
" Yuna..blaa...blaa...blaa..."pepagi buta mak Yuna dah bising. Nak pergi kerja pun tak de mood hari ni. Ayah Yuna lak..."Hei! cepat pergi kerja..nanti mami kau tu bising!" Biasa la..tu mak Yuna tu perfectionist! Semuanya ikut masa dan jadual. Kalau tak, dunia dia terbalik! Kalau dunia dia terbalik...dunia kitorang pun kelam kabut dan tak senang duduk.
Nenek Yuna perhati saja Yuna naik turun naik turun tangga...ada la..tertinggal ini dan itu. ..biasa la tu..hehehehe..tetapi sebelum beredar Yuna mesti bagi ikan kesayangan Yuna makan. Fish Cake, ikan laga siam berwarna merah dan Fish Ball, ikan laga Amerika berwarna biru. "Bye, Mak! " Yuna sapa nenek Yuna yang dok berehat sambil minum teh.
Di ofis Yuna tak banyak cakap. Kepala Yuna bengang sebab mak dok bising-bising. GG YM lak bertanyakan kenapa Yuna talipon dia semalam padahal Yuna terpicit 'Call' dalam banyak-banyak 'offline message'. Yuna ingatkan dia yang buat panggilan bila terdengar bunyi berdering-dering. Adess! Pastu Tenko lak YM, sebab malam tadi cerita kitorang tergantung sebab masalah www terkandas di kawasan penempatan Yuna. "Yuna, besuk Cik Mamak (perwakilan dari Iran) datang. Dia nak jumpa dengan you. Kita boleh buat perbin cangan seterusnya mengenai visa , lain-lain report dan juga database nih" Lady boss Yuna, Mary, tetiba bersuara. "Besuk? bukan kah minggu depan? pertengahan bulan?" Yuna keliru. Mary hanya lemparkan seyuman manis dia pada Yuna. Adess...dah pertengahan bulan pun...hari ni pun dah 15 haribulan Ogos. Juga Hari Kemerdekaan Negara India. Kawan Yuna, Adnan, dari Bangalore ade beritahu Yuna minggu lepas. Cepat betul masa berlalu ye?
Hmmm....mood masih tak de...MERAJUK! Rasa malas nak balik pun ade...cam nak balik rumah Kinrara je. Tapi Yuna malas nak berkira dan merajuk berpanjangan dengan mak. Mak Yuna memang begitu. Bising je lebih pastu ok. Anyway...siapa-siapa lagi nak tikam hati ni? sedih!sedih!sedih!
Dah la...tak nak cakap..layan hati yang pilu kejap ngan lagu-lagu whatever!
No comments:
Post a Comment