Hari nih agak sibuk jugak kerja kat office. Ade jer kerja-kera yang nak dikemaskini. Bos Yuna yang berada kat Dubai tu tak habis - habis menalipon untuk mengikuti perkembangan terbaru kat ofis. Entah ape nak kembang-kembang pun Yuna tak tahu ler..sebab hari-hari benda yang sama aje.
Hari ini pun sibuk gak layan-layan kengkawan baru dari ahli-ahli forum cakapgold. Bayangkan lah petang tadi sampai 3 serentak bertanyakan khabar. Seronok rasenye kerana ini baru bab suaikenal...kalau dah kenal dah tentu Yuna suka menyakat diorang. Well...tengok gak perwatakan orang tersebut. Dia nakal, kita pun nakal ler. Tapi tak lebih dari tu...cuma seronok ngan kengkawan.
Rase-rasenye big bos Yuna perasan yang Yuna sibuk ngan blog Yuna. Dia belum tengok dari dekat lagi. Yuna tahu dia ade satu website peribadi dia mengenai photografi. One day Yuna akan sengaja buat tanya. Petang tadi dia dah tanya ngan soalan sengaja buat bodoh kot..." I see you're still working late?" Sorry la ye big bos Yuna ni mat salleh dari Australia. Yuna senyum aje..."No, David. This is just my personal matters" ....Hmmm entah ape yang difikirkan dalam minda dia. Tetapi dia ok gak orangnye.
No comments:
Post a Comment