris lagi sekali. Tertekan rasa malam tadi. Kejap jer perbualan kitorang...both gugup kot. Mungkin masing-masing tak nak tunjuk igauan yang sebenar. Dia ego..Yuna pun begitu. Dia minta maaf mungkin ade berita lebih dari tu dia nak khabar kot...entah la..Yuna tak larat nak berbicara lebih lanjut. Sebak, gugup, sedih, geram dan marah pun ade...Dia pun mungkin tak sampai hati kot..."Salah siapa?"...Tu lah soalan yang sebenar!

Wednesday, April 25, 2007

Yummy!!


Gambar si GG di lamun belenggu! (Eh, gambar contoh jer la...)

Ade kelainan ngan si GG ni? Tak pernah dia meyendiri gitu lama (?) So hari tu Yuna hantar message kat dia. "You marah Yuna ke?" La...rupa-rupanya ade masalah peribadi.
"Tak lah! I serabut ni!" balas GG. La..ape nak jadi ngan si kawan ni...dok layan diri "Layan Peace!" dia kata (whatever!)..Nak mencari si kelip-kelip kat KL...mane ade kan? Kupu-kupu adelah! Yuna dah masak ngan perangai si GG ni....nanti lah, Yuna nak gosok sikit kepala dia supaya tak serabut...maybe some "knocks" cam kat Cakapgold tu...hahahahah!

Besuk holiday! Yeah! Dapat cuti free!~Yuna bekerja ngan Syarikat Swasta (Antarabangsa). Tak sangka lak Big Boss mengistiharkan cuti umum pada 26 hb April ni atas pertabalan Agong. Ring! ring! ring! la...gamaknya ofis besuk. Best tol! Besuk dah plan nak jalan-jalan kat Midvalley. Dah lama gak tak pergi situ. Ade kenalan dari forum Kedaikopi kejer kat situ. Dia dah beberapa kali ajak Yuna dok bersemuka ngan dia. Eeeeee tak nak lah! Segan tol! Entah..entah pernah selisih ngan dia atau mungkin makan semeja kat Food Court! Sebab tahun dulu kirakan setiap hari pi Midvalley 'lunch' kat situ. My favourite Kedai Eddy, Kedai Claypot dan Kedai entah aper lah nama tapi ade jual Pan Mee... Love the soup and sambal belacan. Kalau tak sampai berair mata kepedasan, tak sah. Sebulan sekali, Yuna, lady boss Yuna ngan pegawai pi makan kat Teppenyakki!! Kirakan kebanyakkan kedai makan kat MV tu dah kitorang sapu...Hei dah tentu kedai yang makanan halal la...For special occasion, kitorang rewang kat Chilli Grill...makanan Mexican...my MOST favourite. Kadang-kadang gi melantak kat La Manila. MV ni bukan 'Shopping Mecca' Yuna tapi 'Food Mecca' Yuna!! Tell me...apa makanan yang tak de kat situ....Best tol Midvalley ni!

What about KLCC? Yuna jarang pergi situ walaupun dekat ngan rumah. Too posh sangat. Kalau pergi pun sebab mak dan ayah ajak. Doirang tak suka MV sebab ramai orang. Pening kepala diorang kata. Food court KLCC, Yuna suka makan kat Tarbush! Yeah..Lebanese food..sampaikan pekerja-pekerja tu pun dah cam muka kitorang. Aiyoo! Pas tu pekena teh tarik kat kedai mamak sebelah Tarbush. Best dan kow betul!

Woi! aper lak hari ni citer pasal makan..yer? Agaknya kepala dan hati Yuna rasa ringan sikit selepas Yuna melepaskan kekusutan Yuna kat GG semalam. Pagi tadi pi makan nasi lemak kat IBC (International Broadcasting Centre) ...sebab hari ni selera Yuna terbuka..bestnyer..pedas dan sedap! Dah lama tak breakfast nasi lemak..asyik pisang, pisang, pisang! So nanti nak pi dengar citer dari GG lak..ape la..kekusutan si Mat Kelante ni...! 'Hey, GG what are best friends for kan? Kalau tak tolong menolong!"

Tuesday, April 24, 2007

Kun Faya Kun


Semalam lapang dada..hari ni tak lak...Hei begini ke hidupan hari-hari? Hari ni, atas nasihat rakan, Nur, Yuna kontek Dr Abd Razak dari Klinik Nurfera di Puchong. Lama gak borak ngan dia sebab nak tahu mengenai perubatan alternatif Nurfera. Sedih pun ade ngan whatever la...(rahsia..sorry)...nangis kecil gamaknya tapi masih bolen maintain lagi. Tak nak dia tahu betapa sedihnya Yuna mendengar keterangan Dr Razak tu. Tak pe...ini satu cabaran yang Yuna harus berdepan. Inilah beban utama yang Yuna pikul sejak 2 tahun..dah nak masuk 3 tahun. Kalau tak di pantau awal-awal...wallahuwaklam...."3 more years to go".... "Will see about that!" balas Yuna 2 tahun yang lalu tu. Nekad tapi dalam hati tuhan je yang tahu....

Kerja banyak gak hari ini. Untuk menghilangkan kebosanan dan kekusutan buat kerja selang seli ngan buat blog-blog serta jenguk-jenguk kat Cakapgold. Hati ni dah berbelah bagi sekarang ni. Tak der mood langsung. Ayah, tengahari dah call yang dia dah nak check-out dari hospital. Rasa lega lak dia dah ok. Tiada lagi urusan ngan hospital. Ya!..urusan ngan hospital...menyampah betul rasa sekarang ni. Eeeeee tertekan lagi sekali memikirkan kata-kata doktor tadi. Tak nak fikir-fikir lagi.."Kun faya kun!" ...aper nak jadi..jadiklah!

"Yuna, didn't she like to hear your voice?" kata Pegawai Perundangan, tiba-tiba bersuara apabila dia nampak Yuna menggeleng-gelengkan kepala selepas melayan satu panggilan. "No, that was a wrong number, Fernand...she was asking for Gloria" Tak de orang bernama Gloria kat sini. Fernand ni ceria orangnye...Lagi sekali terima panggilan orang yang sama nak berbicara ngan Gloria. Wei...ape kena Minah ni ..tak faham-faham ke...? Fernand gelak tengok tingkah laku Yuna yang cuba sedaya upaya memberitahu secara berhemah. Terubat gak tengok lagak si Fernand. Dia tu Filipino...bini dia korean...anak dia, boy, lahir kat Malaysia...jadi warga status aper tu? MaFiKo? ha..ha.ha.ha..Nasib baik tak Mopiko..tee..hee..hee..

Kejap lagi Yuna nak balik...langkah selaku yang tiada penghujungnya.....wasalam!

Sunday, April 22, 2007

Whatever Come what may!


Hari ni..terasa lapang di dada. Entah kenape lak. Tu la...Yuna memang sukakan 'Simplicity of life'. Kalau benda-benda yang terlalu banyak nak difikirkan atau di tanggung, boleh jadi binggung. Sikit-sikit 'confused'! Wei...Yuna kureng faham la...benda-benda yang berbelit-belit dan tersirat-sirat! Malam tadi kerja lewat gak...tak habis-habis melayari internet. Ade gak rakan internet menasihati Yuna " Yuna pi tidur la..berehat! Jaga kesihatan tu..." Bukan tak nak la...memang Yuna susah nak tidur! Dari dok bermenung atau reka-reka mimpi dalam gelap untuk paksa nak tidur...alamat tak payah la...Yuna memang tak reti dok diam-diam cam tu. Minda Yuna asyik bermain-main ngan macam-macam soalan, idea, schedule dan sebagainya...lebih baik Yuna dok kat PC buat sesuatu. Selalunya berakhir kat Cakapgold MTV..layan habis whatever lagu-lagu yang Yuna postkan. Nak dodoikan minda la..tu...

Semalam banyak perkara yang Yuna dok selesaikan. Mungkin terpendam sekian lama dalam diri. Yuna berkomunikasi ngan mak, sis dan nenek. Lepaskan perasaan yang tertekan dalam jiwa Yuna. Diorang tahu yang Yuna ni jenis tak suka cerita-cerita sangat..ape-ape hal buat muka ok dan selamba. Tak boleh pun jadi "Boleh" but whatever prinsip Yuna "Keikhlasan" dalam segala ape-ape pun (Insya'allah). Lagi satu..Yuna pegang teguh pada "Janji". Camner happy ke atau hati sakit pun..Yuna tak leh lari dari perjanjian..Janji tetap Janji. Ini satu kelemaham Yuna. Tu pasal Yuna tak suka buat-buat janji atau orang lain lemparkan janji pada Yuna. Bila dah berpatah arang..satu jalan nekad akan Yuna ambil..."confront and let go". Sesalan? Dah tentu ade sesalan yang menyusul. Lebih baik begini dari bersandiwara kan? Menangis? Dah tentu! Hei..Yuna ni jiwa halus sikit...mak dan nenek pun kata gitu sejak zaman tok kadok (kecil lagi). Tu la..cerita-cerita sedih-sedih tak mau tengok langsung...contoh Kuch Kuch Hota Hei... Citer best tapi Yuna benci tol! Sebab ditertawakan orang or famili tengok lelehan air mata tu..Eeeeeeeee! Dah...Yuna tak nak sedih-sedih lagi. "Whatever come what may" jer lah!

Saturday, April 21, 2007

Kosongkan la...


"Malam mengganti Siang...Siang mengganti malam..." petikan permulaan lagu dari Jamal Abdillah...begitulah rasa Yuna setiap hari mengenangkan apartment Yuna yang telah di tinggalkan sejak bulan November 2006, pas tu dok ngan my parents. Semua di tinggalkan begitu saja. Bila masa bersedih, rindu rasanya nak kembali sambil mengimbas kembali zaman yang penuh dugaan hidup berdikari. Bukan mencari kebebasan tetapi mencari kehidupan dan ketenangan yang sebenar.

Di situ tak kesah aper Yuna nak buat...mengelamun ke, main PS2 sampai jauh malam ke, melayari internet ker, mendengar lagu kuat-kuat ker, menangis puas-puas ker...tak siapa kesah, asalkan Yuna puas dalam keadaan yang Yuna selesa. Barang-barangan yang penuh nostalgia dan memori-memori indah luntur sama sekali ditenggelami habuk-habuk duniawi....pokok-pokok bunga kegemaran Yuna dah tentu bukan rupa pokok-pokok yang indah lagi tetapi sudah lama berkubur tanpa belainan kasih sayang siraman Yuna lagi. Burung-burung merpati pun sibuk mendiri rumah tangga di anjung tiada segan-segan lagi dok menumpang.

Bila Yuna mengimbas kembali...memikir dan bermenung...(!!!???)...semua hasil titik peluh Yuna sekian lama macam tak bermakna langsung. Tu la..suka menyendiri sangat. Walaupun sekarang bersama ayah dan ibu...masih terasa kekosongan. Kosong segala-galanya. Rumah kosong....jiwa pun kosong. Entah aper yang Yuna dok cari-cari selama ni. Bila di fikir-fikirkan..."Ape yang tak der?" Tambah lagi ngan kesihatan yang dulu penuh dengan penjagaan yang teliti pun masih gak kurang memuaskan. Semua dugaan maha ilahi...

Semalam nenek Yuna berkata dengan nada yang lembut....mungkin mengubat hati Yuna yang terluka dan jugak penuh cabaran di sepanjang hayat "Sabar Yuna...sabar tuhan tu maha adil, tentu bahagian kau ade penghujungnya" . Yuna terus dakap nenek Yuna menangis kecil lepas tu kembali ke bilik sebelum banjir besar melanda jiwa.....menyendiri lagi......

Friday, April 20, 2007

Panicky


Ape la...hari ni...hujan lebat selebat betul ngan ribut petir melanda. Yuna kesorangan di rumah. Takut pun ade. Tak berani nak bukak PC atau TV. Mak lak tak sabar-sabar pi tengok ayah kat hospital waktu tu ngan nenek, Syed Ibrahim dan kak Ani (yang kahwin ngan abang angkat china). Pasal kilat petir berdentum dentam tu yang paling Yuna takut. Teringat peristiwa di Melaka dulu kala...agaknya masa tu Yuna baru 15 ke 16 tahun...beraya di rumah arwah nenek sebelah ayah. Masa tu Yuna ngan cousin-cousin Yuna dari Singapura beraya sakan habis tetapi lewat petang ribut melanda. Ketika kitorang sampai, tak seorang pun ahli keluarga yang tua-tua berada di rumah. Yang ade kitorang berempat, Norlin, Normah, Effendi dan Yuna. Teringat kuih-muih di serambi tu...lalu pi tolong nak bawa masuk ke dalam. Ini bukan tempias membasahi serambi tu tetapi air hujan. Yuna basah kuyup lah...kilat sambar menyambar...hati Yuna berdebar-debar betul. TAM!! tiba-tiba kilat meyambar dengan kuatnya sampai ke tanah. Yuna tersaksi pancaran kilat yang agak terang tak jauh dari depan serambi tu. Terkejut lalu terhempas kaca-kaca balang kuih tu terjatuh, Yuna berlari masuk ke dalam rumah ngan penuh kecemasan. Tirai-tirai manik di ruang pintu bertaburan Yuna langgar. Menangis ler... Eeee terperanjat..takut...tak tahu lah..nak cerita bila menyaksikan peristiwa yang agak ngeri tu. Masih teringat sampai sekarang.

Tiba-tiba kilat menyambar dengan bunyik detuman yang kuat...tup! semua lampu terpadam. Eeee ape lah Yuna nak buat ni? Pi tengok kat Switch Box. Eeee ape nak picit nih? Alamak, camner nih? Petik gak sana sini pun tak jadi aper-aper. Talipon/Fax kat bawah lak tak leh berfungsi lak..lari naik kat atas rumah pakai talipon lagi satu...call TNB. Hei, harap-harap cepat lah diorang datang nih. Pas tu teringat si GGn...mungkin dia boleh tolong guide Yuna tang Switch box tu. Sementara nak SMS...alaaa...terjatuh lak handphone...semua terpadam habis. Alamak! camner ni? Kecewa sungguh Yuna...sebab dah lah sorang, kilat masih sambar menyambar, handset out, nak buat pangilan luar..dah lah gelap gulita...eeee baik dok diam dalam bilik sorang-sorang. Harap-harap ade lak ahli keluarga atau saudara-mara call in lak (please..please..please...). Pas tu teringat, baik Yuna switch on lampu dan kipas sebab bila letrik ada, ada petanda lak. Semasa Yuna petik switch tu tiba-tiba dunia Yuna terhenti seketika...Yuna tak boleh bergerak...sunyi-senyap...mata tertumpu kat satu tempat..."I'm thinking but what is happening?" tu yang Yuna fikir..."Eh ape dah jadi ni?" BUM! terus terjatuh tak bergerak seketika. Mata masih fokus...pernafasan..entah le...tak perasan lak....tau-tau Yuna kat lantai..lemah sungguh. Perlahan merangkak ke katil terus berbaring seketika. Eeee apa hal ni? Alhamdulillah mujur tak jadi ape-ape. Kedengaran bunyik hon kat luar...Eh, sis Yuna baru balik dari kursus kat Genting. ..syukur alhamdullilah. Pas tu cerita kat dia aper terjadi. Dia tunjukkan switch yang betul..rumah terang benderang! Rupa-rupanya Yuna terbukak semua switch rumah ha..ha..ha... Sis Yuna tak de masa sebab nak pi tengok ayah...dia tak bagi ikut sebab Yuna masih lemah. Dia suruh kontek cousin Yuna yang dok berdekatan datang tolong jap. "Khidir, datang jap, tolong Yuna ni...help!" ....."Yuna per nih? Dir kat Ampang, jam la! ok nanti sampai. Help aper?" balas Khidir...."Just come nanti explain". Sementara menunggu, Yuna online jap..Eh, GG dah menunggu rupa-rupanya...thank god! Citer kat dia aper tejadi...sampai lah Khidir datang. Dia godak-godak handphone Yuna sampai ok. Pas tu hantar Yuna kat klinik...tekanan darah rendah sikit tapi semua ok. Mungkin sebab panik, takut ke..cemas ker...orang putih kata "anxiety" ...mungkin tu yang terjadi. Call mak lak, dia dah nak sampai rumah..."Oi! balik tak yah pi hospital jenguk ayah..he's fine and tak lek di ganggu" mak leter. Yuna ucap terima kasih kat khidir ...dia pun nampak penat maklum lak jam di tengah jalan. Kira Yuna ni bertuah sebab saudara-mara dok berdekatan. Eeeee what a day!

Thursday, April 19, 2007

Pillar of Strenght


Jangan Gelak! ha..Yuna dah bagi warning awal-awal lagi.

Ni ha..ayah Yuna masuk hospital semalam. Hari ni dia operation. Pagi pi hospital, dia takde. Dia ngan katil-katil sekali dah kena sorong masuk bilik operasi. Hmm..menunggu jap serta ikut kerenah mak. Maklum lah..laki dia..risau tak menentu la...Yuna dok jadi mangsa ler..terpaksa mempamirkan muka macam pak guard! Bukan pak guard kat bank-bank tu tapi pak guard kat Birmingham castle! Muka berani dan teguh! Hmmm...jadi jantan la sikit...sebab mak dan nenek cam tak tentu arah. So I'm their pillars of strength...dok kata orang putih, walau pun 'Pillar of strenght' ni dah macam tembok Berlin! Nurse kata lak dalam 3 atau 4 jam baru selesai operasyen tu...Hai terus balik rumah. Kitorang Zzzz ler keletihan.

Pukul 2 ade call...terdengar ade orang teresak-esak kecil..."Ni walid ni (sek sok sek so), baru kuar!(sek sok sek sok)" Eh, Ayah Yuna la..! bisik Yuna. Apersal di sek sok sek sok ni? ..."Dad, ok ke? sakit ker? Dah keluar? ok...ok..jap lagi kitorang sampai!" Tu jer yang terkeluar dari mulut Yuna...terdengar lagi suara ayah Yuna sek sok sek sok tapi lemah sikit "ok lah" (Pangilan putus). Kelam kabut Yuna dibuatnya...terus beritahu mak dan nenek. Yuna panaskan sup ikan haruan yang Yuna masak tadi sebab nak bawa bekalan untuk ayah.

Sampai sana, dia dok tercegat..muka cam lemah dan pucat. Yuna layan ayah macam "King". "Tadi sakit ker? Sakit sangat ker?" Yuna dok tanyer... Ayah Yuna jawab "Dak.....! sedih kesorangan..tak der orang la...!" Kitorang tergelak...Aperlah ayah Yuna ni..kelam kabut kitorang bergegas kat hospital. Dalam hati "Ooo..pandai bersandiwara ya..." Pas tu ayah lapar lak. Maklum lah berpuasa sejak semalam. Makanan hospital dia tak usik langsung...nak gak home cook meal. Dia makan sikit jer..pas tu dia terasa nak muntah...Yuna pun tolong lah beri dia tong muntah. Fuyoo...banyak nyer! Uweekk! Yuna pun cam nak Uwek tapi tahan jer la... Pillar of Strength kata kan...(Hmm...seksa diri tol!) Yuna kemas kan 'whatever' bila dah selesai. Ambil towel basah..lap aper yang patut! "Yuna, tak yah dekat la...walid dari semalam tak mandi!" Yuna tergelak besar bila terdengar perkataan 'Tak Mandi" tu...sebab teringat kesah GG bila dia masuk hospital. Yuna ade tanye gak, "GG you marah Yuna ker?"...."Marah ape sal?" GG balas SMS...."Sebab Yuna tak jengok you kat hospital" balas Yuna...."Hei..tak yah! I tak mandi dah 3 hari ni...tapi masih wangi..heheheh!"

Aiyoo...! Pendekatan Yuna la...yer...pasal lelaki ni...
1. Manje
2. Tak reti nak mandi bila masuk hospital (kah!kah!kah!kah!)
3. Nak di layan macam 'King' ..tak kesah lah...sesiapa..anak ker, bini ker..atau para nurse..

Hai...lelaki..lelaki..(heheheh)

Wednesday, April 18, 2007

Tak reti rileks!

Hari ni agak tenang sikit. Kerja pun tak banyak kat ofis. Jadi Yuna menyebukkan diri melayan forum dan mencari bahan-bahan untuk blog-blog Yuna di internet. Terkenang gak ayah yang kini berada kat hospital. Besuk dia akan menjalani pembedahan pundi saluran kencing yang tersumbat. Diorang kata kebanyakan lelaki yang berumur ramai mengalami masalah ni. Dah jadi lazim lak penyakit cam ni. Entah ler...Yuna tak ambil tahu sangat hal-hal begini sehingga terjadi pada keluarga sendiri. Dulu dia tak mau dibedah tapi sejak menjak ni...serangan kerap mendatang, dia ambil keputusan untuk pembedahan. Yuna tahu yang sebenarnya dia takut kot. Takut tak boleh pulih dan terpaksa "bedridden". Perangai dia cam Yuna gak..tak reti dok diam..ade jer dia nak buat kerja. Yuna pun begitu..tak reti nak goyang kaki..kat ofis ke, kat rumah ke..kat hospital ke..kat mane-mane lah. Paling benci dok menunggu yang berjam-jam. Mungkin kerana dalam kepala Yuna semua dah set 'timing'...kalau timing tak betul..gelisah habis..kucar-kacir..buat kerja pun cam kelam kabut jadik nye. Dulu, pernah gak doktor tegur Yuna, supaya 'take it easy' and 'be calm'. Agaknya dia tengok 'body language' ni..asyik tension jer kot. "Belajar rileks Yuna!" Tegur dia. Masa tu Yuna tak faham maksud dia "Ha? I am rileks" "Tu, tangan you tu dok genggam pasal aper?" tanye doktor lagi. Memang Yuna tak perasan selama ni yang semua tenaga Yuna dok terkumpul kat genggaman tadi. Pandai betul doktor ni. Anyway cam ner nak rileks? Kalau boleh segala-gaa tanggungjawab biar Yuna pikul sorang-sorang. Malas nak canang kat mak atau ayah atau adik beradik Yuna ngan kengkawan..tak yah cerita la...Selagi boleh pikul...pikul la...'That is me, YUNA!'
Yuna jenis yang suka buat perancangan terlebih dahulu. Kalau nak ade kenduri ke..parti ke..melancong ke...semuanya dah rancang sejak 6 atau 8 bulan terdahulu. Paling sengkek 1 bulan nyer perancangan. Paling benci, kalau ade orang atau family ajak pi mane-mane BESUK hari. Jiwa ni memberontak terus macam "Hei tak payah lah...not in my appointment book" Begitu sekali. Tapi kalau dah terpaksa..cam mak dan ayah suruh tu...pergi jer le, akur ngan permintaan mereka. Nak enjoy suasana masa tu...hmmm jangan harap! "Not stated in my appointment book. My mind does not compute!" Teruk kan? tu la...kalau ade family gatherings..saudara mara Yuna beri tanggungjawab tu kat Yuna. From A sampai Z Yuna pikul tau! Siap ngan menu-menu dan barang yang perlu di bawa. Pas tu deligates the job kat diorang. Bila gathering tu, Yuna yang paling sibuk...beritahu diorang bila kena siap..aper perlu buat dulu..BBQ start bila la..Hei..diorang ni kan berumur pakat mak bapak orang pun dok tanyer "What to do next" Pelik kan? Bayangkan lah kalau nak kira cam utuk 30 orang. Pernah gak cousin Yuna suruh plan untuk Bahagian tertentu nye Kontena Nasional's office gathering plus our family gathering sekali go...kat 200 orang. Buat kat Ilham Resort, Port Dickson. Demi Allah! masa tu tahun 2003 kut. It was a success! Wow! Tapi lepas tu pancit! Letih betul! Terlari-lari dan terkejar-kejar nak pasti semua perancangan berjalan ngan lancar. Wa...Yuna untung banyak tau...charge diorang RM 35 per head. Of course minus the minor la...budak kecik mane makan banyak. Moral of the story...Do not under estimate kebolehan Yuna. I know I can go further than that! Cuma sekarang ni......sakit sakit sakit Eeeeeeee what a set-back!

Monday, April 16, 2007

Zzzzzzz ????

Malam tadi tak boleh tidur langsung. Tidur-tidur ayam adelah! Teringat dan mengenang...eee..tak tahu le nak cakap. Biarlah! Hati berbelah bagi rasanya...marah pun ade, geram pun ade...sedih pun ade..confused pun ade..Otak Yuna ni kalau dah berkecamuk ni lah jadi nye...entah ape lah diorang (minda) nak fikir-fikirkan...entah ape lah diorang (minda) cakap sesama sendiri. Camne nak lelap. "Tidur lah...Oi!"

Pukul 3 pagi terjaga lagi...tak sampai setengah jam tu (Zzzz) Ni tak leh jadi nik. Pi kat komputer ...layan kat CG MTV jap. Sambil tu hantar mesej kat seorang tu...dah tentu sedang tidur nyenyak di buai mimpi yang indah. Yuna lak macam rasa mimpi ngeri seperti Jangan Pandang Kebelakang. Malam tadi Syed Ibrahim talipon, dia baru balik dari KLCC tengok citer tu. Best dia kata...seram! Mamat ni lah..sorang yang rapat ngan keluarga Yuna. Ape-ape hal dah tentu nak beritahu Yuna. ..Ayem..Ayem..bagus betul kau ni ya. Entah esok aper lak citer dia selanjutnya. Eh, sibuk pasal esok...esok tu dah jadi hari ini. Dah pukul 3:30 pagi masih tak tidur-tidur. Ingatkan nak buat blog baru lagi bagus. Pas tu teringat akan ayah Yuna..takut kalau dia nampak lampu bilik Yuna masih terang benderang...sure kena tegur nanti. Hari tu dah kena tegur "Dok kat komputer sampai jauh malam..badan tu dah lah sakit-sakit, cuba kontrol sikit" Hmmmm....camner ye nak beritahu yang Yuna memang susah nak tidur. Ubat dah macam-macam makan. Nanti tertidur terus..tak de nak dengar orang komplain lagi.

Matikan lampu biar keadan gelap tapi mainkan lagu "The Calling" dari Advent Children. Entah lah, lagu jepun tu selalu buat Yuna terus sejuk hati. Nak mengubat hati yang terluka...hmmm mainkan lagu ni terus terhibur. Terbayang wajah Cloud (hero) naik motor membawa diri entah kemana menyambut whatever seruan 'The Calling" tu. Begitu gak perasaan Yuna, nak bawa diri menjauh....ZZZzzzzz. (Akhir berjaya tidur)

Yuna and Man

Petang semalam, Yuna beritahu Syed Ibrahim yang Yuna letak gambar dia dalam blog Yuna. Mula-mula dia tak mau sebab segan...pas tu ok lak...pas tu siap suruh letak YM dia lak..pas tu siap nak bagi identiti dia kat internet lak..."Oi! dah bagi betis nak peha pulak! Buat menyemak blog Yuna nih!" Dia senyum kambing jer..."OK lah sis taruk gambar jer ..hehehehe" Ishk! gelak jenis aper tu Yem? Dah tentu gelak menggatal ni... pas tu Yuna beritahu abang dia dok talipon Yuna semalam. Syed Iylia Hariz yang berada di Tapah ngan hal wataniah. Dia ni lasak orang nye..semua dia redah...masuk aper-aper activiti..motivasi..entah aper lagi semua dia nak masuk. Baru-baru ni Yuna dengar ramai pelajar-pelajar kat KUIS kenal dia terutama girls la. Popular gak Iylia ni. Sampai bebudak pompuan akhir tahun pun dok kenal. Iylia mengadu yang dia demam lah..tak leh nak main talipon lah..penatlah..rindu nak balik lah..tanya khabar Yuna, sihat ke tidak...ni ha..besuk kena masuk hutan..nanti tak leh call. Yuna tahu dah tentu dia miss girlfriend dia sebab kalau boleh tiap-tiap malam bergayut. Yuna dah tengok gambar girl dia...cun habis! ha..ha..ha..ha..Pandai gak cari awek Iylia ni. Bila tanye...Sharifah ke? Dia kata "bukan". Memacam lah abang si Ibrahim ni.

Pagi ni terbangun awal dari biasa, so tengok kat Cakapgold. Mak oi...banyak nye spam. Tak de kerja lain ke mamat sorang ni dok kacau thread-thread yang ade kat situ. Dia ingat glamour la tu buat kerja-kerja tak senonoh dan membosankan. EEeeee sampai thread Cakapgold MTV pun tenggelam. Ni yang Yuna nak cari pagi-pagi buta...nak dengar lagu kat situ sambil buat persiapan diri. Kalau cam ni boring tol bila bukak CG..spam-spam tak habis-habis. No fun tau!

Kat ofis, Yuna banyak mengemaskini blog-blog Yuna lagi. Seronok gak ngan blog terbaru Yuna bertajuk "Yuna and Man". Mula-mula rasa susah nak masuk artikel-artikel mengenai lelaki. Pas tu seronok lah...sebab dapat cari rahsia-rahsia lelaki ni....heheheheh..hahahaha... Selama ni memang tak terfikir pon sebab kebanyakkan kalau kat majalah-majalah mengenai perempuan. So terasa lak macam "I can be naughty" sikit kat blog ni. Kalau pasal 'naugtiness' pulang kat Yuna...memang suka mengenakan orang..hohohoho.....EEeeee kalau mak Yuna tahu pasal blog nih ishk! Adess! kena piyal kot...! Tak manis oooo anak gadis dia buat artikel mengenai lelaki. Tetapi Yuna ambil ni sebagai satu cabaran k.
Hello men! here I come! (ha..ha..ha..ha..)

Sunday, April 15, 2007

Ahad

Hari ni kepala Yuna rasa berat sungguh. Akan tetapi Yuna tak reti nak duduk diam. Bangun pagi je dah mengadap komputer. Buat list untuk persediaan hari ini. Lepas tu mencari-cari artikel atau idea-idea yang hendak di pakai untuk hari ini. Nenek dan sis Yuna sedang memasak di dapur, mak Iti mengemas rumah, mak meyiram pokok bunga, ayah dok tengok TV progam kesukaannya kat bawah....Yuna lak bebas nak dok berkurung dalam bilik..layan buat blog dan Cakapgold. Tak bersarapan pagi lagi tu....ini dah jadi perkara biasa bagi Yuna. Kalau Yuna ada mission...semua boleh tolak ketepi. Tumpuan 100% habis. My mission is "Yuna and Man"...ni lah tajuk blog terbaru Yuna.

Sedar tak sedar dah pukul dua petang baru terasa lapar. "Yuna tak nak makan ker?" aju nenek Yuna semase dia nak masuk bilik air ambil wuduk. Alamak dah Zuhor ni...bisik Yuna. "Na..dari tadi tak makan-makan, tak lapar ker" sambung nenek. Pas tu baru teringat lak ubat belum makan lagi tu...eeee parah betul. Kepala pun dah mula berdenyut-denyut. Aduh...kalau nak komplen manja-manja ngan mak atau nenek pun dah tentu kena Sound (marah) nye sebab lalai dalam penjagaan diri. Ben dulu pun pernah nasihat supaya jangan lalai. Aduh...sakit kepala..belum solat..lapar...belum makan ubat...Adess, oi!

Selesai je tanggungjawab tadi, Yuna meneruskan kerja-kerja yang hampir selesai kat komputer. Kes pasal komputer ni...dah tentu korang ingat Yuna ni macam katak di bawah tempurung. Tapi tak lah gitu...selalunya hari Sabtu dan Ahad, Yuna dan sekeluarga akan pi jalan-jalan shopping (Shopping ni memang kegemaran perempuan kan?) Setiap bulan memang Yuna dah buat bajet perbelajaan weekends. so everyone will be happy! Kalau tiada perancangan awal...semua jadi halangan nanti. Minggu ni mak Yuna tak sihat, jadi dok rumah jer. Jimat gak hehehehe...sorry mommy! Kengkadang cousin-cousin Yuna ajak pi outing ngan diorang. Kebanyakkan lelaki ni Yuna rasa perancangan diorang entah ler...tiada rancang kot..ikut suka main hati diorang..."Yuna! besuk kitorang sipolan-polan nak gi Sunway Pyramid..main ice-skating..nak ikut?" contoh la...aper you all ingat Yuna tak tahu nak ice-skate? Excuse me...see the legs la...ha..ha..ha..Anyway, aiyoo...diorang baru nak beritahu program untuk esok ishk!ishk!ishk! Minggu lepas pun sama gak..esok nak pi tengok F1 baru nak beritahu Yuna. Begitu lah..pemikiran guys ni..."take it as it is" and "take it or leave it"...come and go...main tibai jer...sorry guys that's how I see it. So, the moral of the story...Do not understimate kebolehan Yuna and Yuna tak lah suka dok menyendiri sentiasa..gi gak outings.
Hei...ape hal nih..sakit tol kepala....!!!!!!! Lain kali lah...chit chat chit chat k?

Saturday, April 14, 2007

Syed Stinko!


Picture of Syed Ibrahim Haikal and his favourite electric guitar. My naughty companion.

