Sunday, June 1, 2008

Bersama Si Bobok yang disayang


Pagi ni hati Yuna bercampur aduk memikirkan hari-hari yang akan datang, merenung jauh seperti luas pemandangan dipersisiran pantai tatkala senja, menghirup kedamaian launtan terbentang sambil menikmati bunyian desiran ombak menghempas ke bumi yang nyata.

Terdiam…diam..senyap..sunyi..sepi…minda ku hanya memikir akan si dia, sahabat baik ku yang paling prihatin terhadap diriku yang dia belum kenal sedalam-dalam nya. Begitu juga diriku terhadapnya. Namun kami saling menyayang nyayangi dan mempercayai sebagai adik dan kakak dan juga sahabat rapat seperti rakan rapatnya, Nurul Aini.

Sedih menyelubungi jiwaku, airmata hanya bertakung tanpa melimpah. Bertakafur disanubari tiada siapa mengetahui agenda ku yang akan datang yang perlu ku titi nanti. Jauh renungan ku kali ini mengimbas kembali detik-detik mula berkenalan, tawa riang, sakatan, gurauan, kesedihan, kemarahan, merajuk, pujuk sehingga dia menghulur tangannya ke alam maya ku, membimbingannya ke dunia fantasi yang penuh kelainan dan kelucuan. Bantuan ikhlas dan kasih sayang dari hati Yuna Braska, tiada seorang di luar dunia Spira menikmati yang terbaik selain daripada rakan nya, Sleeping Beauty-san.

“Saya tak mahu berkongsi kasih Yuna dengan sesiapa lagi” katanya pada suatu hari bila ada seseorang cuba mengintai dunia Yuna. Terharu sambil tak tahan gelak dengan kelakuan si Bobok nih. “Saya pun begitu juga” luah Sleeping Beauty bila dianjurkan. Ya, Yuna terharu dengan kata-kata mereka ini. Rasa nak peluk je mereka tu dan cubit pipi sekali kerana mereka membuat dunia Yuna semakin mengecil..ADEII!

Pukul 1:00 pagi, “Yuna tak tidur-tidur lagi la..masih TW lagi nih” Kami melayan kesah selanjutnya yang dah tentu akan sampai penghujung tak lama lagi. “Naqi belum pasti dengan tarikh terakhir di Parit Raja tetapi mungkin 15 atau 16 June nih” Berat hati dia nak khabarkan, berat lagi Yuna nak menerima hakikat tu. Masa berjalan dan berlalu terlalu pantas sekali……talian terputus…terdiam…diam…senyap..sunyi..sepi…sudah ku bayangkan sekarang ini….ssssssssshhhhhhhhh……