Thursday, May 31, 2007

Kicking up the storm!


Eeeeeeee rasa nak bagi kick boxing jer!
Tu kalau orang yang tak berapa kenal ngan Yuna berlagak cam dah lebih kenal I sebenar. Macam-macam soalan dia nak korek. Memang nak kena la..tu!!!

Kengkadang Yuna terfikir la....agaknya semua pompuan di layan begitu kat internet kot? Tetapi tak boleh salahkan diorang gak sebab dari segi penyelidikan Yuna la...kat kebanyakkan chat forum-forum tempatan ni la...pompuan-pompuan tu macam senang aje di ajak berunding....rundingan menggatal! Maaf la..girls kalau you all tersinggung. Kalau tak caya...pi la..buat selidikan tu. Hanya kerana the guys tak nampak the girls...the girls tunjuk belang masing-masing kat situ. Ishk!ishk!ishk! Tapi guys bukan semua pompuan kat internet cam tu la....jadi apa lah salah bersopan sikit! And girls! you all suka ke di cop cam pompuan menggatal? Whatever la...kalau nak kumpol boy friends ramai lak..jangan lak jual diri sampai tak de harga diri!

Nah! I'm kicking up the storm! Tak faham? Dah agak pun......whatever lah...!!!

Wednesday, May 30, 2007

My Chemical Romance - Famous Last Words



Ha..kalau you all nak dengar la...
yang Yuna dok suka sangat... :D

Pringles!


Heheh...masih ngan My Chemical Romance ..lagu Famous Last Words! Sambil tu buat kerja ofis. Baru ade semangat sikit dan juga teman hiburan hari ni. Bila boring, tengok vieo klips MCR...nak tengok aksi Gerard Way menyanyi ngan penuh ekspresi..tergelak Yuna di buatnya!
Oh..cerita pasal gelak ni...hari ni email ofis Yuna dah ok. Jadi Yuna dah boleh ekses email-email dahulu yang dok simpan dalam fail Khas 'Jokes'. Jadi hari ni Yuna post bebanyak Jokes kat Cakapgold dan Just-Talk. Kat Cakapgold, sedang Yuna dok posting aje...tak sedar member CG, Pringles pun sama layan thread yang sama. Yuna baca joke si Pringles tu....Aduh! Kelakar sungguh! Gelak sampai keluar air mata! Best tol si Pringles ni. Yuna memang suka baca whatever si Pringles buat komen...'Short, Sweet and Simple'! Tapi lawak sungguh! Tu avatar dia kat CG. Tengok avatar tu pun dah nak tergelak Yuna...."Hei Pringles! I always look forward to your posting la..bro!"
Eh! nak dengar lagi lagu MCR....baru 'Up' lagi semangat ni.

Tuesday, May 29, 2007

Butterfly


Hari ni sambil kerja dok dengar lagu "Famous last words" dari My Chemical Romance. BEST tol! Para eksekutif tak de kat ofis lak sebab sebuk ngan conference di luar. So kira boleh dengar lagu kuat sikit. Berulang-ulang dengar lagu tu...Wuhoo!


Ada "Up" sikit jiwa ni dan terubat sikit. Dua Kawan rapat ofis...tak sabar-sabar nak borak-borak sebab tak jumpa diorang sejak hari Jumaat lepas. Memacam cerita ofis dok cerita la...memacam plan diorang dok buat hahahahah...terhibur dengan perkembangan baru. Webmaster ofis dok YM lak...sebab dia pun banyak lak nak citer....tak de orang yang cam satu kepala (pemikiran) ngan kitorang...satu wave length la katakan. Citer pasal blogging, forum, net working plus whatever la...Yuna panggil dia "Butterfly" sebab dia selalu ngan kata laluan 'Butterfly'! Aha..baru dia tahu camner kerja ngan Kompani bertaraf antarabangsa..."Banyak keje tol" dia kata. Pas tu dia dengar yang pada musim Perhimpunan Agung lagi teruk gila. "Betul tu..la Butterfly" Tapi yang paling teruk, Yuna la...sebab tinggal Yuna sorang je mengendalikan pendaftaran-pendaftaran tersebut. Hei bukan takat pendaftaran je...visa, penempahan hotel untuk ahli-ahli, pengangkutan airport shuttle, pengesahan meetings dan social functions.....eeeeeeee le bebanyak! Lady boss lak dah berhenti pada masa tu lak. HELP!!!!

Seperti di lirik lagu kat Famous Last Words...."And I know.There's nothing I can say.To change that part.To change that part.To change....."

Monday, May 28, 2007

Feeling Pink over the moon?

Hello....!

Hari ni pink moon! Ha..tak pernah dengar pink moon kan?
Sebab you all biasa dengar blue moon kan dan bukan pink moon...
I'm going to start with pink moon...mix feeling plus sick feeling!

Yuna hari tak sihat lagi. Aiyoo...tak yah nak tahu lah macamana dan bagaimana I jadi tak sihat ni lah..tetapi kali ni tak sihat bercampur aduk dengan kenangan silam. Tu yang jadi Pink Moon instead of Blue Moon. Moyok habis. Mana nak pergi ni? Kalau sakit demam pergi klinik...hati sakit jumpa doktor mana? Tanggung sendiri nampaknya.

Kawan baik yang prihatin memberi kata-kata nasihat, leter pun ada dan juga cuba menghiburkan Yuna...maaf lah GG, Yuna betul-betul tak de mood langsung. Dia kata Yuna ni degil betul. Bukan degil la...tapi nekad! "Hanya untuk sebulan ni aje..." mengharap dia memahami tindakan yang Yuna ambil ni mengenai rawatan secara lain. Jika keputusan kesihatan masih tak memuaskan....I'll keep my mouth shut! Dan meneruskan rawatan whatever la...Yuna akur je lah apa yang you kata, ok?

Be strong Yuna! Be strong ye....

Saturday, May 26, 2007

Burung Hantu!


Sejak kebelakangan ni , ini gambar Yuna sebenar! hahahahaha...ok lah...nanti Yuna cerita lebih lanjut k.

Yuna ni boleh di katakan selalu dok kat PC. Tak banyak aktiviti-aktiviti lain Yuna dok suka menceburi. Aktiviti-aktiviti whatever yang dok kat rumah...Yuna suka. Macam tengok movie kat Astro ke...atau movie kat VCD atau chat online ke..mengemas kini blog-blog ke...kat YouTube ke....whatever la...yang berkaitan yang tak payah keluar rumah...tu hobby! Tambah lagi sekarang musim panas... lagi tak suka keluar. Hari ni ade 2 buah rumah orang kahwin...malas tol nak bersiap dan pergi. Mak Yuna...eeeee suka tol paksa-paksa. Tapi kali ni memang Yuna tak nak..sebab badan lemah dan sakit-sakit tapi penghalang yang paling besar ialah PANAS LA....tak sanggup nak keluar waktu tengahari...

Yuna pada hari Sabtu dan Ahad selalunya Zzzzzz siang hari....selepas melayari websites. Petang pun sambung Zzzzzzz.....malam selepas magharib pun Zzzzzzzz sampai pukul 9:30pm. Waktu malam memang Yuna banyak menghabiskan masa melayari internet. Semalam pukul 4 pagi paksa diri nak Zzzzzzz. Pagi-pagi subuh dah bangun, selepas sembahyang sambung Zzzzzzzz. Kes banyak lak tidur siang hari tapi tak lak pada malam hari. Mak dok panggil Yuna 'Burung Hantu"!

Pada satu malam tu...kebetulan server streamyx down. SMS GG tak leh nak online. Pas tu tengok movie Advent Children (wei...tak habis habis ngan FF). Separuh jalan Yuna dah Zzzzzzz. Ya la...sebab dah tengok movie ni bebanyak kali dah..... tapi tak muak-muak!. "Ei! Biar benar...! Burung hantu dah tidur?" terdengar mak Yuna tegur bila dia masuk bilik. Yuna malas nak bangun sambut mak tadi tapi terus layan tidur ....Burung hantu pun burung hantu lah! Sekali sekala Zzzzz awal waktu malam kira ok gak..kan?
Teringat lak..kat FF8 , dalam game tu password dia pun 'Burung Hantu" gak hahahahahaha.... what a coincident!

Who..who..who....?


Lagu Blockage No. 2: Final Fantasy Mix



Song-Love me when I'm gone
Band: 3 Doors Down

Lyric:

There's another world inside of me
That you may never see
There are secrets in this life
That I can't hide
Somewhere in this darkness
There's a light that I can't find
Maybe it's too far away...
Or maybe I'm just blind...
Or maybe I'm just blind...

[Chorus]
So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared
And love me when I'm gone
Everything I am
And everything in me
Wants to be the one
You wanted me to be
I'll never let you down
Even if I could
I'd give up everything
If only for your good
So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
You can hold me when I'm scared
You won't always be there
So love me when I'm gone
Love me when I'm gone...

When your education X-Ray
Cannot see under my skin
I won't tell you a damn thing
That I could not tell my friends
Roaming through this darkness
I'm alive but I'm alone
Part of me is fighting this
But part of me is gone
So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared
And love me when I'm gone
Everything I am
And everything in me
Wants to be the one
You wanted me to be
I'll never let you down
Even if I could
I'd give up everything
If only for your good
So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
You can hold me when I'm scared
You won't always be there
So love me when I'm gone
Or maybe I'm just blind...

So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
Hold me when I'm scared
And love me when I'm gone
Everything I am
And everything in me
Wants to be the one
You wanted me to be
I'll never let you down
Even if I could
I'd give up everything
If only for your good
So hold me when I'm here
Right me when I'm wrong
You can hold me when I'm scared
You won't always be there
So love me when I'm gone
Love me when I'm gone...

Love me when I'm gone
When I'm Gone
When I'm Gone
When I'm Gone

Blockage # 2


Burning desire?
Ya....bakar!bakar!bakar! Whatever pictures, surat, gifts, coretan kenangan dan juga buang!buang!buang! CD, VCD, rantai viral, cincin, kasut, beg, selendang... whatever la...walaupun berat hati menghapuskan segala-galanya 'traces of first love' . Berat bukan kerana kitorang bergaduh...bila teringat balik? Hmmm Tak pernah bergaduh...tak pernah menguna bahasa-bahasa kasar...tak pernah miss call tiap-tiap malam....tak pernah tak pernah tak pernah tak pernah...sehingga berbalahan yang besar antara kedua-dua pihak ibubapa. Kami terpisah...begitu lama terpisah...tak pernah tak pernah tak pernah tak pernah...keciwa yang amat sangat! ok ok ok tak leh nak cakap banyak pasal ni k. BLOCK! BLOCK! BLOCK!
Ini cara Yuna, blockage number 2! Menghapuskan whatever barangan kenangan masa silam yang berkaitan dengan si dia. Bukan benci tapi nak tutup buku dairi hati ini.
Thank you Squall! For lending me a hand with your fiery gunblabe! (seperti gambar tu la...)

Cloud Strife


Ade cerita di sebalik Cloud Strife ni....

Sejak menceburi internet ni, Yuna sibuk dan selalu mengadap PC. Dulu tak lah camni. Asyik mengadap PS2 main game. Dah lama Yuna tak pergi Game Station kat Midvalley atau kat IOI. Teringat kat kawan, Lai Ken, namanya yang Yuna suka dok sembang bila pergi Midvalley. "Lai Ken, any new RPG games?" Dia dah tahu kesukaan game-game Yuna. Yuna kalau beli sampai 3 atau 4 jenis games. Mesti beli lah bila singgah kat kedai games. You all nak tahu? Lai Ken ni, stail rambut dia, baju dia, jam tangan dia, eksesori sia...semua ngan Final Fantasy. Dia Minat Cloud Strife, FF7. Kitorang boleh dok borak-borak pasal FF tu...hehehehe... :) Tiap kali je selepas makan tengah hari, Lady boss Yuna kata "Are you seeing your boyfriend?" Yuna gelak aje...sebab hahahaha Lai Ken tu budak lagi la...agaknya hmmmm 19 tahun kot. Tapi tak kesah la...saja nak bagi 'Mem' tu 'Thrill' sikit.."Yup! I'm seeing him after this, Cloud Strife!" Pas tu dah beberapa hari bila singgah kat Game Station, Lai Ken tak kelihatan. Tak best deal ngan budak lain lak. Bertanya pasal Lai ken..diorang kata cuti lah...whatever la...
Tahun lepas, Yuna shopping kat IOI Mall, Puchong...ade satu game booth kat situ ...sebuk belek-belek album games kat situ..Pas tu terdengar "Hello Yuna!" Ha....? siapa dok panggil nama I ni? Bila donggak eeeee Lai ken!hahahahaha apa lak dia buat kat sini ye? Ape lagi borak sakan la...
Tapi tu lah yang terakhir Yuna terjumpa Si Lai ken. Entah di mana dia bekerja sekarang.....

Friday, May 25, 2007

My V bukan Myvi!


Hello V! I miss you... :)
Dahulu Yuna ade se ekor kuching, sebijik macam tertera kat gambar ni.
Mula-mula, kawan mak Yuna bagi kitorang sepasang kuching half-bred parsi warna putih untuk dibela, Jan dan Bet (ambil nama dari Jantan dan Betina la...)
Kemudian Bet beranak 4 ekor anak kuching. Oleh kerana kitorang pun 4 adik beradik, jadi masing-masing ambil seekor untuk dijadikan 'personal pet'. Yuna namakan si dia 'V' (V dari Victory gak), seekor kuching jantan. Manja habis V ngan Yuna. Panggil je dia datang. Selepas sekolah je mesti main ngan V. Tidur pun ngan V. Tengok TV pun ngan V. Perangai dia, manja dan cerdik serupa ngan kuching siam Yuna dahulu, Gypsy nama dia. Tak boleh nak lekang langsung! cerdik sungguh! Yang berbeza, Gypsy kuching betina dan kuching siam manakala V lak kuching jantan half-bred parsi dan putih bersih. Selain daripada tu..V memang kuat makan...gemuk kedempol! Jalan pun lembab..PEMALAS! but I LOVE HIM! Antara adik beradik dia memang V yang paling gemuk! Kurang menggelinjit (active) sikit sebab kegemukan atau mungkin memang pemalas kot...atau mungkin nak layanan macam King! Ini mungkin Yuna dok manja manjakan dia sangat kot?
Satu hari V tak kelihatan langsung kat rumah. Yuna begitu resah dan rindu lak. "Ei, cari girlfriend ke V ni?" Panggil jugak berkali-kali "V! V! V!"..."V! V!V!" tak juga datang...risau jugak sebab bukan perangai dia, tak datang bila dipanggil. Lewat petang ayah Yuna kata "Yuna! V dah tak de... Accident kat jalan utama tu. Rasa-rasa V sebab dia gemuk!" EEeeeeee My V! (Hey, bukan Myvi kereta Perodua tau!) Yuna jerit, terus berlari kat jalan utama tu. Yuna menangis sakan..dia luka parah di kepala. Yuna tanam V dibelakang rumah, sampai sekarang kubur V masih ade kat sini. Sejak tu...no more pet cat!
This page is dedicated to Gypsy and V: My most beloved cats...thank you for being my companion yang setia.
(Harap kan kucing je nan setia)

Thursday, May 24, 2007

May the Force be with you!

HELP!!!

Apalak angin hari ni....pagi-pagi buta tak leh bangun. Tuhan je tahu betapa sakitnya seluruh belakang badan ni. Tak boleh nak gerak. Seluruh badan macam ade 'force field'. Pernah kah anda berasa begitu? Gegaran force field terutama di muka, tangan dan kaki kuat sungguh. Dari tengkok, telinga sehingga ke dahi seperti cengkaman yang kuat lak. Rambut terasa menegak atau mencacak. Yuna boleh bayangkan jika berambut pendek dah berupa macam 'punk' kot. Tapi itu hanyalah perasaan. Ini lah bahana nya jika tak makan ubat 2 hari. Dah seminggu Yuna buat eksperimen sendiri. Makan ubat selang seli sehari. ..kerana ada mission. Hari pertama tak makan ubat, terus demam keesokan hari...biasalah, badan sengal-sengal dan sakit. Selepas beberapa hari lak, macam ok je....so nekad lak buat selang seli 2 hari lak. Mak ooi! ni lah bahananya...but I must be strong! Kalau mak ayah tahu memang dah kena marah dan tak setuju langsung jika mengamal pemakanan ubat secara alternatif. Capai handphone hantar message kat opis dan kawan. Oleh kerana tak boleh nak gerak sangat, apalagi..sambung zzzzzz kepala pun terasa berat pun.

"Yuna? nak gi breakfast?" tiba-tiba kedengaran suara mak. "Tak nak lah" jawab Yuna pintas tapi lemah. Agaknya mak dah hidu ade benda yang tak kena. "Kenapa ni?" bila dia pegang lengan Yuna terus menggerang. Dia panik (biasak la..my mum tu..) bising-bising..pekpokpekpokpekpok...Aduh! dah lah kepala berat sangat bertambah lagi bingitan dan kekecohan mak murai ni. Whatever lah tenaga Yuna ada..bangun perlahan-lahan..."See? I'm ok." Mak tenung dan pandang sambil bercekak pinggang. "ok ok ok...boleh tak panggil Bibik datang mengurut? My body is aching la..Mi. Itu je!"

Whatever lah..energy yang ade...sambil menunggu Bibik, online jap, cek jap dan post yang ini. Penglipur lara masa kini......berjumpa lagi! Wasalam!

Wednesday, May 23, 2007

Lagu Blockage No. 1: Final Fantasy VIII



Tajuk lagu: Incomplete
Dari Kumpulan: Backstreet Boys

Lirik:
Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you within me I can't find no rest
Where I'm going is anybody's guess
I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It's written on your face
You still wonder if we made a big mistake

I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

I don't mean to drag it on, but I can't seem to let you go
I don't wanna make you face this world alone
I wanna let you go (alone)

I've tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

Incomplete

Tuesday, May 22, 2007

Blockage # 1

Ini lah Squall, hero dari Final Fantasy 8, favourite game Yuna ni.
Jalan cerita game ni best tol jika di bandingkan ngan Final Fantasy yang lain-lain. GG dok bersuara "Tak habis-habis ngan Final Fantasy"
Ini lah cara Yuna 'block' minda Yuna dari memikir dan mengelamun tentang 'x-man'....'Total Blockage!" Bukan senang nak melupakan seseorang yang dah lama tersemat di hati.


Pada zaman yang gelap, dunia Yuna berpusing laju. Tiada arah kompass...tiada sesiapa menghulur tangan untuk menarik Yuna keluar dari kelemasan laut yang dalam dan bergelora. Dah berserah kepada ilahi tetapi jantung masih berdegup! Ingin hentikan pada masa tu jugak...Masya'allah! Terseksa betul jiwa masa tu. Yuna dah tak nampak apa-apa lagi sehingga....

Yuna jalan-jalan kat Sungai Wang. Favourite spot masa tu. Banyak tol kedai-kedai Games. Tokei kedai syorkan FF7, dia kata yang itu sedang HOT. Kalakar gak charactor kartun-kartun tu...."eeeee Tak Best!" Tokei kedai masih mengesyorkan sebab jalan cerita best dia kata.
Selepas 2 hari main FF7...eeee bestnya!!! Kalau boleh nak main 24 jam. Terasa PUAS PUAS bila game dah tamat. Jiwa tercari-cari FF8 lak. WOW! lagi BEST!!! gambar charactor dah tak kartun dan mini movies dia, wow...grafik cantik gila. Jalan ceritanya...WOW BEST habis...dan Squall...Yuna jatuh cinta kat dia..hahahahaha...kelakar tol! Tak kesah lah kalau dalam game tu Squall suka kat Rinoa. Charactor Rinoa pun best gak...happy go lucky, ceria, outspoken dan independent. Sejak tu...Yuna beralih dari dunia gelap dan confused tu kepada dunia Rinoa lak....Squall nya pasal! Hari-hari tak lekang main Final Fantasy 8. Hari hari nak jumpa Squall...main peranan utama. Permainan makin lama makin hebat..wuhoo! Yuna lama-kelamaan tak mengelamun atau mengenangkan 'x-man'. Dunia cintan dah beralih ke dunia Final Fantasy. Rasa-rasanya dah 4 kali katam ngan FF8 ni (Katam mengaji pun 2 kali aje.hahahaha..) sebab nak dapat the best weapon and best finishing time! hahahahaha dah gila ke si Yuna ni. Ha..ni lah Zaman kegilaan Final Fantasy Yuna bermula. Kemudian lak..FF9 dan seterusnya...

Kenapa guna nama 'Yuna' lak? Kenapa tidak 'Rinoa'?
Peribadi saya adalah lebih cam Yuna..pendiam dan tak selincah seperti Rinoa.
Jadi, Final Fantasy is my blockage number ONE!

Motto: What is Yuna without her Final Fantasy! :)

p.s. Blockage # 2?...Next time k

Monday, May 21, 2007

Kesibukan


Sejak balik dari Kinrara banyak lah kerja akhir-akhir ni.

Di Kinrara, Yuna lebih banyak berehat...maksud Yuna, kotak minda Yuna tak banyak berfikir...tinggalkan dunia siber sehari dan semalam. Walaupun terasa agak membosan seketika tetapi Yuna perlukan 'Ruang' untuk kesejahteraan rohani dan jasmani. Ada orang tu kata 'Layan Peace' hahahaha itu lah kali pertama Yuna mendengar bahasa ni. Akan tetapi lain padang lain lak belalang kan? Jadi cara masing-masing 'layan peace' tu berbeza la..

Sekarang ni bertambah lah sibuk kerja-kerja Yuna baik pun peribadi mau pun kerja pejabat. Banyak program-progam pejabat dah bermula sejak pertengahan bulan Mei ini. Talipon pejabat asyik berdering-dering..macam-macam pertanyaan lak dan informasi nak di ambil. Yang menalipon loklak pun ade...maksud Yuna entah sesiapa dok talipon tapi tak nak bersuara...eeee leceh tol! Woi! hentikan lah....membazir duit je tu! Kerja-kerja peribadi lak, mengemaskini blog-blog Yuna, mencari idea untuk blog baru, layan para komuniti Mybloglog, melayari internet, layan forum Cakapgold dan juga forum terbaru Just-Talk....tu baby project yang sungguh mencabar. Rasa-rasanya penceburan Yuna dalam pelaburan di internet dah berkurangan sebab kesibukan ini. Yuna dah tak cam Yuna dulu lagi yang tercari-cari atau sibuk ngan program-program yang telah tersedia ada. Kegiatan Yuna di internet kali ini dah menyimpang ke arah tujuan lain...cuba menghasil kerja tangan sendiri melalui bimbingan rakan baik Yuna, GG. "Hei..terima kasih bebanyak satu lori!" kitorang dok berseloroh.
Walaupun begitu, Yuna masih cam dulu gak..."happy go lucky kinda person"!

Sunday, May 20, 2007

ESTRANGED - ITU KAMU

To Kinrara!!! I love U!!!!!
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
ITU KAMU!!!!!!
(I'll be back!)

Saturday, May 19, 2007

Happy nya kat Kinrara! Bagus la....


Hello....!
Satu hari satu malam tak online terasa janggal kali ni.

Apabila sampai je Kinrara, perasaan happy tak terkata. Airmata membasahi pipi, Yuna menghembus nafas lega sejenak. Teringat kenangan lalu semasa mula-mula menduduki apartment Yuna. Tentangan yang hebat dari ibu Yuna "Pergi lah..Kau dah pandai, dah besar, kau jangan balik sini!" Eeeee sedih dan hiba bila teringat kembali kata-kata pedas tu. Teringat Yuna ada satu masa yang lampau dia kata "Yuna, engkau tu tak akan beli rumah dan beli kereta pun..bla..bla..bla..." Satu lagi perangai Yuna ni...Pantang dicabar! Setiap cabaran tu Yuna tak sahut tetapi dalam diam-diam Yuna mencari. Walaupun Yuna ni seorang yang pendiam..whatever lah..orang dok kata..semua Yuna terima...tetapi dalam diam tu lah Yuna berusaha hahahaha hanya nenek Yuna je faham isihati dan perangai Yuna. Dalam kemelut bukan untuk membukti tetapi mungkin fitrah, itu adalah 'Aku'.

Wow...lantai rumah boleh buat main ice-skating! Licin kerana digilap habuk snow hahahaha...ya! habuk dah menjadi penghuni official rumah ni. Banyak tol nak membersih dan mengemas...vacuum, mop, membasuh dan membuang barangan makanan yang dah tamat tempoh tarikh luput. Dalam peti sejuk, jangan cerita la...buang!buang!buang! Berbekal sushi-sushi bagi mengisi kelaparan tengah hari Yuna. Penat ya rabbi...! zzzzzz 3:35pm terjaga bila GG SMS "Tak habis mengemas lagi ke?" ...I still remember you la..brother! Dia dah kesunyian la tu, so balas balik SMS. Yuna pergi IOI Mall...wa banyak lak dah berubah! Ada hati nak tengok wayang tetapi banyak lagi tak habis mengemas kat rumah tu...pi makan laksa kat Jaya Jusco...Tak Sedap! Teringat lak food court kat Tesco Puchong..best-best belaka. Pas tu teringat kat GG yang selalu kata TomYam dia selalu pergi makan best! Tapi kat mana woi!!! SMS GG bertanya khabar. Malam, Yuna tengok movie favourites Alien part 1 sampai part 4. Tetapi tertidur sekerat jalan, 10:45pm terjaga apabila terima SMS lagi "Happy nye kat Kinrara, bagus la..." Dalam hati Yuna, "Wei! I haven't forgotten you la...!!!!"

Yuna berasa terima kasih juga kepada jiran bujang yang sanggup menyiram pokok-pokok bunga di luar rumah pintu perkarangan dan tangga sepanjang ketiadaan Yuna . Thank you, Jason!

Bangun pagi tadi seluruh badan sakit-sakit tol...demam lak tu. Ingatkan malam nanti balik Maluri...tetapi memandangkan keadaan macam ni...Yuna balik awal selepas makan ubat dan ubat tahan sakit...tak nak mak tahu! Lain kali Yuna ajak Mak Siti ke Kinrara...bagi upah la...tolong mengemas.

p.s. Kinrara...I'll be home again, don't worry!

Thursday, May 17, 2007

Silap hari nak layan peace


Take 5!
Yuna ingatkan hari ni Jumaat...hati teriya-iya nak balik Kinrara. Wuhoo! Dah tentu banyak kerja nak buat kat sana. Spring Cleaning orang putih dok kata. Tak leh nak bayangkan macamana keadaan apartment Yuna sekarang ni. Adess! Ngan habuk...tahi-tahi burung kat balkoni, pokok-pokok bunga yang dah mampus, whatever la.. dalam peti sejuk tu..dok kena buang. Eh, banyak nak kemas tu...aiyoo..patah lah pinggang ni. Whatever...nak layan peace! Bila semua dah bersih, boleh lak mengelamun dan rileks!! Terutama sekali Zzzzzzzz.....tak nak fikir apa-apa. Just enjoy my solitude...yes I need my space! Kira jiwa dah tahap nak meletop dah ni. Dah terlalu rindu kat Kinrara (eeee terharu memikir sekarang ni)

F: Yuna! Hi! Have a good Weekend! (Tangan dia berbabai-babai!)
Y: Ha? Fernand are you alright?
F: Why did you say that? I just drop by to see you and wishes you for this weekend
And also hope to see ya next Monday (muka kehairanan tapi ngan senyuman manis)
Y: Fernand, today is Thursday la....
F: Omigosh! I thought today is Friday hahahahaha....I'm already looking forward for tomorrow hahahahaha
Y: Me too..I thought today was Friday too! I can't wait for Saturday

Kitorang tergelak sama...eeee...manisnya senyuman si Fernand ni. Ape la...otak kitorang ni...asyik fikir pasal cuti...aje.
Apakan daya...kitorang agaknya dah tak sabar-sabar ngan pelan masing-masing!

Wednesday, May 16, 2007

Service d'assistance


Petang sebelum nak berangkat balik lak ade satu panggilan dari UNESCO, Perancis. Aduh!!! Dia tak tahu cakap bahasa inggeris. Nasib baik Yuna tahu bahasa perancis sikit-sikit.
M: Bonjour! (Hello!)
Y: Bonjour! (Hello!)
M: Mon nom est Mariam, Je suis UNESCO, Balam, France (Nama saya Mariam. Saya dari UNESCO, Balam (?), Perancis) Entah lah apa makne si Balam tu (???) mungkin saya salah dengar kot?
M: Parlez-vous Francais? (Anda boleh berbicara dalam Perancis?)
Y: Non, Je parlez anglais, je saviour un prou Francais (Tak, Saya boleh berbicara bahasa inggeris, saya tahu sikit-sikit jer Perancis )

Pas tu dia mengomong-ngomong entah apa lak..tapi Yuna dah boleh agak apa maksud dia dan apa dia nak. Tapi Yuna masih nak kepastian lanjut.
Y: Madam, Is there personne parlez anglais, s'il vous plait? (Bantai jer la...campur2 perancis ngan omputih...Madam, ade tak sesiapa boleh berbahasa inggeris, please?)
M: Non ( Tak der)

Alamak...camner ni? Pas tu dia bercakap-cakap lagi. Adess Tol! Pass tu terdengar cam dia sebut nama ofis tempat Yuna bekerja...Sorry ye RAHSIA!!
Y: Oui, Madam this is bla..bla..bla..bla..nama rahsia tu la.. :) (Oui! tu maksudnya "Iya" tapi bunyinya 'Wi")
M: Bonne! Je bla..bla..bla..La facture bla..bla..bla..the invoice...UNESCO du Balam de Societe ....nama rahsia tu...bla..bla..bla.., s'il vous plait? bla...bla..depanner? ( Bagus! pas tu Yuna tak faham ayat selanjutnye tapi mengenai inbois dari Opis Yuna bekerja dan mintak tolong kot)
Hei...ni dah tak tahan ni dah..bantai jer lah...kepala pun tengah pening memikirkannya...camner nak berbicara selanjutnya....eeeeee....
Y: Ok Madam, tu require notre asisstance financiere concernant la invoice?
M: Oui! The invoice!
Y: Ok, Please hold on as Je vaux transfer appeler vers la Accounts Department! (bantai lagi..campur-campur inggeris ngan perancis...maksudnyer "Ok, Sila tunggu sebentar kerana saya akan transfer call ni kepada bahagian akaun)
Terus transfer call ! Amin!!! :D
Oh, btw..Ofis Yuna International Company...jadi banyak lak berkomunikasi ngan orang asing. Best gak!
Au Revoir (tata, titi, tutu...maksudnya goodbye la...)

Tuesday, May 15, 2007

Bisu la...

Mulut di gam!

Tak leh nak cakap...tak tahu nak cakap! Tu la...sejak kebelakang ni dibelenggu ngan tak boleh bertindak sesuka hati. Semua tindak tanduk di perhati. Rasa cam dalam penjara lak. Yuna selalu cakap kat dia "Hish! Nak balik Kinrara la.." Dia dah tahu la..tu, ade benda yang tak kena. Kinrara dah jadi tugu negara! Tempat persinggahan dan tempat untuk 'layan peace'...sorang tu dok kata.

"Jangan banyak cakap! jangan melawan! cakap sikit ade jer jawapan!" Eeeee terasa sakit nya jiwa ni. ok..ok..tak yah cakap lah! bisik hati ni. Lagi bagus! jika bercakap bila perlu saja. Yuna tak kesah...I'm so used to it tau! Pas tu ade orang ketuk pintu lak " What are you doing? bla..bla..bla..bla..ni tak siap..tu tak siap...!" Tapi ingat...Jangan bersuara tau! nanti lain lak jadi nya...so dok diam jer! Sakit sakit pun jangan beritahu...Mak oi! dah penat ni..semua kudrat dah lemah tol...nak tidur ni....nak kumpul balik energy. Ade orang masuk balik " Jom kita keluar pulak!" Yuna jawab "Tak nak la..." Ape lagi kena "Bla..bla..bla..bla..bla.." Tu la..orang dah bilang..JANGAN CAKAP! Nak tak nak..ikut jer....Wei tuhan jer tahu hati ni....

"Tu la..baru sekarang you tahu kenapa I nak balik Kinrara?" keluh Yuna. Susah tol nak cakap atau nak cerita keadaan sebenar. Tak yah cerita lah!

Monday, May 14, 2007

Vincent Valentine dari Dirge of Ceberus (Final Fantasy)


Eeeeeee Vincent! kesian tengok kat you tu....Ade kawan kata rupa you cam hantu jerangkong! Memang si komen tu tak tahu yang you dok sakit (FF: Dirge of Ceberus) dan memang you boleh bertukar rupa kepada hantu jerangkong! Tu kuasa you kan, Vincent? Kuasa lebih hebat dari hero Final Fantasy 7, Cloud.

Cuma hanya segelintir je yang tahu kuasa hebat you tu....peminat Final Fantasy jer yang faham dan tahu. I kesain tengok you gak...watak yang you bawa sejak Final Fantasy 7 sehingga timbulnya watak utama you dalam episod the Dirge of Ceberus. Kesorangan membawa jiwa yang sepi dan keciwa serta mengharap kekasih you, Lucrecia, dapat 'revive' cam you. You tak kesah dalam keadaan apa pun Lucrecia dok hidup kembali. Janji hidup dan mati bersama. Eeeee sedih tol jalan cerita Square Enix dok buat.

Yuna kagum ngan watak you bawa, Vincent! Tabah dan redha keadaan yang you ada seadanya. You tak kesah apa orang lain anggap keadaan diri you pon. Biar orang takut mendekati diri mu..takut penyakit tu berjangkit kot?....tapi that is not the case kan? ...takut ngan rupa you tu kot?...but tak de apa-apa pun kecacatan Yuna tengok?....takut kehadiran you kot?...tapi you tak pernah kacau orang?....Entah la..Yuna tahu you tak kesah langsung tentang apa orang dok mengata atau kata ...You ngan pendirian you...WHO CARES!!!! Jerangkong pun jerangkong lah k...Yuna tahu hati mu!!!

Tapi mana senyuman mu Vincent?

Saturday, May 12, 2007

Selamat Hari Ibu Sedunia

Hmmm bestnyer...bila si ibu menyuap anak kesayangan.

Hei..Ibu tak pernah mengeloh kerenah anak-anak dia tau tapi mengeluh bila anak-anak tak mendengar nasihat nya apabila dewasa. Semasa kecil, anak-anak dibuai ngan penuh kasih sayang.

Nak tahu? Yuna dibesarkan oleh arwah atuk dan nenek Yuna. Ya...nenek!!! Manja habis Yuna ngan nenek. Yuna panggil nenek Yuna , MAK! Yuna panggil mak kandung, Ummi, Mami or Mi. Ade mase buat jokes cam,Ya...! nak Mi aper ..Mi bandung? Mi goreng? hahahaha masam jer tengok muka mak Yuna bila kita berseloroh gitu...saja...! Ummi Yuna memang tegas...macam Sargent Pepper Lonely Heart Club Band! Gelak Yer? Sargent...sebab suka mengarah...Pepper sebab kata-kata dia pedas...lonely sebab perlu ade Yuna untuk pok pek pok pek ...Heart Club Band...penyayang, prihatin dan solehah. Yang nakal dan degil...tu Yuna! hahahaha...Anyone can handle that?

Ok lets cerita sikit ya...pasal Mak Yuna. Kira Yuna ade 2 Mak la...

1. Nenek, MY MAK!!! ...She's everything to me! LOVE HER! LOVE HER! LOVE HER! SHE'S MY BANTAL BUSUK!
Mak Yuna ni TAK pernah mengeluh ngan kerenah Yuna. Orang yang PALING bersabar dan selalu menyebelahi Yuna. Kengkadang dok hulur $$$ tu...walaupun dah besar cam ni. Hei..bila Yuna tolak..dia masih hulur gak. Begitu sekali dia sayang dan Yuna manje habis ngan dia. Cakap jer..aper nak..dia bagi tapi Yuna tak lah gitu...Mane-mane Yuna pergi mesti ingatkan untuk beli buahtangan untuk Mak. Sejak akhir ni dia dok citer pasal arwah mak dia lak. Eeeeee Mak, aper ni? Yuna nampak air yang jernih berkilat kat mata-mata mak. Eeeeee Mak , Don't! Rasa nak dakap Mak sekarang! Mak Yuna ni sebiijik perangan cam Yuna. Suka ngan freedom sendiri. Dok rumah sendiri...buat ape-ape la...semua sendiri. Tak banyak cakap..kuat kerja...suka menolong orang. Dia tak nak dok rumah anaknya dimana Yuna dok sekarang. Nak gak dok sendirian di rumahnya. Eeeee mak if only I could stay with you! Dulu dia selalu dok apartment Yuna tapi dah tak larat nak panjat tangga 5 tingkat. Eeeee Mak I miss you la...MAKKKKKKK!!! (dah tangkap leleh dah ni....)

2. Ummi or Mami...My mother.
Part of perangai Mami ade kat Yuna. Semua dah plan ahead...nak buat aper ke ..semua ade time schedule...tak reti dok diam...ade jer kerja. Sekarang ni Yuna belajar to rileks sikit. Tak nak pening-pening kepala sikit. Been trying to tell my mum hal ni. "Mi, relaks la...takkan lak pukul lima (ptg) dah nak prepare dinner?" atau "Mi, don't worry la...Yuna akan buat semua tu...rileks la..." Aduh!...susah tol Sargent Pepper ni lah! Semua kena buat on time! Walaupun dia gitu...dia baik hati tau! Pandai baca gerak geri orang especially anak dia, Yuna nih. Dia tahu jer kalau-kalau Yuna sakit ker or kesusahan. Cam boleh read my mind lak. Dia akan ambil masa sesuai bagi Slow-Talk ngan Yuna. It always work! Kira ni personal best friend. Dia gak bagi Yuna duit pendahuluan untuk beli kereta "Axxxxx" walaupun Yuna tak mintak...sambil membisik "Don't tell Walid! (ayah)". Thats my mother! Anak ngan Mak..ade gak pertelingkahan kecil. Kira Yuna ni...berani kerana benar tapi walaupun benar tak harus menderhaka...baik diam ..angguk angguk jer. Selalunya Yuna berdiam diri but a once a blue moon, terkeluar gak kata-kata perasaan keciwa. Akan tetapi tetap bermaaf-maafan keesokan hari. Tak leh bersedih lama ngan Mami ni. Yuna akan susah hati. Mami of course la..ngan kuasa veto dia...tetapi Yuna tak kesah la...Thats my mother! And I LOVE her! Wei...! I LOVE HER LA! YUNA PELUK CIUM DIA LA!!!!

Dear Mak dan Mami, Selamat Hari Ibu!!!! Jom pi Santai!!!!! Yeah!!!!

Friday, May 11, 2007

Letih!


Letih betul hari ni!

Pagi-pagi buta masuk LPPKN's website yang Syed dok bagi Yuna untuk post kat CG. Wei...website aper ni? Lain pergi lak, nasib baik bukan website Monkey! Cuba lagi sekali setelah memastikan alamat web tu betul-betul. Pun sama..halaman web organisasi lain lak. Syed lak tak jawab panggilan talipon. Hm...lantak lah...(dibiarkan saja). "Hello Yuna, ade dapat berita baru tak? sekian-kian orang ni dah bersara..yang ini diambil alih oleh bal..bla..bla.." Maknenya mengemas kini rekod syarikat. Selepas buat tu lak...hantar email kat semua kakitangan mengenai pembaharuan tersebut. Ade lak kerja-kerja lain yang kena mengusung diri ke hulu ke hilir berjumpa ngan sekian-sekian boss dan para pegawai. "Yuna, kami tak dapat masuk bilik yang hujung tu..!" sapa salah pekerja plant nursery yang nak siram pokok-pokok bunga ofis. Pintu bilik hujung tu berkunci. Bila Yuna bukak...terperanjat Yuna..Si Fernand ade dok dalam bilik...bermenung. "Apa lak kena si pinoy ni?" bisik hati Yuna. Tetapi masih tak kedekut ngan senyuman manisnya.....eeee boleh cair hati ni tau!

Lunch break Yuna pada tiap Jumaat adalah dari pukul 2 sehingga 3:30pm. Oleh kerana terlampau letih, Yuna masuk bilik Conference terus Zzzzz. Lagi 10 minute kat pukul 3, Yuna terjaga...Ai! Si GG dah YM rupanya. Entah dah berapa lama dia dok tunggu. Terasa masih mengatuk lagi...GG dok kata "Yuna, you mabuk lagi ker? pi basuh muka..pi gosok gigi la.." hei...memacam! Sambung kerja sambil chat ngan GG.

Petang, sebelum nak balik lak, Publication Officer dok beritahu pasal Newsletter, nak keluar hari Isnin depan. Kalau boleh nak semua kontek-kontek di print hari ini. "Apa giler ker Minachi ni?" fikir Yuna. Terus buat deal ngan dia...that it will be ready by Monday. Dia nampak cool aje dan setuju. Cek email..."Wei! melampau betul si Minachi ni, kerja dia pun nak Yuna buat. Ni tak leh jalan ni" So, balas surat cinta dia. " Dear C, please be informed that bla.bla..bla..bla..is done by Pubs' office. As for the Members and Affiliates' contacts...bla..bla..bla.." You have to work smart la...! Jangan dok telan kerja-kerja bodoh orang lain nyer. hahahaha kemudian Cik L talipon, "Yuna I boleh print ker semua konteks tu?" Ha..tahu pon! "L, you boleh print bla..bla..bla..tetapi untuk Members dan Affiliates nyer tak leh sebab ade pembaharuan...so once dah siap baru boleh...Cik C kata on Monday ok"

Ni la...sedang buat kerja ofis. Tapi dah penat..so layan kat sini sebelum masuk tidor! Whatever betul la..Si Minachi ni...kan bagus kalau dia beritahu awal-awal!!!!!!Pi hantar balik India baru tahu! Ishk!Ishk!Ishk!Ishk! (menguap!) Maaf ya nak Zzzzzzzzzzz Malam ni tak der nak mimpi Final Fantasy...terasa berat kepala dan mata tol! Goodnight! Eh..morning!!!

Thursday, May 10, 2007

Merajuk susah nak pujuk.


Eeeee...tak tahu nak cerita dan nak mula. Tapi bila tengok gambar ni, pasti dah faham kan? Kes tak nak kawan....Wei...ni bukan budak-budak la! Dah boleh jadi bapak dan mak budak..maksud Yuna, dah dewasa ler..kes awek dan uwek! hahahahaha...I like the word 'Uwek' bagi kaum Adam lak. Baru adil!

Hmmm Yuna terkenangkan Uwek lama..hahahaha kelakar tol bahasa Uwek ni! "Hei..apa lah dia sedang buat sekarang ni..." terfikir Yuna. Pas tu teringat untuk mencari-cari kalau dia pun ada blog cam Yuna buat ni. Berdasarkan nama dia, wow ramai gak nama yang serupa ngan si R nih. Jenuh mencari yang betul. GG dok tegur "Yuna, Stop!" takut Yuna bersedih atau dah mabuk kepayang kot. Entah la...malam tadi hanya membazir masa mencari-cari blog-blog yang tak berfaedah. Tapi hati terasa PUAS kerana memang perangai R cam tu. Yuna lebih memahami sikap dia. Dia merajuk bawa diri. "Hei, nak Yuna pujuk ker?" Ini jawapannya "Uwek!uwek!uwek!uwek!" Sampai muntah keluar darah pun, Yuna tak akan pujuk. Buat aper, dia lelaki kan? Kalau dia betul-betul lelaki tak payah nak merajuk cam tu. Yuna pun dah puas bersabar eeeeee tuhan jer tahu kesabaran Yuna ni. Rasa nak terjun ade..nak tikam dada pun ada...nak tidur selama-lamanya pun ade...masa tu...sabaran sampai tahap zero dah! Nasib baik iman tu ade la...

"Kalau dia tahu ape yang Yuna melalui sekarang, tentu dia balik kot?" GG lak yang pujuk. Tu lah kawan baik Yuna. Selalu nak bagi jalan..."Hei, degil betul Yuna ni" mengeluh GG lagi. "Yuna rasa, biarlah R tu....ade perkara penting lagi dari ni untuk diselesaikan" jawab Yuna. Sebenarnya, Yuna dah berpatah arang....biarlah segala-galanya menjadi kenangan. Mungkin ade hikmah disebalik ni. Ade satu lagi ujian yang besar dalam hidup Yuna ni...yang itu paling penting untuk diselesaikan...orang kata ibu segala ubat jiwa Yuna ni...

Wednesday, May 9, 2007

Hanya satu cita-cita muktamat


Luas pemandangan ...Jauh perjalanan!
Yuna rasa you all suka melihat gambar ni kan. So serene! dok kata orang putih. Yuna boleh bayangkan berada kat pergigian tasik ni. Airnya biru dan jernih sekali...ssssejjukkkk pulak tu! Dok kat kabin untuk 2 malam pun ok! Hari-hari mengelamun sambil memikirkan tentang diri ini.."Sampai bila agaknye?" pas tu bersyukur kepada ilahi bila mata betul-betul dapat menatapi, kaki menjejaki, jiwa merasai, fikiran yang lapang seluas-luasnya apabila cita-cita telah sampai di tempat indah ini (Subhanallah alhamdulillah la'ilaha illallah). Dan juga berterima kasih pada teman rapat yang banyak mendorong Yuna untuk melangkah lebih jauh lagi.
Yuna selalu kata "I'm clueless" bukan tak reti-reti tetapi mungkin cara pemikiran Yuna sebenar berbeza ngan orang lain. Minda Yuna perlu perfahaman.."The reasoning" dok kata orang putih lagi. Selagi dia tak dapat "reasoning" tu memang payah nak di terima oleh minda ni. Lembap kot? Whatever la...k
"Satu jer cita-cita?" Ya! yang ini muktamad! Tanda titik nokhtar!
Pas tu Yuna menjalani sisa-sisa hidup Yuna seperti biasa. Biasa? mungkin masa tu dah luar biasa kot? hahahahaha ...maksud Yuna, hanya orang tertentu jer faham maksud ini. Mungkin masa tu cabaran Yuna lagi hebat untuk kesinambungan seterusnya. Wallahuwa'lam.
Kalau korang dah tentu ade cita-cita lebih hebat dari satu kan? Nak pi Mekah lah..nak beli kereta besar la..nak rumah bungalow la...nak melancung ke sana ke sini la...nak gi china la...nak kahwin la..ade yang nak kahwin 4 kot?...memacam nak lah...sebab semua cita-cita katakan. Bagi Yuna, 'Simplicity of Life' ...tu yang simple-mimple jer Yuna dok carik..habis cerita...tak ganggu sesiapa dan tak pening kepala.
Ade satu lagi..ni bukan cita-cita...tapi mungkin satu hadiah untuk seorang insan yang paling banyak bersabar ngan Yuna....ya...kerenah Yuna...tak semua orang memahaminya. Kenapa seadanya Yuna begini! Bila tiba masanya dengan izin tuhan...semua ini tiada misteri lagi...dan ia akan berakhir dengan penuh keikhlasan.

Tuesday, May 8, 2007

Satu Permintaan


Kawan A : Yuna, boleh tolong tak?
Yuna: Boleh? Tolong aper tu?
Kawan A: Apa maksud perkataan ni? Bla..bla..bla.. bla...
Yuna: Oh..itu...Maksudnye..Bla..ble...bli...blo...blu.. la..!
Kawan A: Oh...terima kasih!
Tolong menolong memang adat dan amalan yang mulia sekali. Tengok gak nak tolong tu sekadar yang mampu dan ikhlas. Kalau sekadar nak tolong-menolong menunjuk-nunjuk...baik tak payah! Sebab kemudian hari nanti takut terjadi hal ungkit-mengungkit. Pahala entah ke mana, mengundang dosa lak. Juga sekadar yang mampu lak...jangan habis tergadai-gadai lak.
Kawan B: Yuna, boleh I tanya sikit?
Yuna: Boleh, Tanya aper tu?
Kawan B: I lupa lak cam ner nak post..bla..bla..bla..bla..
Yuna: Oh itu...You buat cam ni..Bla.. ble..bli..blo..blu..dan pas tu post
Kawan B: Oh...terima kasih
Tak kesah la...dia cuma nak tanya sikit jer...so aper yang Yuna tahu akan diberi tunjuk ajar jugak lah... Yuna tak kedekut berkongsi ilmu. Ilmu ni pun orang dok kasi free. I know..you know..soon they all know! Pahala tu ....wow! Pahala Free
Kawan C: Yuna, jangan marah ye?
Yuna: Pasal aper lak?
Kawan C: Boleh tak kita berkawan bla..bla..bla..bla..
Yuna: Oh gitu...I lebih suka kita berkawan Bla..ble..bli..blo..blu..la...
Kawan C: oh..saya faham..
Hmmm...camner nak cakap ni? Lebih baik berterus terang dari awal dari salah faham dari awal. Kemudian hari lagi memburukkan lagi keadaan. Jadi senang nak bercerita selanjutnya...sebab dah ade batasannya, boleh jaga mulut , hati dan perasaan semase berkawan.
Cuma satu jer permintaan Yuna.
Tak payah la bila online, Yuna tanyer khabar..terus jer offline.
Pas tu kemudian hari online balik
Kawan: Assalam'mu alaikum?
Eeeeeee aper ni? come and go as you like ???????????
Bla..bla..bla..bla..bla..la...(Hei mengundang dosa jer)

Sunday, May 6, 2007

I'm a gamer!


Bang! bang! bang!
Ha..terperanjat yer? Ape korang ingat Yuna tak reti menembak? Lebih daripada itu tau!
Untuk pengetahuan anda...bukan yang betulnyer la....I'm a gamer! Gila habis main kat PS atau PS2. Kalau ade la..duit (bukan duit lebih) PS3 pun dah beli tu... :) Xbox ker, Xbox360, Nintendo ker....hari tu almost nak beli PSP sebab boleh bawak kesana kemari dan main bila time boring. Tetapi memikirkan nak beli satu ori game untuk PSP...hmm...eeee mahalnye! Terus tak jadi. Permainan online, Yuna tak berapa minat...pening loklak orang kata. Pernah sekali Yuna gi Cybercafe ngan Syed Ibrahim dan Syed Iylia...diorang dah pakat ngan geng2 nak main Warcraft masa tu. Yuna dok tompang sekaki. La..gabra habis cam "Eh? siapa dok tembak aku ni?" Hei Pening tol! Ibrahim tergelak sakan sambil berkata "Ini Yuna ke?" sebab I'm good at main Medal of Honor, Quake, Devil May Cry, Resident Evil...Final Fantasy tok sah cerita la..k...dan lai-lain lak. Pas tu tak jadi main online game terus melayari internet jer .....
Hari tu kawan karib SMS Yuna
Kawan: "I sedang main PS2 ni, FFX-2"
Yuna: "Wei, reti ke u main tu? Yg itu susah nye, try FFX la"
Kawan: "Alahai..terpaksa tengok Yuna nyanyi lak, seksi lak tu"
Yuna: "FFX-2 tu game pakai dress code..u tak reti..FFX better"
Kawan: "Tak best nye main PS2. Macam budak lak. I can't imagine you dear"
Hahahahaha wuhoo! tergelak Yuna. Welcome to my world!!! :D

Kongsi rahsia


Yuna! Psst...!psst...! psst...! (Sharing secret!)

Yuna memang tak ramai kenalan sebab tak pandai bergaul sangat. Memang Yuna pemalu orangnye. Kalau dalam keramaian, Yuna akan dok kat satu sudut. Sudut yang memang tak de orang lah...kalau ade pun satu atau dua orang je. Bertegur sapa sebagai syarat je. Kalau diorang tak tegur Yuna pun, Yuna tak ambil hati. Tapi kalau dah berkawan tu, Yuna akan pegang nilai kawan tu betul-betul. Dari situ baru lah diorang nampak Yuna pek pok pek pok lebih. Considered my small circle of trusted friends la....kalau ade cerita-cerita yang kelakar..hmm lagi Yuna suka...gelak sakan! kalau ade cerita-cerita sedih...Yuna pun turut sedih...wei keluar gak air mata tu...kalau ade rahsia...insya'allah memang tersemat di hati bukan di mulut! Banyak gak rahsia-rahsia kawan yang Yuna pegang. Kalau dah berjanji, Yuna akan terikat pada janji tersebut walaupun ade gak kawan-kawan yang tak serasi kemudian hari.

Ade la..si Minah kat ofis ni beritahu rahsia dia kat Yuna. "Yuna, janji tau jangan beritahu sesiapa pasal hal I ni" Rupa-rupanya dia saja nak test Yuna jika dia terdengar ura-ura 'Rumours' kot-kot tersebar kat ofis. Bukan setakat tu je, sampai sahabat karib dia cuba nak congkil dari Yuna cam "Yuna, you ade dengar tak citer pasal bla..bla..bla..? " Mula-mula memang Yuna tak sedar sebab kes lurus bendul. Tapi tak beritahu aaa...sebab pegangngan janji tu...so terpaksa la buat-buat tak faham dan tak tahu. Dua tiga hari kemudian, Si Minah tu datang lagi...muka dia ceria dan manis sekali. "Yuna, I really trust you my friend!" Dalam hati Yuna terpingga-pingga kebingungngan. Kemudian baru lah Yuna tahu bila dia cerita hal yang sebenarnya. Pas tu terus "STRIKE OUT" dari senarai kawan-kawan Yuna. Wei...sampai begitu sekali diorang nak uji! Baik tak payah! Sampai sekarang masih berkawan gak tapi nak pi mencari Minah tu nak chit chat tak der la...Kalau begitu cara dia nak ukur berkawan ...that is not my style! Mine is base on trust sejak awali berkenalan!

Baru-baru ni teman rapat dok bagi " Yuna ni kod kita ya...psst...!psst...!...psst!" HAHAHAHAHA! Tergelak besar Yuna tau sebab tak pernah orang dok bagi rahsia yang sungguh melucukan! "Eeeeeee whatever betul la...dia tu!". Sampai hari ni dia dok tanye "Ape kod tu?" Eeeeee tak habis-habis tergelak ini....HAHAHAHAHAHA! Sorry la...rahsia!rahsia!rahsia! HAHAHAHAHAHA!!!!!

Saturday, May 5, 2007

Lagi...Selamat Hari Jadi!

Selamat Hari Jadi kepada Syed Abdul Hadi!

Korang tentu gelak kat Yuna ni! Dah tentu ingatkan...ha..ni boyfriend Yuna kot...Tak lah! Ni anak buah! Baru darjah 5..hahahaha..korang tentu ingat like "Wei...Yuna! budak kecik punya birthday pon nak sambut! Sambut lah birthday yang sebaya umur ngan you tu...!"

FYI, kitorang ni saudara-mara rapat! Dok pun berkeliaran dan merata KL. Ape-ape hal memang kecoh dan riuh kalau ade gatherings. Saja buat sebok! Tetapi yang sebenarnya, inilah cara kitorang merapatkan lagi silaratulrahim selain melalui kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan urusan kematian. Kira majlis kecil-mecil ni tak 'formal' tu je. Budak kecik ngan hal-hal birthday diorang, kitorang lak..catch-up with each other lak. Selalunya merancang plan-plan big gatherings yang akan datang. Wuhoo! I love it! Hei, sepupu Yuna, Shahrol nak kahwin bulan Disember ni. Nampaknya gathering kitorang akan beralih dari Port Dickson ke Penang.. kot. Rumah pengantin pompuan kat Bagan Serai...kitorang rancang tidur semalam kat Taiping Golf Course Resort sebelum bertolak ke Penang! Hahahahaha..."Nak pi kacau si Pengantin Baru nye honeymoon sebab malam tu ade BBQ seperti biasa...tak de can diorang nak tidur awal!" kata Syed Ahmed Hafiz! Tergelak besar si Shahrol and the gang. "Yuna, you bila lagi?" Shahrol dok kacau...'Aduh! maleh tol nak jawab' bisik hati Yuna. "Yuna, tunggu Syed Taidest ni..." (Tidus dari FF10) Yuna berseloroh....(Diorang bukan tau ape pon tu....) What a laugh! Hahahahaha...eeeee gelihati tengok muka diorang tercengang cam terperanjat unta! "Tak pe! Tak pe! rahsia!rahsia!" sambung Yuna lagi....hahahahaha..tak tahan betul tergelak, terus beredar sebelum diorang tanyer soalan cepumas lagi.....

Hei... masih gelihati teringat akan air muka sepupu-sepupu Yuna tu...sebab kitorang memang rapat...sebab tu la......diorang tak pernah dengar Yuna citer pasal-pasal boyfriend-moyfriend tiba-tiba tersebut Syed Taidest! kahkahkahkahkah...tak leh tahan tol!

Friday, May 4, 2007

Cap mohor di Raja!


Ha..ni cap jari Yuna!
Mana-mane pergi tak leh hilang dan tak leh tukar. My blue print? That's my DNA!
Apersal sebok-sebok nak tahu? Nama Yuna sebenar aper la...keturunan aper la...Yuna di mana la...buat aper la...betul-betul ker perempuan ni?....menyamar ker ni?...umur berapa la..dah kahwin?..kerja kat mane?...Nak kenal lebih dari tu la..nak whatever la...
Pokoknya, kenapa lak Yuna perlu di soalkan? Kenapa tidak ngan orang yang menyoal tu? I am what I am, so what? If you don't like it...sila cari awek internet lain yang boleh mengisi semua biodata yang diperlukan di atas asalkan puas hati anda walaupun entah ia atau entah tidak. ha..layan lah...senang citer. Anda tak susah..Yuna tak pon di ganggu. Untuk pengetahuan anda, Yuna ikhlas dalam segala persahabatan. Kalau tak caya..sudah k! Malas la...nak layan...Yuna ade kerja...itu pun diorang tak caya....Woi! siapa korang ha? Eeeee macam-macam jenis perangai dah Yuna jumpa. Yang baik, yang songel, yang gatal, yang nakal, yang too innocent (ia ke tu..?) pun ade...yang mencabar...yang alim...yang pelik....macam-macam lah..
Baru laYuna tahu...eeee.. tol-lah!
Wei cap mohor kat jari ni sejak dari bayi dah ade la....cuma kat internet jer tak der
Wasalam

Thursday, May 3, 2007

Anak-anak blog Yuna


Yeah..keep on blogging!

Yuna mula-mula buat blog, rasa-rasanya pada 21hb Februari,2007 atas galakan rakan member Cakapgold, Stumplin. Sebelum tu, Yuna dok tengok dan mengkaji blog-blog orang lain. Dalam fikiran, "Eh, camne nak buat cam ni ye? Best gak kalau boleh". Pi tanya orang IT kat tempat Yuna bekerja la...muka masing-masing macam sepuluh sen jer...(maksudnye..tak ambil indah atau acuh tak acuh ajer..atau mungkin kedekut ilmu atau mungkin rasa leceh nak ajar). Stumplin bagi Yuna website http://www.blogger.com/ untuk mencuba. Dia kata yang ini senang dan free lak tu. Dah beberapa hari dok tengok site tu, belek-belek..."Eh! betul ke I buat ni?" Benda-benda ni dan bahasa-bahasa komputer ni "Too Foreign" bagi Yuna. Gabra habis. Asyik terkeluar dan masuk site tu. Masa tu lak mula berkenalan ngan Si GG. Dia kata"Yuna, keep on posting...bebanyak posting!" Dalam pemikiran Yuna mase tu "Ha? posting? Yuna dah post tu tapi tak keluar-keluar bila preview" Bengang rasanya. Whatever la...tapi buat gak penulisan dan posting bodoh selakunya. Kemudian satu malam Stumplin online ngan Yuna..eeeTok Guru ni..wa..lajunyer, terkial-kial Yuna dibuatnyer. GG pun online sama gak dok tunjuk ajar. Ya rabbi..jari jemari terkial-kial mengikuti arahan sambil nak menjawab 2 Tok guru serentak. HELP!

Akhirnya lahirlah blog "Yuna Sphere". Woi! ingat senang ke nak beranak? Cuba pi tanya si ibu-ibu yang pernah melahirkan anak tu! teeheeheee...berhempas pulas belajar dan memahami bahasa-bahasa IT nih. "I'm a gamer not an IT savvy!" tau. Pas tu cuba lak melahirkan anak yang kedua (Yuna Shop) dan ketiga (Bisikan Yuna). Kedua-dua ni Yuna rasa susah betul sebab Yuna Shop pasal business dan Bisikan Yuna dalam versi bahasa melayu. Lama gak dibiarkan saja, asyik dok post kat Yuna Sphere saja...anak emas tu! Sekarang ni dah 9 anak blog Yuna ada..hahahahaha...Wow! kuatnye beranak...! hahahahaha....tapi ade hati nak beranak lagi tu kah!kah!kah!kah!

Ya..keep on blogging...Eh, siapa lak bapak kepada anak blog-blog ni ye? hahahaha... saja nak buat scandal....

Tuesday, May 1, 2007

Tak Faham


Hi! Ni Yuna sedang mengelamun? memikir? menyebok?...whatever la...k?

Di hari bercuti tak leh nak rehat langsung...ade je ngan agenda-agenda untuk hari ni. Bukan setakat "Things to do" tetapi siap ngan "Time Schedule" sekali. Adekala nak buat kerja-kerja tu serentak. Macam masak + mengemas + buat blog + cek forums + tengok emails + main games dalam satu pusingan serentak. Tak percaya? Mengarut? ha..tu mak Yuna tegur gak "Ape terlari-lari ni?" (sebab Yuna kejap kat dapur pas tu lari naik atas ke bilik, lari pi ke verendah, turun bawah lak pi dapur...hahahaha) "Ala...nak cek email jap sementara tunggu sup masak"..tapi tak nak citer yang Yuna nak pi menyidai baju gak. "Ha? mengarut je kau ni" mak tegur lagi. Itu semua tak kesah sangat sebab 'I'm a Wonder Woman!' selagi ade kekuatan wonder woman ni..kalau tidak, 'I'm a Lembik Woman' bila tenaga dah habis...dok rehat dan tidur memanjang. Semua ni...eeeee..pasal ape agaknye ha? Semua kes nak habiskan kerja cepat-cepat, pas tu concentrate kat PC buat kerja-kerja wallahuwaklam...to catch-up here and there. Nak chat ngan kawan pun dah jarang kini. Banyak research and banyak lagi nak mentelaah...Ya, ade satu blog tu...hari-hari Yuna dok baca nak memahaminya. Rasa cam nak hantar email je kat tuan punya blok tu...Wei..kata easy steps..tapi tak pon. Dah banyak nota-nota Yuna tulis untuk pertanyaan selanjutnya. GG pernah beritahu kat Yuna "Yuna, kalau you dah jumpa sesuatu pasal internet ni dan you faham...sebenarnya ade banyak lagi you tak tahu dan tak faham" Aiyoo..betul gak kata si GG ni. Makin lama makin banyak yang TAK FAHAM...hahahahaha...(rasa-rasa perfahaman dah campur aduk kot)

Ade kerja lain...bersambung jap lagi k...sabar...sabar....because I'm a wonder woman! Tak gitu?heheheh