
"Life is a fleeting moment"....pernah Yuna dengar ayat ni tapi tak ingat dari mana dan siapa lak. Mungkin anda tak berapa faham maksud ayat tu, Kehidupan adalah perjalanan masa gitu". Kehidupan kita akan menjadi kenang MASA dan akan berlalu sebegitu sahaja. Keindahan hidupan itu pula di warnai oleh cara kehidupan kita sendiri. Jadi jangan persia-sia kan waktu kerana ia akan berlalu sebegitu sahaja.
Suka duka adalah permainan hidup. Cuba anda renung seketika ya...roda kehidupan berpusing...zaman bayi, kanak-kanak, rema
ja, dewasa, berumur, tua dan kematian. Begitu juga dari sendirian, berdua, berjumlah, berdua dan kembali bersendirian. Kita tak boleh lari dari pusingan tersebut. Kita mengatur langkah ke arah jalan yang baik dan benar atau sebaliknya. Baik atau buruk? Pilih lah...setiap perjalanan hidup ni ada hikmah di sebaliknya dan nikmat di penghujungnya. Yuna selalu berpegang pada ayat ni lak "Saving the best for the last!" Whatever penceburan dan perjuangan Yuna, susah senang ke...yang penting kepuasan dan kenikmatan di penghujung perjuangan tersebut.

Jadi, isi lah kehidupan anda ngan kenangan-kenangan yang indah sebab ia akan berlalu sebegitu sahaja.
No comments:
Post a Comment