
Hello V! I miss you... :)
Dahulu Yuna ade se ekor kuching, sebijik macam tertera kat gambar ni.
Mula-mula, kawan mak Yuna bagi kitorang sepasang kuching half-bred parsi warna putih untuk dibela, Jan dan Bet (ambil nama dari Jantan dan Betina la...)
Kemudian Bet beranak 4 ekor anak kuching. Oleh kerana kitorang pun 4 adik beradik, jadi masing-masing ambil seekor untuk dijadikan 'personal pet'. Yuna namakan si dia 'V' (V dari Victory gak), seekor kuching jantan. Manja habis V ngan Yuna. Panggil je dia datang. Selepas sekolah je mesti main ngan V. Tidur pun ngan V. Tengok TV pun ngan V. Perangai dia, manja dan cerdik serupa ngan kuching siam Yuna dahulu, Gypsy nama dia. Tak boleh nak lekang langsung! cerdik sungguh! Yang berbeza, Gypsy kuching betina dan kuching siam manakala V lak kuching jantan half-bred parsi dan putih bersih. Selain daripada tu..V memang kuat makan...gemuk kedempol! Jalan pun lembab..PEMALAS! but I LOVE HIM! Antara adik beradik dia memang V yang paling gemuk! Kurang menggelinjit (active) sikit sebab kegemukan atau mungkin memang pemalas kot...atau mungkin nak layanan macam King! Ini mungkin Yuna dok manja manjakan dia sangat kot?
Satu hari V tak kelihatan langsung kat rumah. Yuna begitu resah dan rindu lak. "Ei, cari girlfriend ke V ni?" Panggil jugak berkali-kali "V! V! V!"..."V! V!V!" tak juga datang...risau jugak sebab bukan perangai dia, tak datang bila dipanggil. Lewat petang ayah Yuna kata "Yuna! V dah tak de... Accident kat jalan utama tu. Rasa-rasa V sebab dia gemuk!" EEeeeeee My V! (Hey, bukan Myvi kereta Perodua tau!) Yuna jerit, terus berlari kat jalan utama tu. Yuna menangis sakan..dia luka parah di kepala. Yuna tanam V dibelakang rumah, sampai sekarang kubur V masih ade kat sini. Sejak tu...no more pet cat!
This page is dedicated to Gypsy and V: My most beloved cats...thank you for being my companion yang setia.
(Harap kan kucing je nan setia)
No comments:
Post a Comment