Saturday, September 29, 2007

ZZzzzzZZZzzzzZZZZzzz


Tak de mood...satu hari asyik nak tidur je. Hish! tak boleh layan ni..
Yuna teringat lak dah lama tol tak layan kat blog Yuna...terus online dan mengarang untuk Yuna Sphere. Sedang mengarang tetiba GG menyapa. Terperanjat Yuna. Borak ngan GG jap. Pastu ade pangilan "Yuna, nak gi MV?" Sebenarnya, memang tak de mood nak jalan atau buat kerja apa pun. Badan terasa lemah dan ngantuk giler dah.."OK!" mulut Yuna bersetuju lak. Adeii! Mungkin dah lama Yuna tak keluar berjalan-jalan sejak bulan Ramadhan ni...berpuasa katakan..."GG, Yuna nak keluarlah..." Yuna minta mengundur diri.
Mesti korang tak percaya apa Yuna buat seterusnya...zzzzzZZZZZZzzzzzZZZZZzzzzzNGANTOK GILER siot! Dah tak leh tahan dah..macam terkena sihir apa tah, terus mimpi di pagi dinihari. "Yuna? Apa la..tidur je nih? " Kedengaran mak Yuna pekpokpekpok tapi Yuna terus lelapkan mata (Sorry mi!). Kol 2; Ring!Ring!ring! "You dah siap ke belum?" Bergegas Yuna bersiap nak pi shopping kat MV. Kepala masih mengatuk dan tak de mood ni...but whatever!
Kitorang pi 'The Garden', shopping kompleks baru di MV. Best gak terutama tempat makanan di lower ground..tapi kitorang tengok je la..puasa katakan..."Eh, besuk kita berbuka kat sini nak?" Yuna bercadang. "Tak boleh, esok Iya dah ade temu janji satu geng nak berbuka kat kedai Adip 'Nang Kam' kat Kg. Baru" Wa...bestnyer..sebab Adip ngan keluarga tu keturunan Patani Siam..masakan diorang best tol. Ori Thailand nyer... "Nak Ikut!!" Yuna kata..."Tak boleh, all guys nyer la..." Iylia melarang. Pukul lima kitorang beransur balik. Dalam kereta ZZZZZZZZZ. Sampai di rumah pun ZZzzzZZZZzzzzzZZZzz sampai azan magharib berkumandang. "Yuna! berbuka la..apa kau nih asyik tido je? Siang tido malam berjaga..apa nak jadik ni?" Mak dok bising-bising.
Entah la...ni..masih tangkap ngantok nih! Whatever...post-kan Bisikan Yuna dulu sebelum sambung beradu ku...

Friday, September 21, 2007

Kesorangan setiap malam



Tiap-tiap malam berperang sorang-sorang!

Sekarang ni musim Yuna sibuk tol kat opis. Tak menang tangan di buatnya. Setiap hari berbuka puasa di opis dengan intern, Pei San, namanya. Seorang gadis jelita dari Universiti Pertanian Malaysia, yang sedang dalam urusan praktikal di sini.
"Amoi aa, aiyoo...you input saja data tu adeii! Biar saya balas email-email tu...nanti saya balik lagi lambat ooo kalau you buat lambat-lambat!"

Pei San tergelak dan senyum lebar je..." Kak Yuna, you balik lambat lagi ka? Nak saya teman?" Adeiii...lagi lambat you siap..lagi lambat la..Yuna balik weiii! Akan tetapi kitorang berdua cuba sedaya upaya mengatasi pendaftaran perhimpunan agung yang berlambak-lambak masuk setiap hari. Bila dia habis input, Yuna lak kena cek dan kerja-kerja seterusnya.....

"Hi, Yuna!" Wa..terperanjat Yuna apabila intern tahun lepas, Natalie, datang berziarah di opis lak. Yuna perkenalkan Natalie kepada Pei San. Natalie masih seperti dulu lagi. Best tol dapat berjumpa Natalie dengan rakan dia, Wong. Kitorang borak seketika sebab kerja-kerja banyak tol nak diseleggarakan. "Yuna, kalau you nak pekerja sambilan, jangan lupa beritahu saya ye?" Natalie beritahu. Adeii! kalau saya ade kuasa dah tentu la...! Best jugak bekerja ngan Natalie nih..huhuhuhu...Kadang-kadang terfikir gak, tak kuasa aaaa kerje sorang-sorang jauh malam setiap malam...sunyi dan bosan walaupun pasang lagu-lagu nyanyian The Strokes kuat-kuat.

Hmmm...kesorangan setiap malam....see ya...lain hari bila Yuna free k!

Monday, September 17, 2007

Alqadri Dates

Assalam mu'alaikum?
Moga-moga anda semua sihat sejahtera.

Hari ni Yuna sibuk tol. Dengan pendaftaran penghimpunan agung la.., ngan orang dok order kuih la..., ngan booking tiket kapalterbang la..dan juga blog bisnes Yuna ni untuk bulan Ramadhan.

Online ngan GG lak minta tolong tengok jika ayat-ayat yang Yuna guna untuk blog "Alqadri Dates' tu betul sebab Yuna tak pernah buat blog sebegini. Adeii! Sambil tu lak buat promo-promo kat kengkawan.

Kawan dari Bangalore lak mintak Yuna baca blog dia lak...adeii...apa benda yang Yuna tak buat untuk kawan-kawan yek? Apabila hari makin lewat ke petang, lagi lah Yuna sibuk sebab nak 'wrap-up' whatever kerja-kerja harian. YM Naqi lak, mintak dia hantar pesanan kat Tenko-san pasal tikit penerbangan dia lak. (Oh..Naqi, FF Rules ya! hahahaha...)

R: Yuna nanti tunggu kitorang kat Foyer pukul 6 k!

Tu pesanan kawan ofis Yuna lak sebab kami bertujuh nak pergi ke PJ Hilton berbuka puasa di sana.

Oh ya...sila lah ke laman blog Yuna, http://alqadri-dates.blogspot.com/
Apa? Betul ke ni? Ini Yuna ke? Ya..Ini blog Yuna pasal buah kurma segar dan kering untuk di jual. Hanya di Malaysia yek. Dan juga hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa...jangan lupa k..pi sembahyang terawih weiii...

Saturday, September 15, 2007

Jelez habis dah ni!!!


Sedang bercerita, lama tol dia tak jawab...(hmm..let me think...)
Y: You sedang main Bioshock?
T: Hehee..ya! baru saja quit..
Y: Dah agak pon tapi..EEeeeeee! Jelez abiz dah nih
Kitorang berdua ni, selain dari chat biasa mesti ade pasal game-game. Dua hari yang lepas Tenko-san beritahu yang dia berjaya muat-turun 99.8% game Bioshock. Gembira tak terkata dia sebab muat-turun tu mengambil masa sebulan. 6 Gigabyte lak tu! Adeii! Tenko! Tenko! Kalau Yuna la..tak sanggup nak 'download' dan tunggu sebulan. Bagi Tenko lak, apa benda yang dia minat dan FREE memang dia sanggup gila muat-turun software tu...ishk!ishk!ishk!
T: Ya nak DL pun memang lambat giler..tak pernah cecah 20 kb/sec
Y: Yuna rasa la, kalau beli CD game tu tentu 4 disk macam FF8
T: Yaa..tu 3 DVD tu sebab selepas install kan..10 GB
Malam tadi Tenko-san beritahu lebih lanjut pasal game Bioshock tu.
Korang boleh mentelaah lebih dekat pasal Bioshock kat wiki di sini,http://en.wikipedia.org/wiki/BioShock

T: I dah cuba mainBioshock kejap tadi...hehee..best siot!
Y: BEST?
T: Yaa..best tu.. cam betul-betul dan gerun... rated R tu
Y: EEEEEeeeeejelez! jelez! jelez!jelez!
T: Kalau Yuna nak sangat main game tu, tak de untuk PS2 tapi kat xbox 360
Y: Apa?
T: Kalau nak main kat PC, kena la ada high end PC....sebab graphic dia tinggi giler
Y: EEEEEEeeeeeeEEEEEEeeeeeeeEEEEEEEeeeeeeee
T: Hehehehee...sabar-sabar
Y: No other words I can say....

Kalau korang nak tengok sedutan Bioshock, ha..silakan. Selamat menyedut!
http://www.youtube.com/watch?v=8VwOjpQr5wI
http://youtube.com/watch?v=wD_u06UYc40
http://www.youtube.com/watch?v=ibiLsMBzf3I
(P.s. Tenko-san!!!! Jelez! jelez! jelez! EEEEEeeeeEEEEEeeeeee)

Wednesday, September 12, 2007

Ultraman vs Karmen Rider vs Final Fantasy vs Star Wars


Hari-hari ade je si Naqi ni buat lawak. Yuna terbaca lak komen-komen diorang pasal Kamen Riders ni. Gelak terbahak-bahak Yuna sebab kelakar sungguh! "Ha'ah! betul kata you yang ngan Ultraman tu tak leh buat dating sebab diorang besar sangat. Tambah lagi mane Ultraman ade berkawan ngan Alien..dia bunuh ade la..!" kata Yuna.
Naqi gembira lak bila mendengar komen nih. "Wa..Yuna sorang je menyebelahi Naqi ye?" sampok Naqi. " Tapi kan..Final Fantasy lagi kuat tu...bila dia summon Aeons dia je, habiz korang semua baik Ultraman atau Kamen Rider!" Wa...bila terbaca kata-kata Yuna cam ni lak, bertubi-tubi Naqi membalas nak mempertahankan kekuatan si Karmen Riders nih...huhuhuhu...Karmen riders ramai lah, ade motor lah , ade weapon lah, yang leh terbang la.., macam-macam lagi...! " Wei...kalau FF panggil semua Aeons habiz teruz tu..summon je Ifrit, KR ngan motosikal-motosikal terbakar hanguz weii. Tak caya tanye Tenko! " Yuna cuba meyakinkan Naqi nih.
Pastu teringat lak si Tenko nih yang sedang kemaruk bermain Star Wars-Knights of the Old Republic. Dah tentu dia akan mengatakan Jedi lagi kuat! kah!kah!kah!kah! Naqi pun bersetuju, "Tu tak leh kata apa, mesti dia kata Aku slash ngan light saber kang confirm semua kalah! Ultraman pun tak berani ooooo" hahahahaha...
Y: Eh, Naqi nanti Yuna nak post cerita ni lah..siapa lebih kuat? Ultraman ke..Karmen Rider ker..Final Fantasy ker atau Jedi?
N: Dah tentu la..Karmen Rider!

Adeii...dah mula balik nak menegak benang yang basah. huhuhuhu....

Nasib baik la...tak berconference YM ngan diorang nih. Kalau tidak dah tentu tak mahu mengaku kalah sampai la...esok pagi teruz bersahur!
(p.s. FF gak yang kuat!!!hehehehehe...ssssssshhhhhhh..tau!)

LAPO nyer!!!!

Bila dah dekat nak Ramadhan, baru lah sebuk cerita pasal makanan lak. Adeii!

"Yuna! hari ni makan banyak-banyak, esok posa!" Tenko dok kata. Ada ka gitu? Dia ade beritahu yang dia dah gemuk dan tak sabar nak berpuasa ni. (Ada ka gitu? Adeii!). Yuna nanti berbuka puasa kat opis je sebab sebuk ngan kerja. Tiap-tiap tahun macam nih. Tapi tahun ni kegilaan sebuk tak macam tahun lepas. Tahun lepas balik pukul 11 atau 12 malam.
Entah camner we all tercerita pasal fast food lak. Rasa-rasanyer bermula dari kesah perkembangan di Bintulu, Sarawak. Dulu tak de Pizza Hut, sekarang dah ade. Pasal Sugarbun la...Yuna lak cerita pasal Burger King, ...LOVE Burger King sebab burgernya di panggang, besar dan, enak. Pastu cerita lak Carl's Junior yang tak lama lagi akan di buka kat Mid Valley. Eeeeee tak sabo tol! Burger CJ pun di panggang, besar dan enak ...eeee.."Dah lapo la.." Yuna kata kat Tenko. Terliur kot Si Tenko sebab dia bagi Yuna link CJ nih http://en.wikipedia.org/wiki/Carl . Pastu Yuna citer lak pasal Wendy's ...yang ini Sedap wei...especially Chillie Corncarne eeeee..nostagia..."LAPO!" http://en.wikipedia.org/wiki/Wendy dan lagi satu lak, Orange Julius!http://en.wikipedia.org/wiki/Orange_Julius. "Ha? dia jual orange ke Yuna?" Hahahaha...nama ni memang pelik tetapi sebalik jual drinks dan smooties ni, burger dia best. "Eeee, lapo laa..." Tenko dok sound.

Oh yes, lupa lak yang paling BEST sekali the Arby's http://en.wikipedia.org/wiki/Arby ...teringat burger diorang tu 'layered of roast beef' cam 'Salami'. EEeeeee...LAPO TOL!!!!!! Hmmm lagi satu la..Tenko, lupa Yuna nak citer pasal White Castle!http://en.wikipedia.org/wiki/White_Castle_(restaurant) hahahaha...lapo ye?

Dugaan...dugaan...menjelang Ramadhan nih....Adeiiii

Eh! Dalam FF8 si Zell lah yang paling suka makan fast food hahahaha...!

Monday, September 10, 2007

Kamen Riders nyer hal!


N: yang merah tu kabuto, biru tu gattack, ungu tu sasword, biru mude drake dan kuning the bee!

Yuna minta dari Naqi gambar Kamen rider Kabuto untuk blog Yuna. Dia bagi banyak tol gambar-gambar Kamen riders untuk di pilih. Sampai tak tau yang mana satu nak pilih. Naqi nih peminat fanatik Kamen Riders (KR).

N: Kalau boleh kawan ngan KR, dah lame nak kawan
Y: Kalau u boleh wat kawan ngan KR, Yuna lak nak wat kawan ngan FF (Final Fantasy). Fuyoo!

Kitorang tergelak sakan pasal kalaulah FF dan KR tu betul-betul ade! Adeii! Yuna kata kalau lah boleh, nak tackle si Cloud tu sebab dia sorang yang tak de awek(walaupun Tifa minat kat dia).

N: hahaha..ramai woo orang suke kat dia tu...
Y: Tau dan tak kesah, I'll use my charm sampai dia lupakan X dia

Kitorang gelak sakan lagi! Pastu Naqi teringat lak yang Yuna nak buat tattoo inai kat 'ankle' dan dia suruh tunjuk pada Cloud nanti...'hahahaha' si Naqi bergurau lagi.

Y: THAT on my BUTT! pastu tunjuk kat Cloud
N: Butt?? Cloud boleh erk tengok butt. Tak aci tol!
Hahahaha...kitorang saja je bergurau cakap cam tu..."Use your imagination!" kata little Einsteins (tu kartoon la weii...hahahahaha). Adeii...Kalau borak ngan Naqi ni memang tak kering gusi. Ade-ade je....ishk! ishk!ishk!ishk!
Y: You nak tau cerita KOTOR tak?
Hahahahaha....wei..bukan cerita kotor tapi pasal game dan movie Star Wars 'Knights Of The Old Republic' .Tu kena tanya Tenko! Dia sedang kemaruk ngan KOTOR! huhuhuhu...ni link dia; http://youtube.com/watch?v=fYeC8VUS-EI
So? happy 'kotor-ing' hahahahah...adeiii!!!huhuhuhu...

Saturday, September 8, 2007

SSsshhhhh...Don't speak!


Hari ini sungguh sunyi sepi. Tak ceria. Mendung....

Langkah seterusnya mengikuti mak dan ayah dengan agenda-agenda yang sudah mereka sedia sejak semalam. Tengah-hari tadi pergi rumah orang kahwin (lagi lor.....) dan malam selepas isyak lak ade kenduri jiran yang dok di belakang rumah. Yuna tak banyak bercakap. Rasa-rasa macam nak demam pun ade. "Nak pergi KL Tower?" Ayah pelawa. "Ok , lepas zuhur nanti la.." mak sambut. Yuna? (bisu...) Tak de mood katakan....

Mak dan ayah ke KL Tower...Yuna? (terus membisu...) Zzzzzz....sebab badan dah mula memberat dan sakit. ZZZzzzzzzzzz......

Yuna? tido ke? sakit ke? Mak bertanya. "Tak, penat je..." malas nak berpanjang lebar dan tak mahu mak nanti berleter tak tentu pasal. "Penat buat apa?" mak menduga agaknya..."Tak de apa-apa la....I'm alright" malas Yuna nak bercerita. Yuna teringat kat 'someone' lak dengan penuh tanda tanya...whatever mood la ni...(?)

Masih terus sepi dan ingin menyepi seketika.....hush!hush! darling.....Don't speak!http://youtube.com/watch?v=QODqiVif6dQ

Friday, September 7, 2007

Ruang kutuk-sense


L:Yuna! I nak beritahu you hal nih ..psst!psst!psst!
Y:Ha? iya ke? betul ke?
L: Iya la...nanti I tunjuk email tu kat you k
J: Yuna! You tau tak? psst!..psst!..psst!
Y: lor...I tak hairan la...sebab I dah agak pun...
J: Camner you leh tau?
A: Yuna! hahahaha...you nak tau? psst!psst!psst!
Y: What? hahahahaha..funny-nyer...!
A: Hahaha..I pun tak sangka tol...
Ini bukan ruang gossip tapi kesah benar! Gossip-gossip tak main!
Kawan-kawan ofis Yuna nih ade je cerita nak di beritahu...Hal ehwal semasa 'ofis' dan ade juga cerita pasal ofis politik nih. Kesah ofis politik yang paling Yuna benci. Yuna selalu dengar je tetapi tak akan beri sebarang komen..tu BAHAYA! Silap hari bulan nanti akan jadi punca angkara ofis politik. Jangan main-main! Eeeee nasib baik la...'work station' Yuna ni, Yuna dok sorang je...so tiada la..whatever gossip-gossip tu berbunga dari sini.
Ade satu game nih,...hanya Yuna dengan satu kawan ofis ni je, Cik Butterfly, dok main...tajuknya 'Ruang kutuk-sense'. Kitorang dapat idea ni dari Adsense gak. Kalo ngan Adsense, klik je dapat bayaran kan? Cara nya begini, bila kitorang geram atau bengang je, kitorang pap-pek-pok-pap-pek-pok (lepaskan geram tu). Yuna beritahu kegeraman kat Butterfly, Butterfly pun begitu. Camner nak dapat bayaran? Hahahahaha...sesiapa yang kitorang dok geram tu kalau nak tahu..kena bayo la! hahahaha.....sampai bila-bila pun tak dapat satu sen da........

Wednesday, September 5, 2007

Rindu belaian


Tiada apa yang nak dikatakan.....
hanya ngan sorotan lagu ini http://youtube.com/watch?v=xZQPGpIeJB4
Sedang mendengar bisikan hati di sanubari ini http://youtube.com/watch?v=chVxBIdXFXw
Mencari ketenangan di sebalik keributan...........................................

Sunday, September 2, 2007

Sebuk sampai bilik berhabuk!


Wow..sebuk gila sampai tak ade masa untuk Bisikan Yuna dan Yuna Sphere. Makin lama makin sebuk di opis. Pergi kerja dan balik kerja..cam tu je hari-hari. Di rumah lak, tak sempat nak mengemas bilik dan mak pun dah membising..."Woi! bilik dah berabuk! Bila nak vakium nih?" Adeiii..takkan la dia tak nampak yang bila sampai rumah je terus pergi ke dapur masak sayur, pastu mandi la..makan malam la..pastu pengsan (tido) sekejap...penat weiii...pukul 10 online cek forum-forum, mencari bahan-bahan untuk Just-Talk. Online ngan GG ke..Naqi ke..Tenko atau sesiapa je yang nak chat sekejap sebelum masuk tido. Bila hari Sabtu dan Ahad lak jadi 'chauffer' mak dan ayah. Round-round kat shopping centre, pukul 5 petang baru balik pastu pengsan sekejap sebelum 'cook for dinner at 6'. Mane ade masa weiii!! Yuna perasan lak tiap-tiap bulan ade je orang kahwin sampai Tenko dok tanya "Minggu ni gi rumah orang kahwin kat mane?" Nak tahu? Dah lama Yuna tak masak untuk masakan tengahari ...sebabnya...asyik dok makan nasi minyak rumah orang kahwin dan kalau tak, makan di Midvalley.

Oooo cerita Midvalley nih, minggu yang lepas Yuna pi situ ngan Dotty. Kebetulan cam jalan-jalan cari makan...kat tingkat 3. "Yeah! I can't believe it. It is finally here!" Yuna teriak kesukaan. Dotty macam "Ha?" kebingungan "Pasal apa Yuna?" "Carls Junior! I LOVE Carls Junior...yahooo! tak lama lagi Carls Junior ade kat MV! YEAH!" Jadi Yuna cerita lak pasal selain dari Burger King, Yuna suka Carls Junior dan Wendy's. "Pernah dengar Orange Julius? Yeah..I love Orange Julius too". Yuna tergelak sakan melihat Dotty kebingungan...hei..Dotty! Dotty! "Jom makan kat Little Vietnam!" Dotty ajak. "OK!" Yuna rasa la..Dotty tak tahu yang whatever kedai makan (yang halal la..) kat MV nih..semua Yuna dah bedal! hahahahaha....