Tuesday, June 26, 2007

Cinta dan Kasih sayang


Kali ni topik pasal 'Cinta dan Kasih Sayang'.
Ade member dok tanya pasal ni dan nak pandangan Yuna.
"Yuna, macamana la..nak tahu tu cinta sejati?"
I pun pernah bercinta tapi nak cari cinta sejati ni hmmm susah nak komen tetapi la..Yuna rasa-rasa...ni pendapat Yuna K. Kalau korang nak komen sila kan ya.
1. Selalu ambil berat terhadap seseorang yang disayangi
Asyik nak tipon, SMS, YM, MMS je..hahahaha..pagi, tengahari, petang, siang..dan malam...
dah tak ingat dunia..dah jadi "Dunia korang berdua je la.."...betul tak?
Tu kira dah jatuh cinta la..tu...Bohong la..tu kalau korang kata 'Eh, tak de apa-apa la..kitorang biasak je"
Logik: I tak kuasa la...nak main tipon-tipon seseorang kalau tak de perasaan apa-apa!
2. Selalu memberi nasihat-nasihat dan panduan-panduan
Hei, you jangan la..buat ni atau buat tu..tak elok dari segi islam...Dah masuk waktu solat ni! Dah sembayang ke belum? Whatever la..nasihat-nasihat ikut sunnah nabi dan rasul.
Adess! tetiba lak jadi Tok Imam lak atau guru agama....selama ni tak kesah pun nak tegur sesiapa
Logik: Mak Ayah bagi nasihat pun tak jalan..hahahaha nikan yang tersayang dok bagi jalan...!
3. Terasa aman dan syok sangat
Dia seorang je yang boleh hilang keresahan dan debaran di hati. Rindu....setiap saat! Kalau boleh la...24/7 dok depan mata..padang memandang...dunia nak runtuh pun tak pe..asalkan si dia ade disisi. HILANG segala-galanya keresahan tu!
Logik: Takkan la..'keresahan' yang melanda di jiwa tu Mak you? atau Fasha Sanda atau mana-mana pop star la..!
4. Asyik teringat si dia
Bila nak mandi pun teringat..nak gi mana-mana pun teringat..nak pi bilik menung pun ..teringat
Teringat kat tuhan bila nak sembahyang je or bila di datangi musibah. Nak teringat kat Mak Ayah pun...ha bila perlu je..betul tak
Logik: Dah mabuk kepayang la..tu..tiada ubat bagi mu..pi kahwin la...
5. Segala rahsia diri nak beritahu
I ade tahi lalat di tepi bibir...huhuhu! Kelakar tak? Tapi it happens! memacam nak beritahu la..katakan. Tu lumrah la..sebab nak 'gain trust' dok kata orang putih.
Logik: Takkan la..korang nak beritahu segala rahsia diri mu kat kawan-kawan biasa..wei..!
6. Tangkap leleh
Citer sikit pasal sedih..dah nangis..eh, ni bukan citer pasal filem hindustan ye..ni pasal ade jiwa terusik la..awek ngan mamat. Tersinggung cepat tol! Nak manja-manja..like "Abang, tolong lah pujuk I" sebenarnya
Logik: Takkan lak you atau dia nak orang lain pujuk! Wei....!
7. Insaf
Segala kenakalan..dah tak nak buat lagi. Dulu suka usik-usik awek. Kini tiada lagi. Si awek lak, dulu ade calon-calon mamat. Kini tiada lagi. Perangai buruk pun dah buang..nak jadi baik. Best gitu!
Logik: Ke alam dunia baru! Nak jadi orang baik-baik sebab niat murni.
8. Tak pandang orang lain
Kalau la..ade ternampak awek lain pakaian terdedah dan seksi...pandangan tu sungguh menjelekkan. Si dia jugak yang cantik dan berseri.
Logik: Siapa lagi yang cantik berseri sebab si dia yang tersemat di hati..betul tak
9. Cemburu!
Cemburu la..kalau orang lain dok kacau-kacau si dia. Dah tentu sifat Superman tu timbul nak 'rescue' Lois Lane!Wuhoo!
Logik: Takkan dok diam je..kalau tersayang di ganggu dan di hantui oleh orang lain
10. Bersusah payah
Sanggup bersusah payah dan berkorban untuk si dia. Berkorban wang ringgit dan masa.
Anyway...perkara yang susah dah nampak tak susah..sanggup segala-galanya mengharungi pahit maung untuk menyenangkan si dia..
Logik: Susah senang bersama tu dah ada dalam kepala..huhuhu..betul tak?
Wei..panjang lak Yuna dah tulis ni. Penat tau! anyway, tu pasal kalau dah jatuh cintan la..
Pasal bagaimana nak tau cinta sejati dan adakah ia pasangan hidup anda?
Yuna rasa la..sama-sama berkorban untuk menuju ke gerbang perkahwinan..ikhlas dalam perjuangan ni dan sama-sama sanggup mengharungi pahit maung kalau cinta terlarang la..(mak ayah tak setuju), sama-sama sanggup menerima pasangan yang seadanya...baik buruk seseorang, sama-sama trust and respect, sama-sama cinta dan sayang, sama-sama merancang untuk kebaikan masa depan....insya'allah tu lah cinta sejati dan pasangan hidup anda.
Nak hidup bersama sampai akhir hayat? ikut contoh mak bapak kita la..bagaimana diorang leh bertahan k!

No comments: