Thursday, June 7, 2007

To peep or not to peep! That is a question!

Camner rasanya kalau diri di teropongi? Takut? sedih? terluka?
Semalaman I dok terfikir hal ni....

"Yuna, I nak tunjuk you satu link ni...adakah ini you?"
Walau pun link tu bukan dan salah....terasa gak kecewa walaupun dia beranikan diri untuk memberitahu secara jujur.

"Wei...asyik pompuan je selalu yang kena!"
Terasa minggu ni cam bertubi-tubi kaum Adam cuba nak membuka ruang tingkap Yuna. Terasa nak muntah! Sesak nafas cam lemas dan lemah tol. Sedih! sedih! sedih! "Apa I dah buat ni ha?" Minda bermain-main di kepala...Pas tu senyap dan sunyi sepi...Hmmm, memang I suka low profile sebab cara begini I'm FREE! I senang befikir dan banyak idea-idea yang tertanam pun mudah nak diperkembangkan. I tak suka terikat...Yuna nak kebebasan sebelum ia hilang dengan batasan-batasan. Bukan bebas nak bersosial ya...nak bebaskan jiwa Yuna ni selama ni terperangkap dengan pandangan yang sengkat..orang kata ikut hati mati!

"You pernah tak tengok citer Spiderman dok sorang dalam bilik termenung jauh?" ha..cam tu la...jiwa Yuna sebelum ni. "But I'll be fine..Don't worry!"
Sejak kebelakangan ni.."Yes, I'm happy...gelak memanjang" Yuna rasa kaum keluarga Yuna pun dah perasan sampai mak bertanya "Apa yang funny tu?"
Padahal perkara tu tak funny tetapi dapat menilai atau melihat perkara disebalik lindungan tu..the funny side! Dada terasa lapang dan tak kesah hal remeh-temeh lagi....Entah lah..tak reti nak explain lebih lanjut...pendek kata, pandangan Yuna kini luas terbentang dan jauh.
Ade satu malam, Yuna bermimpi akan arwah Atuk Yuna. Muka dia berseri sambil senyum. Pas tu menunjuk ke arah satu jalan yang lurus sekali di tengah-tengah sawah yang menghijau. Baru Yuna perasan keadaan sekeliling, Yuna berada di sebuah kawasan yang sungguh indah sekali, pohon-pohon berwarna-warni..tak terkata..pas tu terlihat jalan yang lurus ke arah satu cahaya yang terang benderang macam sebuah perkampungan. Semasa mengikuti atuk, Yuna terjatuh di batasan....padangan terus hilang dan gelap...terjaga dari buaian mimpi. Terasa rindu...sangat kat atuk! Yup..menitis air mata masa tu...begitu lah pandangan Yuna kini...luas dan terbentang!
Harap-harap tiada lagi Mat skodeng atau Mat yang dok cabar akan diri Yuna ni. "Just let it be ..please!" or "Just leave me alone!" The choice is in your hands.

No comments: