Monday, July 13, 2009

Yang sebenbarnya, Yuna...


Yang sebenarnya ku kebingungan
Bila terfikir dan bermenung sejenak

Di sanubari tak pernah berubah, yang berubah cuma pendirian ku
Di rumah cuma kemurkaan ibunda yang tiada nampak reda
Di hati cuma kerinduan yang tak berbelah bagi
Di minda cuma memikir masa berubah hanya kerana kesibukan
Di mata sudah menjadi kali yang mengalir setiap hari
Merajuk mencari hari yang silam yang entah ke mana pergi nya
Merana kerana jiwa ini kekacauan, berlawan bertentangan arus
Merenung zaman silam dan zaman sekarang

Tapak tangan ku yang hangat kini kesejukan
Kaki ku meniti talian yang makin kendur
Lidah ku tawar berbicara seindah bunga
Telinga ku kurang kedengaran azan kasih sayang
Hanya angin membelai rambut ku
Tidur ke lena di buai malam yang gelap

No comments: