Thursday, May 29, 2008

Sibok-sibok kat Nikko


Penat seh…dah beberapa hari dok bekerja dengan sister company di Hotel Nikko tok Asia Media Summit 2008. Seronok tapi penat. Seronok sebab berjumpa dengan kawan-kawan lama yang dah lama tak dengar khabar berita (hmm..masing-masing sebok kot?) “Yuna! I am glad that you are here to help us with the registration” Joe memang pandai main kata-kata..hanya kita-kita yang terdekat je tahu betapa STRESS nyer dia bila ada Company dia anjurkan event atau conference. Joe here..Joe there..everywhere Joe! Joe! Joe! (hahahaha…)

‘So, YOU are Yuna?” seorang ketua delegasi dari Afghanistan, Encik Panjshiri, macam terperanjat bila pertama kali dapat bersua dengan saya. Adeii…sana sini dok cari Yuna je. Sebelum nih dia hanya berutusan email saja mengenai hal ehwal pejabat. Tiap-tiap tahun kebanyakan delegasi akan berutusan dengan Yuna mengenai pendaftaran Perhimpunan Agung Syarikat ini. (I am the key person la..huhuhuhu). “May I have your personal email address?” Panjshiri minta. Adeii..pe nih? Tetiba minta personal email address nih? Nih dah lebih nih…huhuhuhu…Sharaat Khan, delegasi dari Al-Jazeera, Qatar…wow! good looking tuh..asyik-asyik membetulkan rambut dia yang panjang sampai ke bahu…kira macam groovy la tuh..young blood! bercerita tentang diri dia dan peranan Al-Jazeera di mata dunia. Sungguh menarik (tapi gase nak tolong sepitkan rambut dia pun adew nih..wakakaka). Selain daripada tu..seronok gak dapat berkawan dengan pelajar-pelajar dari Universiti LimKokWing, Botswana. Lemah lembut dan peramah sungguh.

“Yunie ngantok tahap gaban nih” dok sms ngan Tenko-san dari tengah hari sampai la..ke petang. Dia dok teman layan Yuna yang makin lama dah makin boring kat Nikko dan makin ngantok..huhuhuhu…Thanks Tenko-san, you are such a pal! Give me high five please! Heheheheh….
"Yunaaaa! mane u pergi nih? Risau I bila x de khabar berita dr u 4 hari! Rinnnduuuunye....!" huhuhuhu...si Fareeq teriak semasa Yuna online akhirnya...wakakakakaka...ade gak orang rindu kat kita ye? huhuhuhu...cayang gitu ...heheh..

Nih gambar big boss yang sebok-ing online dan senyuman yang menawan tu lady boss Yuna..huhuhu…

Wednesday, May 21, 2008

I want to believe you....


Hari ni Yuna banyak berdiam diri…malam tadi dah banyak bersedih dan menangis…huhuhuhu…

“Yuna u x de mood ye? U nak i keluar ke?” tanya Naqi malam tadi. Dia seorang prihatin tol dan yang paling manja…huhuhuhu… sayang ngan si Bobok nih. "No la.., keep me entertain. Mana taw nnt hilang sedeh2 i” Yuna terasa sunyi seketika. Tanpa dia pun nanti Yuna dok menung memikir panjang, kang mengalir air mata ja sepanjang malam sebelum lelapkan mata.

Naqi tunjukkan gambar patung Kamen Rider Kuuga yang dia baru dapat dari Pak Cik dia…hehehe..dia tu memang hantu Kamen Rider. Lepas tu sume link-link mengenai Kamen Rider Kuuga dia dok bagi. Walaupun Yuna layan ja tetapi hati ni masih di bendung kesedihan. “Yuna, you buat apa tu?” dia tanya lagi. Rasanya Naqi nih dah masak ngan perangai Yuna ni tatkala gembira, sedih dan merajuk…huhuhu…Oleh kerana tak tahan nak pendam sorang-sorang, Yuna mengambil keputusan memberitahu masalah yang melanda. “Lor, tak kan u nak merajok sampai gitu?” pujuk si Naqi terutama ngan sorang tuh “Ala..bagi lah dia chan la, Yuna”
Nak kata macamana yek? Ada dua insan yang Yuna betul-betul mengharap untuk menjaga hanya dua saja akaun TW Yuna. Kedua-dua tu pun kantoi. Sedey..sedey tol “Tak pe la Naqi, Yuna nekad je.Esok bior je la...senang hati”. Macam-macam Naqi memujuk “Ala..esok ok la..tu..”

And I wanna believe you, When you tell me that it'll be ok, Ya I try to believe you, But I don't

Tergelak Naqi bila Yuna bagi dia lirik ‘Tomorrow’ nyanyian Avril Lavigne tuh…
“Ala..u nih..tu lagu lama la..u nak lagu Y?” Naqi berseloroh.

When you say that it's gonna be, It always turns out to be a different way, I try to believe you, Not today, today, today, today, today...

“U ok ke nih? Ala..jgn la bersedih” Naqi pujuk

It's always been up to you, It's turning around, It's up to me, I'm gonna do what I have to do, just do

“Naqi, Yuna nak off kejap. Dah tak tahan seday..dah banjir dah nih!” bila Yuna terdengar rangkap lagu bahagian nih;

I don't know how to feel, tomorrow, tomorrow, I don't know what to say, tomorrow, tomorrow... Is a different day

(Pagi ni lak dapat mesej yang tak disangka “Yunie, wakey2”. Eek!! Naqi!! You bagitaw dia ya!)

Sunday, May 11, 2008

Jelez!!


Pada hari Sabtu,Yuna ke Mid Valley. Saja-saja berjalan-jalan cari makan di situ. Hari tu Yuna nekad tak mahu melayari Tribalwars kerana tensyen dan geram dari malam tu sehingga ke pagi kerana bertelagah dengan dua ahli dari kumpulan Meklar yang sombong bongkak… asyik nak serang kampong mrkamenrider. Tetapi itu adalah satu taktik Yuna dan Han sengaja rancang…(sorry classified k).

“Hmmm…nak pi tengok wayang lah” , bisik hati Yuna kerana dah lama terperuk di ofis dan di rumah. Petang sebelum tu dah tengok ‘The Making of Iron man’ dan rakan sekerja Yuna pun pernah berkata “You should see this movie, they said it is Best!” Jadi tak teragak-agak Yuna sempat membeli tikit wayang…huhuhu!

Snap! Snap Pose! Pose! ….tetiba Yuna ternampak Batman dan Jedi berpozing dan diambil gambar…Yuna pun tak ketinggalan belakang dok snap!snap!snap! “I just want you both for my blog!” Yuna bagitahu si Batman dan Jedi..Wuhoo! “Cik, di Exhibition Hall kami ada promosi…di situ ada Alien dan Predator taw!” Si Jedi tu menghulur sekeping pamplet. “Hmm..ada setengah jam lagi sebelum Iron Man bermula” hati Yuna buat pengiraan sebab wuhoo…dan, tentu Tenko jelez nanti! Dia memang suka Predator dan Yuna sukakan Alien. Tak sabar tol nak bergambar dengan Predator dan Alien nih. “Tenko eat your heart out k!” kaki Yuna terus melangkah cepat ke Exhibition Hall yang sedang mengadakan ‘Educational Fair’. “Snap!” tetapi “Excuse me lady no pictures please! 10 ringgit per picture!” Adeii…rupa-rupa nya kena bayar yek? Adeii …Adeii…terus terkedu..Ggrrrr….geram nyer tak terkata tetapi…..”I got the picture snapped” Bila semak balik, gambar Predator dan Alien tak cantik dan fuzzy..Hmm..kecewa tol …BUT I dah dapat Batman dan Jedi! Hahahaha…..

“”Erk! Jelez!xnak kawan!” Naqi SMS Yuna semasa kusyuk dengan cerita Iron man. Sambil menonton sambil SMS ngan si Bobok yang manja nih. “Xnak kawan!” dia sms lagi…huhuhu…Si Naqi nih kalau boleh, biar dia yang tengok dulu. Tu memang kebanggaan dia…selalu nak yang terbaik, yang ranggi, dia lah yang terdahulu. Adeii! Tetapi syok mengusik si Naqi nih..ada-ada saja antara kitorang ni main rajok-merajok hahahaha….

“Naqi, BEST!BEST!BEST! movie iron man tu…macam transformer pun adew”…..
“JELEZ! Namau kawan! Hahahaha….” Sambung perang merajok Iron Man kitorang di YM lak hahahahaha…..

“Yunie? Macam mana kesah Cosplay Predator dan Alien tu?”….huhuhuhu…Tenko lak bertanya…”Oh tu..nape?”….”JELEZ!” kata Tenko. Huhuhu…ramainyer hati terluka yek? Wakakakaka….

Friday, May 9, 2008

ZZZzzzzZZZZzzzzZZZZZ penat seh!


Dua minggu dan nak masuk minggu ketiga ni…Yuna macam cacing kepanasan bila tiada khabar berita dari General Tenko nih. Terasa betul-betul kesorangan bermain dalam dunia permainan Tribalwars nih. Banyak perkara telah berlaku menguji ketangkasan minda apabila berlaku sebarang serangan-serangan terhadap kampong-kampong yang di pegang. Tenko dan Naqi sebuk menyiapkan projek-projek terakhir mereka.

Sepanjang ketiadaan General Tenko, hanya Fareeq dan Han menemani dan menolong Yuna di siang hari....huhuhu..tak menang tangan nak mengerjakan akaun-akaun Tribalwars yang Yuna di amanahkan. Bukan setakat itu sahaja…tetapi melayan kerenah, masalah, kehendak ahli-ahli W.E kami juga. Sambil tu mencari ahli-ahli baru dan puak-puak bersekutu. Peergghhh!banyak lah tak terkata…rasanya 24 jam pun tak cukup. Dalam sehari, rasanya hanya dua atau tiga jam saja Yuna tidur..adeii… Hanya Naqi saja yang tahu keadaan Yuna sebenar sejak dua minggu tu…bergelumut dengan kesihatan yang menurun dengan mendadak, melayan Tribalwars sampai jauh pagi dan kurang makan beberapa hari….walaupun Naqi kurang besama dengan Yuna kerana sebuk seperti rakan serumahnya, Tenko.TENSION tol! AAARRRGGHH!

“Yuna, yeah…Tenko dah lulus!” beritahu Naqi pada 7hb May. Lega rase Yuna bila mendapat tahu hal ini sebab semalam dah pesan suruh dia menyemak balik dengan teliti pojek dia tu.
“Hello! Yuna, Naqi lulus la..bla..bla..bla..bla..” Naqi menalipon empat jam kemudian. Panggilan dari Naqi yang paling lama. Dari nada suara dia Yuna dapat rasa kegembiraan dia yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah.. :D

Malam tu “Yunie? Yunie? Mane you nih? Tidur ka? Buzz! Yunie? Adeii..you penat yek? Rihat la… you dah berkerja kuat sebelum nih..” Hahahaha…semasa chat dengan Tenko, dah dua kali Yuna tertidur…hahahahaha…macam mana nak bagi dua minggu nya report mengenai Tribalwars nih? ZZZzzzzzZZZZzzzzZZZZzzzzz