Monday, November 16, 2009

Midin


Sejak ada periuk nasi baru dia rajin masak di hujung minggu. Tak sedap hati setiap kali mendengar berita dari dia ‘makan mee dearie’, ingatkan mee goreng atau mee sup tetapi mee segera dari paket huhuhu


Ada sekali tu dia masak mihun, tersenyum lebar kali tuh sebab bukan mee segera akan tetapi…“Mihun tu keras Dearie tapi I makan jugak sebab dah lapar” ..Lorrrr! hahahaha kesian dia :) Kenapa la dia tak rendam mihun tuh sampai lembut dulu? Adeih! Ada-ada ja cerita dia yang berada jauh di mata (tapi dekat di hati hehe). Dia cadang nak beli periuk nasi sejak Yuna bising-bising dengan dia kerana kerap makan mee segera.


Semalam dia ‘MMS’ masakan tengahari dia dan ajak makan sama (haha..very cute!). Gambar tak berapa jelas dan bertanyakan masakan tu… ‘Sayur midin masak kicap dan nasi’. Pertama kali Yuna dengar sayur midin lalu bertanya kan selanjutnya. Dia memang tak pandai nak jelaskan...apa-apa pun memang dia tak reti nak jelaskan huhu sorry Dearie but that is a fact! Jadi, Yuna pun melayari tenet tentang sayur midin nih…Lorr! I penah tengok dan masak sayur midin nih. Ayah dulu-dulu selalu bawa pulang sayur-sayuran dari Sabah atau Sarawak…Kelakar sungguh

Midin nih geng pucuk paku juga la..pucuk paku nih ada berbagai bagai jenis k

Hmmm…tengah bayangkan midin masak kicap dia huhuhu..sedap ka tuh? huhuhu

Thursday, October 22, 2009

Romeo & Juliet


‘Selamat tinggal, Juliet!’

Terperanjat seketika pada satu petang bila dia tegur diri ini ‘Juliet’…tangan nih tak lekang asik memicit butang-butang talipon bimbit..sms..sms..sms aje atau pun leka melayan permainan Tribalwars aje. Azizul sememang nya ‘A Lady’s Man’…dia dan adik nya, Basith, memang pandai mengambil hati kaum wanita tak kira bangsa, pangkat dan umor. Ringan tulang dan juga fasih bertutur bahasa jepun….padan lah bos jepun dia sayang pada nya…(that’s the way aha! Aha! I like it! Aha aha!)

Segan nak balas jawapan nya tapi kita sama-sama tahu yang itu hanya lah untuk bersuka-suka saja….‘Oh, ok. Selamat tinggal, Romeo!’. Kami senyum kambing bersahaja...

Senang nak ajak berunding dengan nya kalau ada berkaitan dengan hal kerja-kerja, ringan tulang tol! Tak kedekut memberi buah pendapat nya yang tulus ikhlas.

Sejak hari tu kami tak lekang berseloroh ‘Selamat tinggal Romeo and Juliet’ hahahaha…

“Eh Yunie, you kenal ke amoi yang datang tadi tuh?” …sememang dia tu Romeo k... huhu sebab semua awek cun melecun dia nak kenal dan berkawan….hahahaha


Esok pagi : "Selamat pagi, Juliet!"

Hahaha ada Romeo dan Juliet lam ofis nih dah....sapa lagi nak main game nih? hehe

Friday, October 9, 2009

Saja-saja


Hujan lebat …ribut petir berdentum dentam…takut nya!!! gerun nya!!!
Nasib baik ketika ini Yuna berada di ofis. Kalau di rumah, dah sah dok lam bilik menyelubung atas katil tutup mata dan telinga dan ZZZzzzzzzzz… :-)

Yeah..Perhimpunan Agung dah selesai!!! FREEDOM!!!
Sejak dari Isnin lalu sehingga bulan Julai tahun depan, lepak la sakan kat ofis…bukan tak de keje..ada la..cuma keje ‘celah-celah gigi’ je (senang dan enteng)

Sejak dua hari yang lalu Yuna mengemas-ngemas meja ofis nih dan sekeliling nya yang dah rupa macam tempat kuching beranak…huhuhu...sambil mendengar lagu-lagu kegemaran (kuat lak tuh sebab tak de boss-boss…haha) sambil main perang –perang Tribalwars di PC. Sesiapa yang kenal rapat dengan Yuna, memang Yuna tak lekang bermain Tribalwars…Dearie pun tak sanggup menyumbang tenaga zahir dan batin dia bermain Tribalwars..wakakaka…kelakar sungguh ayat nih..(Sorry, Dearie..saja buat lawak! Love u!)

Malam tadi berbual dengan kawan lama. Dah lama tak dengar khabar berita dari dia. Dia masih seperti dahulu perangai nya cuma ada perkembangan baru mengenai kemajuan diri nya…syabas ya! Dengan dia, boleh saja bercerita panjang gelak ketawa menangis pun…(huh?)…Dia memang pandai memberi nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan yang Yuna kurang ariff. Pandai gak dia mengambil hati berceloteh mengembalikan jiwa remaja ku untuk gelak tawa. “I miss those days” airmata membasahi pipi mengenang masa lampau yang seronok tol. “Take care, Yuna!” mengakhiri perbualan kami.

Malam makin gelap makin sejuk makin sunyi…mata makin berat…hhmmm…at last dapat beradu…..

Wednesday, September 30, 2009

Kenangan Pachebel Canon


Aku mengelamun seketika, sekian lama sihat dan bersuka, kini kerap jatuh sakit…berat bagi ku memikulnya berat lagi dia merasi nya.

Ku mengimbas kembali wajah-wajah lalu, mengenang kembali masa paling seronok bersahaja gembira bersama rakan-rakan online…gelak ketawa..suka duka..marah gaduh akan tetapi sememang nya mereka paling best dalam dunia Yuna Braska…

Hanya seorang saja sejak mula perkenalan, saya terasa ada sesuatu terhadap diri nya. Seronok sungguh bila online dengan dia, ada ja cerita-cerita menarik dari dia dan mengenai diri nya. Kami menukar maklumat dan juga pendapat. Sepanjang persahabatan tiada apa-apa yang nak dipertengahkan, cuma mengisi ruang kosong buat teman ketika malam menyembah bumi dan daku sentiasa sebuk dengan aktiviti-aktiviti komuniti. Makin lama makin terasa daya tarikan terhadapnya walaupun tiada apa-apa yang betul-betul istimewa nak di tonjolkan. Kami sememang berbeza.

Lama-lama terasa tak dapat nak pisahkan persahabatan kami yang makin lama makin menjadi dua merpati sejoli. Seksa terasa bila dia hendak ke kampong halaman nya apabila sudah tamat pengajian nya. “Yunie, mengapa you rasa begitu?” Dia ingin kepastian yang kian lama terpendam.Tak terjawab dan pikiran ku buntu masa tuh..adeih..

Kini semua tu telah berlalu, kami ke alam fasa yang penuh dugaan..meniti kehidupan dengan kasih sayang dari tersungkur di tengah jalan...janji nya ku pegang erat..rindu nya semakin tersemat
Aku mengelamun semua ini sambil menikmati dendangan muzik Pachelbel's Canon in D…kenangan yang penuh bermakna dari kekasih ku.

Sunday, July 26, 2009

Kawan lama



Sejak kebelakangan nih, kawan-kawan lama bertanya kan khabar. Di mana kah Yuna atau Yunie menghilang..huhuhu..
…How are you?
…Rindu nya
…Awak sihat?
...Dah kahwin?
…Mengapa tutup akaun Tagged? Friendster?
…Buka lah akaun baru
…Stay in touch!
…Boleh kita chat malam nih?

Adeii..macam-macam soalan di tanya bila sekali sekala online.
Akan tetapi ‘chatting’ tak seperti ketika solo dulu-dulu..bukan tak suka tetapi tak ada idea apa nak bercakap atau dibangkitkan…Kalau tak ada hal, tak akan Yuna online. Kalau online tuh, ada saja nak mintak nasihat dari seorang kawan yang sedia memberi khidmat kaunseling dia yang tak bertauliah…hahahaha…tetapi melalui logika dia
Cinta ini kadang-kadang tak ada logika!” huhuhu… teringat nyanyian Agnes Monica lak..hehehe

Malam tadi, Yuna terfikir-fikir mengenai hal-hal yang lama telah ku tinggalkan
Jadi pergi surf-surf forum-forum dan komuniti-komuniti...adeii tengok lah apa yang di komenkan..

Yunie- does not have any recent activity. What a slacker! Maybe you should send -Yunie- a private message and ask, "Where are you hiding?" ...

Hmmm..ok lah..nanti Yuna pi tengok-tengokkan aktiviti-aktiviti yang lama-lama, tetapi tak janji la..sebab nanti si manja bertanya “Yunie, you buat apa tuh? Chat ya?”
Loceng dah berbunyi, itu petanda ‘Jom beradu’

Nite-nite luv!

p.s. A site i found masa zaman nakal-nakal dulu huhuhu
http://wikimapia.org/655067/Bintulu-Town

Monday, July 13, 2009

Yang sebenbarnya, Yuna...


Yang sebenarnya ku kebingungan
Bila terfikir dan bermenung sejenak

Di sanubari tak pernah berubah, yang berubah cuma pendirian ku
Di rumah cuma kemurkaan ibunda yang tiada nampak reda
Di hati cuma kerinduan yang tak berbelah bagi
Di minda cuma memikir masa berubah hanya kerana kesibukan
Di mata sudah menjadi kali yang mengalir setiap hari
Merajuk mencari hari yang silam yang entah ke mana pergi nya
Merana kerana jiwa ini kekacauan, berlawan bertentangan arus
Merenung zaman silam dan zaman sekarang

Tapak tangan ku yang hangat kini kesejukan
Kaki ku meniti talian yang makin kendur
Lidah ku tawar berbicara seindah bunga
Telinga ku kurang kedengaran azan kasih sayang
Hanya angin membelai rambut ku
Tidur ke lena di buai malam yang gelap

Wednesday, July 1, 2009

Michael Jackson



Pagi Jumaat 26 June, semasa sedang sebuk bersiap untuk bekerja, terdengar berita di TV bahawa MJ meninggal dunia tetapi tak confirm lagi. Terperanjat seketika macam tak percaya ja…jam dah menunjuk lagi 10 minit ke 8:30 pagi…huhuhu lewat tol..selalu nya Dearie akan hantar sms ‘wakey2’ pukul 7. Dia memang suka manjakan Yuna…Best pe!

Dalam perjalanan ke pejabat Yuna sms Dearie mengenai kematian Michael Jackson dan Farah Fawcett. Di Pejabat semua orang bercerita mengenai kematian MJ huhuhu… ada yang bukak Astro mengikuti perkembangan terbaru melalui saluran CNN la..ada yang melayari internet la…dan ada yang membaca surat khabar lak… Me? Kalau dah dengar berita tu..sudah je lah…sedekah al fatihah ja…melayari Tribalwars ja..huhuhu

“Yuna, saya ambil ‘emergency leave’ hari ini” rakan sekerja, Laynar, meninggalkan pesanan. Kami satu pejabat tergelak sakan kerana baru hari itu kami dapat tahu dia ada kena mengena (bersaudara) dengan keluarga MJ. Mula-mula Yuna tak faham dan anggap macam ‘Iye ke?’ lepas tuh saya pun kena digelakkan kerana macam lurus bendul..Adeih! rupa-rupa nya joke lah! Lambat tol pick-up! Huhuhu

Sejak hari tuh kebanyankkan nya berita terkini mengenai MJ sehingga lah sekarang…Kesian dan sedih jugak tengok hal-hal MJ nih, di dunia dan di alam barzah tak habis-habis orang bercerita tentang dia, harta, kewangan dan anak-anak dia..mayat dia belum di semadikan tuh…
“Lov, tengok nih! Ada 50 gambar MJ” Dearie menghantar link mengenai MJ..Yuna pun tak ketinggalan menatap wajah-wajah ‘ The King of Pop’ pula

Kepada para peminat MJ, nih Site rasmi MJ http://www.michaeljackson.com/
Mengenai perubahan wajah MJ http://www.anomalies-unlimited.com/Jackson.html
Banyak lah kalau nak melayari internet nih…

Akhir kata, Yuna mengucapkan takziah kepada keluarga MJ. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

Tuesday, June 30, 2009

Alooo!!



Alooo…!

Lama tak singgah kat sini
Yuna sebok! Sebok main ‘game-game’ dan sebok ngan si manja.
Setiap hari dari pagi hingga ke petang tak lekang dengan tribalwars http://tribalwars.net/ dan juga http://versus.thewitcher.com/
Selepas makan malam pula, layan game ‘spore’ lak sampai pukul 10 malam dan seterusnya ngan tersayang huhu..MUAH!

Kadang-kadang je melayari tenet atau singgah ke Yahoo Messenger, saja ja nak chat sekejap dengan kawan si nakal, Naqi untuk bertanya khabar…dia tak sabar nak memiliki Nokia 5800 musicXpress dengan gaji pertamanya dan Tenko-san lak tak sabar memiliki gitar idaman dia lak…huhuhu…Bagaimana dengan saya pula? Tak tahu mana nak pilih lak…PSP atau laptop…PSP atau laptop…eh, PSP atau laptop atau PS3…PSP atau laptop atau PS3..huhuhu…geram tol tengok Noctis lam game Final Fantasy versus XIII dan juga gerak lasak si Lightning lam Final Fantasy XIII…AARRGGHH! Banyak lagi game-game lain yang berkenan kat PS3 tapi mahal gak nak beli satu game tuh..kalau beli 10 game dah mampu beli satu lagi PS3, adeih! Honey! What shall I choose?

Tuesday, February 24, 2009

Aloo....


Dah lama tak singgah di sini…..
Sejak masuk ke alam baru bersama tersayang, Yuna lebih banyak meluangkan masa bersama dia. Tak muak-muak berceloteh dan juga mencurah kasih sayang yang sepenuh kepada nya.

Dia tak pernah menghalang segala gerak geri dan penceburan Yuna di dunia internet. Dia lebih memahami perjalanan Yuna dan sanggup memimpin diri ini yang serba kekurangan di dunia dan akhirat. Ada juga kawan-kawan nya yang kurang memahami keadaan kami sebenar dan menabur cuka ke liang luka-luka di dalam diri nya dan juga hati ini. Kalau boleh, tak sanggup Yuna menerima sindiran-sindiran sebegitu kerana rasanya, hanya Yuna memahaminya…seorang yang pendiam dan pandai menjaga hati orang lain tanpa kira siapa orang itu. Dia sanggup memikul beban sedemikian dan menerima permainan rakan – rakan nya yang memperendahkan dirinya, kebolehan, keimanan dan ketulusan hati nya. Ya, kalau boleh, memang Yuna tak sanggup dengan apa yang dia hadapi…sedih k..Yuna sedih…

Walaubagaimana pun, kebahagian dan kasih sayang kami hanya kami berdua sahaja yang lebih mengetahui. Perancangan seterusnya walaupun menyeksakan akan tetapi membina. Ku pastikan ia tetap teguh terbina untuk masa depan, begitu juga dia

Dunia kami terbelah dua…yang terpisah dan yang bersatu…dari dulu pun sebegitu tetapi kali ini kelainan dari segi pendampingan dan kasih sayang serta perancangan. Mampu kah anda meniti apa yang kami lalui? Hahahaha….rasanya anda tak kan mampu…sekiranya anda tahu….adeii!

(luv u so muchy, dearie!!)