Friday, April 13, 2007

Sebok melayan

Hari ini adalah hari sebok bagi Yuna.
Petang semalam Pegawai Kommunikasi dah memberi satu kerja untuk adakan satu maklumat database bagi kontek-kontek di Dubai tempoh hari. Bagi Yuna eeee...kacang nyer kerja...tapi tak leh menunjuk-nunjuk. Muka mesti serious sikit..angguk-angguk geleng-geleng ya..setuju..tak setuju...last-last "OK, will do it" Dalam hati ha..ha..ha..ha..nyonya ni aper lah susah sangat buat database you ni. Pemalas tu sebenar jawapannya. You nak tahu kengkadang tunang dia dok call borak ngan Yuna ha..ha..ha..ha... Tapi bukan ler dia menggatal, saja tanya khabar dan borak-borak. Dia kata dia suka dengar suara Yuna kat talipon, asyik ceria aje. Ia lah tu. Pernah gak satu hari dia drop by kejap berborak ...ya rabbi, sampai 2 jam. Mase tu memang sebok gila..Yuna kena memantau 3 orang temp girls dan juga mengendali operasi 'Perhimpunan Agung Tahunan' . Tapi ok jugak sebab nak 'break away' kerja-kerja cam nak termuntah Yuna rasa. Borak dan berbahas macam-macam topik sampai girl dia keluar dok tercegat dengar kitorang pok pek pok pek. Hai..bila lah diorang ni nak kahwin...rasa-rasanya dah 3 tahun bertunang tu.....Girl kaki pendiam yang si boy kaki pok pek.
Semalam boss Yuna beritahu "We're going to have this year's general assembly registration test run in 2 weeks time" Aiyoo...cepatnyer ! benci!benci!benci! tol la...Yuna hanya larat senyum tawar jer kat dia. Tak nak fikir yang bukan-bukan. Yuna tak nak fikirkan hal tu sekarang. Buat aper risau sekarang. Biarlah dalam dua minggu nanti. Sebenarnya Yuna dah tawar tentang perhimpunan agung ni sebab macam lembu punya susu sapi dapat nama. Diorang tahu Yuna yang kerja teruk mengalahkan pegawai-pegawai kat situ. Akan tetapi apa-apa amanah yang di beri, Yuna tetap memikul tanggungjawab tu sebaik mungkin...200%. Semua orang tahu...sampai tea lady pun tahu. Tahun lepas, pada bulan Ramadhan berbuka puasa kat ofis jer main order McD. Budak-budak McD tu sampai dah naik kenal. Kengkadang bila terlupa nak order, minum air jer la.. 3 bulan cam ni...ooooooo tak tengok matahari langsung. Hanya hari Ahad jer free. So Ahad masa tu banyak Zzzzzzzzz (tidur).
Hari ni sambil buat kerja, layan SMS ngan Ben, layan tetamu-tetamu datang...eeee ramai lak temujanji hari nih. Talipon pun dok berdering-dering. Big boss Yuna lak pesan yang dia tak mahu di ganggu, banyak kerja tetapi dia akan ambil satu panggilan penting dari Turki. Pas satu..satu..orang datang, talipon Yuna asyik beep!beep!beep! Wei..sempat layan lagi tu....ha..ha..ha..I'm a wonder woman la..Pas tu ade satu tetamu datang, wow! segaknye dan handsome habis! Tapi perbualan dia hancur!ha..ha..ha..aper la..mamat ni nak yer...kemudian Yuna SMS Ben "Ben ade tetamu handsome giler...nama dia Ben gak! ha..ha..ha.." Tiba-tiba talipon Yuna berdering. Terperanjat Yuna, tertera nama 'Stumplin'. Eeee...aper nih? Aper la nak cakap ni? Rasa malu teramat malu...nak jawab ke tak nak jawab...berdering memanjang satu ofis kedengaran. Eeeeee habis ler Yuna hari ni. "Hello? Itu Yuna ker?" Alamak memang ler Yuna...bisik hati Yuna..apa lak nak tanya lagi. Perbualan kitorang lama-lama jadi ok. Kelakar gak si Stumplin ni. Selepas tu sambil kerja, cari gak bahan-bahan untuk blog Yuna, layan CG, layan SMS lagi, layan whatever orang di depan mata, layan email....hei hari ni memang penuh ngan whatever ler...

No comments: