Saturday, May 5, 2007

Lagi...Selamat Hari Jadi!

Selamat Hari Jadi kepada Syed Abdul Hadi!

Korang tentu gelak kat Yuna ni! Dah tentu ingatkan...ha..ni boyfriend Yuna kot...Tak lah! Ni anak buah! Baru darjah 5..hahahaha..korang tentu ingat like "Wei...Yuna! budak kecik punya birthday pon nak sambut! Sambut lah birthday yang sebaya umur ngan you tu...!"

FYI, kitorang ni saudara-mara rapat! Dok pun berkeliaran dan merata KL. Ape-ape hal memang kecoh dan riuh kalau ade gatherings. Saja buat sebok! Tetapi yang sebenarnya, inilah cara kitorang merapatkan lagi silaratulrahim selain melalui kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan urusan kematian. Kira majlis kecil-mecil ni tak 'formal' tu je. Budak kecik ngan hal-hal birthday diorang, kitorang lak..catch-up with each other lak. Selalunya merancang plan-plan big gatherings yang akan datang. Wuhoo! I love it! Hei, sepupu Yuna, Shahrol nak kahwin bulan Disember ni. Nampaknya gathering kitorang akan beralih dari Port Dickson ke Penang.. kot. Rumah pengantin pompuan kat Bagan Serai...kitorang rancang tidur semalam kat Taiping Golf Course Resort sebelum bertolak ke Penang! Hahahahaha..."Nak pi kacau si Pengantin Baru nye honeymoon sebab malam tu ade BBQ seperti biasa...tak de can diorang nak tidur awal!" kata Syed Ahmed Hafiz! Tergelak besar si Shahrol and the gang. "Yuna, you bila lagi?" Shahrol dok kacau...'Aduh! maleh tol nak jawab' bisik hati Yuna. "Yuna, tunggu Syed Taidest ni..." (Tidus dari FF10) Yuna berseloroh....(Diorang bukan tau ape pon tu....) What a laugh! Hahahahaha...eeeee gelihati tengok muka diorang tercengang cam terperanjat unta! "Tak pe! Tak pe! rahsia!rahsia!" sambung Yuna lagi....hahahahaha..tak tahan betul tergelak, terus beredar sebelum diorang tanyer soalan cepumas lagi.....

Hei... masih gelihati teringat akan air muka sepupu-sepupu Yuna tu...sebab kitorang memang rapat...sebab tu la......diorang tak pernah dengar Yuna citer pasal-pasal boyfriend-moyfriend tiba-tiba tersebut Syed Taidest! kahkahkahkahkah...tak leh tahan tol!

No comments: