
Tiap-tiap malam berperang sorang-sorang!
Sekarang ni musim Yuna sibuk tol kat opis. Tak menang tangan di buatnya. Setiap hari berbuka puasa di opis dengan intern, Pei San, namanya. Seorang gadis jelita dari Universiti Pertanian Malaysia, yang sedang dalam urusan praktikal di sini.
"Amoi aa, aiyoo...you input saja data tu adeii! Biar saya balas email-email tu...nanti saya balik lagi lambat ooo kalau you buat lambat-lambat!"
Pei San tergelak dan senyum lebar je..." Kak Yuna, you balik lambat lagi ka? Nak saya teman?" Adeiii...lagi lambat you siap..lagi lambat la..Yuna balik weiii! Akan tetapi kitorang berdua cuba sedaya upaya mengatasi pendaftaran perhimpunan agung yang berlambak-lambak masuk setiap hari. Bila dia habis input, Yuna lak kena cek dan kerja-kerja seterusnya.....
"Hi, Yuna!" Wa..terperanjat Yuna apabila intern tahun lepas, Natalie, datang berziarah di opis lak. Yuna perkenalkan Natalie kepada Pei San. Natalie masih seperti dulu lagi. Best tol dapat berjumpa Natalie dengan rakan dia, Wong. Kitorang borak seketika sebab kerja-kerja banyak tol nak diseleggarakan. "Yuna, kalau you nak pekerja sambilan, jangan lupa beritahu saya ye?" Natalie beritahu. Adeii! kalau saya ade kuasa dah tentu la...! Best jugak bekerja ngan Natalie nih..huhuhuhu...Kadang-kadang terfikir gak, tak kuasa aaaa kerje sorang-sorang jauh malam setiap malam...sunyi dan bosan walaupun pasang lagu-lagu nyanyian The Strokes kuat-kuat.
Hmmm...kesorangan setiap malam....see ya...lain hari bila Yuna free k!
No comments:
Post a Comment