Wednesday, September 30, 2009

Kenangan Pachebel Canon


Aku mengelamun seketika, sekian lama sihat dan bersuka, kini kerap jatuh sakit…berat bagi ku memikulnya berat lagi dia merasi nya.

Ku mengimbas kembali wajah-wajah lalu, mengenang kembali masa paling seronok bersahaja gembira bersama rakan-rakan online…gelak ketawa..suka duka..marah gaduh akan tetapi sememang nya mereka paling best dalam dunia Yuna Braska…

Hanya seorang saja sejak mula perkenalan, saya terasa ada sesuatu terhadap diri nya. Seronok sungguh bila online dengan dia, ada ja cerita-cerita menarik dari dia dan mengenai diri nya. Kami menukar maklumat dan juga pendapat. Sepanjang persahabatan tiada apa-apa yang nak dipertengahkan, cuma mengisi ruang kosong buat teman ketika malam menyembah bumi dan daku sentiasa sebuk dengan aktiviti-aktiviti komuniti. Makin lama makin terasa daya tarikan terhadapnya walaupun tiada apa-apa yang betul-betul istimewa nak di tonjolkan. Kami sememang berbeza.

Lama-lama terasa tak dapat nak pisahkan persahabatan kami yang makin lama makin menjadi dua merpati sejoli. Seksa terasa bila dia hendak ke kampong halaman nya apabila sudah tamat pengajian nya. “Yunie, mengapa you rasa begitu?” Dia ingin kepastian yang kian lama terpendam.Tak terjawab dan pikiran ku buntu masa tuh..adeih..

Kini semua tu telah berlalu, kami ke alam fasa yang penuh dugaan..meniti kehidupan dengan kasih sayang dari tersungkur di tengah jalan...janji nya ku pegang erat..rindu nya semakin tersemat
Aku mengelamun semua ini sambil menikmati dendangan muzik Pachelbel's Canon in D…kenangan yang penuh bermakna dari kekasih ku.