Thursday, December 11, 2008

Talian Kesesakan


Jalanraya di KL selalu mengalami kesesakan lalu lintas. Tiap-tiap pagi bila nak pergi kerja selalu mengikuti rancangan Radio Era atau Xfresh FM mendengar lagu-lagu yang terbaru atau yang ber-feeling sebagai tembok pencegah keresahan apabila duduk lama-lama dalam kereta kerana kesesakan jalanraya atau lebih di kenali sebagai traffic jam. Kalau hari hujan, lagi la..lama duk lam keter (Tapi syok jugak la..berangan menyanyi karaoke bila ada lagu yang best-best ke udara..huhuhu..perasan!)

Patut hari nih pi Mid Valley serbu McDonald ngan geng nak makan Beef Prosperity Burger..tetapi lupa lak yang the guys kena pi masjid menunaikan solat jumaat. Jadi, diorang kata minggu depan je la..pi beramai-ramai…adeii! Dah la..Yuna tak bawa bekal tok makan tengah hari..tak ada mihun RM1.50 tu...tak ada buah-buahan atau kacang-kacang..Adeii! Lapar sakan..whatever tol! Iklan burger tuh terpampang depan mata..adeii! Mana leh tahan…jadi terus mendial 1300-13-1300..huhuhu…

Mula-mula: Tuuut….tuuut…tuuut…(Talian sibuk)
Setengah jam kemudian: Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..harap maaf talian kami mengalami kesesakan..bla..bla..bla..)
Satu jam kemudian: Tuuut….tuuut…tuuut…(Talian sibuk)
Setengah jam kemudian : Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..harap maaf talian kami mengalami kesesakan..bla..bla..bla..)

Lorrr…ingatkan kat jalanraya je ada kesesakan..talian talipon pun berkesesakan..adeii! huhuhu

Pukul 3:30pm: Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..tekan ini..tekan itu..bla..bla..bla..Cik Yuna? Bla..bla.

YEAH! Akhirnya Berjaya!! Tetapi perut dah sejuk hahahaha…jadi order je la..bak kata orang melepas batuk di tanggan..hahahaha…

Pukul 4:30..Hello? Cik Yuna ke? Saya bla..bla..bla..ada kat bawah sedang tunggu..boleh tak turun ke bawah amik order Cik Yuna? (Whatever tol! Kesesakan dada di buatnya..adeii!)

Sunday, November 30, 2008

Hanya dia


Dahulunya setiap hari lagu ‘Hanya dia yang mampu’ dari Aizat berulang-ulang kedengaran. Rasa hati pedih bila mendengar dendangan itu. Ada kalanya airmata berlinang perlahan-lahan dan tiada apa nak ku luahkan masa tu cuma hati terguris di mana besar kemungkinan sememangnya ‘Aku cinta’ dan ‘Cerita tentang masa lalu , cerita tentang kau dan aku..kini tinggal hanya kenangaan’ di abadikan dalam diri ku dan kemungkinan diri dia juga.

Kini itu semua telah berlalu dan tak mahu mendengarnya walaupun ada bisikan ke telinga ku. Kerana dia, ada pada ku. Cuma tatkala sunyi datang menyembah depan diri ku, ku cuba membiarkan dan membiasakannya. Kerana waktu itu mengajar ku berdikari jika suatu hari ku kehilangan dia lagi. Sejuk terasa disanubari ku…termenung sejenak…Boleh kah ku membiasakan diri sebegini? Boleh kan dia begitu?

Teringat pada ‘Lelaki Ini’ berdayu-dayu nyanyian dari Anuar Zain. Hati ku teguh termenung dan mengelamun buat seketika kerana menghayati lirik lagu itu. Membayangkan dia sedang berbisik ke telinga ku waktu itu dimana dia telah bertahtakan diriku di dalam sanubari nya. Hmm…bestnye! Nak lelap mata ku sejenak, tiada igauan lagi..tiada keraguan lagi… Pasrah!

Tuesday, November 25, 2008

Mencari kedamaian


Perempuan nih kalau boleh, dia hendak tahu. Naluri dia sentiasa nak tahu. Bukan penyebok. Langkah selanjutnya semua telah di atur. Jiwa dan hati nya sentiasa memberi dan dia hanya mahu sedikit ruang ‘to acknowledge her presence’ (hmm..sorry, tak reti nak tulis lam bahasa lak..huhuhu). Tak salah kan kalau di beri sedikit kemanjaan kepada nya. Dia akan memberi yang terbaik kepada orang yang tersayang. Dunia dia bergolak hanya di situ. Tumpuan dia pun begitu. Dia akan mengatur langkah dengan teliti untuk kesempurnaan dirinya mencari kesejahteraan pada keseluruhannya. Sanggup berkorban juga adakala membinasakan dirinya hanya kerana ‘sayang’ dan ‘cinta’. Mata dia ada pada minda dan hatinya. Kekuatan perempuan nih terletak pada jiwa dia.

Walaupun begitu, keseimbangan dia terletak pada pimpinan dengan orang-orang yang di sayang. Jangan di biarkan begitu kerana tanpa keseimbangan nih jiwa dia memberontak dan selalunya ia menghancurkan. Masa itu matanya tiada di minda dan di hati. Jiwa nya kosong tiada apa yang dipedulikan. Hanya keimanan yang dapat menyelamat selanjutnya.

Perempuan itu tonggak kekuatan bagi seseorang lelaki. Dia mampu meniti hidup keseorangan kerana susah senang dia hanya tertumpu untuk hidup. Lelaki perlukan ‘kehidupan’ itu. Lelaki perlukan kesempurnaan itu. Lelaki perlukan kesejahteraan itu. Berilah kepimpinan itu sebaik-baiknya…kerana kedamaian itu ada pada kamu..

Saturday, November 22, 2008

Tiada apa-apa lagi


Sebuk memanjang…masih kat ofis memantau pendaftaran di Bali. Lady boss anta email “Yuna, datang keje hari Sabtu dah Ahad” …Big boss nyer mesej lak “Saya akan bermesyuarat Admin Council nanti, sila anta mesej ke Blackberry saya” dan macam-macam email dok terima dan ada gak yang spam…

Minda memikir makin lama makin yang bukan-bukan…”Ha, apa yang u pk 2?” dia mahu tahu. Macam-macam la I fikir…sebab ada sesuatu yang tak kena nanti dan Yuna dapat merasakannya. Hantar mesej kat dia mengenai perasaan yang tak sedap hati…hmm..tiada balasan…itu pun satu petanda…tiada yang terdaya dan mampu dan mungkin, pedulikan saja…Malam makin kelam, hati bercampur hempedu , hendak ku telan jiwa tapi air mata yang mengalir penutup hari.

Di dalam peredaran masa, ada ketika sangat gembira dan ada ketika di sebaliknya. Dalam antara dua ada satu ujian yang penuh dugaan…mampukah anda menangani nya? Aral yang melintang ada satu kesimpulan dan perlu dihuraikan pada masa yang sesuai, jangan dibiar terlambat. Ini yang banyak difikirkan dan perlu dipertimbangkan.

Hari ini, menemui jalan yang buntu sekali dan mahu cari jalan penyelesaian. Berdepan dengan hati terbuka dan pasrah. “Kun faya kun”..apa nak jadi, jadi lah kerana selepas rintangan ini tiada apa-apa lagi yang ku mahu…… cuma lepas dari aral yang melintang yang menghalang perjalanan ku.

Tuesday, November 11, 2008

Panas bontot!


Yuna terlalu sebuk sekarang nih, di ofis sedang menangani 500 peserta untuk perhimpunan agung di Bali nanti. Macam-macam ragam dan kerenah orang..adeii!! Kejap nak hadir..kejap tak nak..tukar hotel ini dan itu..tukar tarikh perjalanan…nak visa kat sini or situ..eh tak payah la...nasib baik ada penolong kanan Yuna, Basith. Yeah!!! Kadang-kadang tergelak besar bila baca entah apa-apa yang diorang bubuh dalam borang pendaftaran tu. Adeii!!

Selain dari tu, Yuna juga sebuk dengan Tribalwars nih. Tenko-san tak boleh online pulak! Adeii! So kira macam one-man-show buat sementara nih. Siang sebuk di ofis, malam sebuk ngan Tribalwars. SMS Tenko mengenai perkembangan itu selain dari tanya khabar rindu dendam “Aaarrrggghh!! Tenko-san..pengsan Yunie gini la…wat sorang2!! Whatever tol la..osmate you tuh!..huhuhu….”(hope diorg tak baca nih..huhu..)
Panas bontot la..weii!!!

Yuna tak ada masa tol nak main Spore,Vampire, Superpoke Pet…adeii..banyak la yak si Gypsy ni lam tenet kang tapi yak di Gobel lagi mengalahkan Gypsy punya, huhu...Nih sedang carik orang sapa-sapa nak masuk Clan Vampire si Yuna nih “Sapa-sapa nak saya add kena setuju masuk jadi ahli Vamp saya..huhuhu” kalau sekadar nak tanya khabar dan berkenalan..maleh la..kan dah tertera lam profile hanya tok gamers jek..Juga nak tolong support si Dear tuh..adeii!! “Dear, I nyer x de org nak join my clan la..” dia komplen satu hari lak. Tu la...hari tu challenge Yuna dengan “I da level 13..heheh..eat your eyes out!” Yuna pantang dicabar..mengenai games k…

Selain dari tu mengenang keadaan selanjutnya…mengenai tahun depan dan masa depan…



(Jom! kita zzzz...mimpi yang indah2)

Monday, November 3, 2008

Shahila - Yang Teristimewa




Elyana - Tak Tercapai Akalmu

:)
http://www.youtube.com/watch?v=MVcgP4d1muQ

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu

biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah rebah
santun bukan yang ku lemah
mudahnya rosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah

Sunday, November 2, 2008

Jatuh talak


Sejak *I*-R ambil alih kuasa W.E, Yuna tak senang duduk. Setelah berhempas pulas cuba menangani keadaan yang serba genting di dalam puak itu, Yuna membatu. Perkahwinan puak-puak *I* dan W.E sememangnya adalah satu kesilapan yang besar. Hati tidak lagi seperti dulu asyik di undang kebingungan, kemarahan dan kesedihan. Sesuatu perlu di lakukan. Kalau tidak memang tiada apa-apa lagi tinggal untuk bermain Tribalwars ni. “Tenko-san, I am making a plan..a comeback bla...bla...bla....” Apabila meluahkan rasa isi hati sebenar pada dia di sebalik semua kegelisahan dan kesedihan baru lah dia sedar “Lor..nape tak cakap awal-awal?” Dia tahu jika Yuna tidak serasi atau senangi dah tentu ada perkara yang tak baik di sebalik situasi.

“Alqadri dilucut jawatan ‘Baron’ tanpa notis” Yuna SMS. Situasi macam darurat dan perlu di lakukan secepat mungkin. Yuna tidak boleh berdiam diri lagi dan terus memaklumkan Tenko mengenai tindakan yang akan di ambil pada 25 Oktober 2008. Hanya melalui Baron Rebelrednex sahaja yang dapat menyelamat situasi kami. “Yunie have 2 do it 2day …I wish u were here” SMS seterusnya “Ya..me2..me 2, dear”

26 Oktober: “ Hi Yuna!” Cellster tetiba pagi-pagi buta menyapa. Bagai bulan jatuh ke riba. Cellster cukup gembira dengan keputusan Yuna untuk keluar dari puak *I*-R dan tubuh kembali Puak kami yang sebenar W.E. Dengan pertolongan Cellster melalui Rebelrednex , Puak Yunie aka W.E yang baru di tubuhkan. Rank kami masa tu hanya di tangga 85 di dunia Tribalwars ke 7. Tergelak terbahak-bahak Yuna kerana tak sangka walaupun hanya segelintir kami, rank kami masih boleh bertahan dan terus SMS ketua W.E, Tenko86, mengenai perkembangan terbaru. Rasa lapang dada selepas tuh..happy tak terkata!

Ketua *I*-R, Weiczorek menghantar surat memperlekehkan usaha kami, juga kesal tindakan Yuna berpisah dari puak mereka. Yuna memperingatkan dia bahawa ahli-ahli W.E sememangnya tidak setuju sama sekali tindakan tegas dan drastik mengenai perlucutan jawatan ketua-ketua kesayangan mereka, Tenko86 dan Yunie10ko dan juga tidak mahu bersetongkol dengan agenda-agenda gila puak *I*. “Weiczorek, my members HEAR me!” teriak Yuna. Itu adalah perkara yang tak di sangka oleh ketua *I*-R yang memandang rendah dan remeh mengenai kesetiaan ahli-ahli W.E. =D

Pada 26 Oktober, Puak W.E diterajui oleh Tenko86 dan Yunie10ko di tubuhkan semula.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar malah lebih bagus dari W.E yang dahulu. Rank kami terus naik setiap hari…tak sangka betul! Pada hari ini Puak W.E sudah mencecah ke tangga ke 25. Hanya dalam 9 hari sahaja..wuhoo! Dan pada 31 Oktober puak kami telah menubuhkan satu Family tribe baru bernama M.E yang berpusat di Utara Dunia ke 7. Semoga usaha kami lebih bejaya selepas ini.


Monday, October 20, 2008

Di sebalik bayangan ku


Dia tak boleh terima hakikat Yuna memang tetap Yuna
Maya memang tetap Maya akan tetapi tak perlu sangsi menyangsi.

Semua yang diluahkan selama nih adalah benar, tiada apa yang nak di umpankan atau mengambil kesempatan. Keikhlasan memang tetap disuluh. Keindahan persahabatan tiada perlu dipersoalkan dengan kata-kata kesat. Meruntuhkan jiwa yang sedang membuka tirai yang dulu memang dikawal rapi.

Salah daku hanya satu dan ia membunuh. Mengimbas kembali orang-orang yang ku sayangi pergi menjauh tak kira zaman bukan maya atau maya. Roda tu tetap berpusing, kata ku. Menangis kerana sejauh mana pun persahabatan, ia bagai sesuatu yang menghantui dan ditinggalkan. Mungkin dilupai. “I kan ada” tu ungkapan Yuna pernah dengar. Ya, kami selalu memanjakan diri mencari ketenangan jiwa kerana hanya dia yang mengisi kekosongan masa yang tak mungkin ku dapat kembali.

“Yuna tak mahu lagi mencari apa-apa lagi selepas ni” kata-kata nih memang tak disenangi. Rasanya masa sudah suntuk, sakit memanjang, terbaik telah ku berikan hanya bila tiba lelap ku datang dapat ku tidur dengan lena.

Hari-hari terasa membawa diri, mengundur secara perlahan-lahan agar tidak ketara. Biar air mata mengisi ruang sedikit demi sedikit dan bila tiba masanya tiada lagi ia menghujan. Hanya kenangan manis tatakala rindu mengintai masa itu.

Tak nak apa-apa….hanya nak memberi…ikhlas segala-galanya…
Harap-harap mereka akan mengimbas kembali 50 tahun akan datang, pokok persahabatan itu dah membuah, beranak dan dinikmati hingga anak cucu mereka…


Tuesday, October 7, 2008

Hujan emas di negeri orang

Dah masuk hari kedua da...hati nih masih bersedih...Bila kala begini mula lah nak menyendiri dan fikiran melayang jauh macam nak bawa diri ke satu tempat 'Kosong'. Pantang je teringat akan hal yang berlaku di dalam pentadbiran W.E kami, Tribalwars. Berubah nama berubah tangan atas nama mencari kemajuan...
Terfikir sejenak semakin maju semakin asing...semakin dekat semakin asing...semakin banyak semakin asing...

Semalam, Naqi temankan Yuna..cuba menceriakan hati yang gundah...nasib la..sapa la..dapat awek si Yuna nih..kalau merajok atau bersedih berat tol kes tuh...nak bagi dia ok balik bukan boleh umpan dengan cokelat atau kata-kata manis...dia tetap menangis..kalau tak di luar, di dalam...adeii...tetapi Naqi tetap cuba menceriakan balik maya dia..hantar gambar-gambar action figure dia yang terbaru, bagi link-link yang menarik bagi memesongkan fikiran ke arah lain, layan bercerita sampai akhir penghujung perbualan, selain popok dia sanggup mendodoikan lagu 'Yang Pernah' dari band Estrange lagu kegemaran mereka....kelakar jugak...hei..rasa nak tidur pun ada lepas tuh...(Thanks Naqi)

Hari ni, banyak lagi perubahan yang berlaku di dalam tribe W.E yang sekarang di beri nama baru *I*-R. Yuna hanya terdiam sambil merenung...Tenko sms mengeloh kerana menerima surat-surat dan surat pekeliling yang perlu dia baca dan layan. Dia memang tak suka membaca surat cinta yang panjang lebar..bagi ja yang patut dan afdal...rengkas dan senang...bagi ja arahan..dia setuju apa saja untuk jalan kebaikan...tu memang cara dia. Yuna tidak begitu pulak...macam-macam hal nak di fikir..selok belok..yang di hadapan dan di belakang...hal remeh-temeh dan kecil pun akan di kutip dan dipersoalkan...siap bentang surat bukan sahaja panjang lebar...besar lak tu penuh dengan lukisan whatever ..mengharap..'eh! betul ka plan i nih?' hati berkata-kata...hanya Tenko ja teman setia Tribalwars..rasanya telinga dia dah besar gajah dok mendengar cerita-ceriti..celoteh si Yuna nih tak habis-habis lagi dengan plan-plan dia...wallahuwaklam!


Kali nih, tiada apa-apa nak di fikirkan tetapi hanya tunggu dan lihat..walaupun kuasa masih bertahta dan bertahan, kuku tiada lagi bertajam..gigi tiada lagi bertaring...hanya rambut kami masih kusut masai macam zaman tujuh puluhan..hippi la..groovy la..sebab sememang nya begitu la..cara kami ...COOL..Tribe W.E memang tiada apa-apa yang menarik pun..kerana pendirian kami..tak mahu sebarang tekanan dan hanya untuk bersuka-suka. Walaupun sempoi, ramai gak nak masuk tribe kami...huhuhu..alhamdulillah! Sekarang nih dengan pentadbiran baru, semua kena bekerja keras.."Adeii, diorang nih tak de keja lain ka? Asyik nak ngadap tribalwars 24 jam?" keluh si Tenko....huhuhu....(cian)


"Yuna, jangan la bersedih..dah la..tu.." pujuk Naqi..

Ya, bukan senang nak lupakan segala titik peluh yang Yuna dah taruk dalam permainan Tribalwars ni...sampai orang dah kenal W.E sehingga tribe besar datang melamar atas tujuan untuk ke arah lebih maju. Walaupun dalam era baru....nama W.E tak lama lagi akan di lupai dan hilang..tak kedengaran bisikan-bisikan para pahlawan yang ingin berjuang sama untuk W.E tetapi *I*-R (waaa.....sedih! sedih! sedih!)


Its late! nak tidur! tak perlu nak bermimpi lagi....menangis la..puas-puas k dear!

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!


Sori..sori..sori! Lama betul tak singgah di sini..

Dari bulan Ogos sampai lah bulan November..musim sibuk Yuna! Tak menang tangan asyik sebuk di ofis. Tetapi bukan itu sahaja, kesihatan pun menurun mendadak...entah apa nak jadi dah nih..tawakkal? berserah? Lantak la...Seminggu sebelum Aidil Fitri, asyik sakit memanjang..maka tidur memanjang sambil kerje memanjang..Adeii!

Yuna tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya serta bermaaf-maafan. Sesiapa yang hantar YM offline message dan SMS je yang di balas. Memang tak larat dah ni..."Eh, muntah la..keluarkan semua..nanti rasa lega" dia dok nasihat 'Nih! i tgh urut u nih" dia buat lawat lak. Dalam kesakitan sempat tergelak terbahak-bahak! (Whatever tol la..si dia nih) huhuhu....

Sebelum Aidil Fitri menghilang, Yuna ingin mengucapkan 'Selamat menyambut Aidil Fitri dan harap maafkan Yuna jika ada salah dan silap serta terkasar bahasa' dan juga kepada mereka yang sudi menghantar mesej dan sms, 'Terima kasih banyak-banyak ye'

Raya tahun ni berbeza dari tahun lalu...tahun lalu lebih ceria...
Tak beli baju raya pun, cuma dua helai jubah pemberian Sedara dan mak yang balik dari menunai Umrah. Yuna sempat beli kasut je..itu pun sebab perlu sangat..dah lama tak beli kasut...Hiasan dan kemas mengemas rumah, hanya mak Yuna yang buat kesorangan. Yuna hanya zzzzzzz kerana kesihatan tak mengizinkan. Adeii..whatever tol la...! huhuhuhu...
Lain kali je la..bila dah 100% sehat, i pergi shopping sakan nanti! Yeah!

p.s. Dear, pinjam pewot! huhuhu.....

Tuesday, September 9, 2008

SMS lalalalala.....



Sibuk! Sibuk! Sibuk!

Perangai Yuna pantang kredit dalam enset jatuh ke RM10. Dah tentu masukkan lagi RM10 atau pun RM20. Selalu nya bila dah cecah belasan ringgit macam RM15 je, dah mula sebuk masukkan lagi Top-up RM10. Fobia kata kan…

Han yang paling kuat hantar SMS dan pangillan. Pagi..tengahari dan malam, kengkadang tengah malam buta….”Yunie you buat apa tu?” Tanya Tenko-san kalau Yuna lama tak jawab YM dia. “Jap! tgh balaz sms si Han nih!” Dia faham la tuh sebab kalau Han dah SMS maksudnya lama la sikit…semuanya tentang Tribalwars. Rasa macam nak menalipon ja ngan Han..cakap direct terus tetapi dia cakap dalam bahasa logat melayu-inggeris-cina dia dan yuna logat melayu-inggeris-yuna huhuhu…bak kata orang macam ayam dan itik bercakap…kena betul-betul memahami apa Han nak sampai kan. “Tenko, I nak 4ward 2 u msj si Han nih. Nak tahu apa yg u faham” bertanya kat Tenko-san lak. “Ntah I pun x fhm” huhuhu…kena tanya Han balik…adeii!

Sejak bulan Ramadhan nih, Tenko dan Yuna asyik sms dan buat panggilan kecil ‘Wakey2’. “I dah called 4 kali susah tol kejut u bgn la..” Yuna sms dia.
“Yunie, dah bgn? Sori lambat, I br bgn da..” sama-sama dok jadi loceng wakey2. “Yunie, kejut I kol 8, I ada test kol 11” whatever kejut la tu…Tenko-san kalau dah tidur macam Sleeping Beauty! Huhuhu…

Hari nih Sis dari Melaka talipon dan beritahu khabar tak baik, makcik meninggal dunia. Lepas tu rupa-rupanya makcik dalam ICU di Hospital..astaghafirullah…terus talipon balik nak betulkan khabar…and guess what? EEEKK! My credit tinggal RM3.55!!! AAARRGGHH! Huhuhu…tak pernah semiskin gini..adeii…
Apa lagi..top up to the fullest!

4:30am….ha..dah bgn, ok! :) tetapi masih zzzzzzzzz……

Thursday, August 14, 2008

Popular ke?


Hari ni boring giler atau pun memang malas kot?

Semalam asyik mengadap Tribalwars kerana ada misi penting nak tawan kampung musuh yang mereka kata pemain lama yang handal...takutnya...akan tetapi Yuna tetap usahakan misi tersebut dari pagi hingga la ke malam. Di sebelah malam pula teman rapat sanggup berkorban meneman Yuna sehingga memperolehi kejayaan. "Yuna gasa macam tak nak tido-tido la.. sebab takut serangan balas semasa di buai mimpi nanti" risau singgah di waktu dini hari (jam menunjukkan sudah pukul 3:30 pagi) "Tido please..." pujuk dia. Dia sanggup berkorban masa dan bercengkang mata menunggu sehingga selesai dan Yuna puas hati.

"She's with me, nobody touches her" Oliver akan mengamuk jika sesiapa memburuk-burukkan nama atau memperkecilkan pemain kesayangan dia di dalam forum. Terharu rasanya. Dia akan melindungi seperti menatang minyak yang penuh. Makin lama makin ramai lak peminat-peminat yang sanggup berkorban dalam permainnan Tribalwars."Dear, good news..someone in TATEC loves you" Yuna tak faham dengan ayat-ayat dari Oliver..risau dan takut pun ada. "Calizard make a deal with *I* and they won't attack you no more" Wa...ramai tol ahli-ahli TATEC sanggup berkorban untuk Yuna. Tu belum kira lagi ahli-ahli dari kumpulan lain..Harap-harap Oliver jangan merajok pulak...
"You memang pupolar la... Apa spell yang you dah pakai?" tanya teman rapat pulak...hahahaha..kelakar nyer.."Tak de pa pe la..I am just being me" Tu je Yuna kata. Memang Yuna malas nak lebih-lebih dengan mereka tetapi mereka tetap datang meminta perhatian dan ingin berkenalan lebih lanjut.
Baru-baru nih pula "Hey, I dapat kenalan baru, Calum nama dia..bla..bla..bla..." hahahaha...adeii..adeii...Calum pi rujuk Karl mengenai Yuna kat MySpace " He thinks you are hot and that you are cool! and I think so too!" hahahaha..adeii..adeii...
p.s. Tenko, I tak buat pa pe la..cuma layan Karl pasal Tribalwars jek..hahaha..x de spell bound k! adeii!~

Thursday, July 17, 2008

Aku Miss Blogger ke?

Dalam perjalanan ke kereta, Yuna terserempak dengan sebuah kereta Proton Gen2 putih menghadang laluan jalan. “Eee sapa la orang nih, park kereta kat cini? Camner nak lalu nih” hati berkata-kata, risau kerana dah lewat nak balik ke rumah …dalam setengah jam magharib akan menyimbah ke bumi…”Oi Miss Blogger! Ini aku la..hahahaha..aku tengah kerje nih ..(dia sambil memicit enset..sms..sms..sms)… ni ofis baru ku….keje lam keter” hahahaha..Anita rupanya, seorang yang riang dan peramah. Tak pernah dengar rungutan dia. Orangnya sentiasa tersenyum, murah rezeki tol senyuman dia. “I pun nak keje lam situ la..senang criter..tak der orang kaco-kaco dan nyebok-nyebok hal Yuna lagi...huhuhu” I pun ikut berseloroh. Di sebelah dia, teman rapat dia, Cik Zarina..dia nih kaki senyap cam Yuna gak tetapi mudah senyum macam best friend dia tu. “Jom Miss Blogger, bukak satu ofis lam keter aku nih..senang criter nanti nak gi mana-mana senang pastu sambil bekerja lak tu” hahahaha..kelakar nya…kemudian baru dia tersedar yang kereta Yuna ada tak jauh di belakang kereta dia. Anita pun ketepikan kereta dia bagi laluan.

“Woi, Miss blogger apa link blog-blog you, I nak baca hohohohoho..!” tu lah yang selalu dia dok mintak. “Hohohoho..no way! Nanak bagitaw! Huhuhuhu…” malu la..sebab dia tu Pegawai Publication…ayat-ayat dia dah tentu lebih kow-kow berbanding ayat-ayat yang Yuna guna lam blog-blog ...malu la…adeii. Gasanya la..sejak dia kenal Yuna, dia tak sangka Yuna nih aktif lam internet. Tu dia belum taw siapa rakan – rakan tenet Yuna..huhuhuhu…dan Yuna dok main game-game lagi tu… mengalah budak umur belasan tahun…almost hard-core gamer lak (tak leh lawan pangkat hard-core gamer si Tenko)..sebab asyik dok depan PC layan game Tribalwars selain blog. Siang malam
hingga nak ke subuh,Tribalwars!..tu lum lagi game-game sampingan dok main..hohohohoho…kalau I cerita kat dia yang Yuna ada tribe sendiri lam game tu dan siap ngan ‘External Forum’ lagi ..huhuhuhuh …terduduk ka dier? Hmm..mungkin dia tak panggil I Miss Blogger lagi kut? Hahahahaha…..(kelakarnyer…!)

Sunday, July 13, 2008

Still Alive!!!


Maaf ya kalau lama tak singgah di blog nih. Hmmm…memang sebuk sekarang dengan hal-hal peribadi :)

Sejak puak kami, W.E di Tribalwars semakin berkembang semakin sebuk jadi nya walaupun dah melantik beberapa ahli-ahli bagi memegang jawatan penting. Lagi ramai berpadu tenaga lagi pesat lak ..adeii…rumit tol ..macam-macam hal..tapi syukur alhamdulillah, semua nya beres dalam memerangi beberapa rintangan, halangan dan dugaan..

“Yunie, I nak bagi u akaun pacsteam, nanti I hantar fail-fail tu kat u” wuhoo..teruja tol Yuna mendengar berita nih. “Hehehe..thank u, boleh I main game online ngan u” (pandai tol dia memikat hati hahaha…) Ala..kalau otak asyik dok main game je..tu je yang boleh alih perhatian Yuna. Happy tak terkata masa tu dan perasaan penuh tak sabar-sabar menunggu pakej dari poslaju…eh..poslembap! ( sebab posto pi hantaq kat ofis lain dan terpaksa berkorban menapak ke ofis tersebut untuk mendapatkan dvd tuh..adeii dua kali lak tu..)

Siang hari sebuk dengan Tribalwars …malam hari sebuk main Portal dan Half Life..Tengah malam buta, update Tribalwars lagi dan online bersama teman rapat dan ketua setiausaha W.E, Ayaghi. Itu belum lagi layan sms..sms..sms..sms..sms..sms..geng-geng yang dok sms..sms..sms..mengenai TW ..ada gak yang dok tipon-tipon …jadi memang sebuk tak terkata.

“Yunie, u tengah buat apa tu?” Tenko bertanya “Apa lagi TW la..heheh” Jadi, minta maaf la..kalau Yuna dah tak cam dulu yang sentiasa korang nampak online kat YM. Sebenarnya masih seperti dulu gak cuma melayan ngan ahli-ahli W.E sampai tak menang tangan… letih oooo….but I am still alive!

Hmmm…nah ni link game Portal dengan Credit song dia..ENJOY!
http://www.youtube.com/watch?v=GrGg2SqZ9bA

p.s. Dearie thank you so muchie..Yes, I love it so muchie!!!! Happy? Yes, I am happy!!! Yeah!!! Coz I am ‘Still Alive” Wuhoo!

Sunday, June 1, 2008

Bersama Si Bobok yang disayang


Pagi ni hati Yuna bercampur aduk memikirkan hari-hari yang akan datang, merenung jauh seperti luas pemandangan dipersisiran pantai tatkala senja, menghirup kedamaian launtan terbentang sambil menikmati bunyian desiran ombak menghempas ke bumi yang nyata.

Terdiam…diam..senyap..sunyi..sepi…minda ku hanya memikir akan si dia, sahabat baik ku yang paling prihatin terhadap diriku yang dia belum kenal sedalam-dalam nya. Begitu juga diriku terhadapnya. Namun kami saling menyayang nyayangi dan mempercayai sebagai adik dan kakak dan juga sahabat rapat seperti rakan rapatnya, Nurul Aini.

Sedih menyelubungi jiwaku, airmata hanya bertakung tanpa melimpah. Bertakafur disanubari tiada siapa mengetahui agenda ku yang akan datang yang perlu ku titi nanti. Jauh renungan ku kali ini mengimbas kembali detik-detik mula berkenalan, tawa riang, sakatan, gurauan, kesedihan, kemarahan, merajuk, pujuk sehingga dia menghulur tangannya ke alam maya ku, membimbingannya ke dunia fantasi yang penuh kelainan dan kelucuan. Bantuan ikhlas dan kasih sayang dari hati Yuna Braska, tiada seorang di luar dunia Spira menikmati yang terbaik selain daripada rakan nya, Sleeping Beauty-san.

“Saya tak mahu berkongsi kasih Yuna dengan sesiapa lagi” katanya pada suatu hari bila ada seseorang cuba mengintai dunia Yuna. Terharu sambil tak tahan gelak dengan kelakuan si Bobok nih. “Saya pun begitu juga” luah Sleeping Beauty bila dianjurkan. Ya, Yuna terharu dengan kata-kata mereka ini. Rasa nak peluk je mereka tu dan cubit pipi sekali kerana mereka membuat dunia Yuna semakin mengecil..ADEII!

Pukul 1:00 pagi, “Yuna tak tidur-tidur lagi la..masih TW lagi nih” Kami melayan kesah selanjutnya yang dah tentu akan sampai penghujung tak lama lagi. “Naqi belum pasti dengan tarikh terakhir di Parit Raja tetapi mungkin 15 atau 16 June nih” Berat hati dia nak khabarkan, berat lagi Yuna nak menerima hakikat tu. Masa berjalan dan berlalu terlalu pantas sekali……talian terputus…terdiam…diam…senyap..sunyi..sepi…sudah ku bayangkan sekarang ini….ssssssssshhhhhhhhh……

Thursday, May 29, 2008

Sibok-sibok kat Nikko


Penat seh…dah beberapa hari dok bekerja dengan sister company di Hotel Nikko tok Asia Media Summit 2008. Seronok tapi penat. Seronok sebab berjumpa dengan kawan-kawan lama yang dah lama tak dengar khabar berita (hmm..masing-masing sebok kot?) “Yuna! I am glad that you are here to help us with the registration” Joe memang pandai main kata-kata..hanya kita-kita yang terdekat je tahu betapa STRESS nyer dia bila ada Company dia anjurkan event atau conference. Joe here..Joe there..everywhere Joe! Joe! Joe! (hahahaha…)

‘So, YOU are Yuna?” seorang ketua delegasi dari Afghanistan, Encik Panjshiri, macam terperanjat bila pertama kali dapat bersua dengan saya. Adeii…sana sini dok cari Yuna je. Sebelum nih dia hanya berutusan email saja mengenai hal ehwal pejabat. Tiap-tiap tahun kebanyakan delegasi akan berutusan dengan Yuna mengenai pendaftaran Perhimpunan Agung Syarikat ini. (I am the key person la..huhuhuhu). “May I have your personal email address?” Panjshiri minta. Adeii..pe nih? Tetiba minta personal email address nih? Nih dah lebih nih…huhuhuhu…Sharaat Khan, delegasi dari Al-Jazeera, Qatar…wow! good looking tuh..asyik-asyik membetulkan rambut dia yang panjang sampai ke bahu…kira macam groovy la tuh..young blood! bercerita tentang diri dia dan peranan Al-Jazeera di mata dunia. Sungguh menarik (tapi gase nak tolong sepitkan rambut dia pun adew nih..wakakaka). Selain daripada tu..seronok gak dapat berkawan dengan pelajar-pelajar dari Universiti LimKokWing, Botswana. Lemah lembut dan peramah sungguh.

“Yunie ngantok tahap gaban nih” dok sms ngan Tenko-san dari tengah hari sampai la..ke petang. Dia dok teman layan Yuna yang makin lama dah makin boring kat Nikko dan makin ngantok..huhuhuhu…Thanks Tenko-san, you are such a pal! Give me high five please! Heheheheh….
"Yunaaaa! mane u pergi nih? Risau I bila x de khabar berita dr u 4 hari! Rinnnduuuunye....!" huhuhuhu...si Fareeq teriak semasa Yuna online akhirnya...wakakakakaka...ade gak orang rindu kat kita ye? huhuhuhu...cayang gitu ...heheh..

Nih gambar big boss yang sebok-ing online dan senyuman yang menawan tu lady boss Yuna..huhuhu…

Wednesday, May 21, 2008

I want to believe you....


Hari ni Yuna banyak berdiam diri…malam tadi dah banyak bersedih dan menangis…huhuhuhu…

“Yuna u x de mood ye? U nak i keluar ke?” tanya Naqi malam tadi. Dia seorang prihatin tol dan yang paling manja…huhuhuhu… sayang ngan si Bobok nih. "No la.., keep me entertain. Mana taw nnt hilang sedeh2 i” Yuna terasa sunyi seketika. Tanpa dia pun nanti Yuna dok menung memikir panjang, kang mengalir air mata ja sepanjang malam sebelum lelapkan mata.

Naqi tunjukkan gambar patung Kamen Rider Kuuga yang dia baru dapat dari Pak Cik dia…hehehe..dia tu memang hantu Kamen Rider. Lepas tu sume link-link mengenai Kamen Rider Kuuga dia dok bagi. Walaupun Yuna layan ja tetapi hati ni masih di bendung kesedihan. “Yuna, you buat apa tu?” dia tanya lagi. Rasanya Naqi nih dah masak ngan perangai Yuna ni tatkala gembira, sedih dan merajuk…huhuhu…Oleh kerana tak tahan nak pendam sorang-sorang, Yuna mengambil keputusan memberitahu masalah yang melanda. “Lor, tak kan u nak merajok sampai gitu?” pujuk si Naqi terutama ngan sorang tuh “Ala..bagi lah dia chan la, Yuna”
Nak kata macamana yek? Ada dua insan yang Yuna betul-betul mengharap untuk menjaga hanya dua saja akaun TW Yuna. Kedua-dua tu pun kantoi. Sedey..sedey tol “Tak pe la Naqi, Yuna nekad je.Esok bior je la...senang hati”. Macam-macam Naqi memujuk “Ala..esok ok la..tu..”

And I wanna believe you, When you tell me that it'll be ok, Ya I try to believe you, But I don't

Tergelak Naqi bila Yuna bagi dia lirik ‘Tomorrow’ nyanyian Avril Lavigne tuh…
“Ala..u nih..tu lagu lama la..u nak lagu Y?” Naqi berseloroh.

When you say that it's gonna be, It always turns out to be a different way, I try to believe you, Not today, today, today, today, today...

“U ok ke nih? Ala..jgn la bersedih” Naqi pujuk

It's always been up to you, It's turning around, It's up to me, I'm gonna do what I have to do, just do

“Naqi, Yuna nak off kejap. Dah tak tahan seday..dah banjir dah nih!” bila Yuna terdengar rangkap lagu bahagian nih;

I don't know how to feel, tomorrow, tomorrow, I don't know what to say, tomorrow, tomorrow... Is a different day

(Pagi ni lak dapat mesej yang tak disangka “Yunie, wakey2”. Eek!! Naqi!! You bagitaw dia ya!)

Sunday, May 11, 2008

Jelez!!


Pada hari Sabtu,Yuna ke Mid Valley. Saja-saja berjalan-jalan cari makan di situ. Hari tu Yuna nekad tak mahu melayari Tribalwars kerana tensyen dan geram dari malam tu sehingga ke pagi kerana bertelagah dengan dua ahli dari kumpulan Meklar yang sombong bongkak… asyik nak serang kampong mrkamenrider. Tetapi itu adalah satu taktik Yuna dan Han sengaja rancang…(sorry classified k).

“Hmmm…nak pi tengok wayang lah” , bisik hati Yuna kerana dah lama terperuk di ofis dan di rumah. Petang sebelum tu dah tengok ‘The Making of Iron man’ dan rakan sekerja Yuna pun pernah berkata “You should see this movie, they said it is Best!” Jadi tak teragak-agak Yuna sempat membeli tikit wayang…huhuhu!

Snap! Snap Pose! Pose! ….tetiba Yuna ternampak Batman dan Jedi berpozing dan diambil gambar…Yuna pun tak ketinggalan belakang dok snap!snap!snap! “I just want you both for my blog!” Yuna bagitahu si Batman dan Jedi..Wuhoo! “Cik, di Exhibition Hall kami ada promosi…di situ ada Alien dan Predator taw!” Si Jedi tu menghulur sekeping pamplet. “Hmm..ada setengah jam lagi sebelum Iron Man bermula” hati Yuna buat pengiraan sebab wuhoo…dan, tentu Tenko jelez nanti! Dia memang suka Predator dan Yuna sukakan Alien. Tak sabar tol nak bergambar dengan Predator dan Alien nih. “Tenko eat your heart out k!” kaki Yuna terus melangkah cepat ke Exhibition Hall yang sedang mengadakan ‘Educational Fair’. “Snap!” tetapi “Excuse me lady no pictures please! 10 ringgit per picture!” Adeii…rupa-rupa nya kena bayar yek? Adeii …Adeii…terus terkedu..Ggrrrr….geram nyer tak terkata tetapi…..”I got the picture snapped” Bila semak balik, gambar Predator dan Alien tak cantik dan fuzzy..Hmm..kecewa tol …BUT I dah dapat Batman dan Jedi! Hahahaha…..

“”Erk! Jelez!xnak kawan!” Naqi SMS Yuna semasa kusyuk dengan cerita Iron man. Sambil menonton sambil SMS ngan si Bobok yang manja nih. “Xnak kawan!” dia sms lagi…huhuhu…Si Naqi nih kalau boleh, biar dia yang tengok dulu. Tu memang kebanggaan dia…selalu nak yang terbaik, yang ranggi, dia lah yang terdahulu. Adeii! Tetapi syok mengusik si Naqi nih..ada-ada saja antara kitorang ni main rajok-merajok hahahaha….

“Naqi, BEST!BEST!BEST! movie iron man tu…macam transformer pun adew”…..
“JELEZ! Namau kawan! Hahahaha….” Sambung perang merajok Iron Man kitorang di YM lak hahahahaha…..

“Yunie? Macam mana kesah Cosplay Predator dan Alien tu?”….huhuhuhu…Tenko lak bertanya…”Oh tu..nape?”….”JELEZ!” kata Tenko. Huhuhu…ramainyer hati terluka yek? Wakakakaka….

Friday, May 9, 2008

ZZZzzzzZZZZzzzzZZZZZ penat seh!


Dua minggu dan nak masuk minggu ketiga ni…Yuna macam cacing kepanasan bila tiada khabar berita dari General Tenko nih. Terasa betul-betul kesorangan bermain dalam dunia permainan Tribalwars nih. Banyak perkara telah berlaku menguji ketangkasan minda apabila berlaku sebarang serangan-serangan terhadap kampong-kampong yang di pegang. Tenko dan Naqi sebuk menyiapkan projek-projek terakhir mereka.

Sepanjang ketiadaan General Tenko, hanya Fareeq dan Han menemani dan menolong Yuna di siang hari....huhuhu..tak menang tangan nak mengerjakan akaun-akaun Tribalwars yang Yuna di amanahkan. Bukan setakat itu sahaja…tetapi melayan kerenah, masalah, kehendak ahli-ahli W.E kami juga. Sambil tu mencari ahli-ahli baru dan puak-puak bersekutu. Peergghhh!banyak lah tak terkata…rasanya 24 jam pun tak cukup. Dalam sehari, rasanya hanya dua atau tiga jam saja Yuna tidur..adeii… Hanya Naqi saja yang tahu keadaan Yuna sebenar sejak dua minggu tu…bergelumut dengan kesihatan yang menurun dengan mendadak, melayan Tribalwars sampai jauh pagi dan kurang makan beberapa hari….walaupun Naqi kurang besama dengan Yuna kerana sebuk seperti rakan serumahnya, Tenko.TENSION tol! AAARRRGGHH!

“Yuna, yeah…Tenko dah lulus!” beritahu Naqi pada 7hb May. Lega rase Yuna bila mendapat tahu hal ini sebab semalam dah pesan suruh dia menyemak balik dengan teliti pojek dia tu.
“Hello! Yuna, Naqi lulus la..bla..bla..bla..bla..” Naqi menalipon empat jam kemudian. Panggilan dari Naqi yang paling lama. Dari nada suara dia Yuna dapat rasa kegembiraan dia yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah.. :D

Malam tu “Yunie? Yunie? Mane you nih? Tidur ka? Buzz! Yunie? Adeii..you penat yek? Rihat la… you dah berkerja kuat sebelum nih..” Hahahaha…semasa chat dengan Tenko, dah dua kali Yuna tertidur…hahahahaha…macam mana nak bagi dua minggu nya report mengenai Tribalwars nih? ZZZzzzzzZZZZzzzzZZZZzzzzz

Monday, April 28, 2008

We Need YOU!


Gambar Hero di sebelah kiri..caya la..Yuzbe!

"Nak tengok gambar kami masa operasi John Berantai..?" Yuzbe mencelah pada satu hari. Dia tunjuk gambar-gambar semasa operasi latihan polis di Sibu. Yusszbe menceritakan pengalaman dia semasa General Operation Force tu (GOF) tu lebih terpeinci.."kamek bawak bekalan untuk 4 hari..bawak itu dan ini..kamek bawak enset gak huhuhu...." Seronok tol tengok gambar-gambar tersebut diiringi dengan cerita yang mengkagumkan. "Tanggal 31hb Ogos 2007...kamek sedang menghampiri base musuh yang ada dekat 20 orang pengganas (di pendalaman hutan)...bla..bla..bla.." huhuhu...seram Yuna dengar tu tapi leka dan tak sabar-sabar nak tahu lebih lanjutnya. Yuzbe menceritakan kedudukan strategi dan mengawal ketat laluan keluar masuk sarang pengganas tu. Mereka seramai 4 platun besiap sedia sejak semalaman untuk buat serangan hendap pada dini subuh hari tu. "EEEk..ya rabbi...takutnya...seramnya..." macam-macam perkataan keluar dari mulut Yuna..Pertempuran hanya memakan tak sampai 5 minit, semua sudah beres...keselamatan negara dah terjamin oleh pasukan polis negara kita nih

Yang selalu Yuna tengok la..polis trafik di jalan raya..polis yang menjaga kawasan di sesuatu tempat..hmm...macam aman je. Padahal jenayah berlaku di mana-mana..kita sebagai orang awam tak nampak dan tak merasa jenayah yang besar berlaku di sekeliling kita, baik di bandar, di luar bandar dan di hutan-hutan..Adeii...

"Nah letak nih! http://www.rmp.gov.my/ <-- kalau nak join our tribe!" Yuzbe ni pun ahli Tribalwars tribe W.E ..huhuhu..."Bagi tahu diorang ada latihan 6 bulan untuk jadi polis dan tambah 3 bulan untuk GOF lam bahasa BM, Pasukan Gerakan AM" kata Yuzbe yang bersemangat patriotik dan bangga dengan jawatan yang dipikulnya. " Pihak berkuasa menghendaki 50k anggota polis lam jangka masa 5 tahun.." tambah dia lagi " kami ada 80k..nak jaga 27juta.. mati la.." luah perasaan yang berkobar-kobar..
Jadi, sesiapa yang berminat, yang tak de kerja, yang susah nak dapat kerja, yang leka-leka di buai mimpi ...apa lagi? Sahut lah seruan si Yuzbe ni...juga seruan kerajaan...mereka sanggup mempertarungkan nyawa bagi menjaga keselamatan negara dan kesejahteraan kita juga..."Thanks Yuzbe! You r a hero!"

Tuesday, April 22, 2008

Boyfriends alam maya


“ Naqi, Yuna baru dapat boyfriend baru kat Tribalwars, nama dia Cole! Huhuhu…” Di mana saya bermaya, di situ akan dapat boyfriend maya! Wakakaka…bukan ada apa-apa la…pokok nya mereka memang suka dan senang berkawan dengan Yuna nih. I pun gitu la…

Ingatkan main game online Tribalwars nih, kita main strategi dan serang-serang. Rupa-rupanya boleh berkenalan juga. “Yuna, you patut berkawan dengan si Hepshay nih. Dia baik rupanya..bla..bla..bla..” member si Fareeq ni lak rekomen. Sampai ada orang rekomen yek? Hahahaha…

“How is my favourite TW girl doing?” Karl, boyfriend TW Yuna bersama rakan serumah nya, Oliver, tidak jemu-jemu menolong Yuna dalam pelbagai hal di TW. Hehehe..rakan serumah! Cam Naqi dan Tenko..diorang pun rakan serumah ‘What a coincident ya?’.

Baru-baru ni lak “Saya memang tak sabar nak berkawan dengan awak. Dari dahulu saya perhatikan kamu kerana saya dah syak awak ni memang peminat Final Fantasy. Saya tengok profail Puak W.E pun bergambar Hakim-hakim Final Fantasy 12. Dan nama kamu ‘Yunie’ memang tak syak lagi. Kalau boleh dari dulu saya nak lamar awak masuk tribe kitorang bla..bla..bla..” hahaha….gembiranya tak terkata…sejak tu Cole asyik surat menyurat huhuhu…pasal Final Fantasy…Dia kalau boleh nak menamakan anak dia ‘Yunalesca’..Adeii! adeii! Ada gak orang yang lebih kegilaan dia pasal game-game Final Fantasy nih ye? Tak leh bayang la..kalau dia nak menamakan anak lelaki dia Tidus atau Auron.

“Yuna, bertuah nya kamu dapat 5 boyfriend yang sanggup share dengan u?” Naqi berseloroh. “Share apa lak? Mane ada la…3 ja..kat TW tu” Yuna kehairanan. “You lupa ka ngan Naqi dan Tenko kat TW? Wakakakaka…” Adeii..ada-ada ja..si Naqi nih…kalau nak kenakan orang tu memang kerja dia..HEY!

Thursday, April 10, 2008

Poslembap


Dulu la
“Yuna, pakej you dah sampai”.
Wa…bagusnyer cepat tol sampai yek? Baru tengahari hantar esok tengahari dah sampai (KL-Parit Raja)

Kemudian
“X la..Yuna, lum sampai lagi la..”
Huh? Nape yek? Awat la..tu? adeii…potong stim ja..i bayar taw perkhidmatan tu…
“Ntah la..banjir kot?”
Oh ya…Kawasan Johor banyak di naiki air ya? Kat Parit Raja banjir ke?
“Tak la, tapi hujan tak renti-renti nih”

Lepas tu lak
“Yuna! Yeah…pakej tok Sleeping Beauty dah sampai!”
Lega la..koz tu pakej hari-jadi dier, sampai gak on the dot! (tarikh hari birthday..phew!)

Tak lama tu pulak
“x de pun batang hidung posto”
Ya ka? Apa dah jadik? Ooo korang keluar yek? Ooo…posto tinggalkan kad suwoh korang amik ya…lor…apasal posto tu tak tipon-tipon yang dia datang? Adeii! Whatever tol la…

Sejak kebelakang nih
‘X sampai la..Yuna. Besa la..esok la..sampai tu..dun wori”
Hempeh tol! Oi I bayar la..perkhidmatan tu…tak lebih dan tak kurang ..huhuhuhu….
Alahai tak syok la..gini..pe la..

Hari ni, 10 April
“Yuna posto dah sampai. Kek tu I buang sbb rasa lain macam dah”

AAARRRGGGHHH! Mungkin tu salah Yuna kot sebab tak perasan yang 8 April , Johor cuti sempana menyambut hari jadi Sultan Johor. Yuna lak pi hantar cheese kek pada 7 April dan berharap diorang dapat keesokan hari tu. Tetapi sehingga 9hb April lak “Yuna, I dah nak blk Alor Setar, kek you X sampai2x lgi huhuhuhu..!” Hua..hua..hua..hua..(nangis) awat la..nih? Adeii..adeii..keciwa yang teramat sangat dah nih teruz sms kat SB “Klo u dpt kek tu esok tlg buang k, keciwa tol Yuna dah”

HEY! I bayar la..perkhidmatan Poslaju tu! EEEKKK laju nyer……CET!

Some links to add? ...GGGGRRRR..Geram nyer hal

hahahahaha ada lagi ka? Markah kesian k....sapa lagi? Kalo kita tak sendiri tak tolong nak majukan our National courier nih? Tapi cuba pikir la..baik pakai nama Poslembap..tak de la i geram sangat! huhuhuhu.....Sorry... :)

Monday, April 7, 2008

Kek


Pasal kek...hmmm..Yuna kurang perihal kek nih. Boleh di katakan cerewet sikit sebab kalau kek tu tak sedap, perut nih terasa sebu 24 jam dan terasa macam nak muntah je.
Itu pun kira boleh tahan lagi...kengkadang beriringan ngan gastrik la...adeii..sakit perut menahan kesakitan tu.

kalau ada orang bagi kek..hahaha..dah tentu dok lam peti ais tu berbulan-bulan..adeii...mane la..kitorang kat rumah kuat makan atau tergila-gila makan kek. Buat perhiasan ada la..
Akan tetapi, kedai kek 'Secret Recipe' pilihan keluarga Yuna sejak dulu lagi. Sekarang dah berkembang lebih maju lagi. Memang berbaloi beli kek-kek di situ..semuanya sedap belaka. Bermacam-macam jeniz kek keju...tentu korang akan jadi 'goo-g00-gaa-gaa' tak tahu yang mana satu nak pilih.Hmm...Kek chokelat dan brownies pun ada gak..selain daripada kek...pasta, steak, aaaah..macam-macam lagi la...makanan diorg jual..semuanya sedap-sedap berlaka....Adeii dah lapar la.....

Tak caya? pi ke Secret Resipi dan cuba rasa k....hmm...gambar di atas tu (Mid Valley) pun dah bukti kan? :D

Thursday, March 27, 2008

Saja membizikan diri


Wa...lamanya tak singgah kat Bisikan Yuna kerana asyik melayan game MMOPRG Tribalwars setiap hari ..adeii! Oleh kerana dah ramai ahli-ahli baru tribe W.E nih, makin sibuk Yuna di situ. Yuna akan usaha sehingga berjaya jika Yuna fokus sesuatu perkara yang menyeronokan dan minat.

Di pejabat, sambil buat kerja-kerja rasmi..sambil tu memantau kedudukan tribe W.E...hahahaha...Boleh saja I nih! Ishk...Ishk..Ishk! Selagi ada daya dan kudrat selagi tu Yuna tak akan reti duduk diam. Dalam erti kata "Saja membizikan diri"....

Di rumah pun begitu...sambil buat kerja-kerja rumah..sambil tu layan hal-hal Tribalwars..huhhu..kengkadang layan chat kat YM.."Eh, tunggu jap" teruz berlari ke anjung. "Sori yek tadi I pi sidai baju jap" hahahahaha....buat tiga perkara serentak...larat ke korang? Adeii...adeii..adeii..pokoknya..semua kerja rumah dah berez dan mak tak perlu nak pokpekpokpek...tu je.

Kalau terlampau penat sangat, baru Yuna beradu dan tak mahu sesiapa mengganggu. Kira dah pancit la tu ...habiz tenaga...nak kena cas bateri balik hahahaha.... :D
Teman-teman rapat pun dah tahu jadual harian Yuna. Macam 'forever online' je..."but whatever!"...heheh..

Lain kali, Yuna kan cuba menyumbang cerita-ceriti-tahi-mata-dua-kati di Bisikan Yuna ni sekerap yang boleh..hmmm..seminggu sekali k. Ya..harap bersabar...(caya lah!) XD

Thursday, February 28, 2008

My glass slippers

Sekian lama mendiam, kali ni Yuna ambil peluang meluahkan rasa tekanan yang dalam diam-diam memenuhi ruang peti sejuk hati ku. “May I have my glass slippers” kata Mr Cinderella nih. Itu adalah kata laluan penutup perbicaraan kami sejak dahulu lagi. “I am not done with you yet!” Yuna tak mahu mengalah kali ni. Biarlah apa nak jadi seterusnya. ‘Kesibukan diri’ menghalang persahabatan kami yang sekian lama kami pupuk (hanya dia yang memahami) dengan kasih sayang, hormat menghormati dan keikhlasan ditenggelami suasana ‘Di biarkan begitu saja’ serta mengharap ‘Fahami lah daku’ agar persahabatan ini berkekalan…...Ada ke gitu?

“Yuna, I tak mahu you menangis kerana I lagi…biar lah I tanggung susah senang yang tak siapa tahu dan ambil peduli..not fair for you” dia berkata. Adeii..ade ke? Selama ni dia tahu segala-galanya Yuna memang bagi sokongan penuh dan pertolongan yang ikhlas sepanjang persahabatan kami. Tak pernah membangkang. Dan juga menyuarakan pendapat-pendapat dan kritikan yang membina selain daripada kata-kata nasihat. “We are a team” ya..sememang nya ‘We were a team”…itulah yang setahu Yuna. Lalu mengingatkan dia bahawa, “Yuna bukan lah kawan jalanan-tepian online you ya!” yang bermaksud selama ni kami bukan lah teman borak yang bersuka-suka atau berpoya-poya yang hanya datang dan pergi begitu saja. Dia banyak mengajar, membimbing dan juga melindungi ‘Yuna’ dalam dunia internet.

Setelah kami berdua bertekak melepaskan kemarahan dan kegeraman masing-masing dan menyingkap persahabatan lalu, langit yang mendung gelap selama ni menghujan, memberi nafas baru, di bumi persahabatan yang kekeringan perhatian yang tak termampu menyoal lebih lanjut kerana hanya kami saja yang tahu sejauh mana kebenaran persahabatan itu.
“Yuna jangan menangis lagi, I janji akan kembali seperti dulu bila semua dah reda” kata dia. “You know where to find me…I masih macam dahulu cuma …hhmmm…apa-apa hal you know where to find me..I am OK ja…” balas Yuna

Mr Cinderella: “May I have my glass slippers?”
Yuna: “Yes, you may. You may have your glass slippers”
Mr Cinderella: “Itu lah jawapan yang I tunggu-tunggu sejak dari tadi. Itu lah Yuna yang I kenali”

Moral of the story: Apa itu suara? Kalau ia hanya bersuara di dalam hati…jadi jangan ingat seseorang itu akan lebih memahami jika tidak berkata apa-apa….

Sunday, February 17, 2008

Huhuhu..Sakit seh...


Sejak hari Jumaat, Yuna rasa di hujung kepala dan mata kiri sakit benar. Ini penangan dok lama kat PC ke? Yuna memang suka layan kat komputer pun. Pagi, tengahari, petang, malam…pagi2 buta bila orang semua tidur nyenyak…Yuna masih dok depan komputer. Selalunya melayan Tribalwars atau melayari internet. Tapi kali ni terasa lain sikit penat nih. ‘u x cukup tdo la..’ kata kawan Yuna. Memang sejak kebelakangan ni tak boleh nak tidur. Bila lelap mata pun, fikiran berlegar-legar di dunia yang nyata. “EEEK!” Ada gak buat cerita mimpi-mimpi yang indah, pun tak jalan…”Bling!bling!bling!” telinga Yuna terdengar satu pesanan masuk kat YM “Hei Yuna, la..pi la..tido!” Kejap tu lak..telefon berdering, lagi pesanan masuk (dari Bangalore) “Yuna, internet freak! Go to sleep la..” jam dah menunjuk pukul 3:45am. Adeii, bila la..nak tidur nyenyak nih?

Keesokan hari baru perasan, di atas kepala Yuna terasa ada kebenjolan dan kelopak mata kiri pun membengkak sikit. Padan la..sakit je. Nyamuk gigit ke nih? Adeii…nanti tentu mak bising-bising nih kalau dia tahu. Hari ni lak ade sepupu kahwin. Adeii! Adeii! Semasa di majlis perkahwinan, Yuna tak bergaul sangat, hanya duduk diam dengan ayah dan rileks la…salam2 dengan sesiapa yang patut je “Yuna, tu semua sepupu kau” kata ayah yang cuba membuka perbualan sepanjang kebisuan. Yuna cuma senyum dan mengangguk je (sebab kepala sedang boink!boink!boink! sakit ma…) Memang Yuna tak bergaul, tak bercakap dan hanya bersuara jika hanya sesiapa yang sapa dan bertanya. Sakit la..wei…

Whatever, petang tu layan Tribalwars ngan Salihin yang dok SMS. Ada berita yang membimbangkan kedudukan Salihin di K40 di dalam game Tribalwars. Kedudukan Slipboyz, BlackZodiac, Mr Kamenrider dan Alqadri pun begitu.

SMS..tipon..Tribalwars.. SMS..tipon..Tribalwars..SMS..tipon…Tribalwars..adeii..mase nak masak untuk makan malam pun masih layan SMS. “Hei Yuna! Apahal taksub sangat nih?” Mak dah bising-bising. Whatever thing la.. I dok buat nak selamatkan kedudukan tribe W.E. nih…..ADEIII….SAKIT seh… = (
p.s. Nak off whatever nanti bila semua dah reda....rehat la...(heheh boleh ke tu? cari ubat tido...)

Friday, February 15, 2008

Happy Birthday Tenko-san!

15 February 2008

Gomen Kudasai!
Kawan baik Yuna ni, Tenko-san...memang suka bertukar maklumat mengenai game-game yang terbaru! Dia juga my game partner dalam Tribalwars. “Hait! General of W.E”
Anyway..ruang ni khas untuk Khairul Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tenko.

Hari ni Birthday dia yang ke 22 tahun. Semoga Allah murahkan rezeki dia dan sehat selalu serta selamat maju jaya.

Tu gambar dia. Cute tak? Hahahaha…senyum je tapi cam malu-malu Kucing! Eh..memang dari Kuching/Bintulu pun. Ade sesiapa yang nak grab si Tenko nih? Tetapi kan you kena melalui awek-awek Nerd guy nih.
Awek Tenko no. 1, Ms kapuk (gitar kapuk) Awek no. 2 dia dok kat Bintulu, nama dia Cik Ibanez. Awek no. 3 namanya, Dell (PC la..) Awek no. 4 dia namanya Cik T (huhuhu..Tilam!) wakakaka…

Tu korang belum lagi tengok dia transform jadi Big Daddy. Hensem tol! Hahahaha….Dia pakai suit…Smart tol! Tak caya? Boleh tangkap leka kalau dia bercerita tentang permainan Bioshock tu. Hmm…watak selanjutnya, Cloud, Gordon Freeman, Jedi lah, Sith la..…banyak lagi lah tak terkata…tapi yang paling Yuna minat Ialah watak dia dalam ‘Sleeping Beauty’ hahahahaha… tu rahsia, hanya Yuna dan Naqi je tahu peranan dia dalam cerita dongeng tu…huhuhuhu cukup berkesan sekali…….Tabik Spring! (Toing! Toing! Toing!)

Khas untuk Tenko-san, Enjoy ya...
2. Tenko sings (aarrggghh! ye ke tu? caya lah)
3. Tenko's breakdance..huhuhu.. :D
4. Counter Strike Gamer! (Is that u Tenko? heheh)
http://www.youtube.com/watch?v=Igc55OuxwgI

p.s. Jangan lupa popok si Bobok lak! Asyik dia je popok u…
I hope you have a lovely and memorable day today, Tenko-san…

Wednesday, February 13, 2008

Kiss me goodbye


“Aku tetap begini dan tak akan berubah..kerana aku tetap aku…. “ Cuma jalan yang hanya ku tuju , langkah selanjutnya.
“Yuna, dun wori la..x de pa pe la..” pesan kawan Yuna. Sebenar nya, makin lama makin tertekan walaupun kini Yuna lebih bersifat reda dan berserah. Nekad! Ya..nekad Yuna tahun ini berbeza sikit. “ I am giving my best shot” bisik hati Yuna. “My grande finale!”. Lepas ni tiada lagi apa-apa. Hanya Yuna dan matlamat selanjutnya. “cukup..cukuplah oh cukup lah” Yuna suka dengar tang lirik ni dalam “Lagu untuk mu” nyanian Meet Uncle Hussain http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/meet_uncle_hussain/lagu_untukmu.html

Pernah dengar lagu Supermassive Black Hole, nyanian dari Muse?
Yuna suka pembukaan lagu tu…coool ja dan lirik dia berbunyi

“Oh baby don’t you know I suffer? Oh baby can you hear me moan? You caught me under false pretenses. How long before you let me go?
(Berasap kepala dah…huhuhuhu)

Ade lagi satu lagu yang paling menarik dan mempunyai erti yang mendalam sekali. Setiap kali Yuna mendengar lagu tu…Yuna akan diam seketika dan menghayatinya. Ada maksud tersirat di situ….hmmm…layan lagu ni jap.’Kiss me goodbye’ nyanyian Angela Aki.

You said my love is all you need to see you through
But I know these words are not quite true
Here is the path you're looking for, an open door
Leading to the worlds you long to explore
Go, if you must move on alone
I’m gonna make it on my own

Kiss me good-bye, love’s memory
Follow your heart and find your destiny
Don’t shed a tear, love’s mortality
You put the dream in my reality
As times goes by I know you’ll see this of me
I loved enough to let you go free
Go, I will give you wings to fly
Cast all your fears into the sky

Kiss me good-bye, love is mystery
All of my life, I’ll hold you close to me
Don’t shed a tear, for love’s mortality
For you put the dream in my reality

Kiss me good-bye, love’s memory
You put the dream in my reality

(Sampai masa nanti….just kiss me goodbye….)

Tuesday, February 5, 2008

Bosan nyerrr!!!


Seharian di hospital

Buat apa ya? Ade la…tak payah nak sebuk-sebuk. Tetapi di dalam kepala Yuna, hahahaha…Tribalwars je. Almaklum la..ada mission tertentu…nak pi tawan kampong-kampong. Tenko dok tolong menjaga akaun-akaun Tribalwars Yuna, Hmmm…

Mengantuk seh! Tu je yang dapat diucapkan. Ya, memang ngantuk giler. Di sisi Yuna terdapat beberapa majalah untuk memenuhi ruang kebosanan semasa di hospital. Para jururawat semua nya baik belaka tetapi sebuk. Malam sebelumnya Yuna online besama sahabat-sahabat rapat sehingga pukul lima pagi, melayan Tribalwars, chat dan juga meninggalkan pesan–pesan (huhuhuhu). Pastu layan lagu ‘Lay Lady Lay” http://youtube.com/watch?v=Gv4JnFClVmo nyanyian Magnet sehingga tertidur.

“I nak kuar p cc jap. x leh thn nak tgk TW” Yuna SMS Naqi bila petang tu terjaga dari tidur. “Yuna, bukan kah you sepatut beristirehat di hospital?” Adeii, Tenko tegur lak bila dia dapati Yuna online. Hmmm..camner nak cakap? Hakikatnya memang bosan yang tahap maxima di hospital. Kalau pesakit yang sakit akan bertambah sakit kerana di himpap penyakit ‘Bosan’ nih. Hahaha…ada ke? Selain membaca, Yuna dah puas tidur. Hmm…baru Yuna perasan, kuat betul Yuna tidur. Tidur je memanjang…Malam tu, pukul 9 mlm dah tidur lena…(eh, diorang ni bagi ubat tidur ke?)

P.s. Hai Bobok, dah popok Sleeping Beauty? Miss ya all!
Oh yes, Happy birthday Syed...sorry Yuna tak dapat hadir k

Wednesday, January 30, 2008

Hantaran perkahwinan

Tiap-tiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, Yuna akan mendengar siaran Radio Era. Suka sangat mendengar Kieran dan AC Mizal berceloteh setiap pagi selain dari lagu-lagu yang banyak mengimbas kembali memori suka dan duka dan juga menaikkan semangat untuk kemajuan diri. Wuhoo! Caya lah! Tetapi yang penting sekali, gelak tawa. Tu yang best!

Tajuk perbualan Radio Era pagi ni ialah, Apakah hantaran perkahwinan yang paling anda idamkan? Kali ni tajuk tu Yuna rasa macam biasa je kerana ala..dah banyak menghadiri majlis perkahwinan, semuanya lebih kurang sama je. Betul tak? Cuma bentuk gubahan dan hiasan yang berlainan. Tetapi lucunya bila mendengar panggilan-panggilan masuk, mereka memginginkan barangan hantaran perkahwinan yang pelik-pelik. Tergelak sakan Yuna. Adeii..memacam ragam manusia ni. Yang paling menggelikan hati, ade satu panggilan bernama Cik Nurul. Dia kata “ Bagi saya, saya inginkan sebuah komputer yang mempunyai kad grafik yang tinggi..semua complete set..yang canggih-canggih dan yang terkini” Hai..teringat pada sahabat baik Yuna, Tenko-san. Dia baru sahaja membeli kad grafik Nvidia berharga RM 1,500 ++. ..huhuhuhu… Apabila Kieran bertanya ‘Kenapa?’, jawab dia sambil berceloteh “ Saya ni gamer” Adeii! Tergelak Yuna sebab Yuna pun gamer gak..hahahaha…Cik Aini, yang juga DJ pagi tu bersama Kieran berkata “Hahaha.. jarang saya dengar seorang perempuan ni kaki gamer”. Hakikat tu memang benar. Ramai gak kenalan Yuna di intenet berkata begitu. “Yuna, you lah seorang perempuan yang pertama I kenal seorang gamer” but whatever! Akan tetapi, best gak sebab ada gak orang minat dia sama seperti Yuna.

Hahahha…camner yek nak tarok sedulang komputer set yang canggih nih sebagai hantaran perkahwinan? Hahahaha…tak tahan gelak pagi nih. HHmmmm….(???) :D

Saturday, January 26, 2008

SSshhhh.....Hari yang membosankan


Makin lama makin lain. Makin lama makin jauh. Makin lama makin membisu. Makin lama makin menghilang. Makin lama makin tak mengapa. Makin lama semua cerita tiada indahnya. Makin lama makin hampar. Makin lama ..............

Tak pernah Yuna mendengar makin lama makin bagus sekali. Makin lama makin bosan ade lah. Jadi hakikatnya tekaan ku memang betul sekali. Jangan berjanji la..dah lama tak makan dengan sebarang janji-janji nih. Ini semua lumrah dunia. Tetapi diorang tahu, Yuna memang pegang pada janji. Bukan janji itu palsu atau orang itu palsu....cuma mereka belum terkena dan merasa sakitnya padah janji-janji mereka sendiri.

Lupa ye? kebanyakkan mereka pun tahu lupa atau pura-pura lupa. Pura-pura suka, pura-pura tak senang, pura-pura sebuk, pura-pura tak faham, pura-pura sedih, pura-pura kasihan, pura-pura ok. Kepuraan dan kelupaan...itu lah dia

Dolak-dalih. Tak kesah la..tak usah lagi begitu. Biarkan ja...
Saya faham....

Sesungguhnya jangan marah jika Yuna sudah tiada apa-apa lagi nak dicakapkan.
'Silence is golden'

Tuesday, January 22, 2008

Bye-bye my Butterfly



Hari ni last day my Butterfly (Webmaster) berkhidmat kat opis. Tak de lagi kawan geng satu kepala dalam opis ni. So kitorang pi belanja makan kat Restoran Rebung, kepunyaan Chef Ismail & Sheikh Muzaffar , di Bangsar. Bestnyer bila bersemuka dengan Chef Ismail. Peramah abiz. Tabik spring kat dier…huhuhu…Anyway, ini adalah kerana Kak Hanizah tu orang kuat Chef. So amik kesempatan la…ramah mesra dengan dia. Lauk pauk best-best belaka Cuma perut ni kecik..oh dear. “Eh Yuna, pi makan lagi la…” Kak Anom bersuara. “Camner nak makan lagi, ari ni I pakai baju kurung kalau I pakai jubah dah tentu leh expand perut nih” sambut Yuna. Kitorang gelak sakan. Saja nak bagi gempak sikit suasana.

Suasana di Restoran Rebung sungguh nyaman. Harga buffet makan tengah hari pun berpatutan hmmm…dalam RM28 ++. Ia menyajikan lauk-pauk dan kuih-muih masakan melayu. Chef Ismail pula sebuk sungguh melayan para tetamu secara peribadi. Groovy! Sebelum berangkat, kitorang snap gambar-gambar. Macam celebriti pun ade.Wuhoo! Too bad…Sheikh Muzaffar tiada di situ....kalau tak, bikin ribut kat Restoran tu…too damn good looking! Hahahahaha….Me? Yuna tak akan terpikat dengan paras rupa la…budi bicara is my first priority….hahahaha…but still..saja nak bagi korang thrill and gempak sikit. hehehehe..

Oh ya, to my ButterflyI’m going to miss you la…Tak kan you nak tinggalkan kekasih gelap mu (Alvin) pada ku lak! Tak kuasa aaa….! Buah hati you tu (Is,Ahem!) ...aisey..main-main usher ja…kau tak kesian kat dier ke? Wakakaka….Apa? You nak I tolong tengok-tengokkan dia? Astaghafirullah…tak kuasa aaa...Anyway, all the best in your future undertakings. Apa-apa hal, jangan lupa YM Yuna k. Hope you jangan lupa kita dah la..(sob!sob!sob!...nangis dah nih…)