Sunday, February 17, 2008

Huhuhu..Sakit seh...


Sejak hari Jumaat, Yuna rasa di hujung kepala dan mata kiri sakit benar. Ini penangan dok lama kat PC ke? Yuna memang suka layan kat komputer pun. Pagi, tengahari, petang, malam…pagi2 buta bila orang semua tidur nyenyak…Yuna masih dok depan komputer. Selalunya melayan Tribalwars atau melayari internet. Tapi kali ni terasa lain sikit penat nih. ‘u x cukup tdo la..’ kata kawan Yuna. Memang sejak kebelakangan ni tak boleh nak tidur. Bila lelap mata pun, fikiran berlegar-legar di dunia yang nyata. “EEEK!” Ada gak buat cerita mimpi-mimpi yang indah, pun tak jalan…”Bling!bling!bling!” telinga Yuna terdengar satu pesanan masuk kat YM “Hei Yuna, la..pi la..tido!” Kejap tu lak..telefon berdering, lagi pesanan masuk (dari Bangalore) “Yuna, internet freak! Go to sleep la..” jam dah menunjuk pukul 3:45am. Adeii, bila la..nak tidur nyenyak nih?

Keesokan hari baru perasan, di atas kepala Yuna terasa ada kebenjolan dan kelopak mata kiri pun membengkak sikit. Padan la..sakit je. Nyamuk gigit ke nih? Adeii…nanti tentu mak bising-bising nih kalau dia tahu. Hari ni lak ade sepupu kahwin. Adeii! Adeii! Semasa di majlis perkahwinan, Yuna tak bergaul sangat, hanya duduk diam dengan ayah dan rileks la…salam2 dengan sesiapa yang patut je “Yuna, tu semua sepupu kau” kata ayah yang cuba membuka perbualan sepanjang kebisuan. Yuna cuma senyum dan mengangguk je (sebab kepala sedang boink!boink!boink! sakit ma…) Memang Yuna tak bergaul, tak bercakap dan hanya bersuara jika hanya sesiapa yang sapa dan bertanya. Sakit la..wei…

Whatever, petang tu layan Tribalwars ngan Salihin yang dok SMS. Ada berita yang membimbangkan kedudukan Salihin di K40 di dalam game Tribalwars. Kedudukan Slipboyz, BlackZodiac, Mr Kamenrider dan Alqadri pun begitu.

SMS..tipon..Tribalwars.. SMS..tipon..Tribalwars..SMS..tipon…Tribalwars..adeii..mase nak masak untuk makan malam pun masih layan SMS. “Hei Yuna! Apahal taksub sangat nih?” Mak dah bising-bising. Whatever thing la.. I dok buat nak selamatkan kedudukan tribe W.E. nih…..ADEIII….SAKIT seh… = (
p.s. Nak off whatever nanti bila semua dah reda....rehat la...(heheh boleh ke tu? cari ubat tido...)

No comments: