Thursday, December 27, 2007

Dok lepak


Pertama kali Yuna tak tahu apa yang nak di tulis. Sekian lama menyepi...dah beberapa kali bukak dan tutup di blog-blog Bisikan Yuna dan Yuna Sphere. Dok lepak kat Port Dickson beberapa hari tanpa hubungan internet...bermain di tepian pantai, bersantai, bermenung dan mengelamun..wuhoo bestnyer! Oleh kerana tak online kawan-kawan baik dok sms lak..thanks!

Dinner function Hotel Regency kat tepian pantai bestnyer! Makanan sedap-sedap belaka dan juga berterima kasih kepada mereka-meraka yang buat surprise birthday party siap ngan kumpulan ahli muzik...wow terharu tol. Too bad..tak de dendangan Pachelbel Canon atau Zanarkand..huhuhu...ade sorang to berbisik..'Yunie, I'm doing it especially for you!' ...alahai terharu tol..rasa nak peluk berterima kasih je tapi kang kang kang kena perli lak. Eeee sebak dada rasanya mase tu...padanlah..diorang menghilang diri seharian petang tu, rupa-rupa diorang dah plan-plan begini. Yang kelakar, nenek Yuna yang malu-malu kuching sebab meja kitorang jadi tempat perhatian malam tu. Relaks la grandma...heheh..

Malam selanjutnya sms Tenko, 'm sory x leh tenet, cc ttp la..ni bkn KL bkk spjang mase. Pls tell Naqi too'...ha! apa lagi ..dah tentu pasai Tribalwars la..tu ..hahahaha..so bagi akaun kat Tenko, minta dia tolong jagakan kubu-kubu Yuna di Tribalwars sepanjang ketiadaan Yuna.

Semasa di situ, Yuna banyak memikirkan plan-plan selanjutnya untuk tahun 2008. Ade berita ok dan tak ok. Apa-apa pun...kita hanya merancang, allah yang menentu kan. Insya'allah, semoga ia berjalan dengan lancar. "Yuna, jaga diri bebaik" pesan Naqi. Tenko lak, "I kan ada!" hahaha.."Ya! me too!"

Thursday, December 20, 2007

Berkorban apa saja...


Selamat menyambut Aidil Adha!

Sebuk tol Yuna sejak semalam. Menolong Sis dan nenek kat dapur...memasak. Hehehe..nenek Yuna memang suka berseloroh..gelak sakan ja bila ada dia. "Belajar la..masak rendang nih!" dia menyengih sambil mengacau kuah rendang daging. Adeii...masak rendang lah yang paling lemah sekali bagi Yuna. Whatever ramuan nak buat dan nenek Yuna ni cerewet sikit...tak suka ramuan-ramuan tu di kisar mesin...nak tumbuk jugak. Santan pun nak yang perahan menggunakan tangan..semua old fashion way...adeii...adeii..adeii..tapi tak kesah sangat..layan ja..nenek kesayangan Yuna nih. Dia tu 'sporting' tol.

Pernah tak nenek korang dok layan sama cucu dia tengok filem Final Fantasy, The Advent Children? Tentu tidak kan. Tapi nenek Yuna akan sama-sama dok teman Yuna tengok tu sampai habis walau pun berulang kali. Kalau Yuna pi tengok kartun Anime kat Astro pun gitu. Dia pun dok sama sebelah Yuna layan kartun tu...bukan dia faham apa pun...adeii! Naughty nyer Yuna nih. Eeee Love you so muchy!

Nak tahu? Kalau Yuna tengah sebuk dalam bilik, chat online ngan sesiapa ja..nenek Yuna kengkadang datang...."Siapa tu kau borak nih?" hahahaha..nenek Yuna ni dah pandai dah...dia dah tahu..yang zaman sekarang bukan sahaja menerusi surat dan talipon ja boleh berhubung..melalui tenet pun gitu. "Eh, Mak kawan Yuna kirim salam la..." (Yuna panggil nenek Yuna 'Mak') . Dia akan tersenyum menyegeh je bila Yuna cakap cam tu " Wa'alaikum salam..sapa tu? lelaki ke pompuan?" huhuhuhu...Itu la..my nenek! Eeee Love you so muchy!

Nenek Yuna berkorban apa saja kat cucu-cucu kesayangan dia...huhuhuhuhu...Selamat menyambut hari raya Aidil Adha...

Sanggup kah anda berkoban untuk kegembiraan orang lain? Atau hanya untuk diri anda saja?

Monday, December 17, 2007

Kesah Perang


Hari tu entah camner, Tenko dan Yuna bercerita tentang peperangan dunia ke dua. Kitorang ni bukan saja suka main game-game perang tapi boleh gak bawak berdikusi cerita tentang WWII ni. "Yuna you tahu tak pasal Omaha Beach?" Tenko tanya. Banyak la..link pasal ni dia bagi. Kitorang pun bla..bla..bla..bla..non-stop gasenya...sampai esok pagi pun boleh bla..bla..bla..bla..citer ni. Esok harinya "Yunie, the real story behind omaha beach.. http://www.theatlantic.com/doc/196011/omaha "

Keesokan hari lak, kawan baru Yuna, Fareeq Yong, pun bercerita tentang WWII ni. Bestnyer! Bukan sekatat YM je, bila offline pun masih dok bagi maklumat WWII melalui SMS. "You nak ke? I ade banyak nota dan fakta pasal WWII tu.." Kalau nak tahu tentang Jerman..Fareeq is the man!
Minggu ni pun kitorang masih lagi bercerita tentang kesah perang-perang. "Wa..Yuna, you ni lah orang pertama I kenal sama taste ngan I" Si Fareeq kehairanan kot. "Tu la..I dah cakap, you'll be surprise ngan I..huhuhuhu...". Mase tu (atau agaknya la..dia sedang menduga Yuna kot) dia bertanyakan tentang zaman kegemilangan Rome. Huhuhuhu...! Pastu dia cakap tentang King Henry the VIII..hahahaha...(sebab tu pun Yuna leh berdiskusi). Apa lagi dia nak tahu? Kesah Manchuria? Zaman Meiji? No la...peperangan is NOT my cup of tea...bukan Yuna suka sangat TETAPI Yuna suka ngan game-game peperangan di PS2 dan Online, Tribalwars. Dan juga..ya..Yuna banyak membaca. Dan kadang-kadang ada perasaan ingin tahu lebih bila terbaca, terjumpa atau berdiskusi topik-topik yang rancak.

Nak tahu lebih lanjut kat link sini http://en.wikipedia.org/wiki/World_War_II

Monday, December 10, 2007

Penat seh


Jumaat lepas, Yuna terbaca artikel kat NST pasal Cuti-cuti Gamers 2007 di USJ Summit.

"AAArrrgghh..Tenko-san, you baca nih! Ade games, cosplay dan action figures murah-murah belaka". Tak leh tahan dah..plan nak pergi kat situ. Yuna dan Syed Iylia pergi ke destinasi tersebut berikutan hari tu. Tak sabar-sabar!

Petang tu PM si Tenko mengenai hal nih. "So macam mane?" Tenko bertanya. "Jap ya..!" sambil keluarkan emoticon yang gelak terdekah-dekah. Dia keliru.."Ooo gelak ye!". Sebenarnya, Yuna tak leh tahan lucu mengenangkan Yuna dan Syed Iylia kat USJ Summit. "You taw, dah lah jam (trafik) siot! Penat seh bila sampai kat sana...nak naik lift kat tingkat 4 pun..punya lah ramai orang..situ pun jam giler..kitorang tak sabar-sabar dah terus guna escalator ja sampai ke atas!" Yuna bercerita. "N?" Tenko pun mungkin tak sabar-sabar nak tahu keterangan selanjutnya. "Mane ade? Yang ade Wall climbing dan Treasure Hunt the City of Gold". Syed Iylia dan Yuna terpingnga-pingnga bila mendapat tahu bahawa Cuti-cuti Gamers 2007 dah habis. Adeii! Oleh kerana kami tak pernah ke USJ Summit, kami pi window shopping la dan dah tentu singgah kat kedai games..beli Guitar Hero III dan Battle For The Pacific..huhuhuhu...Puas? MEMANG TAK PUAS HATI!!! Mase tu terasa nak @#%$#@ kat NST...apa da..berita lapuk dok publish! Dah la jam, ngan satu jam nak ke sana, cari parking lagi, habis duit minyak dan habis tenaga tol! PENAT SEH!

Malam tu dah janji ngan Tenko sambung chat kitorang , tapi SMS " Yuna penat sangat, tak larat n nak tido, Gudnite!" (Whatever! EEEeeeeEEEEeeeee....hahahahahaha...padan muka!)

Wednesday, December 5, 2007

Final Fantasy


Hari ni nak abadikan Final Fantasy!

Rasanya kalau dia terbaca blog nih...dah tentu dia bengang habis! huhuhuhu...but he is on a loooong leave :D Nak tahu citer nyer?
Malam tadi, Yuna chat ngan Tenko...pastu kedengaran talifon bimbit berbunyi "Beep-beep Beep-beep". "It's Naqi tiap-tiap malam hantar SMS" Yuna bagitahu dia. Jam dah pukul 1:15 pagi, SMS yang tertera "Yeah! I baru habiskan FF7 Dirge of Ceberus! After this you can call me Vincent Valentine. Wahahah..Today I habiskan this game! Hahahaha..." Apa lagi? Gembira tak terkata Yuna malam tu. "Besok, Yuna nak menyemakkan friendster dia pasal FF Win! FF Rulez!". Sambil bagi feedback kat Tenko, Naqi dan Yuna balas membalas SMS sehingga "Yuna, tak pe, malam ni I bagi you menang k hehe"

Hampir setiap malam kitorang bertiga ni, sebelum masuk tido berakhir dengan satu angan-angan. Angan-angan dalam mimpi. Macam..malam ni nak mimpi apa ha? Lawan zombie la..lawan Aliens la..lawan predators la...kitorang cam wira-wira dalam game-game.

Y: Malam ni you bawak weapon apa?
T: I nak pakai suit cam Gordon Freeman and bawak gravity gun
Y: Jangan lupa bawak crowbar sekali
T: You lak?
Y: I jadi Summoner Braska ja..pakai Dress-Sphere.

Tu la...Final Fantasy kitorang, angan-angan bertemu dalam satu mimpi dan Fight! Fight! Fight! Malam sebelum tu, Agent 47 (Hitman) dan Kamen Rider Kabuto ikut sama. Malam tadi hanya Tenko sebagai Gordon Freeman (Half-Life), Yuna sebagai Summoner Yuna Braska (FF10-2) dan Naqi sebagai Vincent Valentine (FF7) ...huhuhuhu..selamat pagi dan selamat bermimpi di siang hari! hahahaha.....




p.s. whatever FF still rules!

Tuesday, December 4, 2007

Malas Whatever je


Hari tu tak de apa-apa nak buat kat rumah. Setelah penat menolong sis Yuna memasak kat dapur, Yuna berehat dalam bilik. Malas tol nak online mase tu...huhuhuhu...wa..satu perubahan besar tu...sebab selalunya tak sabar-sabar nak layan komputer. Mungkin sebab malam sebelumnya chat ngan Tenko sampai kol 5 pagi. Lagi pun, Yuna dah set-kan whatever dalam permainan Tribalwars. Kena tunggu 6 jam baru boleh buat setting lagi.

"Eh, dah lama tak tengok Pokemon". Kemudian layan lak Pokemon dari pukul 3 sampai 7 petang. Tertidur pun ade la...."Macam budak kecik je! Tengok kartun (kat TV) tapi tidur" Mak Yuna kengkadang jengok-jengok dalam bilik Yuna (dah solat ke? hahaha..). Sejak kebelakangan ni, mak Yuna tak lagi bising-bising jika Yuna ambil rehat lama sikit. Mungkin dia dah tahu...mungkin dia teringat kata-kata Yuna hari tu "Mami, cuba lah bawa bertenang sedikit". Mak Yuna ni memang suka panik dan kecoh-kecoh. Mungkin dia dah perasan perubahan pada diri ni. Makin lama makin diam, makin menyendiri, lesu, pelupa, kurang selera AAAHHH...makin whatever je lah...MALAS pun ade. Pokok nya, Yuna malas nak sebuk hal-hal yang tak penting. Kalau nak buat sesuatu, buat je la...kalau nak bagi sesuatu, bagi je la...kalau tak larat, dok diam je la...

Tetapi memang betul..Yuna banyak berdiam je...kalau ade cerita-ceriti-tahi-mata-dua-kati pun, kalau rasa tak de kena mengena ngan Yuna...Yuna tak ambik kesah. Dalam tengah-tengah orang dok syok berbual, Yuna hanya tumpu ja kat TV..entah apa benda diorang sok-sek-sok-sek. Ha..sampai ke tahap begitu. "Yuna bukan dengar tu..." Mak Yuna bagitaw sis angkat Yuna yang datang bertandang minggu lepas. Entah la..apa nak jadi dah ni. Kenapa jadi begini. Malas ngan Whatever je...tapi bukan Yuna pentingkan diri sendiri. Rasanya, Yuna jaga mulut..takut berdosa, jaga mata..takut liar, jaga hati..takut menangis dan keciwa lagi. Mahu hentikan whatever yang melukakan hati. Tetapi Yuna banyak belajar dari seseorang tu...dia cool je. So..dok 'copycat' nih..I'm cool baby! :D

Saturday, December 1, 2007

Disember baby


Aloo...! Selamat datang ke bulan Disember. Bulan terakhir yang menutupi tahun 2007. Nanti kat TV di penuhi sejarah silam sepanjang tahun 2007. Mengimbas kembali trajedi-trajedi dan juga kegemilangan. Kebanyakan orang akan menghitung hari dan mengatur langkah ke arah tahun baru dengan azam baru mereka. Bagi yang susah payah, tahun baru...sama ja..

I'm a Disember baby, tak de yang special pun. Cuma tiap-tiap tahun ade plan macam Reunion keluarga lak...lebih kurang 8 atau 10 keluarga di Port Dickson. Huih...sebuk tol. Dah jadi tukang planner ni, makin lama makin mencabar lak. Ngan Dinner function dan kenduri bersyukor lagi. Tadi, mak Yuna dah pek-pok-pek-pok nak ni ..nak tu..begini..begitu.. adeii! Korang tak tahu..Expectation mak Yuna nih...korang pun tak sanggup nak pikul. Yuna dok dengar je...panas tol telinga ni...mulut je terkunci tak mahu melukai hati ibu. "I'll do whatever I can" tu saja Yuna ungkapkan. Mata dia melihat tepat kat arah mata Yuna (serius la tu..adeii). Rasanya tahun ni..tahun terakhir ja..Yuna jadi Tok Planner nih. Tak larat dah ni. Nak bagitahu Kak Zain ni, suruh dia ambil alih pulak tahun depan. Yuna nak rehat. Eh, betul la...Yuna nak rehat tahun depan.......
Hope Disember tahun depan baru terasa special! :)