Wednesday, January 30, 2008

Hantaran perkahwinan

Tiap-tiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, Yuna akan mendengar siaran Radio Era. Suka sangat mendengar Kieran dan AC Mizal berceloteh setiap pagi selain dari lagu-lagu yang banyak mengimbas kembali memori suka dan duka dan juga menaikkan semangat untuk kemajuan diri. Wuhoo! Caya lah! Tetapi yang penting sekali, gelak tawa. Tu yang best!

Tajuk perbualan Radio Era pagi ni ialah, Apakah hantaran perkahwinan yang paling anda idamkan? Kali ni tajuk tu Yuna rasa macam biasa je kerana ala..dah banyak menghadiri majlis perkahwinan, semuanya lebih kurang sama je. Betul tak? Cuma bentuk gubahan dan hiasan yang berlainan. Tetapi lucunya bila mendengar panggilan-panggilan masuk, mereka memginginkan barangan hantaran perkahwinan yang pelik-pelik. Tergelak sakan Yuna. Adeii..memacam ragam manusia ni. Yang paling menggelikan hati, ade satu panggilan bernama Cik Nurul. Dia kata “ Bagi saya, saya inginkan sebuah komputer yang mempunyai kad grafik yang tinggi..semua complete set..yang canggih-canggih dan yang terkini” Hai..teringat pada sahabat baik Yuna, Tenko-san. Dia baru sahaja membeli kad grafik Nvidia berharga RM 1,500 ++. ..huhuhuhu… Apabila Kieran bertanya ‘Kenapa?’, jawab dia sambil berceloteh “ Saya ni gamer” Adeii! Tergelak Yuna sebab Yuna pun gamer gak..hahahaha…Cik Aini, yang juga DJ pagi tu bersama Kieran berkata “Hahaha.. jarang saya dengar seorang perempuan ni kaki gamer”. Hakikat tu memang benar. Ramai gak kenalan Yuna di intenet berkata begitu. “Yuna, you lah seorang perempuan yang pertama I kenal seorang gamer” but whatever! Akan tetapi, best gak sebab ada gak orang minat dia sama seperti Yuna.

Hahahha…camner yek nak tarok sedulang komputer set yang canggih nih sebagai hantaran perkahwinan? Hahahaha…tak tahan gelak pagi nih. HHmmmm….(???) :D

Saturday, January 26, 2008

SSshhhh.....Hari yang membosankan


Makin lama makin lain. Makin lama makin jauh. Makin lama makin membisu. Makin lama makin menghilang. Makin lama makin tak mengapa. Makin lama semua cerita tiada indahnya. Makin lama makin hampar. Makin lama ..............

Tak pernah Yuna mendengar makin lama makin bagus sekali. Makin lama makin bosan ade lah. Jadi hakikatnya tekaan ku memang betul sekali. Jangan berjanji la..dah lama tak makan dengan sebarang janji-janji nih. Ini semua lumrah dunia. Tetapi diorang tahu, Yuna memang pegang pada janji. Bukan janji itu palsu atau orang itu palsu....cuma mereka belum terkena dan merasa sakitnya padah janji-janji mereka sendiri.

Lupa ye? kebanyakkan mereka pun tahu lupa atau pura-pura lupa. Pura-pura suka, pura-pura tak senang, pura-pura sebuk, pura-pura tak faham, pura-pura sedih, pura-pura kasihan, pura-pura ok. Kepuraan dan kelupaan...itu lah dia

Dolak-dalih. Tak kesah la..tak usah lagi begitu. Biarkan ja...
Saya faham....

Sesungguhnya jangan marah jika Yuna sudah tiada apa-apa lagi nak dicakapkan.
'Silence is golden'

Tuesday, January 22, 2008

Bye-bye my Butterfly



Hari ni last day my Butterfly (Webmaster) berkhidmat kat opis. Tak de lagi kawan geng satu kepala dalam opis ni. So kitorang pi belanja makan kat Restoran Rebung, kepunyaan Chef Ismail & Sheikh Muzaffar , di Bangsar. Bestnyer bila bersemuka dengan Chef Ismail. Peramah abiz. Tabik spring kat dier…huhuhu…Anyway, ini adalah kerana Kak Hanizah tu orang kuat Chef. So amik kesempatan la…ramah mesra dengan dia. Lauk pauk best-best belaka Cuma perut ni kecik..oh dear. “Eh Yuna, pi makan lagi la…” Kak Anom bersuara. “Camner nak makan lagi, ari ni I pakai baju kurung kalau I pakai jubah dah tentu leh expand perut nih” sambut Yuna. Kitorang gelak sakan. Saja nak bagi gempak sikit suasana.

Suasana di Restoran Rebung sungguh nyaman. Harga buffet makan tengah hari pun berpatutan hmmm…dalam RM28 ++. Ia menyajikan lauk-pauk dan kuih-muih masakan melayu. Chef Ismail pula sebuk sungguh melayan para tetamu secara peribadi. Groovy! Sebelum berangkat, kitorang snap gambar-gambar. Macam celebriti pun ade.Wuhoo! Too bad…Sheikh Muzaffar tiada di situ....kalau tak, bikin ribut kat Restoran tu…too damn good looking! Hahahahaha….Me? Yuna tak akan terpikat dengan paras rupa la…budi bicara is my first priority….hahahaha…but still..saja nak bagi korang thrill and gempak sikit. hehehehe..

Oh ya, to my ButterflyI’m going to miss you la…Tak kan you nak tinggalkan kekasih gelap mu (Alvin) pada ku lak! Tak kuasa aaa….! Buah hati you tu (Is,Ahem!) ...aisey..main-main usher ja…kau tak kesian kat dier ke? Wakakaka….Apa? You nak I tolong tengok-tengokkan dia? Astaghafirullah…tak kuasa aaa...Anyway, all the best in your future undertakings. Apa-apa hal, jangan lupa YM Yuna k. Hope you jangan lupa kita dah la..(sob!sob!sob!...nangis dah nih…)

Wednesday, January 16, 2008

Super girl!


“Yuna, you free tak? Tolong buat kan penterjemahan dari bahasa melayu ke inggeris. Urgent la” huhuhu..sememang Yuna Free bangat. Buat kerja-kerja remeh je sehingga bulan Julai tiba nanti. Lepas tu dari bulan Julai sampai lah November..busy giler. “You pi ambil surat tu daripada Cik Ramlah” sambungnya lagi. Wa!..terperanjat Yuna bila mendapat tahu yang perterjemahan tu adalah berkaitan dengan borang akta pertubuhan organisasi. Adeii! “Bukan kah kerja-kerja penterjemahan selalunya di lakukan oleh Pegawai Tadbir?” Yuna bertanya. “Ya, dia kata dia sebuk sangat dan tak sempat nak buat nih. You ambik dua paper saja lah” sampok Cik Ramlah yang juga bengang mengenai hal ini. “Uik! Boleh ke saya menterjemah secara bahasa legal nih?” Yuna terfikir sejenak. Kitorang ni dah masak perangai sesetengah pegawai-pegawai di sini yang memperatikkan “ Lembu punya susu, Sapi dapat nama”. Whatever eeeeee tol!

“Yuna, you boleh buat ke? You dah siap?” Cik Ramlah cuba menduga. Hehehe…Don’t underestimate my credibility!, bisik hati Yuna. Banyak la..kebolehan I ada. Cuma tak mau menyerlahkan. “Work smart!” pernah Yuna menasihati seseorang tu. “You lak?” Yuna bertanyakan balik. “I hentam je, direct translation, lantak la..” sambung Cik Ramlah. Adeii! Gitu ka? Adeii! Adeii! But whatever hahaha…

Sekarang ni pun, Yuna sedang buat 3 perkara serentak. Sambil mengikuti lagu-lagu favourite yang berkumandang. Yuna sedang buat penterjemahan untuk Fendi, kawan Yuna, mengenai movie Transformers, penterjemahan untuk Legal Department dan juga layan buat blog ni untuk Bisikan Yuna. Huhuhu…I am a super girl!

Thursday, January 10, 2008

Trajedi lagi sekali wei!


"Yunie, bila you nak pi Kinrara?" Tenko bertanya hari tu. Sejak peristiwa pangsapuri di Kinrara di pecah masuk dah beberapa hari dok pi kemas dan juga di perbaiki. Hmm...tu pun baru 80% mengemas. "Yuna tidur semalam je lah...test! (takut lagi ma..) huhuhu.." balas Yuna.

10.1.2008 - Awal Muharram
Ring! ring! ring! "Yuna, you ade di Kinrara yek?", jiran Yuna, Azmi, menalipon. "Jap lagi gi Kinrara la ni..baru lepas breakfast..heheh (sarapan pagi kol 11:00..ala lunchie teroz ni huhuhu..) balas Yuna. "Eh, apasal lampu rumah you terbukak sejak malam tadi? Rasa-rasanya cam ade orang la..dalam rumah you sebab aku nampak cam orang selak-selak langsir!" Adeii! berderau darah Yuna..perasaan marah bercampur takut dan juga ...entah la..tak tahu nak kata. Yuna terus ke Kinrara selepas menghantar message kat Naqi dan Tenko, sahabat karib yang prihatin.

Jiran tetangga dah lama menunggu di luar rumah dengan memegang kayu la..bes ball bat la..Diorang dah bersiap sedia untuk menangkap si penceroboh. Bila masuk je rumah tiada orang pun tetapi memang terdapat barangan di dalam dah di usik, di ubah dan di pomen. "Eh, ni T-shirt sapa ni? Ni T-shirt size budak wei!" Yuna terjumpa baju T atas katil. Terus Yuna pi rumah jiran di bawah...sebab dah sah anak jiran tu kembali menceroboh! Semasa berdepan dengan budak tu...EEEE tak tahu apa nak kata...dah di rasuk hantu kot. Satu blok dok jenguk Yuna memarahi budak tu...rasanyer la..nak ambil something dan belasah je. Tetapi jiran-jiran Yuna yang lain dok memperingatkan "Yuna! Sabar! sabar! ni rumah orang! ikut prosidur! rumah orang ni Yuna! YUNA! YUNAAAA!" Tangan Yuna dah genggam erat-erat menahan perasaan 'whatever' dan mungkin nak melepaskan perasaan yang terbuku selama ni....ya, selama ni Yuna banyak berdiam diri dan menyepi....terus lari ke bilik Yuna dan menangis! Kak Hani, jiran sebelah datang memberi nasihat dan pujukan, baru lega...(Yunie, you are Yuna Braska, you are a fighter! you played your role..be strong! ...bisik hati Yuna) well...Yuna OK lepas tu..yang kelakar nya Yuna banyak gelak-gelak selepas pergi buat report polis di Balai polis Kinrara. Tangkap gambar-gambar sana sini dan menghantar tu kepada si Kamen Rider. Hmm...kalau dia (Naqi) ade kat sini dah tentu budak tu kena tendangan 'Rider Kicks' . Padan muka dia! Kalau Tenko lak? Hmm..."Nah Yunie! minum coca cola ni...be cool like me!" wakakaka..

Anyway, semua dah selesai. Hmmm...nak kena mengemas rumah tu balik nanti. Yuna bebanyak terima kasih kepada Kak Hani, Azmi, Laila, Uncle Wong, Jason, Pak Cik Amir dan Pak Cik Zamri. Oh Ya, Sargent Nik dan sorang lagi anggota polis...sorry la..tak tahu nama dia...malu la..huhuhu..Untuk pengetahuan anda, budak tu dah masuk lokap. Akan tetapi sebab dia bawah umor..entah apa cerita selanjutnya. "Eh Kak Hani, we have one more New Year to go. Chinese New Year!" Yuna pesan kat dia sebab rumah dia dan Yuna je yang kena pecah masuk. "Ala..Yunie!" Dia pun macam Yunie gak, dok sorang je (jiran sebelah) heheh..boleh geng ngan dia.

Oh ya, Selamat menyambut awal muharram! Walaupun ia berlaku, Yuna mengambil peristiwa ni dengan penuh terbuka. Ade hikmah di sebalik tu...insya'allah (Alhamdulillah...!)

Thursday, January 3, 2008

Baru


2008...Dunia Baru!

Hari ni Yuna dengar lagu 'Baru' nyanyian dari Zahid. Berulang-ulang-ulang-ulang....

Yup..kemungkinan bermula ngan 'bad start' tetapi Yuna dah sedia 'to move on'

Hey...Yuna ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi berkawan dengan Yuna...actually I am not that easy to handle..heheheh tetapi yang dah kenal Yuna...jadi senang ja..

Dan juga Yuna ingin mohon ampun dan maaf jika ada salah kata dan bahasa atau yang menyinggung perasaan. I don't mean it that way....I am whatever ja...
Yuna ikhlas dalam segala-galanya. Demi Allah...ikhlas! Don't want to hurt anybody...

Lirik: Baru

Lupakan apa yang dulu
Kau sangkakan diriku
Segala berubah
Kini ku yang baru

Terbit satu resolusi
Dari satu evolusi
Dalam rentetan perjalanan
Kehidupan ini

Pastiku kan lebih berhati-hati
Dalam setiap langkah jua gerak geri kini
Ramaikan yang memandang perbuatanku
Kesilapan lalu ku tegar jadikan teladanku

Masa sebegitu lekas
Datang dan pergi berlalu
Hidup hanya sementara
Seharusnya dia lebih bererti

Hidup sememang indah
Tidak inginku persia
Aku sentiasa kejar
Kesempurnaan hayat dunia


Betapa ku mencuba tak mungkin ia berulang
Lebih baik saja ku lihat kehadapan
Perlu fikiran yang positif
Jua jiwa yang sensitif
Dalam meniti perjalanan kehidupan ini

Lihat dengar perucapan ikhlasku
Sesungguhnya kau kan melihat diriku yang baru
Aku mesti diperbaikki
Yang lebih terpesona hari demi hari

Wednesday, January 2, 2008

Trajedi 1.1.2008

1.1.2008

12:00 pagi ..."Yuna, selamat menyambut tahun baru! Hari besday gurl dah tamat tempoh! Yeah! KR rulez!" Naqi nih...selalu nak menang je! Padahal Yuna dah anto SMS kat dia dan yang lain-lain kol 12:00 melalui SMS cuma line busy. Aisey, siot tol! "Tak kesah! Naqi yang ucapkan dulu..jajajajajaja...Yeah! KR rulez!" Naqi masih tak nak menganjak. Begini la..kitorang asyik-asyik FF rules atau KR rules but whatever! heheh..



12:10 pagi, ketika berchatting ngan Naqi tetiba kedengaran; Ring! Ring! Ring!. "AAARRRGHHHH!".

"Nape Yuna? Apa dah jadi?" balas Naqi. Tergamam Yuna bila di beritahu oleh jiran di Kinrara mengenai pangsapuri Yuna di pecah masuk. Perasaan cemas, gementar dan takut pun ade. "Tenko mane?" Kalau hal-hal yang keliru dan panik..hmm..dah tentu Yuna bertanyakan kat Tenko-san. Terus SMS dia. Pukul 12:35 pagi, Pakcik Yuna dan sepupu, Haifah, pun datang menjemput. Kami terus ke Kinrara. Blok kediaman Yuna di penuhi jiran-jiran dan polis. Suasana bingit. "Beep-beep-beep-beep" Tenko dok SMS "Ade CSI datang tak?" ...tak tahu la si Tenko ni berseloroh ke atau concerned nih? Mungkin fikiran Yuna terganggu sedikit. Untuk makluman anda, rumah jiran pun kena pecah masuk tetapi rumah Yuna yang paling teruk sekali. Ruang tamu dan bilik-bilik berselerakan. Yuna tergamam dan terdiam. Pihak berkuasa pun terkejut "Ni bukan penceroboh professional ni...ni penceroboh bodoh!" apabila melihat keadaan berselerakan dan bertaburan. Selain daripada tu, suasana macam reunion pun ada sebab dah lama tak berjumpa dengan jiran-jiran dan kawan yang dok situ. Masing-masing bertanyakan khabar. Adeiii! (Uik! mana satu nak layan nih?)

Sejak dari waktu tu sehingga esok hari, Yuna tak tidur-tidur walaupun mata terasa berat dan layu. Kepala dah berdenyut. Berehat dalam kereta pun tak senang dan tak tenang. Fikir pasal apa ha? Hmm...tak terfikir apa-apa pun...macam kosong. Jiwa macam kosong. Asyik bermenung kosong. Kalau ade yang sapa pun, entah apa yang diorang nak cakap. Yuna hanya nampak mulut diorang terkumat-kamit. Yuna cuma senyum kambing dan angguk-angguk. Dahaga amat sangat.

Hari ni - "Yunie, nape you invi?" Tenko dok kehairanan. "I'm hurt!" balas Yuna. Sebenarnya, perasaan Yuna dok campur baur terasa macam kehilangan seseorang. Kemudian rumah Yuna 'my sanctuary' di cerobohi...Yuna sedih betul. Yuna bersyukur juga sebab masih ok kerana Yuna sememang merancang nak dok Kinrara dari 30 December sehingga 1 Januari. Oleh kerana ade urusan tertentu, Yuna tangguhkan. Alhamdulillah!

Kesudahan - "The culprits have been caught" SMS kat diorang. Dan juga, "Thanks, guys...for the package!" Naqi dan Tenko, teman setia yang selalu bersama Yuna setiap hari. "Love you guys!"...."Ya, we too!" balas diorang.