Bangun pagi-pagi dah dok depan PC. Dah jadi satu habit. Bukan nak melayari tetapi nak cek kat forum kejap and juga cek kot-kot ade message kat Yahoo. Belum sempat aper-aper, tertera 2 messages dari sahabat karib. Aik? Sakit lagi? Dah macam-macam Yuna nasihat si Ben ni. Tak tahu nak cakap aper lagi tapi kali ni sungguh merisaukan. Bukan saja demam, bertambah ngan sakit tekak dan telinga sekali. "Eh, aper dah jadi ni?" Pagi-pagi lagi buat kita leleh air mata bila dia kata sedang gerang kesakitan. Aper la...Ben ni...Aper Yuna boleh buat dari sini ya...berdoa saja lah dan berharap dia segera pergi jumpa doktor pakar sakit telinga, hidung dan tekak. Perasaan geram dan marah pun ade bila dia kata nak pi cek ngan doktor esok. Susah betul nak nasihat si dia nih. Nasihat sekadar termampu gamaknye.
Kat ofis, sambil buat kerja terkenang Si Ben lagi. Kuat bekerja betul dia ni sebab dalam keadaan sakit pun dia nak pi kerja. Tak tahu aper nak cakap ngan si mamat kelate nih. Nak tahu? Dia lah sahabat kelate pertama yang Yuna berkenalan. Pernah Yuna citer kat dia yang Yuna pernah bercuti kat Kota Bharu dan Besut. Juga pernah mencuba nak royak kelate kat sana...orang gelak lebih kat Yuna adelah. Diorang kata "Yuna, tak yah royak-royak la...bunyi macam kelate murtad jer" Mase citer-citer ni, Yuna tak tahu si Ben nih kelate...Adess! Tambah lagi Yuna ade gak citer yang Yuna pernah dengar sekumpulan kelate cakap inggeris royak telur kelate...FIRST TIME dengar tu...!! Bunyik pelik sungguh! Tergelak terbahak-bahak ler Yuna. Tapi bukan lah Yuna nak perli atau menyindir...tetapi pertama kali Yuna terdengar kelantanese-english. Sorry! Ampun Ben, betul!...Yuna bukan suka ketawakan orang...itu bukan sifat Yuna. Yuna masih ingat kata-kata Ben, "Citer sikit, macamana bunyik orang kelantan bercakap inggeris?" Yuna jawab; "I dunno sebab tak tahu nak explain...". Tetapi bila dah kenal perwatakan Ben dan sedikit asal-usulnya...eeeee malunye Yuna rasa bila menyingkap balik kisah ini. Tetapi itu semua tak jadi hal. Yang penting, dia memang seorang yang baik, amanah dan tulus ikhlas. Sejak berforum ni, baru kini Yuna sedar yang ramai gak ahli-ahli forum tu...1. lelaki 2. orang kelate. Adess!!! Agaknye aper lah pandangan diorang terhadap Yuna ni. Yuna selalu bila buka mukadimah dalam bahasa inggeris. Nak kate terrer tak lah...tapi dah sifat semulajadi Yuna...speaking bercampur bahasa melayu kat ofis, kat rumah dan ngan kawan-kawan. Yuna rase ia bermula sejak dari bangku sekolah lagi kerana lebih bergaul ngan rakan-rakan bukan melayu. Tempat kerja pun ramai berbangsa lain jadi tak leh lari lagi. Bila berkenalan ngan Ben ni lain lak jadi nye. Bila terlebih inggeris, dia berpesan Yuna cakap bahasa. Bukan dia perli tapi nak memahami aper lah citer datuk-nenek yang Yuna nak sampaikan. Ade kala Yuna perbetulkan bahasa inggeris dia. Ade gak belajar royak kelate ngan dia...hancur habis kot? ha..ha..ha..ha..Hmmm... Yuna tak tahu ler...aper pandangan dia terhadap Yuna nih. Walaubagaimanapun, he's my internet bestfriend! Ingat senang ke nak dapat sahabat yang boleh anda percayai kat internet? Fikirkanlah!
Pukul 10 pagi, Yuna SMS dia tanya khabar. Tiada aper-aper jawapan. Eeeee Ben nih! Lewat pukul 11 baru lah dia beritahu yang dia ade kat klinik sedang menunggu nak masuk air...kira sakit teruklah tu. Ishk!Ishk!Ishk! lega gak rasanya yang dia kat klinik.
Ben...semoga anda sihat wal'afiat dengan segera. Banyak-banyak lah beristirehat ya....
No comments:
Post a Comment