Saturday, April 14, 2007

Syed Stinko!


Picture of Syed Ibrahim Haikal and his favourite electric guitar. My naughty companion.

Hari ni tak berapa sihat. Seluruh badan Yuna rasa sengal-sengal dan sakit. nak menggeliat pun kena perlahan-lahan sikit. Badan rasa berat sejak semalam lagi. "Eeee aper lagi nih? But whatever!" bisik hati Yuna. Yuna tengok bilik mak Yuna pun terkatup rapat. Selalunye dia lah yang bangun awal sekali. Pi ngintai jap! hehehe...tak lah..."Tok! Tok! Tok!" hai ketuk pun tak jawab? Yuna ternampak pakaian yang dah dibasuh oleh mesin pembasuh. Ok lah, Yuna sidai baju lak. Selalunya mak yang buat ni. Tapi tak per kali ni Yuna buat lak. Semasa menyidai Yuna tertolak pasu pokok bunga "BANG!" habis pasu, tanah dan pokok bunga bonsai jatuh berteraburan atas awning. Ayah, yang berada kat bawah rumah pun keluar jenguk ape lah bunyi kuat tadi. Mak yang dalam bilik pun keluar. Kedua-dua dengan muka tanda tanye di dahi. "Yuna tertolak pasu bunga..." Mak geleng-geleng kepala tapi tak cakap aper pun. Riak wajah air mukanya macam tak sihat. Selesai menyidai, Yuna pi tanya mak....hmmm memang betul pun, sakit mulut (ulser).

Tengah hari Yuna masak lak. Masakan yang simple-mimple sebab tak larat nak buat special-special. Sambil masak pi lari kat PC, pas tu pi sidai baju yang dah basuh pusingan ke dua. Begitu lah hari ini. Lari naik turun naik turun. Ayah Yuna tengok jer perangai Yuna dari jauh. Tak nak komen apa-apa...rasa-rasa memang dia tak suka tu..tapi Yuna eeeee mengalahkan wonder Woman lak. Kalau boleh nak siap serentak..so bila mak bangun...'Eh! semua dah siap? Aper ni Happy mothers day ker?' mungkin itu yang di kata nanti ...tapi harap-harap gitu lah heheheh. Sebenarnya, dah banyak kali Yuna tak dapat nak tolong mak sebab asyik sakit jer. Kali ni dia sakit, tak per lah biar Yuna berkorban. Sambil buat kerja mission impossible ni..sempat lagi layan YM ha..ha..ha..aper lah Yuna nih. Agaknye tak der internet camner agaknye. Bila semua dah selesai, Yuna pi bilik mak. Aik? Tak der? Rupa-rupanya dia bersihkan pokok bunga kesayangan dia yang bertaburan pagi tadi. Bersih habis! kalau Yuna la...tak sebersih gitu. Masa tu ade gak terfikir camner nak kemas tanah-tanah kat awning tu? Hei, camne nak sampai? Best sekali dia tak marah Yuna..agaknya dia tengok semua baju dah bersidai dan mungkin dia tahu Yuna masak kat dapur. Mungkin dia rasa itu pun dah bersyukur kot. Whatever...badan dah sakit-sakit nih tapi tak nak kata apa-apa.

Petang kontek Si Ben nih, dia ade perkara penting nak tunjuk kat Yuna. Dia nak pendapat Yuna tentang website dia yang sekian lama dia dok buat. Ada sedikit test run yang perlu di buat. Pas tu chat kejap. Petang lepas solat ingatkan nak pergi Tesco beli sushi yang dah habis tetapi tak jadi lak sebab mak nak keluar pergi menziarah kawan dia yang terlantar sakit kat hospital. Syed Ibrahim muncul lak....berpeluh masam, dia baru lepas pi jamming. Kerja dia tak habis-habis kacau Yuna. "Yuna! Yuna! Yem dah dapat video klip yang funny hari tu!" "Kot ia pun..pi lah mandi wei!" Tak tahan Yuna bau jantan ni lah! Ibrahim dok tercari-cari video klip yang funny untuk Yuna. "Just tell me the title and you take your bath PLEASE la...!" rayu Yuna. " Tak nak! Yem masih berpeluh ni, baru balik dari jamming..jalan kaki exercise. Tak leh mandi sekarang tunggu peluh kering dulu!" Tu kata dia. Syed Ibrahim ni kalau pasal jaga badan, muka dan rambut..mengalah Yuna. Tapi eeeeee bayangkan lah..mamat ni ...memang tak segan-segan naik atas terus ke bilik Yuna nak sampai the good news konon. Oi! bad news la..brother! YOU STINKO!!!! Anyway bila dapat tengok video klip tu...kitorang gelak terbahak-bahak! Stinko tak stinko..dah tak ingat lak...Terus post kat Cakapgold! ha..ha..ha..

Thanks Ibrahim..what can I do without you ye...Cam mane Yuna marah kat dia, dia tetap datang nak kacau-kacau bergurau senda ngan Yuna. Ini lah cousin Yuna...hei! ape nak jadi....

No comments: