Monday, June 18, 2007

Rileks Yuna rileks!

Rileks Yuna..rileks! Pi main bubble tu!

Kenapa ni? Tak ceria? Ade problem ke? GG dok tanya
Camner nak ceria..I dok fikir bebanyak nih sampai gelisah tol.

Bila time camni (perjumpaan hari Jumaat ni)...mula lah I rasa tak menentu arah..kecut perut sampai sakit perut. Pi kat YouTube dengar lagu merepek-repek sampai naik boring. Nak buat kerja-kerja blog pun tergendala.

Selain menghadapi hari Jumaat ni, ada lak masalah ngan lady boss I ni. Sejak nak berhenti kerja..memacam lak permintaan yang bukan-bukan. Rasa-rasanya sebab I tak bagi perhatian kat dia kot. Sejak kebelakangan ni persahabatan kitorang cam renggang. Kitorang ni dah lama kenal dan rapat lak tu...tapi ni perangai Yuna lah...sekali je seseorang hilang kepercayaan ..habis semua ikatan persahabatan. I ni kuat merajuk kot? Camner tak merajuk. Ade orang cucuk dia..pas tu dia lebih percaya kat orang yg dok cucuk dia. Lantak dia la..kalau suka di tikam banyak kali. I tak rugi pun....Bila tiba masa lady boss I berhenti hujung bulan ni..Yuna nak tengok si tukang cucuk tu...kalau lah..dia nak rapat ngan I..Sorry satu lori!Pi cari kawan sendiri! Dia belum tau lagi ...yang I pandai main pedang! Squall (FF8) pinjamkan I Gunblade you tu!

Walau camner pun...I kena fokus sikit. Nak selesaikan masalah ni satu per satu. Buat masa ni cuma ade 2 saja. Masalah Lady boss..tu kacang je. Tinggal masalah ngan si Riz ni. Whatever..ia akan berakhir minggu ni. GG, Yuna dah kata dulu...susah nak berkenalan ngan orang yang sibuk dan popular...lama-lama makan diri tau! Tu la..ada couple of guidelines Yuna dok pegang sampai hari ni. Aduh!! masih sakit perut ni......

No comments: