Sunday, November 30, 2008

Hanya dia


Dahulunya setiap hari lagu ‘Hanya dia yang mampu’ dari Aizat berulang-ulang kedengaran. Rasa hati pedih bila mendengar dendangan itu. Ada kalanya airmata berlinang perlahan-lahan dan tiada apa nak ku luahkan masa tu cuma hati terguris di mana besar kemungkinan sememangnya ‘Aku cinta’ dan ‘Cerita tentang masa lalu , cerita tentang kau dan aku..kini tinggal hanya kenangaan’ di abadikan dalam diri ku dan kemungkinan diri dia juga.

Kini itu semua telah berlalu dan tak mahu mendengarnya walaupun ada bisikan ke telinga ku. Kerana dia, ada pada ku. Cuma tatkala sunyi datang menyembah depan diri ku, ku cuba membiarkan dan membiasakannya. Kerana waktu itu mengajar ku berdikari jika suatu hari ku kehilangan dia lagi. Sejuk terasa disanubari ku…termenung sejenak…Boleh kah ku membiasakan diri sebegini? Boleh kan dia begitu?

Teringat pada ‘Lelaki Ini’ berdayu-dayu nyanyian dari Anuar Zain. Hati ku teguh termenung dan mengelamun buat seketika kerana menghayati lirik lagu itu. Membayangkan dia sedang berbisik ke telinga ku waktu itu dimana dia telah bertahtakan diriku di dalam sanubari nya. Hmm…bestnye! Nak lelap mata ku sejenak, tiada igauan lagi..tiada keraguan lagi… Pasrah!

Tuesday, November 25, 2008

Mencari kedamaian


Perempuan nih kalau boleh, dia hendak tahu. Naluri dia sentiasa nak tahu. Bukan penyebok. Langkah selanjutnya semua telah di atur. Jiwa dan hati nya sentiasa memberi dan dia hanya mahu sedikit ruang ‘to acknowledge her presence’ (hmm..sorry, tak reti nak tulis lam bahasa lak..huhuhu). Tak salah kan kalau di beri sedikit kemanjaan kepada nya. Dia akan memberi yang terbaik kepada orang yang tersayang. Dunia dia bergolak hanya di situ. Tumpuan dia pun begitu. Dia akan mengatur langkah dengan teliti untuk kesempurnaan dirinya mencari kesejahteraan pada keseluruhannya. Sanggup berkorban juga adakala membinasakan dirinya hanya kerana ‘sayang’ dan ‘cinta’. Mata dia ada pada minda dan hatinya. Kekuatan perempuan nih terletak pada jiwa dia.

Walaupun begitu, keseimbangan dia terletak pada pimpinan dengan orang-orang yang di sayang. Jangan di biarkan begitu kerana tanpa keseimbangan nih jiwa dia memberontak dan selalunya ia menghancurkan. Masa itu matanya tiada di minda dan di hati. Jiwa nya kosong tiada apa yang dipedulikan. Hanya keimanan yang dapat menyelamat selanjutnya.

Perempuan itu tonggak kekuatan bagi seseorang lelaki. Dia mampu meniti hidup keseorangan kerana susah senang dia hanya tertumpu untuk hidup. Lelaki perlukan ‘kehidupan’ itu. Lelaki perlukan kesempurnaan itu. Lelaki perlukan kesejahteraan itu. Berilah kepimpinan itu sebaik-baiknya…kerana kedamaian itu ada pada kamu..

Saturday, November 22, 2008

Tiada apa-apa lagi


Sebuk memanjang…masih kat ofis memantau pendaftaran di Bali. Lady boss anta email “Yuna, datang keje hari Sabtu dah Ahad” …Big boss nyer mesej lak “Saya akan bermesyuarat Admin Council nanti, sila anta mesej ke Blackberry saya” dan macam-macam email dok terima dan ada gak yang spam…

Minda memikir makin lama makin yang bukan-bukan…”Ha, apa yang u pk 2?” dia mahu tahu. Macam-macam la I fikir…sebab ada sesuatu yang tak kena nanti dan Yuna dapat merasakannya. Hantar mesej kat dia mengenai perasaan yang tak sedap hati…hmm..tiada balasan…itu pun satu petanda…tiada yang terdaya dan mampu dan mungkin, pedulikan saja…Malam makin kelam, hati bercampur hempedu , hendak ku telan jiwa tapi air mata yang mengalir penutup hari.

Di dalam peredaran masa, ada ketika sangat gembira dan ada ketika di sebaliknya. Dalam antara dua ada satu ujian yang penuh dugaan…mampukah anda menangani nya? Aral yang melintang ada satu kesimpulan dan perlu dihuraikan pada masa yang sesuai, jangan dibiar terlambat. Ini yang banyak difikirkan dan perlu dipertimbangkan.

Hari ini, menemui jalan yang buntu sekali dan mahu cari jalan penyelesaian. Berdepan dengan hati terbuka dan pasrah. “Kun faya kun”..apa nak jadi, jadi lah kerana selepas rintangan ini tiada apa-apa lagi yang ku mahu…… cuma lepas dari aral yang melintang yang menghalang perjalanan ku.

Tuesday, November 11, 2008

Panas bontot!


Yuna terlalu sebuk sekarang nih, di ofis sedang menangani 500 peserta untuk perhimpunan agung di Bali nanti. Macam-macam ragam dan kerenah orang..adeii!! Kejap nak hadir..kejap tak nak..tukar hotel ini dan itu..tukar tarikh perjalanan…nak visa kat sini or situ..eh tak payah la...nasib baik ada penolong kanan Yuna, Basith. Yeah!!! Kadang-kadang tergelak besar bila baca entah apa-apa yang diorang bubuh dalam borang pendaftaran tu. Adeii!!

Selain dari tu, Yuna juga sebuk dengan Tribalwars nih. Tenko-san tak boleh online pulak! Adeii! So kira macam one-man-show buat sementara nih. Siang sebuk di ofis, malam sebuk ngan Tribalwars. SMS Tenko mengenai perkembangan itu selain dari tanya khabar rindu dendam “Aaarrrggghh!! Tenko-san..pengsan Yunie gini la…wat sorang2!! Whatever tol la..osmate you tuh!..huhuhu….”(hope diorg tak baca nih..huhu..)
Panas bontot la..weii!!!

Yuna tak ada masa tol nak main Spore,Vampire, Superpoke Pet…adeii..banyak la yak si Gypsy ni lam tenet kang tapi yak di Gobel lagi mengalahkan Gypsy punya, huhu...Nih sedang carik orang sapa-sapa nak masuk Clan Vampire si Yuna nih “Sapa-sapa nak saya add kena setuju masuk jadi ahli Vamp saya..huhuhu” kalau sekadar nak tanya khabar dan berkenalan..maleh la..kan dah tertera lam profile hanya tok gamers jek..Juga nak tolong support si Dear tuh..adeii!! “Dear, I nyer x de org nak join my clan la..” dia komplen satu hari lak. Tu la...hari tu challenge Yuna dengan “I da level 13..heheh..eat your eyes out!” Yuna pantang dicabar..mengenai games k…

Selain dari tu mengenang keadaan selanjutnya…mengenai tahun depan dan masa depan…



(Jom! kita zzzz...mimpi yang indah2)

Monday, November 3, 2008

Shahila - Yang Teristimewa




Elyana - Tak Tercapai Akalmu

:)
http://www.youtube.com/watch?v=MVcgP4d1muQ

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu

biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah rebah
santun bukan yang ku lemah
mudahnya rosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah

Sunday, November 2, 2008

Jatuh talak


Sejak *I*-R ambil alih kuasa W.E, Yuna tak senang duduk. Setelah berhempas pulas cuba menangani keadaan yang serba genting di dalam puak itu, Yuna membatu. Perkahwinan puak-puak *I* dan W.E sememangnya adalah satu kesilapan yang besar. Hati tidak lagi seperti dulu asyik di undang kebingungan, kemarahan dan kesedihan. Sesuatu perlu di lakukan. Kalau tidak memang tiada apa-apa lagi tinggal untuk bermain Tribalwars ni. “Tenko-san, I am making a plan..a comeback bla...bla...bla....” Apabila meluahkan rasa isi hati sebenar pada dia di sebalik semua kegelisahan dan kesedihan baru lah dia sedar “Lor..nape tak cakap awal-awal?” Dia tahu jika Yuna tidak serasi atau senangi dah tentu ada perkara yang tak baik di sebalik situasi.

“Alqadri dilucut jawatan ‘Baron’ tanpa notis” Yuna SMS. Situasi macam darurat dan perlu di lakukan secepat mungkin. Yuna tidak boleh berdiam diri lagi dan terus memaklumkan Tenko mengenai tindakan yang akan di ambil pada 25 Oktober 2008. Hanya melalui Baron Rebelrednex sahaja yang dapat menyelamat situasi kami. “Yunie have 2 do it 2day …I wish u were here” SMS seterusnya “Ya..me2..me 2, dear”

26 Oktober: “ Hi Yuna!” Cellster tetiba pagi-pagi buta menyapa. Bagai bulan jatuh ke riba. Cellster cukup gembira dengan keputusan Yuna untuk keluar dari puak *I*-R dan tubuh kembali Puak kami yang sebenar W.E. Dengan pertolongan Cellster melalui Rebelrednex , Puak Yunie aka W.E yang baru di tubuhkan. Rank kami masa tu hanya di tangga 85 di dunia Tribalwars ke 7. Tergelak terbahak-bahak Yuna kerana tak sangka walaupun hanya segelintir kami, rank kami masih boleh bertahan dan terus SMS ketua W.E, Tenko86, mengenai perkembangan terbaru. Rasa lapang dada selepas tuh..happy tak terkata!

Ketua *I*-R, Weiczorek menghantar surat memperlekehkan usaha kami, juga kesal tindakan Yuna berpisah dari puak mereka. Yuna memperingatkan dia bahawa ahli-ahli W.E sememangnya tidak setuju sama sekali tindakan tegas dan drastik mengenai perlucutan jawatan ketua-ketua kesayangan mereka, Tenko86 dan Yunie10ko dan juga tidak mahu bersetongkol dengan agenda-agenda gila puak *I*. “Weiczorek, my members HEAR me!” teriak Yuna. Itu adalah perkara yang tak di sangka oleh ketua *I*-R yang memandang rendah dan remeh mengenai kesetiaan ahli-ahli W.E. =D

Pada 26 Oktober, Puak W.E diterajui oleh Tenko86 dan Yunie10ko di tubuhkan semula.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar malah lebih bagus dari W.E yang dahulu. Rank kami terus naik setiap hari…tak sangka betul! Pada hari ini Puak W.E sudah mencecah ke tangga ke 25. Hanya dalam 9 hari sahaja..wuhoo! Dan pada 31 Oktober puak kami telah menubuhkan satu Family tribe baru bernama M.E yang berpusat di Utara Dunia ke 7. Semoga usaha kami lebih bejaya selepas ini.