Monday, December 10, 2007

Penat seh


Jumaat lepas, Yuna terbaca artikel kat NST pasal Cuti-cuti Gamers 2007 di USJ Summit.

"AAArrrgghh..Tenko-san, you baca nih! Ade games, cosplay dan action figures murah-murah belaka". Tak leh tahan dah..plan nak pergi kat situ. Yuna dan Syed Iylia pergi ke destinasi tersebut berikutan hari tu. Tak sabar-sabar!

Petang tu PM si Tenko mengenai hal nih. "So macam mane?" Tenko bertanya. "Jap ya..!" sambil keluarkan emoticon yang gelak terdekah-dekah. Dia keliru.."Ooo gelak ye!". Sebenarnya, Yuna tak leh tahan lucu mengenangkan Yuna dan Syed Iylia kat USJ Summit. "You taw, dah lah jam (trafik) siot! Penat seh bila sampai kat sana...nak naik lift kat tingkat 4 pun..punya lah ramai orang..situ pun jam giler..kitorang tak sabar-sabar dah terus guna escalator ja sampai ke atas!" Yuna bercerita. "N?" Tenko pun mungkin tak sabar-sabar nak tahu keterangan selanjutnya. "Mane ade? Yang ade Wall climbing dan Treasure Hunt the City of Gold". Syed Iylia dan Yuna terpingnga-pingnga bila mendapat tahu bahawa Cuti-cuti Gamers 2007 dah habis. Adeii! Oleh kerana kami tak pernah ke USJ Summit, kami pi window shopping la dan dah tentu singgah kat kedai games..beli Guitar Hero III dan Battle For The Pacific..huhuhuhu...Puas? MEMANG TAK PUAS HATI!!! Mase tu terasa nak @#%$#@ kat NST...apa da..berita lapuk dok publish! Dah la jam, ngan satu jam nak ke sana, cari parking lagi, habis duit minyak dan habis tenaga tol! PENAT SEH!

Malam tu dah janji ngan Tenko sambung chat kitorang , tapi SMS " Yuna penat sangat, tak larat n nak tido, Gudnite!" (Whatever! EEEeeeeEEEEeeeee....hahahahahaha...padan muka!)

No comments: