Sunday, May 6, 2007

Kongsi rahsia


Yuna! Psst...!psst...! psst...! (Sharing secret!)

Yuna memang tak ramai kenalan sebab tak pandai bergaul sangat. Memang Yuna pemalu orangnye. Kalau dalam keramaian, Yuna akan dok kat satu sudut. Sudut yang memang tak de orang lah...kalau ade pun satu atau dua orang je. Bertegur sapa sebagai syarat je. Kalau diorang tak tegur Yuna pun, Yuna tak ambil hati. Tapi kalau dah berkawan tu, Yuna akan pegang nilai kawan tu betul-betul. Dari situ baru lah diorang nampak Yuna pek pok pek pok lebih. Considered my small circle of trusted friends la....kalau ade cerita-cerita yang kelakar..hmm lagi Yuna suka...gelak sakan! kalau ade cerita-cerita sedih...Yuna pun turut sedih...wei keluar gak air mata tu...kalau ade rahsia...insya'allah memang tersemat di hati bukan di mulut! Banyak gak rahsia-rahsia kawan yang Yuna pegang. Kalau dah berjanji, Yuna akan terikat pada janji tersebut walaupun ade gak kawan-kawan yang tak serasi kemudian hari.

Ade la..si Minah kat ofis ni beritahu rahsia dia kat Yuna. "Yuna, janji tau jangan beritahu sesiapa pasal hal I ni" Rupa-rupanya dia saja nak test Yuna jika dia terdengar ura-ura 'Rumours' kot-kot tersebar kat ofis. Bukan setakat tu je, sampai sahabat karib dia cuba nak congkil dari Yuna cam "Yuna, you ade dengar tak citer pasal bla..bla..bla..? " Mula-mula memang Yuna tak sedar sebab kes lurus bendul. Tapi tak beritahu aaa...sebab pegangngan janji tu...so terpaksa la buat-buat tak faham dan tak tahu. Dua tiga hari kemudian, Si Minah tu datang lagi...muka dia ceria dan manis sekali. "Yuna, I really trust you my friend!" Dalam hati Yuna terpingga-pingga kebingungngan. Kemudian baru lah Yuna tahu bila dia cerita hal yang sebenarnya. Pas tu terus "STRIKE OUT" dari senarai kawan-kawan Yuna. Wei...sampai begitu sekali diorang nak uji! Baik tak payah! Sampai sekarang masih berkawan gak tapi nak pi mencari Minah tu nak chit chat tak der la...Kalau begitu cara dia nak ukur berkawan ...that is not my style! Mine is base on trust sejak awali berkenalan!

Baru-baru ni teman rapat dok bagi " Yuna ni kod kita ya...psst...!psst...!...psst!" HAHAHAHAHA! Tergelak besar Yuna tau sebab tak pernah orang dok bagi rahsia yang sungguh melucukan! "Eeeeeee whatever betul la...dia tu!". Sampai hari ni dia dok tanye "Ape kod tu?" Eeeeee tak habis-habis tergelak ini....HAHAHAHAHAHA! Sorry la...rahsia!rahsia!rahsia! HAHAHAHAHAHA!!!!!

No comments: