Tuesday, July 31, 2007

Pening la...


Adoi! Adoi! Adoi! Sakit kepala Yuna ni dah ngan FF12

Tiap-tiap malam dok main sebab nak habiskan game ni. Dah 3 kali disk game tu Yuna tukar sebab 'hang'. Kali ni tak 'hang' lak tapi Yuna sekarang kat akhir 'The Pharos of Ridorana - Second Ascent'...aiyoo..pening tol naik tangga pusing sana-sini pastu "Eh? ke mana lak pergi ni? bukankan tadi dah kat sini?" ...adei! adei!adei! rasa-rasa tahap ni leceh tol nak cari medallion.
'In this section, you must choose the right medallion in order to reach the upper levels, if you took the wrong one, either you will be warped back to the previous area or 79F.'
Pening dan sakit kepala tol memikir jalan-jalan sebenar...adoi! Yuna baca walkthrough, Adei! nak kena naik sampai tingkat 92 tu.....Hei! tak de lift ke? whatever betul la..FF12 nih!
Oleh kerana dah penat dan pening dan juga bengang, Yuna berhenti sekejap. Gi ke YouTube dengar lagu "This ain't a scene" dari The Fallout Boys..http://www.youtube.com/watch?v=MxKGDiekrQ0
Wuhoo! best tol tengok lagak si Balthier ni as 'The Leading Man'. Yuna perhatikan baju yang Balthier pakai, cantik tol! Not bad .. Balthier nih! huhuhu.. (He is stealing my heart already....)

Monday, July 30, 2007

Yuna, shhh...!


Rahsia mu..rahsia ku...rahsia ku ..rahsia mu k!

Banyak gak rahsia-rahsia kitorang dok share. Kitorang seperti di gambar-gambar di kiri-kanan. Banyak persamaan. Selain dari tu banyak gak kitorang dok cerita-cerita ..selalunya pasal game-game dan pasal kesah hidup masing-masing.

Well...asalkan kitorang boleh communicate dan hiburkan hati, main doodle game dan whatever game-game lah. Dia ingat I tak reti ke tulis jawi? Yuna reti la....hehehehe. Yes! I'm full of surprises kan? Hei! you too la..tetiba tulis nama Yuna dalam jawi lak! Wow!
OK la..dah lewat ni! Yuna nak tidur...Dia sendiri kata tidur dia tak consistence
So lets dream a dream...hahahaha...Selamat malam! Oh ya..sori-mori lagi sekali..Selamat pagi!!!..hahahaha...

Friday, July 27, 2007

Hello...


Assalam mu'alaikum!
Maaf ya lama gak tinggalkan Bisikan Yuna ni. Yuna sebuk tol di pejabat. Pada hari Khamis malam Juma'at lak ada berita buruk. Pakcik Yuna yang dok di Melaka meninggal dunia (Al Fatihah) sebab serangan sakit jantung. Jadi kami sekeluarga bergegas ke Melaka. Setelah selesai di kebumikan, Yuna pulang ke Kuala Lumpur. Mak Iti yang berada di rumah tak mahu keserongan. Mak dan ayah tinggal semalam di rumah adik lak sebab malam nanti ada kenduri tahlil di rumah makcik. "Yuna tak takut kesorangan ke malam ni?" Tanya kawan Yuna. Wei...mana seorang, Mak Iti ada la...tapi Yuna ni dah biasa la...dok sorang-sorang kat rumah. Kami berborak -borak sampai ke 5 pagi. Kalau tak de hal, dah tentu sambung sampai ke subuh. Yang kelakarnya dia mula-mula YM Yuna sebab nak ucap Selamat Malam tetapi lain lak jadinya. Kitorang ni memang satu kepala...minat pun sama..kaki pendiam..tapi bila YM mengalah mulut burung murai...ade je topik-topik nak borak. Sedar tak sedar...dah kol 5 pagi huhuhu...
"Besok Yuna nak gi ke Midvalley, disc FF12 yang Yuna beli minggu lepas buat hal lak...so Yuna nak tukar. So ok lah goodnight!"
Yuna, good morning la...dia berseloroh!

Tuesday, July 24, 2007

Final Fantasy

Lewat malam tadi, Naqi, bertanya.."Lama lagi ke nak habis FF12 tu?" sebab dia dah habis ngan game 'Transformers' dia. Sahabat karib dia lak, Tenko, pemain terhebat 'online' dalam 'Half-Life 2'. Tak caya? Ha..tengok grade si Tenko kat sini http://www.tennoo.blogspot.com/

"Lambat lagi la... Yuna kat Draklor Laboratory nih, sebelum tu melilau-lilau dan merayau-rayau kat Archades City kena cari 18 orang nak dapatkan 'pine sandalwoods' sebagai bayaran teksi"

Naqi cerita lak pasal blog dia, http://naqikewl.blogspot.com/ , pasal trek IP address bla..bla..bla..bla..pas tu Yuna ternampak sesuatu yang menarik lak, "Kejap la..I sedang baca FF13 yang you post ni..!" Apa-apa hal berkaitan ngan Final Fantasy...wow! nampak je mata Yuna ni ye! Naqi berseloroh "hahaha..I tau you suka FF, tu pasal I poskan FF13 tu...!" Thank you Naqi that is very thoughtful of you! Kitorang borak lak pasal blog-blog siapa yang terbaik antara Tenko, Naqi dan Yuna! Tak yah cerita la..siapa punya yang best...kitorang pun dah agak siapa punya dah tentu BEST! Borak punya borak, tak sedar dah sampai pukul 2 pagi lak. Tak kesah la..sesiapa kawan Yuna kalau online ngan Yuna memang tak habis-habis berborak...ada je topik nak cerita.

Tapi untuk pengetahuan anda, kalau tak online pun...kalau sorang-sorang di rumah Yuna kat Kinrara..kalau keesokan hari nya cuti umum...dah tentu Yuna main FF12 sampai esok pagi...sampai penat..sampai nak masuk subuh...sampai tak larat! huhuhu...ishk!ishk!ishk!ishk!

Monday, July 23, 2007

Hmmm....

Saja duduk-duduk menunggu....

Kengkadang bila kerja dah beres, Yuna memikir hmmm..apa seterusnya nak buat ya..? Eeee tak reti nak duduk saja-saja menunggu. Pi surf internet, selalunya menghabiskan masa kat Gamestrailer tengok klip video terbaru atau dapatkan infomasi game-game trailer yang terbaru. Nak join? Free je register tu..kat sini ye! http://www.gametrailers.com/register.php?ref_id=1053754 Enjoy k!. Dah tentu la..Yuna akan pergi ke klip-klip video yang menayangkan Final Fantasy...hmmm tak habis-habis FF! hahahaha...That's me!

Hari ini Yuna kontek kawan-kawan internet yang dah terlalu lama menyepi, Stumplin dan Drexar. Hanya Drexar berbalas. Dia tu peminat Final Fantasy seperti Yuna jugak. Dia lebih minat kepada Kingdom of Heart. Kat Cakapgold, Drexar guna avatar 'Cloud'...Yuna rasa one of the coolest avatar di situ. Selain daripada tu, Yuna rasa la..kat CG hanya Drexar je satu kepala macam Yuna...FF!!! huhuhu...tapi sekarang dia tak aktif lagi di Cakapgold. Wei! I miss you la..Drexar! He is a very nice guy gak...Hmmmm...Drexar kata sekarang dia sebuk ngan bisnes dia, Event Management. Imagine! dalam 6 bulan, memacam boleh berlaku ya...Hmmmm....whatever...Selamat maju jaya ye Drexar!

Yuna baru baik dari demam. Cuma batuk-batuk tak hilang. Bila batuk, bergegar rasa kepala Yuna ni. So rileks sekejap ngan sambungan main FF12 sebelum kemunculan blog terbaru Yuna huhuhu..tunggu dan lihat ya! Smile please!

Saturday, July 21, 2007

Empty seats


Hari ni ...tidur....!!!!!
Tak sihat ......so tidur! tidur! tidur!
Ahad pun gitu ..istirehat! sampai dah baik!
K

Thursday, July 19, 2007

Demam



Semua dah beres!

Access database dah siap petang tadi selepas berhempas pulas nak mengingat kembali link-link tadi. Semua report-report dah menjadi. Hari ni Yuna tak sihat, demam. Kepala sakit tol...eeee bayangkan lah macamana I nak terfikir-fikir dan mengingatkan kembali link-link report ngan 'queries'. Adoi! Besuk, kena datang ofis juga sebab nak buat 'testing' lak, pas tu nak pi hantar report pada Mary dan Big Boss. Kalau ok, IT kena buat link untuk paparan bagi Organisasi di Tehran.

Ring!ring!ring! "Hello Yuna! I tak sehat la..demam!" Adess! Tu la..hari tu pi lunch pas tu petang High-Tea...Yuna pun demam gak ni..wei! hahahaha...Kitorang borak kejap. Malam ni Yuna nak istirehat sebab besuk ada hal kat ofis lak. Eeee.... whatever betul! So selamat malam!

Wednesday, July 18, 2007

Kici Rat!


Sebuk! sebuk! sebuk! musim sebuk dah bermula.
"Yuna, tolong buat draft borang pendaftaran Perhimpunan Agong tahun ni! Ade banyak perubahan. Big boss dah tak boleh tunggu pihak IT dilly-dally ngan Online Registration tu...keputusan muktamad, kami guna database tahun 2005 yang you buat dulu!" Kata Lady boss, Mary
Aiyoo...! apa nak jadi lah ofis ni. Jadi Yuna sibuk ngan men-draft borang tersebut. Ubah sana dan sini, masukkan whatever..ngan logo sekali dan hey voila! dah siap. Pas tu Big boss tambah lagi ayat-ayat laungan kat dalam borang tersebut. Pas tu meeting..meeting...meeting...cuma Mary, Lay Nar dan Yuna. Penat tol!
Petang meeting ngan Big boss dan Lay Nar lak. 'Yuna, macam mana ngan Access database you? Dah siap? I nak tahu dan sedang membayangkan macamana you nak 'tackle' perkembangan terbaru bila bla..bla..bla.." So terpaksa la..tunjuk database yang Yuna sedang buat sambil memberi padangan dan strategi yang kami guna sejak dulu lagi....Adess! (wei...apa la..IT ni..ini pun Yuna kena dok buat wei...!!) Hairan gak Yuna, tak seorang kakitangan IT ni datang menanyakan hal ni sebab dari awali ini keje depa.
Hari ni lak sibuk tol...yang malangnya, rasa-rasa nak demam lagi! Adoi!!! Badan terasa sakit-sakit dan panas. Macamana ni? Tak leh nak 'escape'! Once program dan link-link serta ubah suaian database tu dah ok ...baru lah lega...
Yuna ni kici rat je..kat dalam Company ni tapi kerja mengalah Pegawai Atasan! HELP!!!!!!

Tuesday, July 17, 2007

Ruang Rindu


Hello...
Dah lewat malam ni..tapi tak best kalau Yuna tak update Bisikan Yuna ni.
Semalam Yuna tidur awal...tak pernah mengatuk gila cam ni. Kawan Yuna, Tenko, tergelak sakan sebab selalunya dia yang mengalah...dalam siapa ngatuk dulu...hahaha...dulu GG pun gitu. Ingatkan hari ni nak update Bisikan Yuna kat ofis..tak sangka lak banyak tol kerja di ofis.
Tadi Yuna dok sebuk tercari-cari video clips kat Gamestrailer pas tu online ngan Wakka dan GG lak. GG dok citer berita baik tapi Wakka lak lain pulak. Dia nak ucap selamat tinggal dunia YM. Whatever..masing-masing nyer decision.
Musim sebuk Yuna dah nak bermula...jadi jika Yuna tak update blog-blog Yuna ni..tak semesti nyer itu bermakna 'Selamat Tinggal' dunia internet Yuna ni. Sedih gak bila memikir hal ni. Banyak tol pengalaman yang Yuna timba sejak bulan Februari tahun ni. Mula Ogos sampai November (musim sebuk), Yuna kurang sikit pasal internet ni. Bila ada ruang masa, Yuna akan singgah sebentar untuk online dan lepaskan rindu kat kengkawan ye...(Teringat lagu 'Ruang Rindu" nyanyian Letto)
Ok la..dah lewat malam ni...besuk ada satu 'Task' kerja besar kat ofis.....'So long and goodnight! so long and goodnight! (petikan lirik dari My Chemical Romance)

Sunday, July 15, 2007

Dia sedang geram!


Semalam sahabat karib Yuna sedang GERAM bercampur aduk ngan kebingungan. Kebetulan Yuna keluar makan malam, jadi lewat online. Kesian dia ni menuggu Yuna lama agaknya nak meluahkan perasaan kecewa yang melanda di jiwa. Cam tu lah kitorang kalau ada hal, ni lah tempat mengadu dumba. Sorang mengadu, yang sorang lak dok bagi nasihat atau berangsang. Sorang kecewa, yang sorang pun turut kecewa. Sorang gembira, yang sorang pun turut gembira. Sorang tu tak betul jalannya, yang sorang tu menegur. Sorang minta tolong, yang sorang tu hulur tangan nya....cam ni lah kitorang.

Whatever la...semua orang menghadapi masalah...cuma bagaimana nak menangani masalah. Kesabaran tu penting. Geram, kecewa dan bingung tu biasa la...bila masalah datang melanda. Tetapi jangan campur adukkan masalah nanti betambah rumit nak menyelesainya. Dan jangan sekali kali menyeret orang lain yang tak berkaitan untuk melepaskan geram. Tu menambahkan masalah je..

Kesian sahabat Yuna tu...kecewa tol dia. Bawa bertenang ya...kita cari jalan menyelesaikan aral melintang tu...Don't worry la...tu cuma satu sekatan jalan je..Road Block! dalam perjalanan hidup...handle it professionally...tu menunjuk kematangan anda nanti.

Saturday, July 14, 2007

Buah Dabai


Hello....Yuna rasa ramai yang tak pernah dengar atau melihat buah dabai.

"Yuna pernah makan buah dabai?" tanya Wan of hhh, kawan internet dari Sarawak. Yuna belajar bahasa Sarawak dari Wan ni la... Terima kasih Wan! Untuk pengetahuan semua, buah ni hanya terdapat di Sabah dan Sarawak..kat Semenanjung tak de. Rasa dia kelat masam masin, best makan ngan nasi..beritahu Wan dan Tenko. Lain kali jika ayah Yuna ke Sarawak, nanti Yuna minta dia bawa balik buah dabai ni. Nak lihat dari dekat dan nak rasa sekali huhuhu!

Friday, July 13, 2007

Hello Simple man!


Hello.....! bal..bla..bla..
Setengah jam kemudian...Hello!...bla..bla..bla..
Satu jam kemudian...Hello! bla..bla..bla..
SMS SMS SMS 'U OK?'...'Wat apa tu?'...'I kat..bla..bla..'...'U tau tak..'
Petang dan malam... Hello! u ok?
Wa...so concerned tol si S ni..mengalah si GG dok tanya khabar Yuna lak. S tak tahu Yuna ni sebenarnya aktif kat internet. S tak lak. Dunia dia lebih di alam nyata...tak de YM YM...hanya ngan tipon dan email. Lebih dari tu dia tak minat. Berbeza tol mamat ni dari mamat-mamat lain yang Yuna kenal. Very simple man! hahahaha....Yuna bukan nak test dia tetapi for a simple man ni kan..dia nak kenal Yuna juga. Yuna cakap slang habis habisan pada mula-mula berkenalan. Dia terperanjat..tergagap gagap ngan soalan-soalan Yuna ni. Tu biasa la..pas tu ok je perbualan kitorang.
Camner Yuna leh kenal ngan S? Hahahaha...kelakar sungguh! Dalam ramai-ramai semase kenduri orang kahwin tu..dia lah yang dok depan Yuna. Yuna tak perasan. Ingatkan tetamu..rupa-rupanya cousin-cousin Yuna nyer hal. "Shahrol!!!Hafiz!!Najib!!!nanti korang!rupa-rupanya rancangan korang ni ye! Dah tak de keje ke..? but thanks anyway!hahahaha.."
K, lah..tak nak cerita lebih-lebih...tengok perkembangan si S ni. Selalunya mula-mula memang best berkenalan..lepas tu..hilang all the kicks...terus dok senyap je. Yuna ok je...sebagai kawan. Selalunya guys are like that! Mula-mula cam hebatnya... bila rasa-rasa jarum tak mengena atau salah faham, terus menyepi. Yuna pun cam "??? apa da...dan whatever !" Tak kesah langsung tetapi apa la..mamat-mamat ni..tak de ke matlamat yang friendship that keeps going...(?) Whatever! No problem!hahahahaha.....

Sistem break down la...



Off day!

Sejak malam tadi Yuna rasa lain macam je...dah sah tu...sistem nak breakdown. Pepagi buta terasa tak larat langsung....jadi teruskan my slumber land. "Tiada maaf bagi mu! " Tu badan Yuna dok kata....ishk! Tak leh nak gerak sangat..sakitnya tuhan je tahu. Jam 11:30pagi..."Yuna! leh bangun dah? awak belum makan pagi lagi tu...?" Nenek Yuna dok risau. Nak tak nak bangun jugak..online! hahahaha dalam sakit perit ni pun nak online gak. Wei...ada message dari kawan Yuna ni yang dah lama tak chat. Balas balik "Got ur msg. I'm at home. Sick la...catch up wit ya later k"

7:00pm..."Wakey!wakey! Stand up and delivers!", baru terasa ok sikit sesudah berapa jam dormant (?) Hello? Miss me? I'm ok tapi cam PC gak, ni nak upload my sistem yang crash tadi. Sambung jap lagi!

Wednesday, July 11, 2007

Sunyi nye.......


Hari ni sunyi betul di ofis. Kebanyakan kakitangan ambil cuti, ade yang berada di luar negara pasal kerja dan ada lak berada di Park Royal Hotel sebab ade progam-progam TV dokumentari di situ.

Dan juga hati Yuna pun terasa sepi sungguh. Kalau boleh tak nak orang kacau-kacau dan nak hanya mendengar muzik Pachelbel's Canon in D iringan Piano. Terasa sungguh aman sekali. Kalau di rumah ni boleh baring atas katil lelapkan mata naikkan volumn besar-besar, menjiwai lagu ni. Wei...boleh tangkap leleh ni...too beautiful la....
So..ok lah..jumpa lain kali k...
(Msg kat YM: I'm with Pachelbel's Canon http://youtube.com/watch?v=6wpPk8qk3uQ )

Tuesday, July 10, 2007

Moody

Eeeeeeeeee!

Tak de mood hari ni. Bengang sejak semalam lagi. Yuna ade problem kat 'Title' box. Tak leh nak masuk text. Baru kejap ni lepaskan geram klik klik klik klik klik bebanyak kali baru dapat masuk kerser kat box tu....eeeeee...whatever betul la...Pas tu lak url tak leh nak aktif bila post kat sini...wei...apa dah jadi ni? Macam ada aral melintang lak. Akan tetapi hari ni dah ok lak. Walaubagaimanapun whatever aral melintang, Yuna redha aje. Dalam hidup ni mana ade tak de masalah. Tipu lah kalau korang kata tak de!

Oh ya, Yuna bengang gak kat orang-orang yang tension-tension yang rasa-rasa suka lepas geram. I'm all ears but I'm not a punching bag! Whatever..first time I'm MOODY today!! Yikes!

Nak gi FF jap...bikin hilang moody ni...http://youtube.com/watch?v=Z-shO98fovQ ,
http://youtube.com/watch?v=LD9zsQZPA7M , http://youtube.com/watch?v=i9bWVm3XcLg

Sunday, July 8, 2007

'On Guard' selalu!

On guard!

Malam tadi sebelum offline, ada kenalan baru dok YM. Dia kata, Yuna ni paling paling susah betul dia nak break-the-ais. Hahahaha... Kat internet, memang Yuna berhati-hati bila nak berkawan. Memacam soalan Yuna akan soal. Selalunya Yuna akan bertanya dari mana dia dapat ID Yuna. Ini bukan sifat sombong tetapi lebih berhati-hati...tu pesanan GG.

Malam tadi Riz talipon...dia memahami kedudukan Yuna walaupun ngan berat hati semua ni berlaku dan berlalu. Lama gak Yuna memikir hal ni selepas tu...macam satu cerita yang tiada penghujungnya... http://www.youtube.com/watch?v=6rpsDgLb7cE Whatever lah...tak seorang pun memahami keadaan kami ni...macam tak logik...macam sia-sia je . 'Life must go on dear' pesanan dan nasihat GG lagi. Ya, I'm moving on la...! Camner nak mengisi ruang tu? hahahaha....Beri preview sikit! hahahaha... Whatever k!

Ada satu perkara lagi Yuna nak fokus...nanti bila dak ok, Yuna akan beritahu.

Saturday, July 7, 2007

Penat wei...!


Hari ni penat!
Hari ni sepupu Yuna yang dok Sentul kahwin. Semuanya berjalan ngan lancar. Selepas tu Yuna hantar mak dan ayah ke rumah orang kahwin lagi satu. Pas tu terus balik rumah, tukar pakaian yang selesa lak......gi Midvalley (MV)....nak tau kenapa? Dah tak sabar-sabar ngan Transformer! Lagi pun dah lama tak ke MV. La..ramainya orang dok beratur nak beli tiket...ni semua Transformer dan Die Hard 4 nyer hal...tambah lagi hari ni lak hari Sabtu. Yuna terus pi kaunter tiket. Hmmmm..sedih! sedih! sedih! tiket dah habis! Hanya utuk show malam ade, itu pun tinggal 5 seat pas tu front row lak. Eeeeee.....lain kali pi book tiket melalui online atau SMS. Whatever..Yuna gi Burger King (favourite)...dah lama tak makan Burger panggang...Hmmmm best! Sambil makan, Yuna perhati sekumpulan muda mudi yang dok tak jauh dari Yuna...sedang syok berborak sambil makan burger. Rambut diorang tu....ala2 Final Fantasi...hahahaha...ada Squall, Tidus, Cloud, Tifa dan Selphie huhuhu seronok tengok telatah diorang. Dah tentu peminat fanatik Final Fantasi ni.
Pas tu Yuna shopping sikit di MV. Pukul 6 petang baru balik. Sampai rumah terus Online sekejap.
Left messages pas tu...zzzzzzzzzzzz sbb penat n demam lak Adess!
Oh yes! Happy Birthday Ibrahim....dah shop birthday gift ngan your brother tadi...huhuhu!

Friday, July 6, 2007

Kunci Hati

http://youtube.com/watch?v=GHYhRz-ZFss

Tepuk dada tanya selera...orang dok kata

Perasaan yang dirasa menebal di dalam jiwa..ya secara fizik, terasa di jantung mu..perasaan tu selari ngan degupan jantung mu bila memikir sesuatu yang diingini. Perasaan kasih sayang, cinta, keciwa, marah whatever la...semua di situ.


Kotak minda berlegar-legar memikir mencari jalan keluar atau mencari maksud yang tersembunyi sebab minda mu akan mencuba melindungi diri itu sendiri dari terjerat, terjatuh, terluka dan mencari jalan penyelesaian untuk ketenangan, kebahagian dan kemenangan diri mu juga.

Mulut mu tak akan habis-habis mengungkap kata-kata manis, suka,duka dan kecewa. Juga tak akan habis mengucap nama tuhan yang selama ni membimbimg mu untuk keyakinan, kepastian, keimanan dan keteguhan.

Mata mu akan mengeluarkan air mata secara rela bagi melepasi kesiksaan rohani mu, perasaan yang sebenar membawa keinsafan, keredhaan, kergembiraan dan keikhlasan.

Nafas mu mengikut rentak jantung mu, minda mu, mulut mu dan mata mu.

Telinga mu hanya akan mendengar kebenaran jiwa mu...suara hati mu...di mana letaknya kunci hati mu?

Ambil tangan kanan mu dan letak di dada mu di mana jantung berdegup....nyanyian kunci hati mu.......

Wednesday, July 4, 2007

Di tapak tangan ku

Di bawa angin lalu.....

Masa memakan masa. Ia berlalu saja dan bersahaja..
Mengatur langkah ke destinasi baru walaupun nampak sama..
Tertanya-tanya siapa yang berkata...pokoknya bukan dari ku..
Tak nak cakap lagi..tak nak ungkit lagi..tak nak whatever lagi..
Yang Yuna tau 'I am who I am' ..tak genjak pun sejak dulu lagi...That's me! hehehe

Sambil bersahaja..'Tu lumrah dunia, tiada siapa lari ke ribut!' Hmmm...betul jugak kata-kata tu!
Habis tu? Yuna dok tanya lagi...'Begini lah, mana tangan mu?' dia mintak di hulur. Dalam kepala berlega-lega ngan persoalan takut di permain-mainkan. 'Kenapa?' soal Yuna. 'Cuba you tengok di telapak tangan mu k! Tengoklah bebanyak kali' Dia senyum kambing macam jerat dah kena.
Masa tu rasa nak hempok pun ade...'Wei!'

Sebenarnya, tiada apa-apa di tapak tangan you tu.. You boleh tengok dan genggam banyak kali pun..ia tetap cam tu..cuma masa ada disitu. Soalannya, apa you boleh buat?

Yuna tergelak 'Taruk moisturiser la.."

"Yuna! Perjalanan hidup mu terletak di tangan mu la...! Think about it k!"

Monday, July 2, 2007

Life is a fleeting moment


"Life is a fleeting moment"....pernah Yuna dengar ayat ni tapi tak ingat dari mana dan siapa lak. Mungkin anda tak berapa faham maksud ayat tu, Kehidupan adalah perjalanan masa gitu". Kehidupan kita akan menjadi kenang MASA dan akan berlalu sebegitu sahaja. Keindahan hidupan itu pula di warnai oleh cara kehidupan kita sendiri. Jadi jangan persia-sia kan waktu kerana ia akan berlalu sebegitu sahaja.

Suka duka adalah permainan hidup. Cuba anda renung seketika ya...roda kehidupan berpusing...zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, berumur, tua dan kematian. Begitu juga dari sendirian, berdua, berjumlah, berdua dan kembali bersendirian. Kita tak boleh lari dari pusingan tersebut. Kita mengatur langkah ke arah jalan yang baik dan benar atau sebaliknya. Baik atau buruk? Pilih lah...setiap perjalanan hidup ni ada hikmah di sebaliknya dan nikmat di penghujungnya. Yuna selalu berpegang pada ayat ni lak "Saving the best for the last!" Whatever penceburan dan perjuangan Yuna, susah senang ke...yang penting kepuasan dan kenikmatan di penghujung perjuangan tersebut.
Jadi, isi lah kehidupan anda ngan kenangan-kenangan yang indah sebab ia akan berlalu sebegitu sahaja.

Sunday, July 1, 2007

Penat!

Pagi-pagi lagi dah keluar gi breakfast. Pas tu gi Taman Sri Keramat lak..pi rumah saudara..ade hal lak...isi borang..ade la..hehehehe..rahsia! Sorry! Pas tu gi Tesco Ampang la..shopping! Biasa la..setiap hujung bulan pi beli barang-barang keperluan. Kitorang singgah kedai aiskrim..makan cendol dan aiskrim selepas penat zooming sini sana dalam pasaraya Tesco tadi. Check handset..lor...rupa-rupa handset tertutup sendiri. Ada miss call from my mum...Wei! mak Yuna nih..tak leh tengok kalau Yuna dok jalan-jalan sikit! Eh! ada SMS dari GG gak. Wow good news la...! "Hei GG, go for it la..I'm happy too! Smile please!!! Just remember k that one dulang is on me, as promised." Alahai GG..GG..whatever k hahahaha!

Pas tu lak, pi ambik Syed Iylia Hariz. Dia minta tolong hantar ke KUIS di Bukit Mahkota. Makan tengahari kat Taman Bukit Mewah. Hari ni rezeki murah..tokei kedai sedekah buah pisang dan tembikai lak..wuhoo! Pi singgah apartment Iylia jap sebab ada banyak barangan dia dok beli. Kat taman berhadapan apartment dia lak cam nak ade majlis. Iylia beritahu yang malam karang ade BBQ and Satay! Wow ..bestnyer! wish I could join hahahaha...nak mampus! Tu guys nyer gathering lah wei...!

Dalam perjalanan pulang, singgah apartment Yuna di Kinrara..nak cek mailbox. Tak naik ke rumah sebab dah penat dan panas tol cuaca hari ni. Aircond dalam kereta dah Full Blast! Hmmm..sejuk dan best! Pas tu kitorang gi Kentucky lak kat Desa Pandan..saja-saja dok borak. Ade hati nak gi wayang tengok citer Transformers. "Yuna, nak tak? Kita tengok malam ni?" Kalau malam susah sikit la nak keluar tapi bila tengok jam dah pukul 4:30 petang Yuna bergegas nak pulang. Ye la..nak masak for dinner la..Itu pun mata Yuna dah jeling-jeling kat kedai Digi sebab ade promosi istimewa...tapi lain kali lah ye!Tetapi dah set date nak tengok Transformer minggu depan..huhu!

Penat tol hari ni! Nasib baik mak Yuna dah masak for dinner......phew!