
Selamat menyambut Aidil Adha!
Sebuk tol Yuna sejak semalam. Menolong Sis dan nenek kat dapur...memasak. Hehehe..nenek Yuna memang suka berseloroh..gelak sakan ja bila ada dia. "Belajar la..masak rendang nih!" dia menyengih sambil mengacau kuah rendang daging. Adeii...masak rendang lah yang paling lemah sekali bagi Yuna. Whatever ramuan nak buat dan nenek Yuna ni cerewet sikit...tak suka ramuan-ramuan tu di kisar mesin...nak tumbuk jugak. Santan pun nak yang perahan menggunakan tangan..semua old fashion way...adeii...adeii..adeii..tapi tak kesah sangat..layan ja..nenek kesayangan Yuna nih. Dia tu 'sporting' tol.
Pernah tak nenek korang dok layan sama cucu dia tengok filem Final Fantasy, The Advent Children? Tentu tidak kan. Tapi nenek Yuna akan sama-sama dok teman Yuna tengok tu sampai habis walau pun berulang kali. Kalau Yuna pi tengok kartun Anime kat Astro pun gitu. Dia pun dok sama sebelah Yuna layan kartun tu...bukan dia faham apa pun...adeii! Naughty nyer Yuna nih. Eeee Love you so muchy!
Nak tahu? Kalau Yuna tengah sebuk dalam bilik, chat online ngan sesiapa ja..nenek Yuna kengkadang datang...."Siapa tu kau borak nih?" hahahaha..nenek Yuna ni dah pandai dah...dia dah tahu..yang zaman sekarang bukan sahaja menerusi surat dan talipon ja boleh berhubung..melalui tenet pun gitu. "Eh, Mak kawan Yuna kirim salam la..." (Yuna panggil nenek Yuna 'Mak') . Dia akan tersenyum menyegeh je bila Yuna cakap cam tu " Wa'alaikum salam..sapa tu? lelaki ke pompuan?" huhuhuhu...Itu la..my nenek! Eeee Love you so muchy!
Nenek Yuna berkorban apa saja kat cucu-cucu kesayangan dia...huhuhuhuhu...Selamat menyambut hari raya Aidil Adha...
Sanggup kah anda berkoban untuk kegembiraan orang lain? Atau hanya untuk diri anda saja?
No comments:
Post a Comment