Wednesday, March 14, 2007

Sokongan dan Ketabahan

Hari ni pagi-pagi dah bukak PC nak cek CG. Tak pernah buat gitu tapi hari ni jer. Mungkin terbangun awal sangat kot. Cek lak sesiapa online pagi-pagi buta. Bukan nak kacau...tak kuasa la...but just curious!Ha..ha..ha..kebanyakkannyer mungkin masih tidur dibuai mimpi atau sedang bersaip atau dah bertolak untuk ke pejabat. Jugak, terpampang 'messages' dari seorang kawan yang setia. ha..ha..ha..dia dah baca blog Yuna. Messeges dia hantar pada pukul 1:15am. Eik! kata nak tidur dan tak sihat? Hmmm whatever la tu.

Di pejabat, sambil melayari forum-forum di internet tiba-tiba terpampang satu message terkandung satu fail. Takut gak nak bukak fail tersebut kot kot ade benda tak senonoh macam dulu. Tetapi tuan punya fail masih online so kire gentleman gak tak berundur. Yuna pun tanye ape yg terkandung dlm fail tersebut. Dia kata AB Fund. Memang betul. Lepas tu dia lepaskan geram dia dan tegur Yuna. Memang salah Yuna tak cek betul-betul. Mungkin dah konfius ngan seorang lagi ahli CG buat spam hari ni. Sebenarnye Yuna dah letih ngan perangai2 spammer ni sebab kalau ia berleluasa dan berlarutan, forum CG ni akan terjejas kerana tak terkawal. Nanti ahli-ahli pun naik boring. Berbalik kepada citer tadi. Mungkin bahasa Yuna tu pun kasar kot. Sebutan dari Yuna bunyi nye lain tetapi si penerima membaca ngan nada yang lain. Aper lagi kan? So sorry lah nampak nye. Yuna dah minta maaf. Siapa tak pernah buat silap ye? Tapi terkedu gak. Walaubagaimane pun, kawan setia tetap bagi Yuna sokongan moral dan ketabahan. I'm ok la....

Hai hari ni asyik hujan aje...alamat kain kat rumah yang dah sidai tu tak kering ler. Hari ni dah janji ngan kawan nak merayau-rayau kat Mid Valley. Kalau cuaca macam nih dah tentu parking lot kat MV tu penuh...jenuh nanti nak cari parking. Shopping lagi ke? Tak lah...cuma temankan kawan sambil tu mencuci mata....tengok kasut dan pakaian la...bukan tengok guys!!! Tapi balik nanti sure bawak balik sushi dan california rolls. Hari ni Rabu...selalunye kat rumah no lauk-pauk. Diorang pi shopping kat pasar rabu dan terus 'tapau' for dinner.
Jap lagi nak bertolak...sedang menuggu pangilan seorang kawan....

Thursday, March 8, 2007

Sibuk

Hari nih agak sibuk jugak kerja kat office. Ade jer kerja-kera yang nak dikemaskini. Bos Yuna yang berada kat Dubai tu tak habis - habis menalipon untuk mengikuti perkembangan terbaru kat ofis. Entah ape nak kembang-kembang pun Yuna tak tahu ler..sebab hari-hari benda yang sama aje.
Hari ini pun sibuk gak layan-layan kengkawan baru dari ahli-ahli forum cakapgold. Bayangkan lah petang tadi sampai 3 serentak bertanyakan khabar. Seronok rasenye kerana ini baru bab suaikenal...kalau dah kenal dah tentu Yuna suka menyakat diorang. Well...tengok gak perwatakan orang tersebut. Dia nakal, kita pun nakal ler. Tapi tak lebih dari tu...cuma seronok ngan kengkawan.
Rase-rasenye big bos Yuna perasan yang Yuna sibuk ngan blog Yuna. Dia belum tengok dari dekat lagi. Yuna tahu dia ade satu website peribadi dia mengenai photografi. One day Yuna akan sengaja buat tanya. Petang tadi dia dah tanya ngan soalan sengaja buat bodoh kot..." I see you're still working late?" Sorry la ye big bos Yuna ni mat salleh dari Australia. Yuna senyum aje..."No, David. This is just my personal matters" ....Hmmm entah ape yang difikirkan dalam minda dia. Tetapi dia ok gak orangnye.

Wednesday, March 7, 2007

Assalamu'alaikum

Assalamu'alaikum?
Jawab! jawab!
Ini adalah permulaan blog Yuna dalam bahasa melayu. Yuna akan cuba sebaik mungkin untuk jadikan blog ini 'interesting' untuk tatapan anda semua.
Eeee.... susah gak ye nak memulakan nih.
Ok...mula-mula pengenalan Yuna lah...seperti dibawah. Sebab Yuna kadang-kadang bosan gak orang dok tertanya-tanya tentang diri Yuna nih.
Nama: Yuna
Nama sebenar: Just Yuna lah...!
Umur: Antara 1 hingga 29 (sensitif k? eeeee)
Jantina: Wanita
Bangsa: Melayu kacukan (ialah kacukan mak bapak..tee...hee..hee...kalau tak siapa lagi ye)
Tempat tinggal: Rumah
Dimane ye?: KL ler...(siapa tak tahu KL nih, pi balik kampung tanam sayur k?)
Orang mane: KL gak
Kampung mane: KL gak (kat KL pun ade kampung, betul tak?)
Perwatakan: Selalu nak kena kan orang dan seorang penyayang (ia lah tu :D )
Ketinggian: Tak tinggi..tak rendah (suka hati hang ler nak teka...org putih kate 'average' ler)
Warna Kulit: Yuna kata...cerah lah..bukan putih melepak no...
Hobbie: Sejak kebelakangan nih..buat blog ler selain main game-game PS2
Makanan kegemaran: Mushroom soup
Ahli Forum: CakapGold.com (suka menyibuk kat situ jer)

Yuna rase info ini pun dah memadai tentang diri Yuna.
Sesiapa nak aju pertanyaan lagi...jaga kau! Sibuk ape hal lak ye!