Thursday, May 6, 2010

Terusik


Ring! Ring! Ring! Ring


Sudah berapa kali “Ring! Ring! Ring! Ring!” sampai naik sesak dada

Jam di pejabat sudah menunjukkan 8:45 pagi, tapi Dearie masih tak jawab-jawab talipon…*Hairan..sakit kah dia?* …Hati mulai risau dan juga geram dan juga hairan…hmmm..dan juga “whatever!” sebab air mata dengan mudahnya nak mengintai dunia. Hanya dia yang tahu betapa lemah nya Yuna tanpa dia.


Baru je semalam berjenaka dengan sahabatnya, Naqi…entah macam mana kami boleh bersembang mengenai ‘Singa’ …Naqi berseloroh “Eh, bukan kah you tuh singa?” …Mungkin dia teringat mengenai kami bertelagah mengenai permainan Tribalwars dahulu kala…gaduh macam Harimau dengan Singa bertempur dalam hutan Tribalwars tuh..hahahaha XD.

“Eh tak lah..I singa sarkas” Yuna berjenaka…kira singa yang dah di jinak lah tuh…Jadi, dia bertanyakan Singa sarkas ini ikut siapa? “Singa jantan!” Yunie menambahkan kelucuan perbualan kami… tergelak sakan…sebab walaupun Singa jantan tuh ketua dalam segala-gala nya sememang singa yang kuat tidur…XD

Dearie ni memang kuat tidur…tidur itu penting bagi dia (hahahaha XD). Sejak berkenalan Yuna tahu mengenai perangai dia yang kaki tidur….Kami gelarkan dia SB a.k.a Sleeping Beauty.


Ring! Ring! Ring! Memanjang sehingga lah pukul 11:00pagi…mata sudah lama berair begitu juga hidung ini, menahan sebak dari banjir (heheh)…di minda memikirkan macam-macam….pemikiran begini tak dapat nak di elak kan akan tetapi Yuna masih teringat kata-kata pesanan dia “Jangan fikir yang bukan-bukan, lov”

Dengan Dearie banyak perkara Yuna belajar selain daripada kesabaran…hmm ke tahap maksima rasanya


Di kepala mula memimirkan dan membayangkan yang bukan-bukan, ‘Jika Dearie tiada di sisi’… setelah sekian lama terasa kesunyian, kekosongan dan kebisuan.

Bagaikan empangan mata yang sudah roboh kini air takungan melimpah keluar dan tiada nampak henti dan reda. Jiwa terus di serbu serangan kesedihan…kepada siapa hendak ku curah

kan perasaan nih kerana banyak perkara di pendamkan (luaran dan dalaman) atas nama kesabaran… “Kun faya kun, Yuna” bisik hati ini kerana kalau ikutkan hati mati dan kalau ikutkan rasa binasa.

Terima mesej kemudian: “Aloo lov, I trtggl hp ler..xoxoxo”


Huhuhu…hanya dia saja tahu betapa sensitif dan lemah jiwa Yuna nih…

(Bagaimana nak pulih semangat yang terusik nih? Adeih…)

Thursday, April 22, 2010

aaah


‘aaah’ tiba-tiba terdengar keluhan dari seorang gadis berbaju kurung yang menunggang motosikal tak jauh dari Yuna berdiri. Masa tuh saya baru je lepas cucuk duit di ATM Maybank kat stesyen minyak Petronas. Seperti biasa, jalan berlenggang lenggok…tak ada apa yang nak terkejar-kejar…walau pun dah pukul 8:30 pagi…kalau dah lambat (ke ofis), saya nasihat korang semua tak payah nak pandu laju-laju macam F1 sebab sememang nya dah lambat masuk kerja ….

Dalam tangan kanan ni ada duit RM200 dan bank kad sebab tak bawa beg tangan…malas! Hehehe..tetapi hati terdetik dan berkata-kata ‘Ishk!, kalau ada orang datang rampas je duit nih baru taw…baik simpan lam poket la”…tatkala masa tuh lah, Yuna terdengak awek tuh ‘aaah!’ macam menyapa kita yang lama tak jumpa...huhuhu

“…aaah!” awek nih tak jerit tak terpekik tak terlolong…cuma macam orang bingung seketika. Dia garuk-garuk topi keledar dia (sebenarnya dia konfius dan nak garuk kepala dia hehehe) “...beg aku” ..Masa tu baru Yuna tersedar bahawa awek tu baru saja kena ragut beg tangan dia….(hmm agaknya dia letak beg tangan dia dalam bakul motor dia tuh la…senang ja peragut nak rampas ..adeih!)

Peragut tuh, seorang lelaki melayu yang juga menunggang motor kapcai seperti budak pompuan tuh…kejadian berlaku dengan pantas tetapi masa kejadian tuh, Yuna hanya larat tertengok dalam keadaan slow mo seperti filem John Woo…Awek tuh pun pecut mengejar motor si peragut tuh…PECUT? Macam biasa ja dia bawak motor tuh…kira tahap pecut lumba lari…adeih! Si peragut tuh dah lama tinggal dia jauh…

Tak seorang pun sedar kejadian ragut pagi tuh…semua sebuk dengan hal masing-masing mengisi petrol…Saya terkejut, kecut perut menggigil terus masuk ke dalam kereta nak ke pejabat

Bila di pikir-pikir, tak tahu nak buat apa-apa pun…nak tergelak pun ada (sori), kesian pun ada, takut pun ada dan nak pi tolong pun ada…akan tetapi semua itu, nasi dah jadi bubur…sebab tak tahu peragut tuh pakai motor apa, plate numbor apa, muka tak nampak sangat dan kenapa lah awek tuh tak jerit-jerit minta tolong masa kejadian tuh berlaku tetapi hanya sekadar..’aaah’..’beg aku’

Saya nasihat kan anda supaya
1. Jangan simpan barang berharga di dalam beg dan kemudian letak di dalam bakul motor atau sandang di bahu
2. Asingkan barang berharga tuh dan simpan dalam tempat berasingan seperti belt pouch atau poket pakaian
3. Sebelum nak buka pintu kereta perhatikan keadaan sekeliling selamat
4. Apabila hendak ke kereta, bersedia lah kunci kereta di dalam genggaman dan perhatikan keadaan sekeliling selamat
5. Apabila berjalan di bahu jalan raya, berjalan lah bertentangan arus laluan kenderaan
6. Toleh sebentar melihat motor yang datang dari belakang dan perhatikan, kalau mencurigakan, berjalan lebih ke dalam bahu jalan atau ke tempat selamat sebentar
7. Jangan melawan kalau sayangkan nyawa
8. Jangan berjalan seorang diri di tempat-tempat yang sunyi
9. Jangan ikut orang yang tak anda kenal langsung
10 Jangan berangan semasa berjalan atau menunggang motor atau memandu kereta..wakakakaka…hehehehe