Hari ni agak tenang sikit. Kerja pun tak banyak kat ofis. Jadi Yuna menyebukkan diri melayan forum dan mencari bahan-bahan untuk blog-blog Yuna di internet. Terkenang gak ayah yang kini berada kat hospital. Besuk dia akan menjalani pembedahan pundi saluran kencing yang tersumbat. Diorang kata kebanyakan lelaki yang berumur ramai mengalami masalah ni. Dah jadi lazim lak penyakit cam ni. Entah ler...Yuna tak ambil tahu sangat hal-hal begini sehingga terjadi pada keluarga sendiri. Dulu dia tak mau dibedah tapi sejak menjak ni...serangan kerap mendatang, dia ambil keputusan untuk pembedahan. Yuna tahu yang sebenarnya dia takut kot. Takut tak boleh pulih dan terpaksa "bedridden". Perangai dia cam Yuna gak..tak reti dok diam..ade jer dia nak buat kerja. Yuna pun begitu..tak reti nak goyang kaki..kat ofis ke, kat rumah ke..kat hospital ke..kat mane-mane lah. Paling benci dok menunggu yang berjam-jam. Mungkin kerana dalam kepala Yuna semua dah set 'timing'...kalau timing tak betul..gelisah habis..kucar-kacir..buat kerja pun cam kelam kabut jadik nye. Dulu, pernah gak doktor tegur Yuna, supaya 'take it easy' and 'be calm'. Agaknya dia tengok 'body language' ni..asyik tension jer kot. "Belajar rileks Yuna!" Tegur dia. Masa tu Yuna tak faham maksud dia "Ha? I am rileks" "Tu, tangan you tu dok genggam pasal aper?" tanye doktor lagi. Memang Yuna tak perasan selama ni yang semua tenaga Yuna dok terkumpul kat genggaman tadi. Pandai betul doktor ni. Anyway cam ner nak rileks? Kalau boleh segala-gaa tanggungjawab biar Yuna pikul sorang-sorang. Malas nak canang kat mak atau ayah atau adik beradik Yuna ngan kengkawan..tak yah cerita la...Selagi boleh pikul...pikul la...'That is me, YUNA!'
Yuna jenis yang suka buat perancangan terlebih dahulu. Kalau nak ade kenduri ke..parti ke..melancong ke...semuanya dah rancang sejak 6 atau 8 bulan terdahulu. Paling sengkek 1 bulan nyer perancangan. Paling benci, kalau ade orang atau family ajak pi mane-mane BESUK hari. Jiwa ni memberontak terus macam "Hei tak payah lah...not in my appointment book" Begitu sekali. Tapi kalau dah terpaksa..cam mak dan ayah suruh tu...pergi jer le, akur ngan permintaan mereka. Nak enjoy suasana masa tu...hmmm jangan harap! "Not stated in my appointment book. My mind does not compute!" Teruk kan? tu la...kalau ade family gatherings..saudara mara Yuna beri tanggungjawab tu kat Yuna. From A sampai Z Yuna pikul tau! Siap ngan menu-menu dan barang yang perlu di bawa. Pas tu deligates the job kat diorang. Bila gathering tu, Yuna yang paling sibuk...beritahu diorang bila kena siap..aper perlu buat dulu..BBQ start bila la..Hei..diorang ni kan berumur pakat mak bapak orang pun dok tanyer "What to do next" Pelik kan? Bayangkan lah kalau nak kira cam utuk 30 orang. Pernah gak cousin Yuna suruh plan untuk Bahagian tertentu nye Kontena Nasional's office gathering plus our family gathering sekali go...kat 200 orang. Buat kat Ilham Resort, Port Dickson. Demi Allah! masa tu tahun 2003 kut. It was a success! Wow! Tapi lepas tu pancit! Letih betul! Terlari-lari dan terkejar-kejar nak pasti semua perancangan berjalan ngan lancar. Wa...Yuna untung banyak tau...charge diorang RM 35 per head. Of course minus the minor la...budak kecik mane makan banyak. Moral of the story...Do not under estimate kebolehan Yuna. I know I can go further than that! Cuma sekarang ni......sakit sakit sakit Eeeeeeee what a set-back!
No comments:
Post a Comment