Monday, November 16, 2009

Midin


Sejak ada periuk nasi baru dia rajin masak di hujung minggu. Tak sedap hati setiap kali mendengar berita dari dia ‘makan mee dearie’, ingatkan mee goreng atau mee sup tetapi mee segera dari paket huhuhu


Ada sekali tu dia masak mihun, tersenyum lebar kali tuh sebab bukan mee segera akan tetapi…“Mihun tu keras Dearie tapi I makan jugak sebab dah lapar” ..Lorrrr! hahahaha kesian dia :) Kenapa la dia tak rendam mihun tuh sampai lembut dulu? Adeih! Ada-ada ja cerita dia yang berada jauh di mata (tapi dekat di hati hehe). Dia cadang nak beli periuk nasi sejak Yuna bising-bising dengan dia kerana kerap makan mee segera.


Semalam dia ‘MMS’ masakan tengahari dia dan ajak makan sama (haha..very cute!). Gambar tak berapa jelas dan bertanyakan masakan tu… ‘Sayur midin masak kicap dan nasi’. Pertama kali Yuna dengar sayur midin lalu bertanya kan selanjutnya. Dia memang tak pandai nak jelaskan...apa-apa pun memang dia tak reti nak jelaskan huhu sorry Dearie but that is a fact! Jadi, Yuna pun melayari tenet tentang sayur midin nih…Lorr! I penah tengok dan masak sayur midin nih. Ayah dulu-dulu selalu bawa pulang sayur-sayuran dari Sabah atau Sarawak…Kelakar sungguh

Midin nih geng pucuk paku juga la..pucuk paku nih ada berbagai bagai jenis k

Hmmm…tengah bayangkan midin masak kicap dia huhuhu..sedap ka tuh? huhuhu

No comments: