Tuesday, November 25, 2008

Mencari kedamaian


Perempuan nih kalau boleh, dia hendak tahu. Naluri dia sentiasa nak tahu. Bukan penyebok. Langkah selanjutnya semua telah di atur. Jiwa dan hati nya sentiasa memberi dan dia hanya mahu sedikit ruang ‘to acknowledge her presence’ (hmm..sorry, tak reti nak tulis lam bahasa lak..huhuhu). Tak salah kan kalau di beri sedikit kemanjaan kepada nya. Dia akan memberi yang terbaik kepada orang yang tersayang. Dunia dia bergolak hanya di situ. Tumpuan dia pun begitu. Dia akan mengatur langkah dengan teliti untuk kesempurnaan dirinya mencari kesejahteraan pada keseluruhannya. Sanggup berkorban juga adakala membinasakan dirinya hanya kerana ‘sayang’ dan ‘cinta’. Mata dia ada pada minda dan hatinya. Kekuatan perempuan nih terletak pada jiwa dia.

Walaupun begitu, keseimbangan dia terletak pada pimpinan dengan orang-orang yang di sayang. Jangan di biarkan begitu kerana tanpa keseimbangan nih jiwa dia memberontak dan selalunya ia menghancurkan. Masa itu matanya tiada di minda dan di hati. Jiwa nya kosong tiada apa yang dipedulikan. Hanya keimanan yang dapat menyelamat selanjutnya.

Perempuan itu tonggak kekuatan bagi seseorang lelaki. Dia mampu meniti hidup keseorangan kerana susah senang dia hanya tertumpu untuk hidup. Lelaki perlukan ‘kehidupan’ itu. Lelaki perlukan kesempurnaan itu. Lelaki perlukan kesejahteraan itu. Berilah kepimpinan itu sebaik-baiknya…kerana kedamaian itu ada pada kamu..

No comments: