Friday, June 29, 2007

Mana you pergi?


Yuna...I need you very much..mana you pergi ni?

Hari ni Yuna sebuk la..dah la hari ni last day ngan lady boss. Jadi banyak perkara nak diselesaikan. Pepagi lagi dah ade rakan kerja dok YM.."Yuna..I kena eksident..I ok but sakit sakit satu badan dan kepala..help!" Pas tu bagi kata nasihat kat depa. Cerita lak peranan kad insuran yang ofis dok bagi. Gi meeting lak, sebab Yuna ni key person dalam hal-hal pendaftaran perhimpunan agong akan datang. Balik dari meeting, baru ternampak message dari GG. Sorry lah..GG I wasn't around tadi.


"Yuna..are you busy?" Kawan dari Bangalore lak dok YM. Hmm..terpaksa la layan kejap dan bagi nasihat setakat mana yang mampu sambil buat kerja.

"Yuna are you ready?" Tercengang Yuna bila Shan, rakan sekerja, tiba-tiba muncul tanya persoalan ni. Jam menunjuk pukul 12:00 pm. Hari ni lady boss Yuna belanja staff dia makan tengah hari kat Restauran Sri Thai di PJ. Dah lama tak makan makanan Thai ni. Sedap tol!
Sampai ofis, terus online..kot-kot ada offline message dari GG sebab nanti pukul 3:30pm ade meeting lak lagi. Eeeee tak habis-habis meeting nih. Anand dari Bangalore YM lagi. Dia gembira kerana boss dia bagi dia balik awal, dah 10 hari dok kerja kerja kerja! Wei..manja tol si Anand ni. Hal ni pun nak beritahu. Yuna tipon GG lak sebelum meeting bermula.

GG: Mana you pergi ni sejak dari pagi?
Y: I sebuk la...pasal GA ni bla..bla..bla..
GG: Tak pe petang nanti kol 5 I call you (ada hal)
Ring!ring!ring!..ayah Yuna lak call. Pas tu masuk meeting..Huwah..!!!(menguwap) Wei...adess! mengatuk la.....kalau ade bantal dah tentu tangkap tidur ni...entah apa diorang dok briefing..ni dah sah makanan tadi banyak ajinomoto!!! Mak ooi...tolong..dah ngantuk ni tetapi terpaksa buat mata besar cam burung hantu! Dalam kepala zzzzzzzzz hehehehe
Anyway, wei..GG mana you pergi ni? Lama Yuna tunggu..meeting pun dah over! Whatever betul!

Thursday, June 28, 2007

Canon Rock! Tenko Rock!


Syed Ibrahim datang ngan letrik guitar dia lagi..baru balik dari jamming. Cita-cita dia nak jadi ahli muzik yang terkenal..huhuhu...Selamat berjaya lah, Ibrahim tapi pelajaran tu mesti di dahului dengan cemerlang.
"Yuna, dengar ni ye!" Tercengang Yuna sebab sebok je kacau kita buat kerja kat PC. Apa lagi..memekak lah satu rumah ngan lagu Canon rock dia. "Huhuhu..belum perfect lagi tu...!" kembang kempis hidung Ibrahim bila dia angkat bakul dia sendiri.


Pas tu Yuna ade idea, carik lak gitaris terhandal ngan lagu Canon rock. Wei...boing-boing-boing kepala Yuna dok dengar satu persatu lagu-lagu tu kat YouTube. Mesej kat YM 'Yuna sedang layan Canon Rock!'.

"Yuna..nak dengar saya main canon rock tak?" tetiba je keluar mesej di skrin PC. Terperanjat jugak...Rupa-rupa nya, Tenko, my Japanese Sarawakian! "Pasangkan speaker you tu..I nak cucuk elektrik gitar kat sound kad" Wuhoo...biar benar! bisik Yuna. Pas tu 'Ring!ring!ring!" Yuna sambut panggilan dia...wow! bukan saja Canon rock dok goreng...apa-apa permintaan dok goreng lagi tu walaupun ade yang separuh goreng hehehehe...BEST! TOL! LIVE ma..! Hey, Tenko-san bebanyak terima kasih la...u dok entertain Yuna. Jadi Yuna abadikan pemain "Clone the strokes" dalam Bisikan Yuna k!

Nak dengar lagu Canon rock? Yang ni la..pemilihan bagi Yuna. So enjoy
http://youtube.com/watch?v=m7Jh1BV1EOc
http://youtube.com/watch?v=owAj5LiXG5w

