Thursday, March 27, 2008

Saja membizikan diri


Wa...lamanya tak singgah kat Bisikan Yuna kerana asyik melayan game MMOPRG Tribalwars setiap hari ..adeii! Oleh kerana dah ramai ahli-ahli baru tribe W.E nih, makin sibuk Yuna di situ. Yuna akan usaha sehingga berjaya jika Yuna fokus sesuatu perkara yang menyeronokan dan minat.

Di pejabat, sambil buat kerja-kerja rasmi..sambil tu memantau kedudukan tribe W.E...hahahaha...Boleh saja I nih! Ishk...Ishk..Ishk! Selagi ada daya dan kudrat selagi tu Yuna tak akan reti duduk diam. Dalam erti kata "Saja membizikan diri"....

Di rumah pun begitu...sambil buat kerja-kerja rumah..sambil tu layan hal-hal Tribalwars..huhhu..kengkadang layan chat kat YM.."Eh, tunggu jap" teruz berlari ke anjung. "Sori yek tadi I pi sidai baju jap" hahahahaha....buat tiga perkara serentak...larat ke korang? Adeii...adeii..adeii..pokoknya..semua kerja rumah dah berez dan mak tak perlu nak pokpekpokpek...tu je.

Kalau terlampau penat sangat, baru Yuna beradu dan tak mahu sesiapa mengganggu. Kira dah pancit la tu ...habiz tenaga...nak kena cas bateri balik hahahaha.... :D
Teman-teman rapat pun dah tahu jadual harian Yuna. Macam 'forever online' je..."but whatever!"...heheh..

Lain kali, Yuna kan cuba menyumbang cerita-ceriti-tahi-mata-dua-kati di Bisikan Yuna ni sekerap yang boleh..hmmm..seminggu sekali k. Ya..harap bersabar...(caya lah!) XD