Sunday, April 8, 2007

Cerita perihal tak der mood

Hari ni memang tak de mood langsung. Tengahari ayah dan mak ajak pi shopping kat Jaya Jusco...hmm, malas nak pergi. "Nak tengok CSI" jawab Yuna. Tinggal lah Yuna dan Mak Iti, yang sedang sebuk mengemas seluruh rumah. Citer CSI best gak, episod baru ni...Yuna belum tengok lagi. Akan tetapi Yuna tak berapa mengikuti jalan cerita CSI tu...mungkin hati masih tak tenteram walaupun pagi ni dah ok ngan sahabat setia.
Syed Ibrahim datang nak mengambil gitar dia yang ditinggal minggu lepas. Tak habis-habis kacau Yuna yang sedang melayari internet. Petik gitar kuat-kuat, melalak lagu bagai nak pecah tongkang! "Woi! nak main gitar melalak kat sini..pi lah main jauh-jauh!" Mak Iti pun tergelak terbahak-bahak sambil menyahut kata-kata Yuna dalam bahasa indon pekat tu yang Yuna pun kureng faham sikit....lawak dan gelak jer la...! Pas tu Syed Ibrahim menolong Yuna mencari idea-idea dari internet. "Aper da..ni kau nyer line, I don't want this la.." Agaknyer dia tengok Yuna macam malas jer dan mood pun beku...dia petik lagi gitar tu..lagu entah aper macam black metal bunyiknye, terpekik melalak sampai Mak Iti yang sedang menggosok pun entah aper yang dia ngomong-ngomong sambil tersenyum. "Eee.. Ibrahim, you tak der kejer lain ke nak mengacau kat sini. I cannot concentrate you know?"
"Tak lah sis, nak pi jamming jap lagi.. singgah sini nak makan jap" sahut Ibrahim. Ibrahim kalau pasal makan...hmm tolak kat dia, semua dia sapu. Tetapi pandai jaga badan..nak six pack lah konon...! Selepas dia beredar, tinggal lah Mak Iti dan Yuna sekali lagi. Mak asyik dok talipon.."Aper nak masak petang ni?" ,"Nak beli ni? Nak beli tu?", "Lapar tak? Nak sushi ke?", "Mami on my way home". Manjer sungguh layanan diberi. Tu lah Mak Yuna. Tapi kalau dia marah...eeee macam kapal karam dibuatnyer. Nak mampus!
So petang ni masih melayari internet sampai tiba masenya pi tolong mak kat dapur.......Bye! Yuna nak ke dapur!!!

No comments: