Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson



Pagi Jumaat 26 June, semasa sedang sebuk bersiap untuk bekerja, terdengar berita di TV bahawa MJ meninggal dunia tetapi tak confirm lagi. Terperanjat seketika macam tak percaya ja…jam dah menunjuk lagi 10 minit ke 8:30 pagi…huhuhu lewat tol..selalu nya Dearie akan hantar sms ‘wakey2’ pukul 7. Dia memang suka manjakan Yuna…Best pe!

Dalam perjalanan ke pejabat Yuna sms Dearie mengenai kematian Michael Jackson dan Farah Fawcett. Di Pejabat semua orang bercerita mengenai kematian MJ huhuhu… ada yang bukak Astro mengikuti perkembangan terbaru melalui saluran CNN la..ada yang melayari internet la…dan ada yang membaca surat khabar lak… Me? Kalau dah dengar berita tu..sudah je lah…sedekah al fatihah ja…melayari Tribalwars ja..huhuhu

“Yuna, saya ambil ‘emergency leave’ hari ini” rakan sekerja, Laynar, meninggalkan pesanan. Kami satu pejabat tergelak sakan kerana baru hari itu kami dapat tahu dia ada kena mengena (bersaudara) dengan keluarga MJ. Mula-mula Yuna tak faham dan anggap macam ‘Iye ke?’ lepas tuh saya pun kena digelakkan kerana macam lurus bendul..Adeih! rupa-rupa nya joke lah! Lambat tol pick-up! Huhuhu

Sejak hari tuh kebanyankkan nya berita terkini mengenai MJ sehingga lah sekarang…Kesian dan sedih jugak tengok hal-hal MJ nih, di dunia dan di alam barzah tak habis-habis orang bercerita tentang dia, harta, kewangan dan anak-anak dia..mayat dia belum di semadikan tuh…
“Lov, tengok nih! Ada 50 gambar MJ” Dearie menghantar link mengenai MJ..Yuna pun tak ketinggalan menatap wajah-wajah ‘ The King of Pop’ pula

Kepada para peminat MJ, nih Site rasmi MJ http://www.michaeljackson.com/
Mengenai perubahan wajah MJ http://www.anomalies-unlimited.com/Jackson.html
Banyak lah kalau nak melayari internet nih…

Akhir kata, Yuna mengucapkan takziah kepada keluarga MJ. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

Tuesday, June 30, 2009

Alooo!!



Alooo…!

Lama tak singgah kat sini
Yuna sebok! Sebok main ‘game-game’ dan sebok ngan si manja.
Setiap hari dari pagi hingga ke petang tak lekang dengan tribalwars http://tribalwars.net/ dan juga http://versus.thewitcher.com/
Selepas makan malam pula, layan game ‘spore’ lak sampai pukul 10 malam dan seterusnya ngan tersayang huhu..MUAH!

Kadang-kadang je melayari tenet atau singgah ke Yahoo Messenger, saja ja nak chat sekejap dengan kawan si nakal, Naqi untuk bertanya khabar…dia tak sabar nak memiliki Nokia 5800 musicXpress dengan gaji pertamanya dan Tenko-san lak tak sabar memiliki gitar idaman dia lak…huhuhu…Bagaimana dengan saya pula? Tak tahu mana nak pilih lak…PSP atau laptop…PSP atau laptop…eh, PSP atau laptop atau PS3…PSP atau laptop atau PS3..huhuhu…geram tol tengok Noctis lam game Final Fantasy versus XIII dan juga gerak lasak si Lightning lam Final Fantasy XIII…AARRGGHH! Banyak lagi game-game lain yang berkenan kat PS3 tapi mahal gak nak beli satu game tuh..kalau beli 10 game dah mampu beli satu lagi PS3, adeih! Honey! What shall I choose?

Tuesday, February 24, 2009

Aloo....


Dah lama tak singgah di sini…..
Sejak masuk ke alam baru bersama tersayang, Yuna lebih banyak meluangkan masa bersama dia. Tak muak-muak berceloteh dan juga mencurah kasih sayang yang sepenuh kepada nya.

Dia tak pernah menghalang segala gerak geri dan penceburan Yuna di dunia internet. Dia lebih memahami perjalanan Yuna dan sanggup memimpin diri ini yang serba kekurangan di dunia dan akhirat. Ada juga kawan-kawan nya yang kurang memahami keadaan kami sebenar dan menabur cuka ke liang luka-luka di dalam diri nya dan juga hati ini. Kalau boleh, tak sanggup Yuna menerima sindiran-sindiran sebegitu kerana rasanya, hanya Yuna memahaminya…seorang yang pendiam dan pandai menjaga hati orang lain tanpa kira siapa orang itu. Dia sanggup memikul beban sedemikian dan menerima permainan rakan – rakan nya yang memperendahkan dirinya, kebolehan, keimanan dan ketulusan hati nya. Ya, kalau boleh, memang Yuna tak sanggup dengan apa yang dia hadapi…sedih k..Yuna sedih…

Walaubagaimana pun, kebahagian dan kasih sayang kami hanya kami berdua sahaja yang lebih mengetahui. Perancangan seterusnya walaupun menyeksakan akan tetapi membina. Ku pastikan ia tetap teguh terbina untuk masa depan, begitu juga dia

Dunia kami terbelah dua…yang terpisah dan yang bersatu…dari dulu pun sebegitu tetapi kali ini kelainan dari segi pendampingan dan kasih sayang serta perancangan. Mampu kah anda meniti apa yang kami lalui? Hahahaha….rasanya anda tak kan mampu…sekiranya anda tahu….adeii!

(luv u so muchy, dearie!!)

Thursday, December 11, 2008

Talian Kesesakan


Jalanraya di KL selalu mengalami kesesakan lalu lintas. Tiap-tiap pagi bila nak pergi kerja selalu mengikuti rancangan Radio Era atau Xfresh FM mendengar lagu-lagu yang terbaru atau yang ber-feeling sebagai tembok pencegah keresahan apabila duduk lama-lama dalam kereta kerana kesesakan jalanraya atau lebih di kenali sebagai traffic jam. Kalau hari hujan, lagi la..lama duk lam keter (Tapi syok jugak la..berangan menyanyi karaoke bila ada lagu yang best-best ke udara..huhuhu..perasan!)

Patut hari nih pi Mid Valley serbu McDonald ngan geng nak makan Beef Prosperity Burger..tetapi lupa lak yang the guys kena pi masjid menunaikan solat jumaat. Jadi, diorang kata minggu depan je la..pi beramai-ramai…adeii! Dah la..Yuna tak bawa bekal tok makan tengah hari..tak ada mihun RM1.50 tu...tak ada buah-buahan atau kacang-kacang..Adeii! Lapar sakan..whatever tol! Iklan burger tuh terpampang depan mata..adeii! Mana leh tahan…jadi terus mendial 1300-13-1300..huhuhu…

Mula-mula: Tuuut….tuuut…tuuut…(Talian sibuk)
Setengah jam kemudian: Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..harap maaf talian kami mengalami kesesakan..bla..bla..bla..)
Satu jam kemudian: Tuuut….tuuut…tuuut…(Talian sibuk)
Setengah jam kemudian : Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..harap maaf talian kami mengalami kesesakan..bla..bla..bla..)

Lorrr…ingatkan kat jalanraya je ada kesesakan..talian talipon pun berkesesakan..adeii! huhuhu

Pukul 3:30pm: Ring..ring..ring..Selamat datang ke bla..bla..bla..tekan ini..tekan itu..bla..bla..bla..Cik Yuna? Bla..bla.

YEAH! Akhirnya Berjaya!! Tetapi perut dah sejuk hahahaha…jadi order je la..bak kata orang melepas batuk di tanggan..hahahaha…

Pukul 4:30..Hello? Yuna ke? Saya bla..bla..bla..ada kat bawah sedang tunggu..boleh tak turun ke bawah amik order Cik Yuna? (Whatever tol! Kesesakan dada di buatnya..adeii!)

Sunday, November 30, 2008

Hanya dia


Dahulunya setiap hari lagu ‘Hanya dia yang mampu’ dari Aizat berulang-ulang kedengaran. Rasa hati pedih bila mendengar dendangan itu. Ada kalanya aimata berlinang perlahan-lahan dan tiada apa nak ku luahkan masa tu cuma hati terguris dimana besar kemungkinan sememangnya ‘Aku cinta’ dan ‘Cerita tentang masa lalu , cerita tentang kau dan aku..kini tinggal hanya kenangaan’ di abadikan dalam diri ku dan kemungkinan diri dia juga.

Kini itu semua telah berlalu dan tak mahu mendengarnya walaupun ada bisikan ke telinga ku. Kerana dia, ada pada ku. Cuma tatkala sunyi datang menyembah depan diri ku, ku cuba membiarkan dan membiasakannya. Kerana waktu itu mengajar ku berdikari jika suatu hari ku kehilangan dia lagi. Sejuk terasa disanubari ku…termenung sejenak…Boleh kah ku membiasakan diri sebegini? Boleh kan dia begitu?

Teringat pada ‘Lelaki Ini’ berdayu-dayu nyanyian dari Anuar Zain. Hati ku teguh termenung dan mengelamun buat seketika kerana menghayati lirik lagu itu. Membayangkan dia sedang berbisik ke telinga ku waktu itu dimana dia telah bertahtakan diriku di dalam sanubari nya. Hmm…bestnye! Nak lelap mata ku sejenak, tiada igauan lagi..tiada keraguan lagi… Pasrah!

Tuesday, November 25, 2008

Mencari kedamaian


Perempuan nih kalau boleh, dia hendak tahu. Naluri dia sentiasa nak tahu. Bukan penyebok. Langkah selanjutnya semua telah di atur. Jiwa dan hati nya sentiasa memberi dan dia hanya mahu sedikit ruang ‘to acknowledge her presence’ (hmm..sorry, tak reti nak tulis lam bahasa lak..huhuhu). Tak salah kan kalau di beri sedikit kemanjaan kepada nya. Dia akan memberi yang terbaik kepada orang yang tersayang. Dunia dia bergolak hanya di situ. Tumpuan dia pun begitu. Dia akan mengatur langkah dengan teliti untuk kesempurnaan dirinya mencari kesejahteraan pada keseluruhannya. Sanggup berkorban juga adakala membinasakan dirinya hanya kerana ‘sayang’ dan ‘cinta’. Mata dia ada pada minda dan hatinya. Kekuatan perempuan nih terletak pada jiwa dia.

Walaupun begitu, keseimbangan dia terletak pada pimpinan dengan orang-orang yang di sayang. Jangan di biarkan begitu kerana tanpa keseimbangan nih jiwa dia memberontak dan selalunya ia menghancurkan. Masa itu matanya tiada di minda dan di hati. Jiwa nya kosong tiada apa yang dipedulikan. Hanya keimanan yang dapat menyelamat selanjutnya.

Perempuan itu tonggak kekuatan bagi seseorang lelaki. Dia mampu meniti hidup keseorangan kerana susah senang dia hanya tertumpu untuk hidup. Lelaki perlukan ‘kehidupan’ itu. Lelaki perlukan kesempurnaan itu. Lelaki perlukan kesejahteraan itu. Berilah kepimpinan itu sebaik-baiknya…kerana kedamaian itu ada pada kamu..

Saturday, November 22, 2008

Tiada apa-apa lagi


Sebuk memanjang…masih kat ofis memantau pendaftaran di Bali. Lady boss anta email “Yuna, datang keje hari Sabtu dah Ahad” …Big boss nyer mesej lak “Saya akan bermesyuarat Admin Council nanti, sila anta mesej ke Blackberry saya” dan macam-macam email dok terima dan ada gak yang spam…

Minda memikir makin lama makin yang bukan-bukan…”Ha, apa yang u pk 2?” dia mahu tahu. Macam-macam la I fikir…sebab ada sesuatu yang tak kena nanti dan Yuna dapat merasakannya. Hantar mesej kat dia mengenai perasaan yang tak sedap hati…hmm..tiada balasan…itu pun satu petanda…tiada yang terdaya dan mampu dan mungkin, pedulikan saja…Malam makin kelam, hati bercampur hempedu , hendak ku telan jiwa tapi air mata yang mengalir penutup hari.

Di dalam peredaran masa, ada ketika sangat gembira dan ada ketika di sebaliknya. Dalam antara dua ada satu ujian yang penuh dugaan…mampukah anda menangani nya? Aral yang melintang ada satu kesimpulan dan perlu dihuraikan pada masa yang sesuai, jangan dibiar terlambat. Ini yang banyak difikirkan dan perlu dipertimbangkan.

Hari ini, menemui jalan yang buntu sekali dan mahu cari jalan penyelesaian. Berdepan dengan hati terbuka dan pasrah. “Kun faya kun”..apa nak jadi, jadi lah kerana selepas rintangan ini tiada apa-apa lagi yang ku mahu…… cuma lepas dari aral yang melintang yang menghalang perjalanan ku.

Tuesday, November 11, 2008

Panas bontot!


Yuna terlalu sebuk sekarang nih, di ofis sedang menangani 500 peserta untuk perhimpunan agung di Bali nanti. Macam-macam ragam dan kerenah orang..adeii!! Kejap nak hadir..kejap tak nak..tukar hotel ini dan itu..tukar tarikh perjalanan…nak visa kat sini or situ..eh tak payah la...nasib baik ada penolong kanan Yuna, Basith. Yeah!!! Kadang-kadang tergelak besar bila baca entah apa-apa yang diorang bubuh dalam boring pendaftaran tu. Adeii!!

Selain dari tu, Yuna juga sebuk dengan Tribalwars nih. Tenko-san tak boleh online pulak! Adeii! So kira macam one-man-show buat sementara nih. Siang sebuk di ofis, malam sebuk ngan Tribalwars. SMS Tenko mengenai perkembangan itu selain dari tanya khabar rindu dendam “Aaarrrggghh!! Tenko-san..pengsan Yunie gini la…wat sorang2!! Whatever tol la..osmate you tuh!..huhuhu….”(hope diorg tak baca nih..huhu..)
Panas bontot la..weii!!!

Yuna tak ada masa tol nak main Spore,Vampire, Superpoke Pet…adeii..banyak la yak si Gypsy ni lam tenet kang tapi yak di Gobel lagi mengalahkan Gypsy punya, huhu...Nih sedang carik orang sapa-sapa nak masuk Clan Vampire si Yuna nih “Sapa-sapa nak saya add kena setuju masuk jadi ahli Vamp saya..huhuhu” kalau sekadar nak tanya khabar dan berkenalan..maleh la..kan dah tertera lam profile hanya tok gamers jek..Juga nak tolong support si Dear tuh..adeii!! “Dear, I nyer x de org nak join my clan la..” dia komplen satu hari lak. Tu la...hari tu challenge Yuna dengan “I da level 13..heheh..eat your eyes out!” Yuna pantang dicabar..mengenai games k…

Selain dari tu mengenang keadaan selanjutnya…mengenai tahun depan dan masa depan…



(Jom! kita zzzz...mimpi yang indah2)

Monday, November 3, 2008

Shahila - Yang Teristimewa




Elyana - Tak Tercapai Akalmu

:)
http://www.youtube.com/watch?v=MVcgP4d1muQ

Ku congak apa yang didepan ku
sebelum atur langkah
ku tahu kan ke mana
tak mudah aku kan diperdaya
dengan pujuk dan rayu
hasut ke dunia mu

sesungguhnya ku
lebih dari yang kau tahu
baik buruknya sesuatu
selalunya difikirkan dulu

biar berdentum
langit runtuh dan menghempap diriku
tidak tergadai tata susila ku
yang menggambarkan siapa diriku
biarlah bergoncang
bumi di telapak kakiku ini
namun takkan ku rubah pendirian
yang membuat aku menjadi aku
mungkin sukar tuk difahami
kerna tak tercapai akal mu

jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
yang kau sangka mudah rebah
santun bukan yang ku lemah
mudahnya rosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah