
Aidil Fitri semakin dekat. Tak sabar tol nak menyambut hari yang mulia ini. Penat seh! Tu memang dah tentu!
Yuna ambil cuti pada hari Jumaat ni. Tolong mak dan nenek memasak di dapur. Sis Yuna dari Melaka dan Gemas akan balik hari tu juga. Adeii ramai la..rumah yang dah di hias indah minggu lepas dan tentu hiruk-piruk ngan anak-anak buah. Selalunya mereka akan segera ke bilik Yuna...ha apa lagi PS2 la..gamaknya. Adeii! berebut la..diorang ngan Yuna nanti sebab sekarang Yuna sedang kemaruk main Guitar Hero 2. Nanti nak gi kedai game nak tengok controller gitar tu berapa harganya. Kalau ok, beli.
Korang dah tentu kata raya kat KL tak best tapi kat kampung lagi best. Best pe...Yuna orang KL..ade gak kanpung macam Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, Kampung Pandan, Kampung Cheras Baru. Saudara-mara Yuna ramai kat KL. Sebulan pun tak habis pi beraya tu...
Raya pertama dah tentu diorang mai kat rumah. Dari situ kitorang plan pulak macam raya kedua rumah siapa nak buat rumah terbuka dan seterusnya. Hasilnya..badan naik! Adeii!hahahaha.. ya la..kalo hari hari ade hidangan yang best-best! Dah tentu dokt
or Yuna bising-bising nanti huhuhuhu. Ade date dengan dia bulan November ni...kena pial lak telinga ni nanti weii.

Oh ya..kalo Yuna sempat, Yuna akan update blog ni. Kalo tak minta maaf saja la ye?
Sempena menjelang Aidil Fitri, Yuna ingin mengucap Selamt Hari Raya dan maaf zahir dan batin jika ade terkasar bahasa dan salah silap. Ampun maaf di pinta. Sekian. Wasalam!
No comments:
Post a Comment