Saturday, December 1, 2007

Disember baby


Aloo...! Selamat datang ke bulan Disember. Bulan terakhir yang menutupi tahun 2007. Nanti kat TV di penuhi sejarah silam sepanjang tahun 2007. Mengimbas kembali trajedi-trajedi dan juga kegemilangan. Kebanyakan orang akan menghitung hari dan mengatur langkah ke arah tahun baru dengan azam baru mereka. Bagi yang susah payah, tahun baru...sama ja..

I'm a Disember baby, tak de yang special pun. Cuma tiap-tiap tahun ade plan macam Reunion keluarga lak...lebih kurang 8 atau 10 keluarga di Port Dickson. Huih...sebuk tol. Dah jadi tukang planner ni, makin lama makin mencabar lak. Ngan Dinner function dan kenduri bersyukor lagi. Tadi, mak Yuna dah pek-pok-pek-pok nak ni ..nak tu..begini..begitu.. adeii! Korang tak tahu..Expectation mak Yuna nih...korang pun tak sanggup nak pikul. Yuna dok dengar je...panas tol telinga ni...mulut je terkunci tak mahu melukai hati ibu. "I'll do whatever I can" tu saja Yuna ungkapkan. Mata dia melihat tepat kat arah mata Yuna (serius la tu..adeii). Rasanya tahun ni..tahun terakhir ja..Yuna jadi Tok Planner nih. Tak larat dah ni. Nak bagitahu Kak Zain ni, suruh dia ambil alih pulak tahun depan. Yuna nak rehat. Eh, betul la...Yuna nak rehat tahun depan.......
Hope Disember tahun depan baru terasa special! :)

No comments: