Thursday, May 6, 2010

Terusik


Ring! Ring! Ring! Ring


Sudah berapa kali “Ring! Ring! Ring! Ring!” sampai naik sesak dada

Jam di pejabat sudah menunjukkan 8:45 pagi, tapi Dearie masih tak jawab-jawab talipon…*Hairan..sakit kah dia?* …Hati mulai risau dan juga geram dan juga hairan…hmmm..dan juga “whatever!” sebab air mata dengan mudahnya nak mengintai dunia. Hanya dia yang tahu betapa lemah nya Yuna tanpa dia.


Baru je semalam berjenaka dengan sahabatnya, Naqi…entah macam mana kami boleh bersembang mengenai ‘Singa’ …Naqi berseloroh “Eh, bukan kah you tuh singa?” …Mungkin dia teringat mengenai kami bertelagah mengenai permainan Tribalwars dahulu kala…gaduh macam Harimau dengan Singa bertempur dalam hutan Tribalwars tuh..hahahaha XD.

“Eh tak lah..I singa sarkas” Yuna berjenaka…kira singa yang dah di jinak lah tuh…Jadi, dia bertanyakan Singa sarkas ini ikut siapa? “Singa jantan!” Yunie menambahkan kelucuan perbualan kami… tergelak sakan…sebab walaupun Singa jantan tuh ketua dalam segala-gala nya sememang singa yang kuat tidur…XD

Dearie ni memang kuat tidur…tidur itu penting bagi dia (hahahaha XD). Sejak berkenalan Yuna tahu mengenai perangai dia yang kaki tidur….Kami gelarkan dia SB a.k.a Sleeping Beauty.


Ring! Ring! Ring! Memanjang sehingga lah pukul 11:00pagi…mata sudah lama berair begitu juga hidung ini, menahan sebak dari banjir (heheh)…di minda memikirkan macam-macam….pemikiran begini tak dapat nak di elak kan akan tetapi Yuna masih teringat kata-kata pesanan dia “Jangan fikir yang bukan-bukan, lov”

Dengan Dearie banyak perkara Yuna belajar selain daripada kesabaran…hmm ke tahap maksima rasanya


Di kepala mula memimirkan dan membayangkan yang bukan-bukan, ‘Jika Dearie tiada di sisi’… setelah sekian lama terasa kesunyian, kekosongan dan kebisuan.

Bagaikan empangan mata yang sudah roboh kini air takungan melimpah keluar dan tiada nampak henti dan reda. Jiwa terus di serbu serangan kesedihan…kepada siapa hendak ku curah

kan perasaan nih kerana banyak perkara di pendamkan (luaran dan dalaman) atas nama kesabaran… “Kun faya kun, Yuna” bisik hati ini kerana kalau ikutkan hati mati dan kalau ikutkan rasa binasa.

Terima mesej kemudian: “Aloo lov, I trtggl hp ler..xoxoxo”


Huhuhu…hanya dia saja tahu betapa sensitif dan lemah jiwa Yuna nih…

(Bagaimana nak pulih semangat yang terusik nih? Adeih…)