Monday, October 15, 2007

Raya SMS


Malam Raya Tenko dah SMS, pastu Naqi, pastu GG, pastu Salihin, pastu Fendi, pastu Dotty, pastu kawan-kawan ngan sepupu pastu dia ni pastu dia tu pastu whatever la..sampai penuh inbox. "Yuna, tipon ko tu tak reti nak tido ke?" mak dok bising-bising sebab asyik tit-tit tit-tit sahaja. Yuna vrs ayah nyer tipon..tit-tit tit-tit. Mak nyer tipon .....(?) tu la pasal..tak der bunyik tit-tit tit-tit. Jelez la..kot.

Raya pertama lah yang paling penat. Pukul 11 pagi dah rewang-rewang satu kampong! KL tu kampong kitorang la..balik kol 10 mlm..penat seh! teruz tidur selepas SMS..tak banyak cakap. Esok Raya kedua pun begitu tetapi kali ni pi umah saudara-mara di luar KL laks...Bandar Rincing, Kajang, Selayang dan Gombak. Raya Ketiga..pi yang paling dekat..jiran-jiran! hahahahaha...dah masuk raya ketiga baru nak pi rumah yang paling terdekat..adeii! bukan apa..Yuna dah tak larat wei..badan dah sakit-sakit nih.."Yuna, jom pi makan nasi arab..I belanja" kata Syed Iylia. "OK!" ok je..bila tang makan nasi arab ni..sebab nanti boleh 'ta-pau' utk mak dan ayah sekali. Tetapi kedai tutup. Pi kat Restauran Moroccan..pun tutup. "Kita gi Tarbush lah kat Ampang Point" Wa..nasib baik bukak..ramai tol orang. Sementara buat booking dan menunggu, kitorang pi cari kedai game..ade sebuah tercorot dibelakang kat tingkat 3. Yuna dan Iylia pi beli DVD game (beli lagi..huhuhu..raya apa ka nih!) pastu tengok action figure Kamen Rider dan Darth Vader. Iylia dok tolong pilih-pilih. Apek kedai tu baik orang nya, lepas satu-satu dok layan kitorang. Beli Darth Vader selepas tawar menawar..harga dia huhuhu..tak leh nak dapat..teruz beli dan dapat satu light saber free lak tu..Kitorang pilih laks gitar game untuk gitar hero2...ade 3 jenis. Adei!! mahal gak tu...nanti nak bawak si Syed Izman laks..dia tu pandai tawar menawar.."Mari lah nanti, boleh bagi kurang" tokei tu berpesan.(Huhuhu..I will, tokei ooi!)

Balik rumah ngan Iylia bawa balik makanan Lebanon. Kenyang dan sihat seh! Pastu SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS... nak tido pun tit-tit tit-tit esok pagi pun SMS SMS dan tit-tit tit-tit huhuhuhu...

p.s. Tenko-san, I got this DV just like in this link http://www.youtube.com/watch?v=5blbv4WFriM hehehehe

No comments: