Monday, October 20, 2008

Di sebalik bayangan ku


Dia tak boleh terima hakikat Yuna memang tetap Yuna
Maya memang tetap Maya akan tetapi tak perlu sangsi menyangsi.

Semua yang diluahkan selama nih adalah benar, tiada apa yang nak di umpankan atau mengambil kesempatan. Keikhlasan memang tetap disuluh. Keindahan persahabatan tiada perlu dipersoalkan dengan kata-kata kesat. Meruntuhkan jiwa yang sedang membuka tirai yang dulu memang dikawal rapi.

Salah daku hanya satu dan ia membunuh. Mengimbas kembali orang-orang yang ku sayangi pergi menjauh tak kira zaman bukan maya atau maya. Roda tu tetap berpusing, kata ku. Menangis kerana sejauh mana pun persahabatan, ia bagai sesuatu yang menghantui dan ditinggalkan. Mungkin dilupai. “I kan ada” tu ungkapan Yuna pernah dengar. Ya, kami selalu memanjakan diri mencari ketenangan jiwa kerana hanya dia yang mengisi kekosongan masa yang tak mungkin ku dapat kembali.

“Yuna tak mahu lagi mencari apa-apa lagi selepas ni” kata-kata nih memang tak disenangi. Rasanya masa sudah suntuk, sakit memanjang, terbaik telah ku berikan hanya bila tiba lelap ku datang dapat ku tidur dengan lena.

Hari-hari terasa membawa diri, mengundur secara perlahan-lahan agar tidak ketara. Biar air mata mengisi ruang sedikit demi sedikit dan bila tiba masanya tiada lagi ia menghujan. Hanya kenangan manis tatakala rindu mengintai masa itu.

Tak nak apa-apa….hanya nak memberi…ikhlas segala-galanya…
Harap-harap mereka akan mengimbas kembali 50 tahun akan datang, pokok persahabatan itu dah membuah, beranak dan dinikmati hingga anak cucu mereka…


Tuesday, October 7, 2008

Hujan emas di negeri orang

Dah masuk hari kedua da...hati nih masih bersedih...Bila kala begini mula lah nak menyendiri dan fikiran melayang jauh macam nak bawa diri ke satu tempat 'Kosong'. Pantang je teringat akan hal yang berlaku di dalam pentadbiran W.E kami, Tribalwars. Berubah nama berubah tangan atas nama mencari kemajuan...
Terfikir sejenak semakin maju semakin asing...semakin dekat semakin asing...semakin banyak semakin asing...

Semalam, Naqi temankan Yuna..cuba menceriakan hati yang gundah...nasib la..sapa la..dapat awek si Yuna nih..kalau merajok atau bersedih berat tol kes tuh...nak bagi dia ok balik bukan boleh umpan dengan cokelat atau kata-kata manis...dia tetap menangis..kalau tak di luar, di dalam...adeii...tetapi Naqi tetap cuba menceriakan balik maya dia..hantar gambar-gambar action figure dia yang terbaru, bagi link-link yang menarik bagi memesongkan fikiran ke arah lain, layan bercerita sampai akhir penghujung perbualan, selain popok dia sanggup mendodoikan lagu 'Yang Pernah' dari band Estrange lagu kegemaran mereka....kelakar jugak...hei..rasa nak tidur pun ada lepas tuh...(Thanks Naqi)

Hari ni, banyak lagi perubahan yang berlaku di dalam tribe W.E yang sekarang di beri nama baru *I*-R. Yuna hanya terdiam sambil merenung...Tenko sms mengeloh kerana menerima surat-surat dan surat pekeliling yang perlu dia baca dan layan. Dia memang tak suka membaca surat cinta yang panjang lebar..bagi ja yang patut dan afdal...rengkas dan senang...bagi ja arahan..dia setuju apa saja untuk jalan kebaikan...tu memang cara dia. Yuna tidak begitu pulak...macam-macam hal nak di fikir..selok belok..yang di hadapan dan di belakang...hal remeh-temeh dan kecil pun akan di kutip dan dipersoalkan...siap bentang surat bukan sahaja panjang lebar...besar lak tu penuh dengan lukisan whatever ..mengharap..'eh! betul ka plan i nih?' hati berkata-kata...hanya Tenko ja teman setia Tribalwars..rasanya telinga dia dah besar gajah dok mendengar cerita-ceriti..celoteh si Yuna nih tak habis-habis lagi dengan plan-plan dia...wallahuwaklam!


Kali nih, tiada apa-apa nak di fikirkan tetapi hanya tunggu dan lihat..walaupun kuasa masih bertahta dan bertahan, kuku tiada lagi bertajam..gigi tiada lagi bertaring...hanya rambut kami masih kusut masai macam zaman tujuh puluhan..hippi la..groovy la..sebab sememang nya begitu la..cara kami ...COOL..Tribe W.E memang tiada apa-apa yang menarik pun..kerana pendirian kami..tak mahu sebarang tekanan dan hanya untuk bersuka-suka. Walaupun sempoi, ramai gak nak masuk tribe kami...huhuhu..alhamdulillah! Sekarang nih dengan pentadbiran baru, semua kena bekerja keras.."Adeii, diorang nih tak de keja lain ka? Asyik nak ngadap tribalwars 24 jam?" keluh si Tenko....huhuhu....(cian)


"Yuna, jangan la bersedih..dah la..tu.." pujuk Naqi..

Ya, bukan senang nak lupakan segala titik peluh yang Yuna dah taruk dalam permainan Tribalwars ni...sampai orang dah kenal W.E sehingga tribe besar datang melamar atas tujuan untuk ke arah lebih maju. Walaupun dalam era baru....nama W.E tak lama lagi akan di lupai dan hilang..tak kedengaran bisikan-bisikan para pahlawan yang ingin berjuang sama untuk W.E tetapi *I*-R (waaa.....sedih! sedih! sedih!)


Its late! nak tidur! tak perlu nak bermimpi lagi....menangis la..puas-puas k dear!

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!


Sori..sori..sori! Lama betul tak singgah di sini..

Dari bulan Ogos sampai lah bulan November..musim sibuk Yuna! Tak menang tangan asyik sebuk di ofis. Tetapi bukan itu sahaja, kesihatan pun menurun mendadak...entah apa nak jadi dah nih..tawakkal? berserah? Lantak la...Seminggu sebelum Aidil Fitri, asyik sakit memanjang..maka tidur memanjang sambil kerje memanjang..Adeii!

Yuna tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya serta bermaaf-maafan. Sesiapa yang hantar YM offline message dan SMS je yang di balas. Memang tak larat dah ni..."Eh, muntah la..keluarkan semua..nanti rasa lega" dia dok nasihat 'Nih! i tgh urut u nih" dia buat lawat lak. Dalam kesakitan sempat tergelak terbahak-bahak! (Whatever tol la..si dia nih) huhuhu....

Sebelum Aidil Fitri menghilang, Yuna ingin mengucapkan 'Selamat menyambut Aidil Fitri dan harap maafkan Yuna jika ada salah dan silap serta terkasar bahasa' dan juga kepada mereka yang sudi menghantar mesej dan sms, 'Terima kasih banyak-banyak ye'

Raya tahun ni berbeza dari tahun lalu...tahun lalu lebih ceria...
Tak beli baju raya pun, cuma dua helai jubah pemberian Sedara dan mak yang balik dari menunai Umrah. Yuna sempat beli kasut je..itu pun sebab perlu sangat..dah lama tak beli kasut...Hiasan dan kemas mengemas rumah, hanya mak Yuna yang buat kesorangan. Yuna hanya zzzzzzz kerana kesihatan tak mengizinkan. Adeii..whatever tol la...! huhuhuhu...
Lain kali je la..bila dah 100% sehat, i pergi shopping sakan nanti! Yeah!

p.s. Dear, pinjam pewot! huhuhu.....