Hari ni tak berapa sihat. Seluruh badan Yuna rasa sengal-sengal dan sakit. nak menggeliat pun kena perlahan-lahan sikit. Badan rasa berat sejak semalam lagi. "Eeee aper lagi nih? But whatever!" bisik hati Yuna. Yuna tengok bilik mak Yuna pun terkatup rapat. Selalunye dia lah yang bangun awal sekali. Pi ngintai jap! hehehe...tak lah..."Tok! Tok! Tok!" hai ketuk pun tak jawab? Yuna ternampak pakaian yang dah dibasuh oleh mesin pembasuh. Ok lah, Yuna sidai baju lak. Selalunya mak yang buat ni. Tapi tak per kali ni Yuna buat lak. Semasa menyidai Yuna tertolak pasu pokok bunga "BANG!" habis pasu, tanah dan pokok bunga bonsai jatuh berteraburan atas awning. Ayah, yang berada kat bawah rumah pun keluar jenguk ape lah bunyi kuat tadi. Mak yang dalam bilik pun keluar. Kedua-dua dengan muka tanda tanye di dahi. "Yuna tertolak pasu bunga..." Mak geleng-geleng kepala tapi tak cakap aper pun. Riak wajah air mukanya macam tak sihat. Selesai menyidai, Yuna pi tanya mak....hmmm memang betul pun, sakit mulut (ulser).

Tengah hari Yuna masak lak. Masakan yang simple-mimple sebab tak larat nak buat special-special. Sambil masak pi lari kat PC, pas tu pi sidai baju yang dah basuh pusingan ke dua. Begitu lah hari ini. Lari naik turun naik turun. Ayah Yuna tengok jer perangai Yuna dari jauh. Tak nak komen apa-apa...rasa-rasa memang dia tak suka tu..tapi Yuna eeeee mengalahkan wonder Woman lak. Kalau boleh nak siap serentak..so bila mak bangun...'Eh! semua dah siap? Aper ni Happy mothers day ker?' mungkin itu yang di kata nanti ...tapi harap-harap gitu lah heheheh. Sebenarnya, dah banyak kali Yuna tak dapat nak tolong mak sebab asyik sakit jer. Kali ni dia sakit, tak per lah biar Yuna berkorban. Sambil buat kerja mission impossible ni..sempat lagi layan YM ha..ha..ha..aper lah Yuna nih. Agaknye tak der internet camner agaknye. Bila semua dah selesai, Yuna pi bilik mak. Aik? Tak der? Rupa-rupanya dia bersihkan pokok bunga kesayangan dia yang bertaburan pagi tadi. Bersih habis! kalau Yuna la...tak sebersih gitu. Masa tu ade gak terfikir camner nak kemas tanah-tanah kat awning tu? Hei, camne nak sampai? Best sekali dia tak marah Yuna..agaknya dia tengok semua baju dah bersidai dan mungkin dia tahu Yuna masak kat dapur. Mungkin dia rasa itu pun dah bersyukur kot. Whatever...badan dah sakit-sakit nih tapi tak nak kata apa-apa.

Petang kontek Si Ben nih, dia ade perkara penting nak tunjuk kat Yuna. Dia nak pendapat Yuna tentang website dia yang sekian lama dia dok buat. Ada sedikit test run yang perlu di buat. Pas tu chat kejap. Petang lepas solat ingatkan nak pergi Tesco beli sushi yang dah habis tetapi tak jadi lak sebab mak nak keluar pergi menziarah kawan dia yang terlantar sakit kat hospital. Syed Ibrahim muncul lak....berpeluh masam, dia baru lepas pi jamming. Kerja dia tak habis-habis kacau Yuna. "Yuna! Yuna! Yem dah dapat video klip yang funny hari tu!" "Kot ia pun..pi lah mandi wei!" Tak tahan Yuna bau jantan ni lah! Ibrahim dok tercari-cari video klip yang funny untuk Yuna. "Just tell me the title and you take your bath PLEASE la...!" rayu Yuna. " Tak nak! Yem masih berpeluh ni, baru balik dari jamming..jalan kaki exercise. Tak leh mandi sekarang tunggu peluh kering dulu!" Tu kata dia. Syed Ibrahim ni kalau pasal jaga badan, muka dan rambut..mengalah Yuna. Tapi eeeeee bayangkan lah..mamat ni ...memang tak segan-segan naik atas terus ke bilik Yuna nak sampai the good news konon. Oi! bad news la..brother! YOU STINKO!!!! Anyway bila dapat tengok video klip tu...kitorang gelak terbahak-bahak! Stinko tak stinko..dah tak ingat lak...Terus post kat Cakapgold! ha..ha..ha..

Thanks Ibrahim..what can I do without you ye...Cam mane Yuna marah kat dia, dia tetap datang nak kacau-kacau bergurau senda ngan Yuna. Ini lah cousin Yuna...hei! ape nak jadi....

Friday, April 13, 2007

Sebok melayan

Hari ini adalah hari sebok bagi Yuna.
Petang semalam Pegawai Kommunikasi dah memberi satu kerja untuk adakan satu maklumat database bagi kontek-kontek di Dubai tempoh hari. Bagi Yuna eeee...kacang nyer kerja...tapi tak leh menunjuk-nunjuk. Muka mesti serious sikit..angguk-angguk geleng-geleng ya..setuju..tak setuju...last-last "OK, will do it" Dalam hati ha..ha..ha..ha..nyonya ni aper lah susah sangat buat database you ni. Pemalas tu sebenar jawapannya. You nak tahu kengkadang tunang dia dok call borak ngan Yuna ha..ha..ha..ha... Tapi bukan ler dia menggatal, saja tanya khabar dan borak-borak. Dia kata dia suka dengar suara Yuna kat talipon, asyik ceria aje. Ia lah tu. Pernah gak satu hari dia drop by kejap berborak ...ya rabbi, sampai 2 jam. Mase tu memang sebok gila..Yuna kena memantau 3 orang temp girls dan juga mengendali operasi 'Perhimpunan Agung Tahunan' . Tapi ok jugak sebab nak 'break away' kerja-kerja cam nak termuntah Yuna rasa. Borak dan berbahas macam-macam topik sampai girl dia keluar dok tercegat dengar kitorang pok pek pok pek. Hai..bila lah diorang ni nak kahwin...rasa-rasanya dah 3 tahun bertunang tu.....Girl kaki pendiam yang si boy kaki pok pek.
Semalam boss Yuna beritahu "We're going to have this year's general assembly registration test run in 2 weeks time" Aiyoo...cepatnyer ! benci!benci!benci! tol la...Yuna hanya larat senyum tawar jer kat dia. Tak nak fikir yang bukan-bukan. Yuna tak nak fikirkan hal tu sekarang. Buat aper risau sekarang. Biarlah dalam dua minggu nanti. Sebenarnya Yuna dah tawar tentang perhimpunan agung ni sebab macam lembu punya susu sapi dapat nama. Diorang tahu Yuna yang kerja teruk mengalahkan pegawai-pegawai kat situ. Akan tetapi apa-apa amanah yang di beri, Yuna tetap memikul tanggungjawab tu sebaik mungkin...200%. Semua orang tahu...sampai tea lady pun tahu. Tahun lepas, pada bulan Ramadhan berbuka puasa kat ofis jer main order McD. Budak-budak McD tu sampai dah naik kenal. Kengkadang bila terlupa nak order, minum air jer la.. 3 bulan cam ni...ooooooo tak tengok matahari langsung. Hanya hari Ahad jer free. So Ahad masa tu banyak Zzzzzzzzz (tidur).
Hari ni sambil buat kerja, layan SMS ngan Ben, layan tetamu-tetamu datang...eeee ramai lak temujanji hari nih. Talipon pun dok berdering-dering. Big boss Yuna lak pesan yang dia tak mahu di ganggu, banyak kerja tetapi dia akan ambil satu panggilan penting dari Turki. Pas satu..satu..orang datang, talipon Yuna asyik beep!beep!beep! Wei..sempat layan lagi tu....ha..ha..ha..I'm a wonder woman la..Pas tu ade satu tetamu datang, wow! segaknye dan handsome habis! Tapi perbualan dia hancur!ha..ha..ha..aper la..mamat ni nak yer...kemudian Yuna SMS Ben "Ben ade tetamu handsome giler...nama dia Ben gak! ha..ha..ha.." Tiba-tiba talipon Yuna berdering. Terperanjat Yuna, tertera nama 'Stumplin'. Eeee...aper nih? Aper la nak cakap ni? Rasa malu teramat malu...nak jawab ke tak nak jawab...berdering memanjang satu ofis kedengaran. Eeeeee habis ler Yuna hari ni. "Hello? Itu Yuna ker?" Alamak memang ler Yuna...bisik hati Yuna..apa lak nak tanya lagi. Perbualan kitorang lama-lama jadi ok. Kelakar gak si Stumplin ni. Selepas tu sambil kerja, cari gak bahan-bahan untuk blog Yuna, layan CG, layan SMS lagi, layan whatever orang di depan mata, layan email....hei hari ni memang penuh ngan whatever ler...

Thursday, April 12, 2007

Monsiour Stumplin!

Hari ini tak der yang "extraordinary"...biase jer. Boring..boring..boring..! Nasib baik Ben hantar SMS..so berbalas SMS jer...terhibur juga Yuna hari ni. Dia pun dah naik boring dok kat hospital...ha..ha..ha..dari pengalaman...memang boring tol dok kat hospital. Selalunye bila doktor Yuna bukak mulut.."Yuna, you have to be admitted", Yuna boleh buat tawar-menawar lagi tu...macam.. Bila tu? Hari ni? No way..what about tomorrow? Morning? what about afternoon? How long? What exactly I'm going to stay for? What are you going to do?" Kira habis-habisan lah soalan Yuna tanye. Sebab 1. nak sediakan barang-barang yang nak di bawa 2. takut dan gabra lah tu 3. eeee...tak leh berinternet 4. nak bawak bantal busuk ha..ha..ha.. 5. Kalau dah perempuan satu beg macam nak pi haji pun ade. Tapi yang sebenarnye, dah perangai Yuna yang selalu bersikap bersiap sedia. Tulis nota-nota aper yang nak di bawa...tu persediaan Yuna. Kalau kena operasyen, Yuna tanyer doktor, surgeon, nurses....sesiapa lah dalam bilik operasi tu habis-habisan. I don't care...malu ke tidak but I'll voice out "MY KETAKUTAN" dan kalau boleh bius sampai pengsan..tak nak separuh sedar. Paling benci "jarum". Hei..sempat bagi tahu " You better make sure you got the right vein and FYI I HATE any needles poking at my body" pas tu...entah aper terjadi...tau-tau terdengar "Yuna? Yuna? Hello? Yuna? ok?" masa tu dah sedar ler. "You ade mimpi aper-aper ke?" tanye surgon. "Nope, nothing" jawapan Yuna yang masih mamai. "Why doc?"bertanyer lagi... "Sebab your blood level was so low" jawab surgeon pastu tak nak bicara panjang lebar lagi...pastu terus masuk ICU under 24 hour observation. Blood level shot up lak...hei macam roller coaster lak. Mak Yuna mase tu merayu nak pi tengok Yuna sebab dia tak sedap hati sebab Yuna tak leh diganggu. Tu lah kasih sayang mak...dapat jumpa gak ngan dia. Borak-borak..citer kat dia aper yang berlaku kat bilik surgeri. Kitorang tergelak..pas tu bunyi "Ting!ting!ting!ting!" jururawat berlari dapatkan Yuna. Ape hal lak?.."Makcik, maaf yer..tekanan darah dah terlampau tinggi tu. Yuna kena berehat". Yuna cium tangan mak, mak peluk Yuna sama-sama menangis kecil kerana terpaksa berpisah. Hei..pas tu kesorangan dalam bilik yang besar dan gelap sikit. Paling Yuna benci..tak leh buat aper-aper..at least ade buku pun tak per jadi bahan bacaan. Macam ni ke nak relaks?..Hua (menguwap)....Zzzzzzzzz
Petang tadi kawan lama kat Cakapgold YM Yuna. Monsiour Stumplin aka Suha Anuar namanya. Eeeee dah lama tak dengar khabar berita dari dia aka Tok Guru Yuna. Dialah yang mula-mula ajak Yuna buat blog. Tunjuk ajar habis-habisan. Yuna gabra habis. Teringat mase tu sedang Stumplin dok tunjuk ajar...Ben pun sama online pun dok tunjuk ajar. So 2 guru pok pek pok pek...camner tak gabra mase tu. Mane satu nak klik klik klik. Tetapi akhirnya muncul lah blog Yuna pertama bertajuk "Yuna Sphere" terima kasih banyak-banyak Stumplin dan juga Ben. Oleh kerana dah lama tak bersembang..kali ni bersembang panjang lebar ngan stumplin. Dia dah baca blog-blog Yuna. Memacam lah dia puji blog Yuna yang tak seberapa tu. Seronok gak berborak ngan Stumplin ni. Banyak dia beri perangsang dan nasihat. Wuhoo! caya lah kawe demo ni. Yuna masih ingat lagi kata-kata Stumplin dulu sambil berjenaka mintak kena belanja sebab tunjuk ajar. Yuna jawab "Suha, oleh kerana Suha tolong ajar Yuna buat blog, oklah Yuna belanja Suha makan makanan Jepun..sushi!" "Uwek! I dislike Sushi..aper da.." sahut Suha. Tergelak kitorang. Yuna perasan lah...kebanyakkan lelaki nih tak adventurous langsung pasal makanan ni. Belum jamah makanan dah uwek terus. Oi cuba lah...tak kenal maka tak cinta wei! Bagi Yuna lak, Yuna suka cuba dan nak rasa makanan dari negeri dan negara lain. Dah tentu yang halal ler..takkan pi main bedal jer...Astaghafirullah...! Paling best sekali Mexican food. Hmmm juadah yang simple, versatile tetapi memang sedap! Tak caya? cuba lah....

Wednesday, April 11, 2007

SMS

Hari ni Yuna ambil cuti. Bagus gak..dah 2 malam Yuna tidur lewat...ade can lak lena tidur sampai pukul 8 pagi nanti. "Assalam'mualaikum...bila nak bangun ni?" sahut mak Yuna. "Jom pi Restoran Santai pi makan sebelum gi hospital" sambung dia lagi. Terkejut Yuna tengok jam dah pukul10:30 pagi. "Ha? pagi-pagi nak makan kat Santai? Thats not my kind of breakfast you know..I don't take such heavy breakfast mami"...eeeee mata masih ngatuk lagi tapi tak kan nak boom lagi kot hari dah nak masuk tengah-hari jap lagi tu...nak kena sound ngan mak ker? Mak pesan lak "Oi, get dress. Kitorang pi shop jap pastu by that time dah nak masuk tengah-hari, so brunch terus..pas tu gi hospital" Dia masih tercegat kat situ...tahu ler Yuna sebab nak make sure bangun cepat.
"SMS kat Ben jap!" bisik Yuna, jari jemari terus mainkan peranan yang sebelum ni memang tak pernah nak SMS...penakut dan gabra habis! "Woi! tak der kejer lain ke ngan talipon tu? CEPAT ler!" mak Yuna dah nak menggarang. Tapi Yuna buat pekak kejap sebab text tak habis lagi tu....
Mak Yuna ni kalau pasal shopping memang number 1. Ikut jer rentak dia. Tapi best gak, sambil tu dapat beli sushi dan california roll..Wuhoo! Pas tu kitorang (Mak, nenek dan Yuna) pi makan kat Santai. Mak makan mee hailam, nenek..mee goreng stail mamak dan Yuna, biasa la..mee bandung. "Aik tak habis?" tanya mak bila tengok setengah mee ade lagi. "Dah kenyang dok hirup kuah..hehehe". Mak belanja ler....
Petang: Yuna sibuk mengemaskini ngan blog-blog yang ada. Malam nanti nak buat 1 blog baru. "Yuna nak ikut pi pasar malam? Makan laksa lak!" Mak ajak. "Eh? Its tu early la..mum. Still kenyang lagi la..". Hei, asyik makan jer..gemuk ler mak Yuna nanti. Anyway, Ben SMS...dia dah boring kesorangan kat hospital. Sebab tak leh nak YM..SMS jer kitorang. Ade gak call dan borak ngan dia jap sebab tak larat nak picit-picit butang talipon tapi kesian dia tak leh nak cakap banyak dan gelak. Jadi sambung SMS. Dalam sakit-sakit pun boleh buat lawak lagi tu....Ben..Ben...

Monday, April 9, 2007

Layan perasaan

Seperti biasa, tiap -tiap malam ade saja Yuna sibuk ngan kerja-kerja sendirian berhad. Mula-mula cek forum pas tu buat blog sambil melayari mencari bahan-bahan yang perlu di pakai nanti. Ade gak tersempak macam..Eh? aper bendu tu ha? klik sana dan klik sini...kadang-kadang membuang masa aje bila nyebok website atau blog orang lain. Tetapi Yuna ni eeeee tak habis-habis klik!klik!klik! perasaan ingin tahu tu melebih otak yang terpaksa bekerja keras untuk menyerap soalan-soalan dan jawapan-jawapan. Mata yang mula-mula segar-bugar pun dah naik layu. Tapi perasaan berkata.."Hoi! belum pukul 2 lagi, Yuna oi!" OK!OK! Yuna tetap bertahan. Ade lagi perkara yang belum selesai ni....Janji satu hari satu blog! Boleh buat tak? "Boleh saja...you ni!" kata hati Yuna, agaknya merajuk ke..kecewa ke..suka ke...entah lah. Hati tahu kalau perasaan tu dah suka...dah tak leh nak bendung...kerja melebihi 200%. Tak caya? Tanya Boss Yuna kat ofis tu. Bila tiba mase 'Perhimpunan Agung Tahunan' menjelma, dialah memikul segala-gala tanggungjawab event tu. Paling kuat terus masuk hospital 2-3 hari...sebab too stressful. Mase tu tak ingat dunia, makan, minum, rehat...hanya keletihan di penghujung hari. Dunia bagi Yuna masa tu GELAP! Sebab tak nampak bayang-bayang mak dan ayah apabila pergi kerja dan balik kerja. Tiada gelak tawa lagi...serious habis! Bila ade temu janji ngan doktor Yuna, memang kena marah habis sebab keputusan ujian sungguh mengecewakan...semua berkaitan ngan 'stress'. Habis tu nak buat camner? Dah kerja.....
Yuna ingat lagi tahun lepas, ade perbalahan ngan satu boss bahagian lain. Masa tu eeeee tak tahu nak cakap. Kerja bagai nak rak. Just because Yuna tak layan, dia kepoh. Yuna terus report kat boss Yuna aper yang terjadi...menangis (kelemahan Yuna nih)...terus balik! Aper? you ingat Yuna tak berani terus angkat kaki and bla? Boss terus kasi cuti 2 hari ler untuk tenangkan fikiran. Kemudian Mat boss yang buat hal tu minta maaf atas kesilapan yang berlaku. Oi, Mat Salleh oi!...boleh jalan! Kengkadang diorang ingat orang tempatan senang nak ditakuk-takukkan...tolonglah...kitorang pun ade otak on the head not like yours on your ass!
Malam dah almost pukul 12, tiba-tiba ade Mamat luar (bukan ahli CG) YM Yuna. Nak berkenalan lah..nak tengok gambar Yuna la.., nak numbor talipon la...merayu habis nak buat personal call. Hei...aper pekena orang lelaki melayu zaman sekarang nih? Aper dia ingat all girls murah cam tu ker? Terkedik-kedik di buai layanan murahan cam tu. Tak der citer lain...asyik mintak numbor talipon. Dia ingat ni customer service line ker nak call-call suka-suka. "No nonsense please!" Terus bye-bye! Hei pening kepala.. Eh, mane lak Si Ben nih? Anyway..Yuna tak nak kacau dia malam ni...biar dia rehat. Asyik Yuna jer buat wake-up call. Tapi eeeee tak bestnyer...! Jadik layan buat blog tu habis-habisan. Cek Cakapgold, Yahoo mail, Gmail, webmail dan whatever sebelum masuk tidur. Dah pukul 2:15 pagi..."Yuna belum pukul 3 la.." bisik perasaan lagi...Oi! nak layan you (perasaan) sampai pukul berapa ha? kata hati. Tu ha..otak, mata, jari-jemari tu dah nak kondem. Kalau nak meh tidur kita layan Final Fantasy kat dalam mimpi..boleh? You boleh jumpa Squall, Tidus, Cloud...Ben pun boleh! ha..ha..ha..ha..
Woi! merajuk habis perasaan tu bila hati cakap cam tu. Janji boleh tidur!!!!!! Goodnight everyone!

Sunday, April 8, 2007

Sahabat Karib Internet

Bangun pagi-pagi dah dok depan PC. Dah jadi satu habit. Bukan nak melayari tetapi nak cek kat forum kejap and juga cek kot-kot ade message kat Yahoo. Belum sempat aper-aper, tertera 2 messages dari sahabat karib. Aik? Sakit lagi? Dah macam-macam Yuna nasihat si Ben ni. Tak tahu nak cakap aper lagi tapi kali ni sungguh merisaukan. Bukan saja demam, bertambah ngan sakit tekak dan telinga sekali. "Eh, aper dah jadi ni?" Pagi-pagi lagi buat kita leleh air mata bila dia kata sedang gerang kesakitan. Aper la...Ben ni...Aper Yuna boleh buat dari sini ya...berdoa saja lah dan berharap dia segera pergi jumpa doktor pakar sakit telinga, hidung dan tekak. Perasaan geram dan marah pun ade bila dia kata nak pi cek ngan doktor esok. Susah betul nak nasihat si dia nih. Nasihat sekadar termampu gamaknye.
Kat ofis, sambil buat kerja terkenang Si Ben lagi. Kuat bekerja betul dia ni sebab dalam keadaan sakit pun dia nak pi kerja. Tak tahu aper nak cakap ngan si mamat kelate nih. Nak tahu? Dia lah sahabat kelate pertama yang Yuna berkenalan. Pernah Yuna citer kat dia yang Yuna pernah bercuti kat Kota Bharu dan Besut. Juga pernah mencuba nak royak kelate kat sana...orang gelak lebih kat Yuna adelah. Diorang kata "Yuna, tak yah royak-royak la...bunyi macam kelate murtad jer" Mase citer-citer ni, Yuna tak tahu si Ben nih kelate...Adess! Tambah lagi Yuna ade gak citer yang Yuna pernah dengar sekumpulan kelate cakap inggeris royak telur kelate...FIRST TIME dengar tu...!! Bunyik pelik sungguh! Tergelak terbahak-bahak ler Yuna. Tapi bukan lah Yuna nak perli atau menyindir...tetapi pertama kali Yuna terdengar kelantanese-english. Sorry! Ampun Ben, betul!...Yuna bukan suka ketawakan orang...itu bukan sifat Yuna. Yuna masih ingat kata-kata Ben, "Citer sikit, macamana bunyik orang kelantan bercakap inggeris?" Yuna jawab; "I dunno sebab tak tahu nak explain...". Tetapi bila dah kenal perwatakan Ben dan sedikit asal-usulnya...eeeee malunye Yuna rasa bila menyingkap balik kisah ini. Tetapi itu semua tak jadi hal. Yang penting, dia memang seorang yang baik, amanah dan tulus ikhlas. Sejak berforum ni, baru kini Yuna sedar yang ramai gak ahli-ahli forum tu...1. lelaki 2. orang kelate. Adess!!! Agaknye aper lah pandangan diorang terhadap Yuna ni. Yuna selalu bila buka mukadimah dalam bahasa inggeris. Nak kate terrer tak lah...tapi dah sifat semulajadi Yuna...speaking bercampur bahasa melayu kat ofis, kat rumah dan ngan kawan-kawan. Yuna rase ia bermula sejak dari bangku sekolah lagi kerana lebih bergaul ngan rakan-rakan bukan melayu. Tempat kerja pun ramai berbangsa lain jadi tak leh lari lagi. Bila berkenalan ngan Ben ni lain lak jadi nye. Bila terlebih inggeris, dia berpesan Yuna cakap bahasa. Bukan dia perli tapi nak memahami aper lah citer datuk-nenek yang Yuna nak sampaikan. Ade kala Yuna perbetulkan bahasa inggeris dia. Ade gak belajar royak kelate ngan dia...hancur habis kot? ha..ha..ha..ha..Hmmm... Yuna tak tahu ler...aper pandangan dia terhadap Yuna nih. Walaubagaimanapun, he's my internet bestfriend! Ingat senang ke nak dapat sahabat yang boleh anda percayai kat internet? Fikirkanlah!
Pukul 10 pagi, Yuna SMS dia tanya khabar. Tiada aper-aper jawapan. Eeeee Ben nih! Lewat pukul 11 baru lah dia beritahu yang dia ade kat klinik sedang menunggu nak masuk air...kira sakit teruklah tu. Ishk!Ishk!Ishk! lega gak rasanya yang dia kat klinik.
Ben...semoga anda sihat wal'afiat dengan segera. Banyak-banyak lah beristirehat ya....

Cerita perihal tak der mood

Hari ni memang tak de mood langsung. Tengahari ayah dan mak ajak pi shopping kat Jaya Jusco...hmm, malas nak pergi. "Nak tengok CSI" jawab Yuna. Tinggal lah Yuna dan Mak Iti, yang sedang sebuk mengemas seluruh rumah. Citer CSI best gak, episod baru ni...Yuna belum tengok lagi. Akan tetapi Yuna tak berapa mengikuti jalan cerita CSI tu...mungkin hati masih tak tenteram walaupun pagi ni dah ok ngan sahabat setia.
Syed Ibrahim datang nak mengambil gitar dia yang ditinggal minggu lepas. Tak habis-habis kacau Yuna yang sedang melayari internet. Petik gitar kuat-kuat, melalak lagu bagai nak pecah tongkang! "Woi! nak main gitar melalak kat sini..pi lah main jauh-jauh!" Mak Iti pun tergelak terbahak-bahak sambil menyahut kata-kata Yuna dalam bahasa indon pekat tu yang Yuna pun kureng faham sikit....lawak dan gelak jer la...! Pas tu Syed Ibrahim menolong Yuna mencari idea-idea dari internet. "Aper da..ni kau nyer line, I don't want this la.." Agaknyer dia tengok Yuna macam malas jer dan mood pun beku...dia petik lagi gitar tu..lagu entah aper macam black metal bunyiknye, terpekik melalak sampai Mak Iti yang sedang menggosok pun entah aper yang dia ngomong-ngomong sambil tersenyum. "Eee.. Ibrahim, you tak der kejer lain ke nak mengacau kat sini. I cannot concentrate you know?"
"Tak lah sis, nak pi jamming jap lagi.. singgah sini nak makan jap" sahut Ibrahim. Ibrahim kalau pasal makan...hmm tolak kat dia, semua dia sapu. Tetapi pandai jaga badan..nak six pack lah konon...! Selepas dia beredar, tinggal lah Mak Iti dan Yuna sekali lagi. Mak asyik dok talipon.."Aper nak masak petang ni?" ,"Nak beli ni? Nak beli tu?", "Lapar tak? Nak sushi ke?", "Mami on my way home". Manjer sungguh layanan diberi. Tu lah Mak Yuna. Tapi kalau dia marah...eeee macam kapal karam dibuatnyer. Nak mampus!
So petang ni masih melayari internet sampai tiba masenya pi tolong mak kat dapur.......Bye! Yuna nak ke dapur!!!

Saturday, April 7, 2007

Sahabat setia

Pagi-pagi lagi Yuna bangun menyambut seruan azan yang berkumandang tetapi pagi ni memang terasa mengantuk sungguh...eeee kalau ikutkan hati memang nak zzzz lagi tu....Tapi kena gak tunai yang wajib. Pas tu janji diri sambung balik tidur...dah betul betul tak tahan.
"Assalamu'alaikum? Oi! tidur lagi ke tu? Orang pagi-pagi buta dah pi pasar, kemas rumah, jirus pokok bunga...ni ha..nak beritahu, Mami tak beli breakfast!" Ha? terus tengok jam dah pukul 9:30 pagi...eeeee..boleh sambung tidur lagi ni...apelah hari ni ngatuk habis. "Its alright, I usually takes banana for breakfast". Mak I terkejut sambil bertanya "Kenapa lak tu? Banana? Tu jer?"
Jadi tak mau dia berleter berpanjangan, terpakse lah bangun kemas kan bilik. Kedengaran mak and sis Yuna sedang berbual-bual kat bawah. Kalau nak mata Yuna segar bugar..ha pi klik kat komputer. Memang betul pon..celik habis! Semase nak tunggu online, pi mandi ler bersihkan diri. Pas tu layan kat komputer. "Oh yes, my banana!" Yang ni mesti makan sebab nak makan ubat. Kalau miss breakfast dah tentu lupa makan ubat. That's my life. Ubat!ubat!ubat! yuk! Pi dapur, mak Yuna sedang memasak. Rasa serba salah pun ade. Hei..orang perempuan, macamane pun mesti ke dapur! "No need your help, I can handle it. Take your banana!" Tu jer dia kata.
Dah cek kat PC..eeee terase mengatuk lagi..hei setan aper yang dok kat mata nih. Badan terasa gak lemah nih. Lelapkan mata lagi. Tengah hari layan lagi kat PC. "Yuna...tak mau makan ker?", Mak panggil. "Tak! not hungry yet!" Pukul 2:30, mak Yuna tanya "Dok lagi kat PC? Hei, I want to buy things nak ikut? Lepas Zuhur we go"
Zuhur pun dah lepas....ni ha tengah syok layan ngan my dear nih. Eee... mak oi, nanti kena sound lagi ngan mak. "Mami boleh pi after Asar? Too hot la to go out"
Petang, after habis chat ngan dearie baru lah bersemuka ngan mak. "Ok, I'm ready but after mandi ler" Kitorang pi Tesco Ampang..niat Yuna nak beli sushi sambil shopping whatever barangan keperluan rumah. Pas tu makan petang kat sebuah favourite restoran kat situ. Dia pekena mee hailam, Yuna mee bandung. Best tul sebab pedas dan sedap. Sementara menunggu hidangan tiba, mak Yuna tanyer aper kesudahan ngan temujanji ngan doktor Yuna hari Khamis lepas. Yuna tunjukkan jari-jari Yuna yang terketar2 sikit. "Aper hal?" dia dok tanyer. "Entah Mum, I'm a bit cold inside, no appetite, badan so lemah, my heart beats faster and look at my fingers...I don't know" Pas tu citer kat dia result tempoh hari dan temujanji-temujanji yang dah dirancang. Selepas mak bagi 'heart-to-heart' atau 'slow talk' petang tadi...hmmm habis mee bangung semangkok! ha..ha..ha..ha..malam makan nasi pun banyak sikit ha..ha..ha..Aduh, tak pernah Yuna makan sebanyak ni. Tak rase menyesal lak kali ni. Tapi sushi tu tak larat nak makan. Anyway..tu lah mak kita..dalam diam-diam dia sahabat paling rapat yang mampu memahami kerenah anak-anak dia.

Friday, April 6, 2007

Selamat kembali

Hello...dah lama Yuna tak masuk ruang Bisikan Yuna nih. Yuna memang sentiasa sibuk walaupun tak sibuk sebenarnye. Untuk makluman anda, Yuna ade perancangan tersendiri...jadi kenalah buat 'research' kat internet. Macam-macam websites dan forum Yuna melayari bagi memahami lebih mendalam. Selain daripada tu melayan buah hati forum Yuna, http://cakapgold.com . Adekala seronok...adekala boring bila terdapat banyak 'spam'...adekala serious, sikit pasal pelaburan...adekala geram bila entah apa-apa yang dok merepek oleh setengah member-member (jangan marah..) tetapi selalunya seronok. Ade gak Yuna menjadi ahli kat lain-lain forum tetapi cakapgold tetap di hati. Sejak dari mula jadi ahli sampai sekarang masih dok merepek-repek kat situ...ha..ha..ha..entahlah sampai bila agaknyer ye?
Sejak kebelakangan ni Yuna tak berapa sihat. Kejap ok kejap tidak. Pas tu tak ade kena mengena kaki bengkak lah..perut sengal lah..temujanji ngan doktor la...kesihatan terganggu sejak penghujung bulan Mac..hei bila gaknye betul-betul sihat walafiat nih.
Bulan April lak ade beberapa kenduri kahwin lak...paling Yuna malas nak pergi. Sebab masa ni lah...makcik pakcik yang berkenan nak mencari menantu, siap main cop-cop lak tu...Aper? ingat ini anak patung ker? Hei kalau dah keturunan Syed tu..tu lah kerje diorang bila ade perjumpaan. Tapi sebab kesinambungan silaratulrahim sanak saudara dan ibubapa nyer hal terpaksa pergi dan gagahkan diri buat seperti gadis yang baik dan ayu sekali..ha..ha..ha..'my foot!'. Memang ler ramai awek Sharifah kat situ tapi mamat si Syed bukannyer ramai. So, diorang ni lebih perigi cari timba. Kalau teriya-iya sangat mengatal...si Minah pun bermain mata kat mamat Syed. Yang serik bila telinga berdesing mendengar...berapa umur anak you? masih sekolah ker atau dah bekerja? dah kahwin? dah ada calon? keturunan dari mane? Al aper? Al Kentut? Al Adess! kejer kat mane? jawatan aper? gaji berape? dok mane? Mak oi! Kalau gini lah caranye baik bukak satu mini kaunter bertajuk "Calon-calon yang available" ..isi borang siap letak gambar lagi. Lebih bagus kalau ade mini siber boleh gak makcik dan pakcik or minah-minah or mamat-mamat melayari calon-calon yang dah bersedia tu. Habis cerita. Kalau cerita pasal geram-meram memang tak habis cerita...boleh bawa panjang lebar....Tapi ni lah bisikan Yuna..you all nak dengar tak? Perkara di atas bukan cerita main-main tetapi betul dan benar-benar terjadi. Ishk! ishk! ishk! malu lah sikit woi!!!!
p.s. maaf lah..albiat-albait kalau tersinggung sikit citer di atas tapi memang tak dapat dinafikan pasal cop-cop bakal calon semase ade keramaian.