Tuesday, June 26, 2007

Cinta dan Kasih sayang


Kali ni topik pasal 'Cinta dan Kasih Sayang'.
Ade member dok tanya pasal ni dan nak pandangan Yuna.
"Yuna, macamana la..nak tahu tu cinta sejati?"
I pun pernah bercinta tapi nak cari cinta sejati ni hmmm susah nak komen tetapi la..Yuna rasa-rasa...ni pendapat Yuna K. Kalau korang nak komen sila kan ya.
1. Selalu ambil berat terhadap seseorang yang disayangi
Asyik nak tipon, SMS, YM, MMS je..hahahaha..pagi, tengahari, petang, siang..dan malam...
dah tak ingat dunia..dah jadi "Dunia korang berdua je la.."...betul tak?
Tu kira dah jatuh cinta la..tu...Bohong la..tu kalau korang kata 'Eh, tak de apa-apa la..kitorang biasak je"
Logik: I tak kuasa la...nak main tipon-tipon seseorang kalau tak de perasaan apa-apa!
2. Selalu memberi nasihat-nasihat dan panduan-panduan
Hei, you jangan la..buat ni atau buat tu..tak elok dari segi islam...Dah masuk waktu solat ni! Dah sembayang ke belum? Whatever la..nasihat-nasihat ikut sunnah nabi dan rasul.
Adess! tetiba lak jadi Tok Imam lak atau guru agama....selama ni tak kesah pun nak tegur sesiapa
Logik: Mak Ayah bagi nasihat pun tak jalan..hahahaha nikan yang tersayang dok bagi jalan...!
3. Terasa aman dan syok sangat
Dia seorang je yang boleh hilang keresahan dan debaran di hati. Rindu....setiap saat! Kalau boleh la...24/7 dok depan mata..padang memandang...dunia nak runtuh pun tak pe..asalkan si dia ade disisi. HILANG segala-galanya keresahan tu!
Logik: Takkan la..'keresahan' yang melanda di jiwa tu Mak you? atau Fasha Sanda atau mana-mana pop star la..!
4. Asyik teringat si dia
Bila nak mandi pun teringat..nak gi mana-mana pun teringat..nak pi bilik menung pun ..teringat
Teringat kat tuhan bila nak sembahyang je or bila di datangi musibah. Nak teringat kat Mak Ayah pun...ha bila perlu je..betul tak
Logik: Dah mabuk kepayang la..tu..tiada ubat bagi mu..pi kahwin la...
5. Segala rahsia diri nak beritahu
I ade tahi lalat di tepi bibir...huhuhu! Kelakar tak? Tapi it happens! memacam nak beritahu la..katakan. Tu lumrah la..sebab nak 'gain trust' dok kata orang putih.
Logik: Takkan la..korang nak beritahu segala rahsia diri mu kat kawan-kawan biasa..wei..!
6. Tangkap leleh
Citer sikit pasal sedih..dah nangis..eh, ni bukan citer pasal filem hindustan ye..ni pasal ade jiwa terusik la..awek ngan mamat. Tersinggung cepat tol! Nak manja-manja..like "Abang, tolong lah pujuk I" sebenarnya
Logik: Takkan lak you atau dia nak orang lain pujuk! Wei....!
7. Insaf
Segala kenakalan..dah tak nak buat lagi. Dulu suka usik-usik awek. Kini tiada lagi. Si awek lak, dulu ade calon-calon mamat. Kini tiada lagi. Perangai buruk pun dah buang..nak jadi baik. Best gitu!
Logik: Ke alam dunia baru! Nak jadi orang baik-baik sebab niat murni.
8. Tak pandang orang lain
Kalau la..ade ternampak awek lain pakaian terdedah dan seksi...pandangan tu sungguh menjelekkan. Si dia jugak yang cantik dan berseri.
Logik: Siapa lagi yang cantik berseri sebab si dia yang tersemat di hati..betul tak
9. Cemburu!
Cemburu la..kalau orang lain dok kacau-kacau si dia. Dah tentu sifat Superman tu timbul nak 'rescue' Lois Lane!Wuhoo!
Logik: Takkan dok diam je..kalau tersayang di ganggu dan di hantui oleh orang lain
10. Bersusah payah
Sanggup bersusah payah dan berkorban untuk si dia. Berkorban wang ringgit dan masa.
Anyway...perkara yang susah dah nampak tak susah..sanggup segala-galanya mengharungi pahit maung untuk menyenangkan si dia..
Logik: Susah senang bersama tu dah ada dalam kepala..huhuhu..betul tak?
Wei..panjang lak Yuna dah tulis ni. Penat tau! anyway, tu pasal kalau dah jatuh cintan la..
Pasal bagaimana nak tau cinta sejati dan adakah ia pasangan hidup anda?
Yuna rasa la..sama-sama berkorban untuk menuju ke gerbang perkahwinan..ikhlas dalam perjuangan ni dan sama-sama sanggup mengharungi pahit maung kalau cinta terlarang la..(mak ayah tak setuju), sama-sama sanggup menerima pasangan yang seadanya...baik buruk seseorang, sama-sama trust and respect, sama-sama cinta dan sayang, sama-sama merancang untuk kebaikan masa depan....insya'allah tu lah cinta sejati dan pasangan hidup anda.
Nak hidup bersama sampai akhir hayat? ikut contoh mak bapak kita la..bagaimana diorang leh bertahan k!

Monday, June 25, 2007

Dok Borak Day!

Cak!

Semalam tak ade internet connection kat ofis...boring betul! Ade masa IE ok... pas tu tak ok...pas tu ok...pas tu tak ok, lewat petang baru ok. Nasib baik la..hari ni ok. Boleh mengemaskini blog-blog Yuna. Tapi hari ni lak YM asyik DC aje...sedang text..DC...wei..berapa kali nak re-text nih?

Tengahari tadi borak-borak ngan webmaster ngan seorang client ni, Benjamin. Kitorang do borak-borak pasal PS dan PS2 games. Wuhoo! Pas tu dia ternampak blog Yuna lak. Masa sedang buat blog 'Yuna loves ALIEN movies' http://alienmovies-ff8yuna.blogspot.com/ ..apa lagi pekpokpekpok pasal blog-blog la...Rancak kitorang berborak sampai tak ingat dunia, tau-tau dah pukul 2:15pm. Eeeee cepatnya masa berlalu...sebab benjamin ade temujanji kol 2:30pm...apa lagi sambung borak le..hahahaha...ishk!ishk!ishk!

Hi!


Hi!
Harap-harap minggu ni ceria sikit. Nak dengar cerita yang best-best je. Tak nak dengar cerita-cerita yang membingungkan kepala.
Di ofis hari ini, Yuna di kenalkan ngan lady boss baru Yuna, Mary dan Penyelia Sistem Informasi baru, Alvin. Yuna akan berkerjasama ngan Puan Mary mengenai penyediaan musim Perhimpunan Agong Organisasi Penyiaran di seluruh Asia-Pasifik. Musim sibuk dah nak bermula...eeeeeeeee!
Masa berlalu ngan pantas dan banyak perkara-perkara berlaku dan dipelajari. Yuna redha semua tu dan juga berterima kasih ngan kawan-kawan yang membimbing Yuna selama ni. Thank you guys dan juga, Nur! Dah lama Yuna tak kontek Nur ni. Jangan marah Nur, truelly, I'm so busy of late....sekarang ni pun tengah 'rushing' sebelum bulan Julai tiba. Eeeee, Julai is just next week! Whatever...you all jangan lupakan Yuna dah la...ye!

Saturday, June 23, 2007

Click!

Hello GG

Thanks la..bebanyak, Yuna feeling better today. Baru you tau ye camner 'kegilaan' Yuna selama ni. Teruk kan? Hahahaha...Apa? You kata I lagi teruk dari you? Kalau lama-lama pendam ade masa dah nak jadi time-bomb la tu... My big blue bubble dah burst! I am Free once again. Yippy!

Tu gambar kat atas khas untuk 'Clickers'...tak ingat kat mana I dapat. Just nak abadi kan date Clickers ni sebab satu date ngan click that time-bomb! hahahaha...Yuna akan fikir mengenai nasihat-nasihat you tu. Fikir pasal cadangan Riz dan juga fikir pasal move-on tu. GG, Yuna harap bulan Julai ni ada kemajuan sikit lah...dari segi 'income' dan perjalanan hidup ni.

I'm ready to work harder dah ni! Can you? Kira Yuna lebih fokus!! Nak pergi German ke New Zealand? Will you help me? Smooochie!!!!http://youtube.com/watch?v=ZItssJugxJk

The Ghost of Riz

Layan MCR! Sampai pagi!



The Ghost Of You Lyrics

Friday, June 22, 2007

Dunia Yuna

Hari ni Yuna ambil cuti separuh hari. Ade temu janji ngan Riz yang baru tiba KL pada hari Rabu hari tu. Kami ke Monte's di Bangsar, order Fish n chips! Teringat kesah-kesah lama mengenai lunch date kami dulu...ya,Fish n chips. Masa cepat berlalu betul! Dah nak masuk 4 tahun kami tak berjumpa. Kali ni berjumpa terasa cam first dating la..macam dulu-dulu. Malu..tersipu-sipu, bertanya pun slow je..hahahaha...apa da...

Kitorang mula-mula ok, tapi berakhir ngan bersedih-sedihan. Riz tak sangka pemergian dia hanya memberatkan lagi keadaan. Dia tak sangka perubahan itu tak mencerahkan dunia Yuna. Dia sedih betul ngan apa Yuna mengharungi 'whatever' (rahsia) sorang-sorang. Dia tak mampu nak pujuk Yuna lagi. Dia mengalah.
R: Yuna beri lah saya sedikit ruang dari mu
Y: Ruang itu persahabatan kita

Wednesday, June 20, 2007

Nenek Final Fantasy!


Ring!ring!ring! "Hello, Yuna! I've just arrived, am waiting for my luggage bla..bla..bla.."
Dah sampai pun! (Riz, baru mendarat from outerspace...sebab lama tol nak sampai Malaysia!)
Masa tu sedang online ngan GG...tengah geram kat dia tu...eeee tak habis-habis ngan perangai buruk dia malam sebelum tu. Kengkadang perangai dia ngan Riz ni sama je....sesuka hati diorang je. I tahu lah korang tu busy gila tapi I ni bukan 'Lady-in-Waiting' tau! I ni jenis 'Tak janji maka tak kesah' tapi yang buat janji ni bukan I but diorang gak. Tu la..ishk! you guys jangan la..cakap sedap mulut je..Think wisely, man!

Malam tadi, helping GG ngan kerja jap. Tak leh online lama-lama sebab dah janji ngan nenek tengok movie Final Fantasy 12 (Demi allah la..). Ya! hahahaha nenek I tu..dia layan je Yuna ni. Wa..ramai gak YM malam tadi...sampai kat gmail pun orang dok cari. Aduh! Oh ya..Hello Naqi! Thank you for the MCR's song 'The Ghost of you'. http://youtube.com/watch?v=7sJqEccwliQ "Mak! jap ye! ade lagi sikit ni!" Yuna panggil nenek, Mak, sebab dia bela Yuna sejak baby lagi. Wei..penyabar tol nenek Yuna ni. Dok di tepi katil sambil memerhati Yuna 'tip-tap-tip-tap' keyboard dan on call ngan GG.

Ring!ring!ring! "Hello Yuna..its me again. Just want to talk before 'crashing' bla..bla..bla.." Mana satu lak nak layan ni..kat YM , kat Gmail, kat handset dan juga kat katil I ni, my nenek! What a night! Selepas bye-bye semua..Yuna nekad to off computer. Kesian GG, entah mana dia pergi sebab Yuna tak leh nak tunggu sangat. "Sorry dear! ade date ngan nenek ni! Tak baik buat orang tua menunggu lama-lama sangat. Sorry satu lori k?"
Y:Mak! Ni la FF12...cam citer The Advent Children dulu tu..."
N: Oh...! Gambar orang-orang tu lawa-lawa ye? cam betul-betul! (nenek senggih)
Y: Ha..ni laki dia..nanti dia mati lak..yang ni lah orang dia suka kat Queen ni nanti
bla..bla..bla..bla..(Dok cerita kat dia sebab citer dalam bahasa jepun tapi ade subtitle, Adess!)
N: Apasal lak cakap cina ni?
Y: Jepun la..mak oi! (Adess!)
Pas tu too tired to talk lak..entah bila la..Yuna zzzzzzz
Tau-tau je nenek pun dah balik ke bilik dia zzzzzzz. Yuna tutup DVD tu dan sambung tidur. Letih dan ngatuk tak terkata malam tadi. First time Yuna lentok habis!

That is MY nenek...anything for her beloved cucu! Final Fantasy pun Final Fantasy la...dia dok sentiasa support Yuna ni...Whatever For Yuna! Hei..Mak oi! Mak oi! I Love you! Mana ade di dunia ni nenek Final Fantasy? Ha..tunggu I jadi nenek lak, berebut PS30 ngan cucu lak! hahahahaha...eeeeeee....

Arah tujuan

Huhu..jauh perjalanan naik chokobu!

Eh, betul ke perjalanan ku ini? Tengok map sekejap..tak de? GPSR? Ada pun..nampak tak..peta kecil kat gambar di kiri ni? hahahaha...

Tanpa panduan hilang arahan. Pastu nanti hilang akal dan kemudian putus asa dan putus harapan. Eeee takutnya!
Bila main game-game ni, map GPSR tu penting..bukan setakat nak naik level je. Maksud Yuna, dalam perjalanan hidup ni panduan dan dorongan tu penting bukan setakat banyak ilmu pengetahuan je. Kalau setakat "Tau takpe" tapi tak buat apa-apa sebab mempunyai sifat "Nak buat apa ye?" hasilnya tak jadi apa-apa.

ok tak nak cerita panjang-panjang. Kalau ade kemahuan di situ ade jalan, orang dok kata. Tetapi kalau kemahuan tu lak di selit ngan dorongan yang ikhlas dan panduan yang jelas, isya'allah semuanya berjalan lancar. Kalau tak, kabur je perjalanan tu...jadi lambat sampai la..destinasi tu.

Apa? Kalau naik chokobu? Wei...burung tu pun tau penat la...kalau kau bagi dia jalan-jalan, berpusing-pusing tak tentu arah! Naik kereta pun minyak boleh habis tu...
Jadi, moral of the story...jangan hilang arah tujuan dah lah..jom naik chokobu!

Monday, June 18, 2007

Rileks Yuna rileks!

Rileks Yuna..rileks! Pi main bubble tu!

Kenapa ni? Tak ceria? Ade problem ke? GG dok tanya
Camner nak ceria..I dok fikir bebanyak nih sampai gelisah tol.

Bila time camni (perjumpaan hari Jumaat ni)...mula lah I rasa tak menentu arah..kecut perut sampai sakit perut. Pi kat YouTube dengar lagu merepek-repek sampai naik boring. Nak buat kerja-kerja blog pun tergendala.

Selain menghadapi hari Jumaat ni, ada lak masalah ngan lady boss I ni. Sejak nak berhenti kerja..memacam lak permintaan yang bukan-bukan. Rasa-rasanya sebab I tak bagi perhatian kat dia kot. Sejak kebelakangan ni persahabatan kitorang cam renggang. Kitorang ni dah lama kenal dan rapat lak tu...tapi ni perangai Yuna lah...sekali je seseorang hilang kepercayaan ..habis semua ikatan persahabatan. I ni kuat merajuk kot? Camner tak merajuk. Ade orang cucuk dia..pas tu dia lebih percaya kat orang yg dok cucuk dia. Lantak dia la..kalau suka di tikam banyak kali. I tak rugi pun....Bila tiba masa lady boss I berhenti hujung bulan ni..Yuna nak tengok si tukang cucuk tu...kalau lah..dia nak rapat ngan I..Sorry satu lori!Pi cari kawan sendiri! Dia belum tau lagi ...yang I pandai main pedang! Squall (FF8) pinjamkan I Gunblade you tu!

Walau camner pun...I kena fokus sikit. Nak selesaikan masalah ni satu per satu. Buat masa ni cuma ade 2 saja. Masalah Lady boss..tu kacang je. Tinggal masalah ngan si Riz ni. Whatever..ia akan berakhir minggu ni. GG, Yuna dah kata dulu...susah nak berkenalan ngan orang yang sibuk dan popular...lama-lama makan diri tau! Tu la..ada couple of guidelines Yuna dok pegang sampai hari ni. Aduh!! masih sakit perut ni......

My Chemical Romance - Famous Last Words

Go! My Chemical Romance....Give me your Famous last words!




Famous Last Words Lyrics

Menghitung hari


"Would you come here?" dok bermain di minda setiap hari.
Dah lama tak dengar suara si dia but minggu lepas..Adoi!! mula-mula ok pas tu cemas lak.
How I wish la...perjalanan hidup ni senang je. Semua ok. Maksud I dari dulu ok..no hal. Hmm...mimpi siang hari!
Eeee terasa cam kecut perut bila memikir dia nak datang ke KL. Dah 3 tahun tak bersua tu...dok berdiam diri...pelik tol kan? Mungkin dia nak tengok kedegilan I kot? Atau mungkin dia nak tengok sejauh mana Yuna melangkah. Hahahaha... Yuna pun begitu. Kitorang ni sesuai ke? Degil betul la..kitorang nih! Both pantang di cabar..tapi yang selalu mengalah..Yuna aje. Eeeeee! I got a point here to tell him so! Just you wait Riz!
Minggu ni menghitung hari. Dah kecut perut sejak hari Jumaat minggu lepas. Adoi..tak pernah dok sakit perut, pedih hulu hati dan tak ada mood langsung. Mak lak dok kasi Yuna minum 'Eno' lak. "Hei..jangan asyik minum air sejuk je..tu la..asyik perut kembong!" mak Yuna dok leter...
Alahai...if only dia tau kenapa lak I cam tak sihat ngat minggu ni."Wei, Yuna!! mana wake up song you tu? 'Callings' dari Advent Children". http://www.youtube.com/watch?v=ZItssJugxJk
Ok lah..Yuna nak pi tengok Cloud-san dan dengar lagu tu jap. Moga-moga hilang rasa cemas dan kalut di dada nih. Eeeee GG HELP!!!!

Saturday, June 16, 2007

Selamat Menyambut Hari Bapa


Esok 17 Jun...Hari Bapa!

Hmmm...apa nak buat ye?
Yuna ni tiada abang atau adik lelaki. Kami berempat semuanya anak-anak perempuan kepada ayah. Yang paling rapat sekali ngan ayah ialah Sis Anie...sebab mulut dia becok..kaki borak! Borak apa-apa topik semua boleh masuk. Pandai mengambil perhatian semua kaum keluarga dan whoever la.... menetap di Saujana Impian, Kajang. Yang lain-lain anak ayah hmm...kureng sikit tapi ok, Sis Anna di Palong 2, Negeri Sembilan dan Sis Zaza di Bertam Jaya, Melaka. And me, Sis Yuna hahahahahaha di KL...yang PALING berat mulut! Ngan ayah..bercakap bila perlu aje...sebab cam 'Eh..? apa nak borak ye?' but I respek dia la..as my dad!
Who is not ye?
Kengkadang malam minggu Yuna online sampai pukul 3 atau 4 pagi ngan kawan karib...pasal kerje-kerja, blog dan merepek-repek pun ada. Ada gak kitorang cabar siapa yang nak pi tidur dulu...dah tentu la..Yuna menang. Hehehheh! Oleh kerana gila-gila buat blog-blog, kerap lah lewat tidur, ayah Yuna buat spot check...Adess! kena marah le...!! "Pergi tidur! Awak tu bukan nya sihat sangat. Esok nak kerja ..bla..bla..bla.." You see...dalam diam-diam my dad prihatin jugak orangnya. HE knows....!!!
Kalau Yuna di hospital, dia lah yang kerap mengunjungi Yuna walaupun kitorang cam "Eh, apa nak cakap ha?"

Kehadapan walid, Yuna minta ma'af dan ampun atas segala dosa-dosa Yuna. Jangan berkecik hati jika Yuna kurang sikit berkomunikasi ngan walid. Yuna memang tak reti nak berborak atau bercerita sangat. Yuna rasa walid pun tahu, tu memang sifat semulajadi Yuna. Apa taknya..I'm one of your girls! :) Happy Fathers Day, Dad!

Friday, June 15, 2007

Perkahwinan...sudah kah anda sedia?


Pepagi buta dah hantar message cam "HELP! Yuna, awek suruh masuk meminang cepat la...!" Lor... ingatkan dah mabuk cintan, dah naik angau la.., dah terasa yang si dia ni memang sesuai habis la..
"I need your advise! Please...!"

So kali ni Yuna nak cerita sikit la..kat teruna-teruna yang rasa-rasa dah bersedia atau belum bersedia dan juga kepada diorang yang baru berkenalan ngan pasangan yang rasa-rasa..ini lah Miss Right!
Sebelum jumpa Ms right or mencari-cari Ms Right, tanya diri anda tu dulu
1. Dah terasa masa ke untuk berumah tangga?
2. Umur?..masih muda lagi..dah terlajak 40 ke? or just at the right age..sedang ranum!
3. Bekerja?...kalau tak, camner nak bina keluarga ya...
4. Nak cari sendiri or keluarga cari kan?
5. Perwatakan si gadis yg ideal? Ikut selera masing2 la...
6. Dah tanam diri ngan ilmu2 agama?..asas agama pun alhamdulillah..kalau terrer lagi bagus
7. Dah tahu ke tanggungjawab sebagai suami? bapa? bukan monkey-monkey...
8. Dah tahu ke hal ehwal wanita....(tang ni semua mamat dah pass kot...very naughty nyer!!!!)
9. Ade plan-plan masa depan?
10. Dah ade persediaan $$$ utuk... masuk meminang?
11. Tahu akan sifat anda..yang baik dan buruknya (yang buruk tu..cuba lah ubah)
12. 100% dah bersedia habis! Memang nak kahwin la..ni?

Kalau semua di atas tu ok je...korang proceed la...
Cari gadis-gadis yang baik-baik, sesuai dan di idamkan untuk bernikah
Jangan lak..dah berkawan lama-lama pas tu tak jadi dengan alasan belum bersedia
sebab masih muda la..persediaan diri tak sempurna la..belum sampai 30 la...keliru la...ade girl lain yg dok syok sama la...duit tak ade or tak cukup!
Kesian..gadis tu..yang mengharap sangat rupa-rupanya tergantung separuh jalan. Hati dia pun kecewa gak macam terasa di permain-mainkan. Mula frust menonggeng awek dan mamat cintan ni.

Kalau belum lagi nak melangkah ke jinjang pelamin, jangan dok layan perasaan angau tu...
kawan la..dulu, kumpul lah duit tu...fokus la..perjalanan hidup anda tu..walaupun tak cukup $$ lagi, beritahu si gadis tu keadaan yang sebenar...sanggup tak dia tunggu? Kalau sanggup..alhamdulillah. Tu pengorbanan si dia yang mencintai you habis-habisan. Tapi jangan lak sampai 5...6...10 tahun! gila ka? Mana lak tau ...dalam penantian yang lama, si gadis di kahwin paksa ke...atau ade mamat yang lebih hensem, berloded, baik dan penyayang...aduh!! padan muka korang!

Pendek kata, kalau betul-betul lah...dah bersedia, walaupun umur muda at 21...go ahead please!
Kalau tak lagi...jangan bermain api dari mula-mula lagi akibat nanti membakar diri.....!!! Adess!!!
Hei...camner la I leh jadi penasihat ni..yer?

Wednesday, June 13, 2007

Final Fantasy VII Advent Children - One Winged Angel

Nah...ini battle scene dari the Advent Children (FF7) ngan iringan muzik One Winged Angel...Sephiroth la tu! Best tol! Terasa cam Cloud lak (hero) fighting ngan the villains. That's me, Yuna! I'm a gamer! Boleh menyelami watak apa-apa pun bila dok main PS2. Hmmmm.....I feel fine already!!!!! Kalau you nak tau my head yang full of Final Fantasy, sila tengok video clips ni la...kalau tak nak...tak kesah pun...k?

Tuesday, June 12, 2007

I miss you 'Yuna'!


ARRRGHH!!!!! I nak FREEDOM!!!!!! Free my mind!

Eeeeeee minggu ni apa la.....dah tak tahan lagi dibelenggu kesah-kesah lampau. Ni dah melampau! I nak 'Yuna' yang dulu..bebas ngan idea-idea di kepala. Terasa makin lama makin sempit dan susah nak bernafas dalam dunia Yuna yang semakin mencabar.

Malam tadi satu idea pun tak keluar bila nak buat posting kat Bisikan Yuna dan Yuna Sphere. "Ini bukan you la..." bisik hati ini. Pantang je bila sebut nama seorang tu...down habis! Malam tadi Yuna menyingkap balik penceburan diri Yuna di Cakapgold! Ia bermula dari situ. Menari mengikut rentak dan irama sendiri sebelum di pimpin menari rentak dan irama Cakapgold. Dalam kelekaan di perhati, di uji mungkin diragui, di hantui, di singkapi, di kupas, di whatever lah...dah macam-macam cara Yuna cuba menepis kerakusan dunia internet ni. Dalam diam-diam kesedihan bercampur baur kerinduan...susah nak explain, tak boleh layan sangat perasaan hiba sekarang ni.
Petang semalam berkenalan ngan seorang pemuda dari RTM Kajang. Itu pun secara kebetulan dia nak berjumpa kerana hal-hal official. Berbeza rasanya berkenalan ngan sesiapa di internet sebab dah lama tak berkenalan secara bersemuka atau secara spontan. Mungkin sebab hati tak nak memberi ruang langsung. Sebab takut! Semuanya takut dan kalut! Bezanya Yuna tak perlu berselindung, terasa free betul...dapat baca perwatakan orang tu dari airmuka dan gerakgeri dia. Tak perlu gabra...dia yang gabra hahahahaha...seronok? Yes!! Tapi tu tak bermakna I dok nak jumpa sesiapa kat internet ya...
Masih lagi tak de mood. Kawan baik dah sedaya upaya nak menghiburkan hati ini. Dah tak boleh nak selindung dari dia. Mungkin dia pun bingung. Sorry la....Eeeee whatever betul la...!!!!!Whatever, jangan sebut-sebut nama sorang tu....jangan kata that I dok chat je..dah bebanyak kerja dok buat...I nak 'pause' kejap...Free my mind and go back to Happy-Go-Lucky girl once again. Yes! go back to 'Yuna' , the Final Fantasy Girl. Tak kesah la..kalau korang tak minat FF...
I miss you 'Yuna'!!! :)

Monday, June 11, 2007

I hate him so!


Menyingkap sejarah lama.
Luka lama berdarah kembali.
Susah betul nak ubat hati ni ye? Ingatkan dah 100% atau 200% lupa kesah-kesah lalu. Ingatkan nak tolong kawan..lain lak jadi nya.
Dah 2 hari berendam air mata. Dah dengar lagu Final Fantasy bertalu-talu. Eee kecoh dan leceh betol! sampaikan kawan baik dok bagi support habis dah..masih tak boleh nak 'block' minda nih. Sampai je ofis, bukak lagu 'Calling' dari The Advent Children...pun tak jalan-jalan. Mata dah bengkak habis. "Aiyoo!!!!Yuna!Yuna! apa nak jadi you nih?" bisik hati ni. Pi dengar lagu M2M Pretty Boys kat Cakapgold..baru lah reda. Apa tak nye...mata dok tengok-tengok hero-hero Final Fantasy Cloud, Squall danTidus....all those Pretty Boys...Hmmm...."Yuna! Yuna! apa dah jadi ngan you nih ye?" fikir kembali. Pas tu buat blog khas untuk Final Fantasy 8...konsentrasi habis..! Baru perasaan ni reda...rasa GERAM terhadap diri ni pun ada. "Yuna!Yuna! apa hal la..dok fikir-fikir kesah lalu tu? Move on lah...! Dok suruh GG to move on..pandai tol!" bisik hati lagi. Eeeee geram tak terkata dah nih.
"Memang dah move on la...GG pun dah move on...tu si mangkok tu dok menjelma lak..kita tak jemput la...!!! Dia datang sendiri!" jerit batin ni.
Y: I Hate him! I hate him! I hate him! I hate him!
G: Ya, I hate him too! (dok beri sokongan lagi)
Hei, Thanks lah GG. You nih tak muak-muak tolong Yuna ni ye. Susah tol nak dapat kawan seperjuangan yang prihatin dan memahami. Yuna dok sokong dia ngan teman baru, dia dok sokong Yuna lupa teman lama. Baru teringat pasal lagu "I don't love you' oleh My Chemical Romance. Nak pi dengar lagu tu bebanyak kali lah.

Saturday, June 9, 2007

Morib


Hari ni konvoi gi Morib. Ade majlis perkahwinan sepupu Yuna sebelah Raja lak. Yuna kureng sikit bergaul ngan saudara-mara sebelah mak ni sebab jarang berjumpa. Yang kenal pun segelintir aje.
Sampai Morib pukul 1:30 tengahari. Ramai yang datang bertandang. Semasa sampai lagu-lagu Kelante lak berkumandang. Hairan gak Yuna sebab diorang ni kaum kerabat Selangor (??)...mungkin satu lagu kot..bisik hati Yuna. Makanan yang dihidang best-best belaka. Terasa nak pi dua kali round pas tu "Hei! Fatiah..ape you ingat ni restoran ke?" celoteh Syed Faizal kat adik dia...kitorang tergelak! Alamak, tak jadi nak buat makan second round...Adess! Nanti kena sindir lak....
"Yuna ni n'da bla..bla..bla..tu nenda bla..bla..bla..yang ni bonda bla..bla..bla.." Makcik Yuna perkenalkan sebab Ayah dan Mak Yuna tak ikut sama. Glamour tol pakaian makcik-makcik dan nenek-nenek kaum kerabat ni ye..."Gong!" terdengar lak bunyi gong. Memacam lak adat diorang ni. Pas tu terdengar bunyik kompang lak dan lagu selawat nabi berkumandang lak. "Ketibaan pengantin lelaki YM Raja bla..bla..bla..dan pengantin perempuan Cik Puan bla...bla..bla..dari Kelantan..." La..padan lah lagu-lagu dari tadi semuanya lagu kelantan...tergelak Yuna! Teringat kat GG lak..pasal dia pun orang kelantan yang Yuna kenal. Molek gak pengantin pompuan. Bunyi gong lagi...(berapa bunyi gong da...), MCee dok persembahkan whatever here-n-there (Mak ooi!).
Selepas tu, kitorang konvoi gi Pantai Morib lak...air pasang! jadi cita-cita mencari kepah terbantut. Kitorang jalan-jalan makan angin. Yuna perhatikan Syed Shahrol ni (23 tahun) sudah menampakkan kematangan dirinya sejak dah bertunang nih. Dah tak gila-gila macam dulu lagi.
Sh Aminah:Bila perkahwinan you ni, Shahrol?
Sy Shahrol: Bulan Disember, Insya'allah
Sh Aminah: Tariknya la..dol!
Sy Shahrol: Entah..tahun entah but Disember! hahahahaha!!!!
(Kenakalan Shahrol ni...masih tahap tetap dahulu lagi!!)
Sy. Shahrol: Yuna, senyap aje..? I cam dulu lagi la..heheheh...(bisik Sharol)
Yuna senyum je...sebab kitorang ni memang kamcing dan kaki bergurau...tapi sejak dia dah bertunang ni..lain lak rasa kali ini....rasa sepi cam tak best la..bergurau ngan tunangan orang...alamak..esok dah jadi laki orang camner lak..ye?
Sy Shahrol: Wei..! apa ni? (sambil menepuk bahu belakang Yuna) cakap la...!
Tersedak Yuna ketika sedang menghirup air kelapa sambil melamun kat laut Morib. Teruk tol si Shahrol ni...Thats my best cousin....eeeeee I'm going to miss him!!! dah terasa dah ni eeeee....(sedih!)
Masa perjalanan balik kereta Shahrol dok main potong-potong (drift) ngan kereta Yuna. Hei..malas nak tengok air muka dia ketika dia memotong sambil "pin!pin!pin!" dok hon. "Ape gila ka..Sharol ni?' Syed Izman dok bengang sebab dia yang memandu kali ni. Whatever! Yuna nak zzzzzzz....

Thursday, June 7, 2007

To peep or not to peep! That is a question!

Camner rasanya kalau diri di teropongi? Takut? sedih? terluka?
Semalaman I dok terfikir hal ni....

"Yuna, I nak tunjuk you satu link ni...adakah ini you?"
Walau pun link tu bukan dan salah....terasa gak kecewa walaupun dia beranikan diri untuk memberitahu secara jujur.

"Wei...asyik pompuan je selalu yang kena!"
Terasa minggu ni cam bertubi-tubi kaum Adam cuba nak membuka ruang tingkap Yuna. Terasa nak muntah! Sesak nafas cam lemas dan lemah tol. Sedih! sedih! sedih! "Apa I dah buat ni ha?" Minda bermain-main di kepala...Pas tu senyap dan sunyi sepi...Hmmm, memang I suka low profile sebab cara begini I'm FREE! I senang befikir dan banyak idea-idea yang tertanam pun mudah nak diperkembangkan. I tak suka terikat...Yuna nak kebebasan sebelum ia hilang dengan batasan-batasan. Bukan bebas nak bersosial ya...nak bebaskan jiwa Yuna ni selama ni terperangkap dengan pandangan yang sengkat..orang kata ikut hati mati!

"You pernah tak tengok citer Spiderman dok sorang dalam bilik termenung jauh?" ha..cam tu la...jiwa Yuna sebelum ni. "But I'll be fine..Don't worry!"
Sejak kebelakangan ni.."Yes, I'm happy...gelak memanjang" Yuna rasa kaum keluarga Yuna pun dah perasan sampai mak bertanya "Apa yang funny tu?"
Padahal perkara tu tak funny tetapi dapat menilai atau melihat perkara disebalik lindungan tu..the funny side! Dada terasa lapang dan tak kesah hal remeh-temeh lagi....Entah lah..tak reti nak explain lebih lanjut...pendek kata, pandangan Yuna kini luas terbentang dan jauh.
Ade satu malam, Yuna bermimpi akan arwah Atuk Yuna. Muka dia berseri sambil senyum. Pas tu menunjuk ke arah satu jalan yang lurus sekali di tengah-tengah sawah yang menghijau. Baru Yuna perasan keadaan sekeliling, Yuna berada di sebuah kawasan yang sungguh indah sekali, pohon-pohon berwarna-warni..tak terkata..pas tu terlihat jalan yang lurus ke arah satu cahaya yang terang benderang macam sebuah perkampungan. Semasa mengikuti atuk, Yuna terjatuh di batasan....padangan terus hilang dan gelap...terjaga dari buaian mimpi. Terasa rindu...sangat kat atuk! Yup..menitis air mata masa tu...begitu lah pandangan Yuna kini...luas dan terbentang!
Harap-harap tiada lagi Mat skodeng atau Mat yang dok cabar akan diri Yuna ni. "Just let it be ..please!" or "Just leave me alone!" The choice is in your hands.

Tuesday, June 5, 2007

Buaya darat!



Jangan sangka air yang tenang tiada buaya!

Memacam cara kalau si lelaki 'sicko' nak berkenalan ngan si pompuan. Manis nya bahasa dia berbicara. Memacam soalan dok tanya. Soalan yang patut awek jawab! Uwekkk! Kalau tak jawab..nahas! Kalau tak layan pun...nahas! Kalau tak mau dengan alasan dah berpunya...lagi nahas! Wei...apa korang ingat semua awek dok nak layan lamunan sang buaya ke? Tak semua la....nasib la...kalau jarum tak dapat nak jalan. Tapi jangan lak nak marah-marah, mencaci, mencarut, menuduh yang bukan-bukan. Orang dok cakap "Tak kenal maka tak cinta!" ...so I tak kenal you dan you pun tak kenal I. No hal-nya! Dengan menuduh yang bukan-bukan sebab tak dapat perhatian..itu pun dah mencerminkan wajah dan perwatakan kamu yang sebenar tau! Eeeee malu lah sikit!

Maaf lah kaum Adam kalau Yuna dok berkata begini. Bukan semua cam ni. Ade segelintir ni je..Buaya Perasan! Yuna ade gak berkawan dan berkenalan ngan kaum Adam ni tapi tak semua Yuna terima sebulat-bulatnya. You all pun cam tu jugak kan? Kita berkawan tengok orang gak...kalau tak binasa diri nanti.

Teringat kesah Sang Kancil ngan buaya-buaya lak....hahahahaha... :)

Sunday, June 3, 2007

Musim orang kahwin

Musim cuti sekolah boleh dikatakan musim orang kahwin.

Pada hari Sabtu, Yuna pergi ke majlis perkahwinan kawan lama Yuna di Taman Dagang, Ampang, Kuala Lumpur. Semasa mencari-cari rumah pengantin, Yuna perasan terdapat beberapa papan tanda arah ke rumah pengantin.Wow, ada lima! Salah satunya 'Aiman & Zalina'. Yuna ikut je papan tanda tersebut hingga ke satu destinasi. Ramai juga yang bertandang ke rumah Zalina ni. Yang paling menghairan sekali, papan tanda 'Aiman & Zalina' betul-betul terletak di perkarangan rumah pengantin tersebut tetapi menunjuk ke arah lain. La..rupa-rupanya Yuna dah tersalah rumah bila bertanyakan siapa pengantin tersebut. Geli hati rasanya tapi nasib baik belum duduk menjamah makanan. Adess! Walaubagaimanapun, akhirnya sampai gak tempat yang nak di tuju. Terserempak ngan ramai kawan-kawan lama...dok bersembang ngan diorang.

Semasa dalam perjalanan pulang, Yuna ternampak satu pengantin lelaki dan rombonganya yang nak bertandang sedang sibuk mengenakan pakaian pengantinnya berwarna unggu. Hahahaha kelakar betul bila menyaksikan si pengantin sedang mengenakan baju songkek unggu dia di tepi jalan....apa la...! Tak jauh dari situ lak , Yuna ternampak khemah bermotif putih dan unggu...lagi Yuna tergelak sebab sampaikan khemah pun nak sama warna ngan pakaian pengantin. Pas tu Yuna terfikir lak pasal kawan Yuna tadi.....hahahahaha...kedua-dua mempelai tu ngan pakaian songkit kuning...khemah pun bermotif putih kuning. Aduh gelihatinya tak terkata...hahahahaha..tergelak sepanjang jalan.

Hari ni Yuna bawa Sis & keluarga dan juga nenek Yuna ke Senawang ke majlis perkahwinan gak. Tu kira pangkat Pakcik angkat Yuna la...dah lama tak jumpa tu.... Arwah Atuk dan Nenek Yuna dulu ada anak angkat. Hari ni majlis perkahwinan anak lelaki dia la...Nenek Yuna sungguh gembira sekali. Adik beradik Yuna pun ada kat sana. Kitorang berkumpul dok pekpokpekpok sebab dah lama tak berjumpa gak. Tak lama kemudian kedengaran bunyi kompang berkumandang. Tebeliak mata Yuna! Yuna tergelak la...tak leh tahan tol! Adik beradik Yuna pun kehairanan.....Nak tahu apa warna khemah diorang? Putih dan.....oren! hahahahaha...jadi you all tahu la...baju pengantin warna apa kan..HAHAHAHAHA...Adess!!!!! Kelakar nya....tak terkata!

Tak caya? Lain kali bila pi rumah orang kahwin tu...cuba tengok warna khemah diorang. Warna baju pengantin sama tak? Aduh....masih tergelak mengenang hal ni...!!!

Saturday, June 2, 2007

Chokobo

Nak naik Chokobo?

Dah tentu korang terpinga-pinga apa tu Chokobu.
Bagi peminat-peminat Final Fantasy, chokobo bukan lah satu perkara asing lagi. Chokobu adalah burung besar yang berwarna kuning. Tiap-tiap game Final Fantasy ade mini game chokobu. Best gak! Dalam mini game ni pulak ade lagi hunting game di mana kita kena buat treasure hunt lak. Selain daripada tu, ada perkhidmatan menaiki chokobu untuk ke destinasi tertentu. Ada naik free dan ada yang kena berbayar. Selalunya naik free la....

Teringat gak dulu masa berkenalan ngan sorang tu.
Yuna: Nak makan Chokobu?
Orang tu: Apa tu Chokobu?
Yuna: Lain kali lah I tunjuk you gambar Chokobu k
Orang tu : ????
Hahahahahaha ......best tol bila terkenang hal ni!

Friday, June 1, 2007

3 tahun dahulu



Tengok ni? Ada nikmat ke makan ni? Tak kesah la..ubat ke or vitamin ke or whatever la...mana ade rasa best kan? Yuna ade 12 jenis cam ni..Yuk! Ade yang kena ambil 1, ade yg 2 dan ade yg 10...tu sarapan pagi Yuna bersamaan sebiji pisang atau pear. Sekali sekala gi makan nasi lemak atau nasi goreng kat IBC untuk sarapan pagi.

Tengahari just buah-buahan or 1 mangkok Yogurt. Hmmm bestnya Yogurt. Tapi tak leh makan selalu sebab ada manisan tu ...nanti diabetic lak. Dah ade tanda-tanda menghala kat situ lak. Eeeee tol! So kena cut down glukos lak. Ape lah nasib badan ni....

"This is for your heart!" doktor tu cakap lak "You cannot miss a day" tambahnya lagi...Aiyooo!! "Yang ini pun, mesti makan hari-hari! Tak boleh tak makan or ngelak...ni bagi protect your 'BP'...untuk setahun setengah, kita akan tengok perkembangan selanjutnya." Yuna dengar je...tak senyum dan tak sengih. Terharu adelah....That is my life! Dulu paling aktif sampai masuk lombong ngan kawan-kawan tangkap ikan, udang dan siput! hehehehe pi panjat whatever bukit ngan kawan-kawan..lepas tu cam "Wow! kita di puncak la..." cucuk lah bendera kat situ macam dah tawan gunung Everest! Perasan! tapi best tu....Buat eksplorasi kat ladang getah la..cari pokok-pokok liar dan unik..cari cendawan lah...cari pucuk pokok paku la...

Dah tentu you all tak percaya betapa aktif nye Yuna zaman dulu. Masuk kelas tarian...di calon untuk tour Amerika selama sebulan. Mak lak tak kasi....potong steam betul! Dengan geng-geng lak tubuh satu Club remaja lak. Memacam aktiviti kitorang buat. Tingkat dewasa lak buat catering...sorang-sorang tu..Yuna buat. Ade satu majlis pertunangan lak ...Yuna buat Nasi Ayam Hainan for 150 orang..wuhoo! Gi konvoi ngan kawan-kawan lak sampai ke Besut tu! Penat tapi BEST! Gi sempadan lak..gi shopping...dah tentu bawa ole-ole untuk di bawa pulang kan? Tu dulu tapi sejak 3 tahun dahulu..semua TERHENTI! Rasa-rasa dunia Yuna terhenti semua 3 tahun dahulu..whatever la...ngan hal-hal boyfriend sekali pun gitu. Hhmmm...baru Yuna perasan...3 tahun lamanya ye..? Pejam-celik-pejam-celik..masa berlalu ngan cepat sekali....